Adakah anda tahu apakah nama bandar ini?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: February 6, 2009 online

palestin_1.gif

palestin_2.gif
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Plagiat artikel rohaizad dot com – “aku tak marah”!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Tips - Tarikh diterbitkan: February 5, 2009 online

Masih ingat lagi dengan catatan PANAS mengenai “The Dark Side Of Facebook” minggu lepas?

Haaa.. itulah antara penyebab traffik blog ini mencanak giler sebab banyak referral yang aku terima dari pengguna internet yang mempunyai akaun di laman web Facebook itu. Maksud aku, ramai yang telah memberikan link catatan itu kepada network masing-masing. Yang seronoknya, ramai yang terperanjat dan sebahagian dari mereka telah mengeluarkan pendapat “tidak percaya” terhadap ulasan aku dalam catatan tersebut. Tetapi sekarang mereka telah dapat menerima kenyataan yang sebenar dan ramai juga yang telah membuang semua data privasi sulit yang telah mereka letakkan di dalam profile Facebook mereka itu.

Tapi bukan itu yang hendak aku highlight`kan dalam catatan kali ini. Catatan hari ini adalah lebih kepada aktiviti plagiat yang dilakukan oleh blogger Malaysia sendiri. Sebenarnya aku sendiri tidak percaya yang catatan The Dark Side Of Facebook ini akan meletup.

Tetapi apabila ianya mula mendapat perhatian dari ramai pengunjung internet yang datang ke blog ini, ramai pula yang mengambil kesempatan atas catatan tersebut. Aku tak marah cuma agak terkilan kerana tiada disclaimer langsung dari pemilik blog yang mengambil catatan aku dan terus meletakkan catatan ini ke dalam blog mereka.

Mengambil kesempatan?
Ya benar kerana baru-baru ini aku dapat “detect” banyak gila blog yang membuat aktiviti seperti ini. Siap tukar “tajuk” lagi! Mungkin pemilik blog ini ingin menunjukkan kepada pembacanya bahawa itu adalah hasil tulisan mereka sendiri. Ingin melihat contoh blog yang plagiat catatan aku itu?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Adsense For Domains – tips untuk membeli domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Tips - Tarikh diterbitkan: February 3, 2009 online

Seperti mana yang pernah aku ceritakan dalam catatan “Tips menambah pendapatan adsense melalui domain“, aku rasa masanya sudah tiba untuk aku mengotakan janji itu setelah sekian lama tertunda dan sengaja ditunda.

Sebenarnya ramai yang merasakan bahawa Adsense For Domains ini adalah satu program yang baru. Bagi aku, fakta ini ada juga benarnya kerana jika dipandang pada satu segi, belum banyak lagi cerita mengenai kejayaan Adsense For Domains yang kita dengar sehingga ke hari ini, betulkan? Malahan ramai juga yang kata Adsense For Domains ini sesuatu yang kekok bagi mereka.

Tapi itu semua telahan kita sahaja. Hakikatnya, AFD (Adsense For Domains) adalah satu perkara yang sudah lama tetapi ianya terhad dan terbatas kepada publisher yang tertentu dengan jumlah traffik yang tertentu dan juga pada kebolehan domain yang tertentu. Dari sinilah Google membuat keputusan untuk membesarkan dan mengkomersialkan lagi program AFD ini.

Dan kita sebagai seorang publisher adsense, apa yang perlu kita tahu dan apa yang boleh kita lakukan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Zzzzzzzz………

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: February 2, 2009 online

Hari: Isnin.
Masa: 6:20 pagi.
Subjek: Mengantuk giler….

Chitika payment untuk bulan Disember dan bayaran dari affiliate lama.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 1, 2009 online

chitika_january_payment.gif

Seperti mana yang telah aku ceritakan di dalam catatan mengenai eksperimen Chitika yang lalu, CTR Chitika sememangnya lebih bagus nilainya dari Infolinks.

Dan hari ini terbukti kerana pendapatan dari Chitika aku telah meningkat hampir 2 kali ganda dari bulan sebelumnya. Ini sungguh memotivasikan aku kerana ianya terbukti dapat membuatkan akaun Paypal aku lebih “cantik” lagi. jadi jika kamu masih lagi belum mencuba program Chitika, daftarlah segera.

Jadikanlah tahun 2009 ini tahun eksperimen kamu untuk meneroka lebih banyak peluang dalam menjana pendapatan dari blog kamu sendiri. Yang pasti, sebaik sahaja aku mendapat bayaran pertama dari Infolinks nanti, aku akan terus cabut code`nya dari blog aku kerana bayaran yang diberi sungguh tidak setimpal. Bayangkanlah…. 6 clicks hanya mampu menjana $0.03 cent sahaja! Kedekut betul… huhuhuhu.

Oh ya… satu lagi komisyen dari program affiliate “lama” telah dapat dijana pagi tadi. Walaupun tidak banyak, tapi aku hampir-hampir lupa pada program affiliate ini. Manakan tidak, nama website tu pun dah nampak pelik bagi aku. Memang sah lama giler aku tak ambil tahu mengenai program ni… wahahahahah.

Tapi dah namanya rezeki, tetiba plak pagi tadi dapat komisyen. Dari mana datangnya pun aku tak tahu. Memang terperanjat giler aku dibuatnya.

affiliate_payment_receipt.gif

Broadband ke Berukband?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 1, 2009 online

Ahahahahahah…!
Dah dekat 2 minggu aku perhatikan cerita yang sama dikatakan oleh ramai blogger di Malaysia. Masing-masing “hangin” dengan tahap capaian/kelajuan yang dapat dicapai oleh broadband yang sedang mereka gunakan. Bagi aku yang belum menggunakan servis broadband, mungkin aku tidak dapat “mengecapi” nikmat sebenar kemarahan yang sedang melanda blogger-blogger tersebut.

Tapi walau apa pun, aku ada sedikit pendapat yang mungkin boleh membantu. Jika kegiatan ataupun aktiviti internet kamu tidak terlalu extreme (maknanya tidak melibatkan download + upload), maka itu mungkin okay lagi. Tapi jika kamu ingin menumpukan perhatian pada kerja yang melibatkan speed dan kelajuan yang tinggi seperti projek Pakej Video, maka seharusnya kamu perlu berbuat sesuatu dan bertindak. Iya… mungkin kamu perlu beralih kembali kepada Streamyx.

Mengapa Streamyx?
Sebab kalau hendak dibandingkan, Streamyx broadband lebih stabil dari wireless broadband. Dan oleh kerana aku juga menggunakan Streamyx, maka semua proses download+upload untuk projek Pakej Video menjadi lebih lancar (walaupun tidaklah laju giler) serta tiada gangguan yang melampau.

Bercakap pasal Pakej Video, hari ini masuk 2 lagi sales. Pertambahan 2 lagi sales dari apa apa yang telah dikongsikan dalam catatan semalam:

clickbank_commission.gif

Mari berkongsi dengan aku, adakah kamu BENGANG dengan BERUKBAND kamu? Opss maaf… BROADBAND kamu?

Catatan baru →