Suara-suara pincang mengenai ebook TLA.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 19, 2009 online

Belum apa-apa lagi, dah macam-macam yang aku dengar dan aku dapat mengenai ebook TLA aku ini. Suara dan kata-kata pincang sudah mula kedengaran. Yang sedihnya, mereka yang mencipta kepincangan ini adalah dari mereka yang aku kenal sangat. Tapi Tuhan Maha Adil. Semuanya sudah semakin jelas sekarang kerana info yang aku terima semakin hari, semakin tepat.

Alhamdulillah, mereka yang memberikan maklumat itu semuanya dari mereka yang aku memang percaya. Terima kasih rakan-rakan blogger sekalian yang menyokong, aku sangat menghargainya. Cuma aku cukup sedih dan masih lagi kurang jelas kenapa masih ada yang berfikiran sempit.

Nak kata hebat macam JohnChow, jauh sekali. Yang pastinya, kalau bercakap.. memang melangit punya. Takde manusia lagi di dunia ini yang boleh lawan dia. Dan ebook TLA aku itu pun kena juga. Belum keluar lagi dah dipincangkan!

Iya… daripada ebook ini menjadi mangsa (direleasekan sebagai PERCUMA oleh pihak yang tidak bertanggungjawab), adalah baik sekiranya aku membuat tindakan awal supaya tidak menyesal di kemudian hari. Dan di sini aku hendak membuat satu pengumuman iaitu AKU TIDAK AKAN MENJUAL EBOOK TLA INI.

Ebook ini hampir 80% siap, tapi aku tetap akan menyimpan semua data, rekod dan method yang aku guna. Malah, ia tetap akan menjadi masterpiece aku dalam perjalanan aku untuk untuk menjana wang dari TLA. Tiada apa yang tersembunyi dalam ebook ini. Semua peningkatan income TLA aku sejak 2007 juga ada dipaparkan dalam ebook ini. Tetapi disebabkan aku tiada pilihan lain, maka keputusan ini adalah MUKTAMAD.

p/s: Panjang umur, aku tetapi akan berikan ebook itu. Tetapi hanya kepada mereka yang aku percaya sahaja. Insya`Allah.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 49 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mohd Safuan said:

    Sape la suara2 yg pincang tu..kenapa la golongan macam tu ada lagi. saya punya la berminat nak tau pasal TLA dari bro rohaizad, tuptap2, mood bro kurang baik.yg ruginya, pasti kita semua yg ingin belajar sesuatu dari bro rohaizad.

  2. |1f34|-|1r3 said:

    lahanat mana la yg dok sembang tuh..benda tak wujud lagi…dia dah kalut dah..mamat tuh nak wat ebook TLA jugak gamak nyer utk dijual…bila ko dh bg free…tros dia rasa tergugat ha

  3. Richie said:

    adeyh.. siot tul mamat tu.. dia mmg wat kau panas ke bro?

  4. titan said:

    aik..sampai camtu sekali..

  5. taukey said:

    hmm aku nak satu. :D Bayar pun tarak ada hal punya. muahahahaha.

    Aku heran baca ko cakap ko kenal sangat dengan org tu. Ni kes kawan makan kawan ni.

    taukeys entri yang terkiniKenapa Begini?

  6. nuar said:

    huhh! melepas aku nak tgk ebook ko tu. takpe, mlm kang aku gi umah ko, takyah ebook2…huhu

  7. pcuserz said:

    banyak betul doktor PhD (perasaan hasad dengki).
    ko sabo je la jad.
    ade hikmah.

    pcuserzs entri yang terkinijail house rocks!

  8. kita said:

    kadang-kadang ebook ni membuatkan kita tension…so pendapat aku ler…sampaikan apa yang kita ada melalui blog jer…

  9. aleh49 said:

    bersbr jerk la bro..
    mulut org mmg ssh nk tutup..

  10. AmirMohamad said:

    Siapa yang berkata pincang tu ye..saya pun setuju pendapat @kita terus sampaikan melalui blog..tapi takdeklah free kan..cuma dari blog tu terus ke secret page yang hanya boleh diaccess oleh orang tertentu..bagi je free guide yang 80% tu..yang penting main point secret yang sebenar dalam page yang lain..saya antara bukan penggemar ebook..hehehe..sebab menyampah dengan sales letter yang jauh indah dari rupa..ok bro..gud luck ye..

  11. milsum said:

    sabar jad sabar…
    bertambah hensem kalu ko sabar…hehe..
    pape pun, aku nk msuk interview untuk jadi penerima ebook tu jad..hik3 :)
    bleh ek…

  12. nuaeman said:

    Ini ke perangai IM malaysia..?? ish.. ish.. ish.. itupun kalau yang dimaksudkan tu seorang IM..

    nuaemans entri yang terkiniGores dan Menang : Siaplaa korang.. aku datang balik!!

