Ingin beriklan? Sila klik di sini

Menjana pendapatan dari blogging – Sponsoredreviews.com

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: March 28, 2009 online

sponsored-reviews-income.gif

Saya mempunyai blog yang sudahpun di approve oleh Sponsoredreviews. Masalahnya sehingga sekarang ini saya masih lagi belum dapat satu tawaran pun dari mereka. Buat pengetahuan en rohaizad, separuh dari blog saya itu sudahpun mempunyai PR3. Dan lagi saya juga telah bid pada harga yang rendah. Tolonglah saya kerana saya masih lagi blur…
______________________________________________________________________________________________

Ini adalah salah satu dari soalan asas yang aku terima mengenai program Sponsoredreviews. Seperti yang kita sedia maklum, Sponsoredreviews adalah salah satu dari program review yang paling berbaloi untuk kita sertai kerana kita mempunyai kuasa dan pilihan (bid harga untuk review) untuk meletakkan harga mengikut kehendak kita sendiri.

Sebenarnya, program Sponsoredreviews ini boleh menjana pulangan yang lumayan tanpa perlu untuk kita menjual apa-apa barang di internet. Jika kita mempunyai blog yang sesuai dan memenuhi citarasa advertiser, maka senanglah kita mendapat job dari mereka.

Tapi mengapa masih ramai lagi dari kita yang masih lagi bersemuka dengan masalah yang asas ini (walaupun sudah mendapat PR3 untuk blog kita sendiri?)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pesan seorang ibu kepada anaknya

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 27, 2009 online


(sila mainkan lagu ini ketika membaca catatan ini)

Sudah beberapa minggu aku gagal dalam meng`update catatan untuk “Renungan Hari Jumaat” dan hari ini aku akan menyambungnya kembali.

Baiklah, ini adalah salah satu email yang aku terima dari seorang rakan baik aku yang bernama Ernie. Email ini cukup membuatkan hati aku sebak kerana sebagai seorang anak, tiada apa yang lebih menyedihkan lagi dari melihat ibu yang tersayang meninggal di pangkuan riba.

Gambar ini adalah salah satu bukti kekejaman Israel kepada rakyat Palestin. Aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah perasaan si anak lelaki ini. Tentunya perasaan sedih dan geram ada di dalam hatinya bukan?

pesan-seorang-ibu-1.JPG

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Pejamkan mata kamu buat seketika serta bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh kamu ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

4 lagi gambar selepas ini.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kita seharusnya rasa malu pada diri sendiri jika kita…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: March 26, 2009 online

malu.jpg

1. Seorang bos.
Tapi kita pula yang mempunyai tanda merah paling banyak di punch card.

2. Seorang anak.
Tapi kita tidak mampu untuk memberikan wang yang lebih pada mak ayah sendiri (walhal duit rokok dan duit untuk main snooker sentiasa saja ada di sisi).

3. Seorang isteri.
Tapi kita selalu menjejeh kisah suami sendiri pada tetangga kanan dan kiri.

4. Seorang suami.
Tapi kita selalu membohongi isteri (atau isteri-isteri?) kita sendiri.

5. Seorang guru.
Tapi kita sentiasa memberikan perhatian kita pada hal yang lain (seperti perniagaan) sedangkan tanggungjawab pada anak didik semakin hari semakin menunggu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Fact and figure.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: March 24, 2009 online

Tadi aku sempat berkunjung ke blog Emme dan ada sesuatu yang menarik perhatian aku:

  • Tahun lepas ada 1,125 billionaire, tahun ni tinggal 793 orang sahaja.
  • Kebanyakan billionaire yang hilang tu berasal dari India dan Russia.
  • 18 billionaire dah mati, tapi ada 38 billionaire baru.
  • Kekayaan kesemua billionaire adalah $2.4 trilion, berbanding tahun lepas $4 trilion.
  • Bill Gate hilang $18 billion, Warren Buffet pula hilang $25 billion.
  • Anil Ambani (tokey besi buruk) menerima kesan paling teruk kehilangan kekayaan sebanyak $32 billion.
  • New York paling ramai billionaire iaitu 55 orang berbanding Moscow tinggal 27 orang sahaja.
  • Kebanyakan billionaire yang baru naik ni, mereka jual benda pelik-pelik seperti Joaquin Guzman Loera yang jual kokain, Wang Chuan Fu penjual kereta elektrik, dan juga John Paul Dejoria yang menjual syampoo… em…

