Boikot barangan Israel memberikan impak yang sebaliknya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: February 18, 2009 online

iks_2.jpgMasih ingat lagi catatan mengenai boikot produk Israel di blog ini suatu ketika dulu?

Buat pengetahuan semua, kempen mengenai boikot barangan Israel yang telah dilakukan oleh semua blogger di Malaysia suatu ketika dahulu telah pun menampakkan “hasil”nya.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada sidang Parlimen melalui Buletin 1.30 tengah hari tadi, kempen tersebut telahpun memberikan satu impak yang besar kepada semua peniaga dan pengusaha tempatan. Ini juga telah dianggap sebagai satu kejayaan yang besar bagi kempen “belilah barangan buatan Malaysia”.

Hah?
Peniaga dan pengusaha tempatan?
Apa kena mengena kes Israel dengan peniaga dan pengusaha tempatan nih?

Begini.
Kalau hendak diikutkan, niat asal kita sebagai blogger + umat Islam + juga agama lain hanyalah untuk memberikan tekanan pada kewangan+kekejaman Israel dengan sekutunya. Dengan memberikan sokongan yang minima pada ekonomi + pendapatan + penggunaan dollar, semua di kalangan kita memang berharap agar keganasan itu dapat diminimakan juga. Tetapi rupa-rupanya ada satu lagi perkembangan positif yang telah kita terlepas pandang.

iks_3.gif

Iya.
Tindakan boikot itu telahpun menjadikan produk tempatan sebagai salah satu pilihan terbaru rakyat Malaysia. Bukanlah bermaksud kita terus membuang komputer DELL Israel yang telah kita beli itu sebagai tanda boikot (ada yang kita boleh buat dan ada yang kita tak termampu nak buat), tetapi dari segi aspek perbelanjaan harian… kita telahpun membuat satu tindakan yang akhirnya menjadikan permintaan terhadap produk tempatan telah melonjak!

Di pasaraya tempat aku berbelanja ini sendiri, perbezaannya memang nampak ketara sangat. Kalau dulu jem dan krim coklat berjenama antarabangsa selalu di beli, sekarang jem can coklat tempatan yang dibuat di Muar dan Batu Pahat sudah mula “bergerak”. Maknanya stok yang ada telah mula keluar dan stok baru akan mula masuk. Tak seperti sebelumnya, rak di kawan itu sentiasa berhabuk.

Tapi berbalik pada isu kempen boikot produk Israel tadi, aku rasa pihak kementerian juga harus memandang usaha yang dilakukan oleh blogger seperti kita. Bukanlah kita hendak mereka menyebut nama setiap blogger di Malaysia ini di kaca televisyen (kita pun tidak mengharapkan balasan), tapi apa yang kita cuma mahukan adalah satu PENDEDAHAN POSITIF bagaimana blogger juga boleh membantu dalam menyampaikan sesuatu mesej yang berguna kepada seluruh rakyat Malaysia sendiri.

Walaupun ada kes terpencil kes blogger yang ditangkap di atas penulisan masing-masing, tapi itu tiada kaitan dengan kumpulan blogger yang lain. Ini adalah perlu kerana dengan pendedahan positif sebegini, ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin yang untuk industri blogging tanahair. “Sedikit.. sedikit… lama-lama jadi bukit..”

Sekarang mari kita lihat statistik di bawah (sumber):

malaysia_internet_user_statistic.gif

Adakah pihak yang berwajib perasan akan statistik ini?
Adakah mereka nampak betapa berkesannya kempen sebegini jika dilakukan melalui internet?
Aku sendiri merasakan yang kempen boikot barangan Israel melalui internet ini lebih “kuat” berbanding media massa yang lain seperti media cetak. Maknanya, blogger juga boleh menjadi perantara di antara mereka yang berada dalam golongan 15 juta orang itu.

Apa yang aku sekarang ialah kalau katakanlah kerajaan hendak membuat kempen beli barangan buatan Malaysia lagi, aku rasa baik mereka buat secara reverse psychology. Kita kasi hantam sama itu produk Israel kerana secara automatiknya, barangan buatan Malaysia akan meningkat jualannya sebab aku rasa lagi berkesan dari setakat menjaja “Marilah Beli Barangan Buatan Malaysia” di kaca televisyen.

Betul tak?

So untuk pihak kementerian, lain kali kasi “up” lah sikit para blogger di Malaysia ini. Kami juga mahu jadi sebahagian dari kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini.

p/s: Apa komen blogger-blogger semua ??!!!! Kasi UP sketlah pandangan masing-masing !!! Kasi “banjir” itu kotak komen bawah sana !!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 31 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. kita said:

    aku sokong,,,,jom beli dan guna produk buatan Malaysia….tapi jer aku nak komen sikit,,,,kerajaan suruh rakyat agongkan produk Malaysia…tp pihak yg dok kat atas2 tu guna produk Malayisa tak ?