  13. eZad said:

    Mungkin ada cara lain zad, letakkan syarat kepada sape2 yg nak beli, mesti ada blog domain sendiri, jadi buleh la tahu, sape pembeli ebook tersebut..harga mesti diorang xkisah punyakan..hehe, melainkan kalu konco2nya plak yg beli mmg xboleh belah..huhu

  14. Shaffik said:

    Alamak siapa yang punya angkara ni..aper laaa..belum aper2 lagi dah kecoh..

  15. shah said:

    dengki tul org tu tak patut..

  16. twenty-six said:

    bro,

    ilmu itu untuk dikongsi bersama.tak kisah samada kau beri secara percuma atau jual kepada umum…abaikan sahaja manusia lahanat yang dengki tu..

    twenty-sixs entri yang terkiniaku tak suka menjadi seorang juruteknik komputer

  17. hazman aka species1980 said:

    kenapa la ada orang yang suka memburukkan pengetahuan orang lain….tak faham betul la…moga orang tu diberi petunjuk

  18. taukey said:

    aku sokong kata twenty-six. hehehe. Jual jangan tak jual. :D tak pun ko jual pada top ten pengomen blog ko. muahahaha. kejam sungguh aku ini

  19. tony said:

    sape la suara-suara pincang tu…si Rohaizad ni muka je skema, tapi kalu marah cuak gak oo bdk2 skema lain…

    Aku sokong saja kalau ko nak bagi free. Jimat sikit duit

  20. fadil said:

    Alamak… Siapa lah manusia durjana tu haa.. Aku baru plan nak beli ebook dari ko jad. huhuhuhu..:)

  21. Syuxx said:

    aduh, dah tak terjual lah pulak.
    emm, macam mana kriteria untuk dapatkan ebook tu ye? hehe

    Syuxxs entri yang terkiniHow to secure your WordPress Fantastico installations

  22. sabar itu separuh daripada iman. Islam itu adalah sabar dan sabar itu adalah islam.

    bersabarlah wahai saudaraku.

  23. omecool20 said:

    Salam bro :-)

    Aisey … tidak habis2 PhD geng2 mcm ni. Saya syorkan bro teruskan publish juga … make it berbayar .. pasti ada pembeli :-) setimpal dengan mutu tinggi produk yg kami expect drp bro.

    omecool20s entri yang terkiniUcapan Tahun Baru 2009 Mohd Nizam

  24. abdfatah said:

    meh laa kronologikan keretaria penerima anugerah emas ebook tla dari ijad. siapakah calon2nya yang layak menerima anugerah ebook tla nih…

  25. megat said:

    hantu betul sipincang tu. ini ibarat menutup periuk nasi orang lain.

    sepatutnya kau hebahkan je sipincang tu. nak tahu dapat kritiakan hebat atau tidak.

    megats entri yang terkiniTransformers 2 Pencari Jejak Rasmi, Semakin Mencemaskan!

  26. Hanep said:

    aku harap sgt antara yg dpt ebook tu jad, insyaAllah :-)

  27. Salam.

    Petama, aku turut bersimpati dengan kau, kerana kedengkian orang tu (aku pun tak nak tahu siapa :) )

    Keduanya, rilek ar bro, world without hatters ni tak best. Dengan hatters ni lah,kau dapat tahu yang ada orang sebenarnya “admire” dengan kau . hahaha

    Ketiga, semoga berjaya ebook tu dan dapat pahala atas pengkongsian percuma kau kepada pembaca kau.

  28. kotoh said:

    Sayang sungguh. Tak dapat ler merasa ebook TLA ko kali ni nampaknya…

    kotohs entri yang terkiniMy January 09 Online Income Report

  29. azwan said:

    aku pun buat duit dari TLA, memang best masa google tak turunkan PR aku beberapa blog aku:)

    sekarang ni kurang sikit, tapi masih ada.

    kes dengki ni biasa aje. masa aku start dulu-dulu pun ada orang kutuk .. kata “posting macam sial” .. “ni aje yang kau mampu” ha..ha.. tu personal blog, dia bukan tahu site aku yang buat duit :)

    azwans entri yang terkiniFive Annoying Steps

  30. abdfatah said:

    dia nak tengok blog buat duit yang kita ada berpuluh puluh ketul baru terbeliak bijik mata agaknya…

  31. twenty-six said:

    kemana rohaizad menghilang?

    kalau 3 hari takde entry baru kita report pulis tentang kehilangan blogger johor ini…

    twenty-sixs entri yang terkiniaku tersangkut dalam menulis

  32. samdaddycool said:

    … Aku tumpang hangin dengan orang yang bagi kata-kata berbaur hasad dengki tu…

    ntahlah, dah hidup dalam suasana ‘kemelayuan’, PhD tak dapat dielakkan…

    samdaddycools entri yang terkiniHave you try this?

