Pagi yang indah.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: February 24, 2009 online7.30 pagi.
Selasa 24 Februari 2009.
Ikut perancangan asal, memang hendak cuti seminggu lagi kerana ada “kerja” yang perlu diuruskan. Tetapi oleh kerana pagi ini ada sales yang masuk, maka niat untuk “bercuti” sampai hari Ahad minggu hadapan bolehlah dipendekkan.
Mungkin itulah antara kelebihan menjadi seorang full time blogger. Masa dan kerja, diri sendiri yang tentukan. Berduit atau tidak, terpulang pada kerajinan. Opss… kalau begitu bagai dikata, tidak banyaklah beza antara full time blogger dengan orang lain, ye tak?
1. Bucks4Banner.com masih lagi membayar publisher mereka sebanyak £10.00 GBP untuk satu blog. Begitu juga dengan Neutron. Status pembayaran = Telah diterima.
Amount: £10.00 GBP
Transaction Date: 19 Feb 2009
Transaction ID: 4G011200BH901610H
Amount: $10.00 USD
Transaction Date: Feb 15, 2009
Transaction ID: 00V46231R1658103V
Subject: You’ve got a payment from Neutron
2. Jualan untuk Pakej Video Blog Cash Blueprint tetap berjalan seperti biasa (Bonus bernilai $97 + $ 17 + $17 masih lagi pada harga $10.97!! ). Begitu juga dengan Pakej Video Puan Lisa. Komisyen terkumpul dari affiliate link setakat hari ini adalah RM160 dan sales dari Clickbank 3 hari kebelakangan ini masih lagi maintain.
3. Ask2Link.com punya support team tak habis-habis mengirim email meminta supaya publisher mereka meletakkan code bodoh mereka itu. Apalah sengal sangat company ini sebab code yang diberikan mereka itulah yang akan membuatkan semua publisher mereka merana (pagerank akan dicantas oleh Google!)
4. Private invitation dari Intellilinks.com?
Mana punya company pun aku tak tahu tapi aku terima private invitation itu dengan hati yang terbuka. Moga dapat menjana income dengan lebih bagus lagi. Jika ada sales, akan aku update.
5. Cheque Clickbank masih belum “mencair” lagi di Maybank. Ada sesiapa yang boleh tolong mencairkannya dengan cepat tanpa melanggar peraturan serta undang-undang ataupun piagam Bank Berkanun Malaysia?
6. Feed untuk blog ini baru sahaja diupgrade dari username lama kepada email Gmail. Bermakna, feed untuk blog ini sekarang akan berpusat di feedburner.google.com dan jika kamu lihat feedburner subscriber blog ini menjadi KOSONG secara tiba-tiba, ianya hanyalah untuk sementara sahaja. Walaubagaimanapun, kamu tidak perlu risau kerana feed yang lama akan di”direct”kan secara automatik oleh Google. Jadi sebarang pengubahsuaian tidak perlu dilakukan yea.
7. Angan-angan untuk tahun 2009 ini masih lagi on the track. Angan no 1, no 2, no 3 dan no 4 dalam tangan. Yang lain tu, InsyaAllah. Kayuh pelan-pelan.
8. Terima kasih kepada pembaca dan semua pengunjung blog ini yang memang sempoi. Pada saat catatan ini ditulis, ranking Alexa blog ini sudahpun mencecah 354,312! Satu ranking yang di luar ramalan aku. Iya… ramalanku sungguh tidak benar belaka wehhh…
Terima kasih geng!
9. Terima kasih sekali lagi kerana pada saat catatan ini ditulis, kelihatan subscribers blog ini telah mencecah angka 101 orang (mungkin berubah). Bukan gila glamour, tapi aku tahu kalian tidak mahu terlepas setiap catatan dari blog ini. Yang terbaik dari aku… akan aku berikan. From the deep of my heart… you jump, I jump!
10. “Mungkin” ada hadiah untuk semua subscriber blog ini kot. 10 GB diskspace hosting, multiple domain, multiple ftp account dan macam macam lagi. Promosi untuk 12 bulan (1 tahun) pada harga $1.99 sahaja …. amacam? berbaloi tak?
