Sebagai Tanda Saling Mengingati
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: February 13, 2009 online
Email ini baru sahaja singgah masuk ke dalam inbox aku (terima kasih pada Kak Jun) dan aku rasa memang sesuai sangat untuk dikongsi bersama. Baik untuk diri aku atau untuk sesiapa sahaja. Sekadar berkongsi untuk dijadikan renungan….
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima (5) kali…
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan
‘Laa ilahaillallah, Muh amm adar Rasulullah’, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
5 jenis racun dan 5 penawarnya ……
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda. Ada 4 perkara yang dipandang sebagai ibu, iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur’an. Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.
Berdesus kena pada diri aku sendiri. Kena muhasabah banyak-banyak nih… Amin.



Kena banyak muhasabah diri Jat. Betul. Entri ni mengingatkan aku jugak. Thanks.
Shaffiks entri yang terkiniAmalkan Bacaan Ayat Kursi
Ya betul tu rohaizad..
Post yang sungguh memberi keinsafan….
br je blik masjid ni makin insaf bile baca entry bro ni..
terima kasih kerana saling mengingati
catzers entri yang terkiniPencuri Bandwidth
Sama2 la kita semua muhasabah diri, dan berhijrah ke tahap yg lebih baik lagi dan yg mulia di sisi Allah S.W.T
Mohd Safuans entri yang terkiniSenarai Forum Pemasaran Internet Yang Terbaik Peringkat Dunia
sesuai untuk org yg slalu lupa diri n khayal mcm aku…
spatts entri yang terkiniAda Apa Dengan Valentines Day?
entry untuk saling ingat mengingati.. hurmm..
nikillass entri yang terkiniA conversation with my sister..
sakit btg idung aku…
alhamdulillah sedikit sebanyak telah
menginsafkan diri ini…..