  33. aman said:

    adoi…sape ler yang wat kaco nie…

  34. Dhiaqis said:

    Buat dek jer bro.. Janji lu tak macam tu..

    Dhiaqiss entri yang terkiniTeknik Menjana Wang Melalui ClickBank

  35. od3n said:

    huhuhu… bro.. lame da x chat.. ishk.. tajuk pns nie.. sape la yg dengki tue.. die dgki tu sbb ko leh wat duit dr tla tp die x dpt ..hihi.. pe pun aq tggu ebook ko nie bro.. gud luck!!

  36. aku baru je dapat jual satu link dari tla dan berharap nak beli ebook ko tetapi cam ni pulak jadinya…bukan xboleh nak explore tapi makan masa yang lama…alangkah baiknya kalau dapat ko keluarkan jugak ebook ni…

  37. fazamania said:

    dulu aku join gak TLA tapi huhuhu. blog PR3 aku kene penalized by google.. ade ke cara2 xnak kasi PR tinggal kosong jek ?

    fazamanias entri yang terkiniSamseng Pun Terkena Pengaruh X-Men

  38. tony said:

    Aku rasa ko kena open your mind bro. Ko ni x boleh kalau orang kritik, kutuk sikit. Semua nak ingat ko betul je. Kemungkinan ebook ko tu dipincang-pincangkan kerana sikap ko tu. Lagipun, aku cakap terus terang, daripada post-post ko yang aku baca, aku tau sebab apa ebook ko dipincang-pincangkan.

    Dari gaya post ko, semua ko nak tunjuk yang ko hebat. Jangan marah, ni pandangan ikhlas aku. Bagi aku ko ni skema, lepas tu nak tunjuk hebat. Aku tau ko ada income banyak , aku bukan nak jeles. Just bagi pandangan mengenai kenapa orang pincang-pincangkan.

    Aku tau mungkin diorang dengki, tapi ko kena tengok dari part ko juga. Apa yang buat mereka macam tu. Amik yang positif. Buka minda tu. Aku tau memang tak elok kalau orang kutuk sesuatu yang belum keluar, macam ebook ko tu la.

    Tapi daripada kebanyakan post ko tu, aku dapat rasa yang ko ni nak menang semua dan pastikan ko betul walaupun ko salah. Macam ada post yg orang kata “Your site ranking was low, page views was extremely low and yet you dare talking about your income stream?” . Itulah first impression yang die nampak dari blog ko.

    Bagi aku blog ko ni xdela banyak informasi mane, seronok baca sebab macam borak-borak je. Tp hey who cares, yang penting pembaca blog ko seronok. Tapi bila bab keluar informasi ni, mungkin aku rasa sebab post-post ko biasa je dan info basic-basic je. Selalunya first impression aku utk orang cam ko, aku rasa kalau ebook mesti banyak ceramah punya. I hope you prove me wrong.

    Ni pandangan ikhlas aku tentang ko. Ko memang bagus, pandai buat duit di Internet dan boleh survive dengan baik. Tapi first impression aku tentang ko ni, aku rasa ko ni memang skema. Skema nak tunjuk garang. Jangan marah.

    Oklah itu just luahan dan pandangan aku tentang ko. Kalau ada salah silap minta maaf segalanya.

  39. rohaizad said:

    TONY – (IP: 216.245.193.186 (186-193-245-216.reverse.lstn.net)

    Fuhhh…. tetiba je muncul. Marah nampak? Sebab terkena “batang hidung” sendiri ke?

    Setahu aku, aku tak mention nama saper-saper pun dalam entri ni. Rilek… aku tahu ko “dikirim” oleh seseorang dan aku rasa aku kenal siapa orang itu. Anyway, aku respek dengan ko sebab dah berjaya siapkan review ko yang panjang ni. Dan ini adalah review aku untuk ko:

    Ini review pertama:

    1. “Aku tau memang tak elok kalau orang kutuk sesuatu yang belum keluar”
    - Hebat ko ni. Ko cakap tak elok, tapi ko baru je buat mende yang tak elok tu. Ebook aku belum keluar tapi ko dah sibuk nak pincangkan ebook aku ni.

    Ini review ke-2:

    2. “Your site ranking was low, page views was extremely low and yet you dare talking about your income stream?
    - Aku harap ko bacalah kisah yang sebenarnya. Nampak sangat ko ni hentam keromo sebab tak tahu jalan cerita yang sebenarnya. Baca cerita pun tak habis.