Ini bukan lawak, joke ataupun rumours. Ini adalah FACTS ataupun kenyataan. Jadi kemerosotan ekonomi sebenarnya sedang berlaku dan akan terus berlaku. Walaupun kita sebagai blogger tidak merasa tempiasnya secara direct, tetapi hari esok tiada siapa yang tahu.

Sesuatu harus dilakukan….
p/s: ingin memberikan pendapat tentang hal ini? apa yang ada di dalam fikiran kamu?

Pakej Video: Soalan dari Puan Ieda.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: March 23, 2009 online

soalan-pakej-video-dari-puan-ieda.JPG

Soalan ini baru sahaja diterima dari seorang bakal ibu yang bakal melahirkan anaknya pada bulan September ini. Pada saat pertama aku membacanya di dalam kotak email, aku agak terkejut kerana soalannya begitu “straight to the point”. Tetapi lama-lama, aku mula merasakan bahawa ini adalah satu soalan yang jujur (lihat pada komen terkini di catatan ini) kerana ianya melibatkan satu harapan dari seorang ibu.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Update: Info terkini mengenai perkhidmatan di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 18, 2009 online

Di bawah adalah email yang diterima awal pagi tadi dari En Nasrun (macam pernah dengar/familiar sangat nama ini tapi di mana ya?) :D
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Update : Jawapan dari pihak Utusan Malaysia untuk kes artikel Facebok.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 18, 2009 online

Saudara Rohaizad,

Saya bagi pihak Utusan Malaysia memohon maaf di atas kesilapan kami memberi kredit kepada Man Mad daripada surat asal yang ditulis oleh saudara.Kami menerima surat itu menerusi salinan CC email yang turut dihantar ke forum@utusan.com.my yang saya percaya dilakukan dengan niat baik. Ekoran itu kami menyiarkannya atas dasar yang sama dengan nama samaran Man Mad.

Bagi membetulkan kesilapan itu kami tidak keberatan menyiarkan nama saudara sebagai penulis asal surat tersebut. Sila nyatakan nama penuh saudara supaya kami boleh siarkan ralat itu di dalam halaman Forum Utusan Malaysia.

Terima kasih di atas maklum balas saudara.
Sekian

Salam
Zaini Hassan
Pen. Ketua Pengarang 1
Utusan Malaysia

Aku telah membalas email En Zaini ini pada 11hb yang lepas dan sehingga ke hari ini (18hb Mac 2009) masih tiada lagi apa-apa jawapan balas mahupun email dari pihak mereka. Jadi itu sahajalah updatenya.

Opss… dan pada masa catatan ini ditulis, Man Mad masih lagi menjadi “pemilik” asli artikel itu untuk ruangan forum yang bertarikh 10hb Mac di Utusan. “Tahniah” Man Mad!

Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: March 17, 2009 online

blogger.PNGRamai yang masih lagi bertanya dan tertanya-tanya adakah perlu bagi mereka untuk mengeluarkan wang ataupun modal yang besar untuk memulakan langkah sebagai seorang blogger.

Bagi mereka yang sudah tahu apa itu blogging (dalam ertikata yang sebenar), mungkin in mudah bagi mereka tetapi bagi mereka yang baru hendak bermula, ini adalah satu cabaran yang tidak kurang dahsyatnya.

Sebenarnya, aktiviti blogging tidak memerlukan modal walau SATU SEN pun. Apa yang perlu kita ada untuk aktiviti blogging ialah MASA dan juga perasaan SERONOK.

Jika 2 perkara ini ada, maka wujudlah unsur blogging dalam diri mereka. Untuk komputer dan line internet itu janganlah dibahaskan pula sebab itu sememangnya perlu ada.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya