Kuasa SEO – cubaan kali ke-2 juga berjaya mendatangkan hasil.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: March 3, 2009 online

Beberapa minggu sebelum ini, aku ada membuat sedikit eksperimen mengenai Kuasa SEO untuk produk Blog Cash Blue Print.

Produk Blog Cash Blue Print ini boleh tahan dan berbaloi juga untuk dibeli kerana bagi harga yang sebegitu rendah iaitu $10.97, kita diberikan 13 video untuk dipelajari di peringkat asas.

Bukan itu sahaja, $10.97 yang dimodalkan untuk membeli Pakej Video Blog Cash BluePrint itu juga akan melayakkan kita untuk mendapat pelbagai produk Resale Rights yang mana kita boleh menjual produk itu untuk mendapatkan income tambahan. Ilmu dapat, peluang buat duit pun dapat.
Seronok`kan?

Dan pada minggu lepas, aku sudah mula untuk bereksperimentasi dengan bahagian ke-2 Kuasa SEO. Eksperimen ini sebenarnya bukanlah eksperimen ‘hardcore’, tetapi sekadar ingin mencuba dan mempelajari beberapa aspek SEO yang aku sendiri buat tanpa mengeluarkan modal.

Kuasa SEO kali ke-2 ini akan difokuskan kepada satu lagi produk iaitu CPA Wealth BluePrint dan alhamdulillah… nampaknya ia telahpun membuahkan hasil. Bagi yang ingin mencari maklumat asas mengenai CPA, mungkin produk ini boleh membantu!

Ini adalah sedikit kajian SEO untuk keyword produk tersebut:

cpawealthblueprint-seo.gif

Sehingga catatan in ditulis, ranking untuk keyword CPA Wealth BluePrint ini hanya berada di tangga ke-5 Google. Tetapi walaupun hanya berada di ranking yang ke-5 Google SERP, syukur alhamdulillah kerana ianya sudahpun menjana sales`nya yang pertama.

Inilah sales pertama yang datang dari eksperimen Kuasa SEO. Terima kasih kepada Mr Carl Gresk!

cpa-wealth-blueprint.gif

Agak-agaknya, apakah sebab produk ini boleh dijual?
Atau berbaloikah produk ini dibeli?
Apa yang membuatkan MR Carl Gresk membeli produk ini?

Apa kata kali ini, kita nilaikan bersama-sama:

1. Video 1 – CPA Uncovered (7m 45s).
2. Video 2 – CPA Terms Explained (6m 54s).
3. Video 3 – Applying To A CPA Network (6m 19s).
4. Video 4 – Identifying Top Offers (7m 14s).
5. Video 5 – CPA Network Demo 1 (15m 36s).
6. Video 6 – CPA Network Demo 2 (19m 42s).
7. Video 7 – CPA Network Demo 3 (8m 47s).
8. Video 8 – CPA Network Demo 4 (10m 54s).
9. Video 9 – Getting Products Into CPA Networks (8m 32s).
10. Video 10 – Info Product Friendly CPA Network (5m 53s).
11. Video 11 – Info Product Friendly CPA Network (10m 19s).
12. Video 12 – Promoting CPA Offers (9m 16s).
13. Bonus Gift: CPA Wealth Blueprint Resource Guide ($17 Value)!

Untuk $10.97, berbaloi ke?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 16 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. taukey said:

    aiyakkkkk……manyak bagus. ini macam punya SEO sudah dapat lui 100 peratus

  2. rohaizad said:

    TAUKEY – Harap aku dapat lebih banyak sales seperti Blog Cash BluePrint.

    * Aku dah agak dah, mesti ko yang menjadi orang pertama sekali memberikan komen! :)

  3. AmirMohamad said:

    Errkkk…kenyang nih..hehe..leh belanja kopi..congrates!

  4. rohaizad said:

    AMIR – Kopi? Boleh.. ngeteh !

  5. |1f34|-|1r3 said:

    mantap jugak pinurl ni..kena test jugak ni beb…kot2 menjadi gak teknik2 SEO aku ke..hehe

  6. rohaizad said:

    L4H – Haaa…. nanti aku review sket kenapa aku suka pakai pinurl.com. Nantikan yea..!

  7. Kat PinURL tu kite boleh terus search CB Marketplace.Dan masukkan ID CB kita pastu terus create link…tak perlu masuk web CB pon.

    PinButton pon ada utk terus Pin kan web yang kite nak…

  8. taukey said:

    aiyakkk belum komen sudah tahu. hehehe. selain kuasa SEO, ko ada gak kuasa menilik ke? :D

    taukeys entri yang terkiniPengalaman Jual Produk Fizikal

  9. rohaizad said:

    TAUKEY – Hahahahah

  10. Richie said:

    apa2 jenis ilmu.. 4 sure berbaloi jika diamalkan ilmu tu.. nak menambah ilmu tak salah..
    walaupun dah pernah beli ebook niche yang sama..
    mungkin ada sedikit rahsia lain yg penulis nak kongsi..

  11. KNizam said:

    aku confuse di situ. hehe :)

    KNizams entri yang terkiniMalaysia Memerlukan Rancangan Cuti-Cuti Malaysia & Jalan-Jalan Cari Makan Yang Berkualiti Lah !

  12. Mohd Safuan said:

    menarik ni..aku memang nak belajar teknik2 seo ni..

  13. rohaizad said:

    RICHIE – Betul tu geng.

    KNizam – Di mana yang confuse tu ye? :)

    SAFUAN – Teruskan.. sekrang ilmu SEO ni berlambak kat internet. Kalau dulu zaman aku 2004-2005 tidaklah sebanyak sekarang ini.

  14. fazamania said:

    baru je beli pakej video puan lisa.. nak belajar dulu pasal camne nak wat video tu..

    so , pemilihan produk yg boleh dpt sambutan kat clickbank tu camne lak ye ? leh wat artikel pasal tu x ?

  15. Khairul said:

    Salam.
    Saya baru sertai dunia blogging ni..
    so nak tanya la.

    antara advertiser AdSense Google dan Nuffnang, mana yang lagi berbaloi dari segi pulangan hasil?

    Khairuls entri yang terkiniMelayu Kita

  16. rohaizad said:

    FAZAMANIA – Produk apa-apa pun boleh.

    KHAIRUL – Adsense dan Nuffnang adalah 2 program yang berlainan. Kalau tanya berbaloi atau tidak, itu sudah jauh maknanya.