    Ini review ke-3:

    “Selalunya first impression aku utk orang cam ko, aku rasa kalau ebook mesti banyak ceramah punya”
    - Betul tak aku cakap tadi? Ko dah pun menunjukkan SIKAP ko yang suka suka serkap jarang dan MEMANDANG RENDAH pada orang lain itu. Memang nampak sangat niat sebenar ko ni. Kenyataan membabi buta (aku tak cakap ko babi, fahamkan itu) ko ini sungguh mendukacitakan.

    Nak cakap aku tunjuk best, tapi aku rasa ko lagilah nak TUNJUK BEST. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku belum keluarkan ebook tu lagi, ko dah PINCANGKAN !!!

    Nak cakap tentang aku pun tengoklah diri sendiri dulu. Geramnya ko pada aku sebab tak releasekan ebook ini memang nampak sangat. Aku tahu ko memang nakkan ebook tu tapi aku ada prinsip. Jadi ko kenalah hormat prinsip hidup aku sebab aku tak kacau pun prinsip hidup ko kan?

    Peliklah aku dengan orang macam ko ni. Dulu bila orang buat duit sorang-sorang, ko kata orang tu kedekut. Tapi bila orang kongsi dan share tentang kisah kejayaan, ko kata orang tu nak tunjuk hebat. Ini ayat ko sendiri, renungkanlah: “Dari gaya post ko, semua ko nak tunjuk yang ko hebat”

    —————————————————————-

    Tony, ko nak tau satu perkara tak?
    Aku suka sangat dengan komen ko ni sebab memang dah lama aku tunggu ko “keluar” sejak dari hari pertama entri ini disiarkan. Akhirnya, ko “keluar” jugak. jadi aku nak mintak tolong sikit pada ko. Tolong kirim salam pada orang yang suruh menghantar komen ini. Takpun, aku tau ko menyamar. Yang pasti, skill budak-budak yang ko pakai untuk “provoke” ebook aku sungguh tidak berkesan.

    Lagi satu, ko berulang kali cakap aku skema. Semua orang boleh baca dalam komen ko, jelas sekali. Yang pasti, aku boleh katakan yang ko memang loyar buruk. Mari aku jelaskan:

    Ko suka cakap pasal first impression`kan dan mat skema`kan? Balik-balik first impression… balik-balik cakap aku ni skema. Entah apa yang ko bebelkan pun aku tak tahu. Sikap “judge book by it’s cover” itu memang dah jelas sangat dalam diri ko ni. Iya.. JELAS SANGAT !!

    Semua orang boleh nampak akan hal itu melalui komen ko ni. Nak kata ko dah kenal dengan aku bertahun lamanya, taklah pulak. Tapi cakap lebih dahsyat dari mereka yang sudah kenal aku. Pantang nampak orang pakai spek mata, ko kata skema. Itulah impression ko. Belum cukup matang ye?

    Jadi beginilah. Hendak di senangkan cerita, marilah berkenalan dengan aku, lepas tu cakap ngan aku sama ada aku ni mat skema atau tidak. Marilah sayang… Insya Allah, ada “masa” kita berjumpa.

    *Sorrylah Tony. Aku tengok ko ni pun “bising” boleh tahan gak. Tapi terima kasihlah sebab telah berjaya membuat percubaan yang pertama untuk “provoke” aku. Teruskan “mencuba”, jangan putus asa ya!

  40. [...] komen itu dihantar ke catatan yang aku terbitkan pada minggu lepas iaitu di catatan yang bertajuk Suara-suara pincang mengenai ebook TLA. Jika ada yang hendak membaca komen tersebut, kamu bolehlah pergi ke catatan tersebut dan terus [...]

  41. Richie said:

    hehe.. sabau je la bro..

  42. nuaeman said:

    macam-macam hal.. lepas ni siapa pulak nak provoke.. huh

  43. alone said:

    ade gak jenis camni.. huhuh

  44. lankapo said:

    rilek bro..
    ko jual kat org yg ko percaya jek..

    yg mana PHD tu jgn layann

  45. Hanep said:

    Hurm, No komen….

  46. zakeri said:

    Mungkin tony aka kuncincang tuh sengaja nak bikin panas kat blog bro ijad ni…cakap berlagak la pulak tuh….huh…ni la salah satu blog yg aku rasa berbaloi utk dilayari setiap hari….ntah..
    hati2 lain lain..rambut pun banyak kaler sekarang ni..

    p/s: Sabar jer bro Ijad..janji bulan2 soru tak misss…

  47. zakeri said:

    Kalau tony ni masuk kampung kawan, abis kener lanyak….conpom…

  48. zakeri said:

    kawan tido dulu lah….

    zzzzzzzzzz

  49. mijie said:

    oh isu panas rupanya ni…apa citer bro ebook tla…hari ni baru ku tahu