  2. AmirMohamad said:

    Betul tu saudara rohaizad..kami menunggu duit minum sket..hehe..buat lepas bayar hosting and domain pun dah cukup..Saya sebenarnya pun tengah merancang satu projek besar untuk menjadikan Malaysia sangat terkenal dalam industri blogging dan …… Tapi tak tahu cemanalah nak cari funder untuk mengambil langkah pertama..

    faizal Reply:

    nak cari funder? saya ada. kalau minat boleh call saya 012 330 5445.

  3. pcuserz said:

    ya!
    serampang dua mata (kill two birds with one stone)
    kita boikot barangan israel + amerika.
    kita beli barangan buatan malaysia!
    ko bagi ilham kat aku nk tulis pasal barangan buatan malaysia.
    malaysia boleh!

    pcuserzs entri yang terkiniand the winner is EXORA !

  4. catzer said:

    Erm aku biasa mkn burger Mcd, so skang pi beli burger bro kat tepi jln jerk huh. Byk gak jimat actually, tp aku paling bengang kengkadang produk tempatan lebih mahal dr produk import.

    Aku rasa kita kena buat satu kempen lagi lah, kurangkan harga barang tempatan. Mahal sgt pun susah gak nak beli even aku nak support produk tempatan.

    Boikot kali ni menjimatkan duit aku lebih 100%. Awal2 mmg seksa tp Alhamdulillah dugaan mknn dan minuman ni mcm pose jerklah. Lama2 terbiasa gak nanti.

    catzers entri yang terkiniTerima Kasih Abang Zamani

  5. rohaizad said:

    Aku: Belilah barangan buatan Malaysia .. yayyy!

  6. |1f34|-|1r3 said:

    kita berbalik kepada konsep keperluan dan keinginan time belajar Kemahiran Hidup time skolah dulu…kata la kalau satu produk tuh memang keperluan n diorang nak stick pada boikot..diorang kena cari alternatif utk produk tuh….sbb tuh la barangan malaysia bleh naik…

  7. bob said:

    dan jangan lupa.. belilah perkhidmatan buatan Malaysia. waakkaka

  8. taukey said:

    belilah barangan malaysia. Ekonomi malaysia akan jadi lebih baik. kurang import.

    taukeys entri yang terkiniKenapa Begini?

  9. twenty-six said:

    aku ni jenis beli apa yang aku rasa aku suka dan makan apa yang aku rasa teringin nak makan..hurm…kena mula utamakan barang buatan tempatan lah kalau begini…kicap, sos cili…err megi?aiseh..

  10. Syuxx said:

    aku pun perasaan perubahan yang sama pada aku.
    sejak stop consuming barang yang support zionism, aku mula tertarik pada produk tempatan yang lebih murah dan sedikit sama dengan produk yg diboikot tersebut.

    tapi jangalah niat kita memboikot itu lari dari nawaitu yang asal :)

  11. fadil said:

    Roti “banjir” dua! muahahahha… joke sajer. Aku pun setuju 100%. Blogger juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat kepada pengguna internet. Setiap kali aku nak beli barang ataupun perkhidmatan mesti pilih kalau boleh biar buatan Malaysia. Tapi kalau yang lain aku pilih selain “tiada kaitan dengan Israel dan kroni-kroninya”. “Support jangan tak support barangan buatan Malaysia”. :)

  12. Fatin Pauzi said:

    Setuju sangat la tu. Lagipun, aku lemah skit ngan Malaysia ni. Kadang2, banyak perkara yang die org terlepas pandang.

  13. hazman aka species1980 said:

    Setiap masalah yang berlaku pasti wujudnya peluang….dalam hal nie…sudah pastinya memberi peluang kepada produk tempatan untuk ditonjolkan dan diberi perhatian…

  14. Mohd Safuan said:

    Sokong abis la dgn kata2 tu. Kita semua para blogger patut dihargai. Bila orang ramai mula membeli barangan dari org tempatan dgn lebih banyak, bermakna ini satu petanda positif. Pastu, gunakan jaringan internet sbg medium pemasaran produk fizikal masing2. Apa lagi, jom pakat ramai2 meniaga kat internet. jgn terkejut, bila produk FIZIKAL pun akan ada program affiliate, ppc, ppl, etc dari warga malaysia.

  15. faisalhanim said:

    aku cuma mampu boikot ubat gigi jer…hee..

    yang lain2 mcm coke. Mcd, kentucky, piza..tak mampu nak lawan godaannya..

    faisalhanims entri yang terkiniHarapkan Pagar, Pagar Makan Padi…

  16. rohaizad said:

    FAISAL – Aku respek dengan pengakuan ko yang honest. Macam yang aku cakap, ada yang kita boleh boikot… tapi ada yang tidak. Tapi boikot tetap boikot. Tak dapat banyak, sket pun jadilah. Sekadar yang termampu.

  17. twenty-six said:

    dan aku dengan kenyangnya baru lepas melantak burger beli di macdonalds bersama-sama kentangnya yang enak..sendawa pun bau kentang dah ni..

  18. rohaizad said:

    Gila kentang ke apa ko ni?
    Wahahahahah

  19. milsum said:

    haih…macam berhantu je entri nih.. :)
    aku pn bru je membaham seketul foldover ayam kt McD nih…
    ade sape2 lg??

    milsums entri yang terkiniCek Adsense Disember…

  20. aleh49 said:

    ak mmg boikot..da xdanya nak makan mcd ke..coke..
    tp kalo org lain bli ak mintk skit gak..heehee..

  21. sham said:

    Salam, aku sokong sangat bab ni. mmg berbaloi kempen melalui internet, selain kedai kopi. yg penting., networking, komunikasi dan jaringan sosial antara kita. bina hidup bergaul dan bersosial, tak semestinya secara konvensional saja, skrg ni kemudahan teknologi serba maju.
    ttg satu kempen, “belilah barangan buat malaysia” sukar untuk berjaya sebab minda rakyat malaysia sukar menerimanya. alasan, kalu barangan tmptn tak berkualiti, buat apa beli. sebenarnya kita didik anak kita minda sebegini secara tak sedar berdasarkan amalan kita sendiri.
    ” along, jgn main pisau tu, bahaya”, minda kanak-kanak pantang dengar perkataan jangan sebab dia ingin tahu dan mencuba.
    “along, terima kasih kerana tak main pisau tu, sayang along”, psikologi kanak-kanak rasa dipuji dan dihargai menyebabkan dia tidak melakukan perbuatan merbahaya tersebut.

    macam tu lah juga kita yg dewasa ni, sesuatu kempen kurang berjaya kalu dibuat secara direct. tapi bila kita kata, jgn beli barangan AS dan Israel sebab kekejaman diorg, scr tak langsung jualan produk tmptn meningkat. kita patut mengkaji scr mendalam psikologi rakyat malaysia, tabiat dan cara-cara memenangi hati mereka. kaji dan kaji dan lakukan perubahan untuk impak positif.

    shams entri yang terkiniKelibat Buaya Tanjung Tuan

  22. muhafis said:

    ak rase boikot nie skejap je 3-4 bulan.. cara berkesan hentikan production dgn syarikat pengeluar barangan tuh.. tp ak takut ekonomi msia jatuh teruk kang.. sbb product2 mcm tuh lah yg menyumbang ke gdp msia kan brader..

    muhafiss entri yang terkiniMuhafis buat magik..

  23. rayz said:

    kesedaran ttg beli produk buatan malaysia ni rasanya bermusim…time israel belasah palestin barulah isu2 boikot produk yahudi ni sibuk diperkatakan… bila dah reda skit, masing2 mula lupa.. boikot tu boikot jugak tp kdg2 kita tak tau apa alternatif lain utk produk israel yg kita boikot tu.. sy bg cth produk HPA Radix..HPA ni makin famous skrg. ni antara produk dia Radix fried chicken (RFC), kopi radix (ganti nescafe), radix koko (ganti milo), cereal radix (ganti nestum) dll. ni biz MLM, kalo korg x minat MLM skalipun, jd lah pengguna. jom support produk islam!

  24. megat said:

    rasanya tercapai hasrat murni yang inginkan barangan atau produk islam mendapat tempat.

    tak kiralah apa tindakan orang ramai tapi ini berkaitan dengan psikologi pengguna itu sendiri walaupun masih ramai yang tidak sedar.

    bantulah perkembangan produk tempatan dan secara tak langsung membina kemajuan ekonomi negara dengan lebih baik!

    para penulis blog patut diberi perhatian! menulis di blog bukan setakat tulis kosong tetapi banyak bermain dengan teknik-teknik tertentu dan sudah pastilah bukan semua orang boleh lakukannya kecuali mereka belajar mengenainya!

    megats entri yang terkiniTransformers 2 Pencari Jejak Rasmi, Semakin Mencemaskan!

  25. Akmal said:

    Betul jugak 2…bila masa lg kita bole memasarkan produk tempatan di tempat sendiri…ini lah masanya yg sesuai…produk tempatan lebih kurang hebat rasanya dgn produk2 yg berjenama..

  26. nikillas said:

    Mekdi yang aku suka pergi aku dah boikot.. ape lagi aku bdah boikot eh..?? banyak gak r.. aku ngan adik aku kalau pergi kedai nak cari barang mesti cakap “eh.. yang ni xboleh beli, ni kena boitkot”.. Dulu aku suka gak minum coke, skarang dah kurang.. kata tak minum langsung tu, mmg tipu la..

    nikillass entri yang terkiniChangeling

  27. pengguna-pengguna internet juga skrg lebih suka membaca blog berbanding baca berita harian ke apa kerana blogger lebih jujur dalam membuat sesuatu artikel masing2 memberi pendapat masing2

    jadi apabila para blogger membuat kempen boikot ditambah pula dengan pendapat masing-masing dengan jujur maka orang ramai lebih percaya

  28. KNizam said:

    kit aneh sebenarnya powerful
    berita boleh tersebar dalam blog kejap je kan

  29. beLLa said:

    erm..bgos gk boikot2 ni..tapi ade bgosnye,sekiranya brg2 boikot tak dpasarkan lgsung d malaysia!! kn lg bkesan sbab,brg2 2 tak ade di dpan mate..tak lah teringin nk beli..

  30. mijie said:

    boikot ni adalah perkara yang bermusim…bukannya mereka a.k.a kerajaan peduli pun pasal blogger ni…