Aku ada source untuk dapatkan budget hosting. Server berada diluar Malaysia (BlueSquare 2 datacenter located in Maidenhead, Berkshire London). Aku akan cuba dapatkan pengesahan untuk promosi ini. Jika promosi ini ada lagi, maka ianya akan dikhabarkan.
Tapi jika offer ini masih lagi VALID, maka ianya adalah untuk mereka yang SUBSCRIBE sahaja yea sebab offer ini akan diberikan secara private invitation via EMAIL
*Subscribe.. jangan tak subscribe !!!!








mmg indah pg ni..heehee..
bro izad..ko mmg terbaik la..
tahniah atas semua kejayaan..
aku ingat nak mula beli emas pula ah…
twenty-sixs entri yang terkiniTuhan
hahaah akhirnya terjawab…kemana perginya engko.
bestkan kerja sendiri….duit masyuk…masa kontrol sendiri…impian kejar sendiri… heheheh
Salam bro.. memang indah suasana pagi ketika ko menulis catatan ni… aku dapat rasakannya..
…dan aku sudah bersedia nak amik hosting plan… email aku utk quotation yang berbaloi ko rasakan utk aku. Caftanonline aku pun dah nak abis tempoh (bln 3)…
Aku bajet untuk blog (mungkin 2 – 3 blog) … + online store aku..
nak gerak KL jap, email aku bro!
wasalam.
samdaddycools entri yang terkiniCOBRA 10 : Ular tedung besar
izad, tiap kali baca blog ko mesti aku rasa rendah diri.. pandai ko buat duit ek?
budeens entri yang terkiniHero Vs Villain
aku pun ada menerima tawaran dari intellinks.
Bestnyee…. Murah betul rezeki Bro….
I pun nak jump jugak bersama bro..
hoho..kena subscribe ar camnie..dapat diskaun..yeah..
amans entri yang terkiniApple Membawakan Safari 4 Beta
Yup Aman. Kena subscribe sebab senang nak manage email nanti.
Tapi sesiapa yang nak Un-Subscribe lepas dapat code promo… takdak hal. No problem punya. Cuma next time kalau ada lagi best offer, mungkin akan ada info yang terlepas kot
* Aku memang tengah deal dengan owner hosting sekarang ini. Harap dapat close deal ini. Esok aku update semua final decision. Doakan`lah yea
Gile dong ah.. Ko punya alexa ranking..
Tapi blog ko memang ada niche sendiri dan mantap..
ZOOL – Bukan begitu. Blog ini sebenarnya tidak akan ke mana pun kalau tiada pembaca dan pengunjung hebat macam kamu (dan yang lainnya juga !)
sebenarnya aku berminat ngan bucks4banner.com tu.
nk register la hari ni.
thanks 4 the links.
tak penah lagi cuba program mcm ni.
fixed payment kan?
(dan yang lainnya juga !)< nasib baik dia mention ayat begini heheh kalau tak…
[...] yang telah diberitahu dalam catatan semalam, telahpun dinyatakan bahawa mungkin semua subscriber blog ini akan mendapat satu lagi offer yang [...]
Diulas pada February 25th, 2009 at 8:49 amBALOOT – Yup, fixed payment.
26 – HAHAHAHAH… mana boleh tak sebut, kang aku kena “taruk” ngan ko and the gang
hoho..neutron? first time aku dengar tu. bak sini websitenya..cek luar negara biasanya aku letak kat CIMB. cek tempatan je aku sumbat maybank..
kalau kat cimb. biasa dalam 1 bulan la baru cair. Nak jumpa bank yg cair dalam 1-2 minggu. Sangat jarang maa..
Aku juge mesti subscribe ini blog sbb ada ummmpphhh!
aku sendiri masih terkial2 pasal monetary blog. sebab tuh aku pakai nuffnang je. kena jumpa ko jugak nanti ni. hehe
KNizams entri yang terkiniTurkish Airlines Plane Crashes at Schiphol, Amsterdam Airport
[...] ingat lagi dengan janji di atas yang pernah aku katakan pada catatan Pagi Yang Indah beberapa bulan yang [...]
Diulas pada April 28th, 2009 at 2:37 pm