Menjana pendapatan dari blog – Payu2blog.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Review - Tarikh diterbitkan: March 9, 2009 online

payu2blog.gifSalam Maulidur Rasul untuk semua. Hari ini aku akan berkongsi lagi mengenai program yang boleh mendatangkan hasil lumayan hanya melalui blog.

Bermakna inilah antara aktiviti-aktiviti yang aku lakukan dalam menjana wang (USD) hanya melalui aktiviti blogging dan blog yang aku miliki selama ini.

Ramai yang sudah tahu mengenai program Payu2blog ini tetapi bagi mereka yang baru, mungkin program sebegini boleh membantu. Ini adalah kerana program ini telah lama bertapak dalam internet. Jadi jika ada di antara kamu yang merasakan catatan ini agak “basi” dan tidak sesuai untuk dibaca, ingin sekali aku minta maaf kerana mungkin ada yang masih belum lagi menngetahuinya. Catatan ini sememangnya ditujukan untuk mereka.

Bagaimana program ini berjalan?

Baiklah, aku akan terangkan secara ringkas bagaimana program ini berjalan:

1. Program Payu2blog ini sebenarnya adalah satu program paid blogging yang mana kita akan dibayar bagi setiap satu job melalui assignment yang diberikan. Jika V7N Publisher Network membayar USD10 untuk satu job yang ditugaskan, Payublog pula membayar mengikut ‘rate’ yang dibayar oleh advertiser mereka.

2. Jumlah panjang sesuatu blogpost ataupun assignment yang perlu disiapkan hanyalah cuma 60 patah perkataan minimum.

3. Purata bayaran bagi setiap satu assignment yang dibuat adalah USD5.00. Tapi ada juga assignment yang dibayar lebih tinggi dari itu.

payublog-assignment-job.gif

4. Yang seronoknya mengenai program Payu2blog ini ialah mengenai ‘kebebasan’ dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Bermakna setiap satu link advertiser yang diberikan boleh digayakan dengan pelbagai cara.

Tidak ada satu spesifikasi yang ditetapkan dalam meletakkan link advertiser dalam assignment kita itu nanti kerana mereka tidak mahu kita membuat review. Tidak kiralah jika kamu menulis ‘poem’ ke ataupun yang seumpamanya. Asal link advertiser itu wujud dalam blogpost yang kita buat, itu dah kira PERFECT.

5. Itu cerita pasal seronok, tapi ada yang LEBIH SERONOK dari itu. Program ini tidak memerlukan kita merebut setiap assignment yang diberikan. Mereka akan menghantar assignment itu dalam account Payu2blog kita SETIAP MINGGU tanpa GAGAL!!!

Program ini kalau hendak dikatakan dalam bahasa kasar saling tak tumpah seperti gaji tetap, sama seperti program Text Link Ads pendapatannya. Apa yang perlu kita lakukan ialah memeriksa account kita pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pasti ada sahaja job yang diberikan.

payu2blog-transaction.gif

USD5.00? Sikitnya? Alamak… rugilah macam ni!!

Iya… memang benar bayarannya separuh lebih rendah dari V7N Publisher Network tetapi job yang diberikan adalah TETAP. V7N pula tidak tetap (itu mengikut pengalaman aku selama ini). Jadi, hasilnya lebih kurang sama sahaja.

Perlu diingat bahawa job ataupun assignment yang diberikan oleh Payu2blog bukannya 1, tetapi lebih dari 1. Sekali assignment dihantar sampai 3-4 job. Malah 8 job pun selamba jer, bergantung pada blog yang kita miliki. Kalau 8 job dihantar, bermakna USD40.00 dalam tangan!

Dan lagi, ianya cuma 60 patah perkataan sahaja manakala V7N Publisher Network pula dalam 2-3 perenggan. Kalau kamu nak tahu, perenggan yang aku tulis dalam kotak di atas ini sahaja SUDAH mempunyai 75 patah perkataan!! Mudahkan?

Tidak perlu risau mengenai $5.00 itu kerana ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama jadi bukit:

payu2blog-payment.gif

Bagi mereka yang masih lagi belum mencuba, silalah mencubanya. Bukannya apa… selagi kita tidak mencuba, macam mana kita hendak tahu keputusannya ye tak? Aku dahulu pun pada permulaanya hanya sekadar mencuba dan hasil dari percubaan itulah sampai sekarang aku mengecapi hasilnya.

Jika ada yang telah apply dan masih lagi tidak mendapat apa-apa jawapan, janganlah berputus asa kerana beribu lagi blogger turut sama apply untuk berada dalam program ini.

Oh yaa.. kalau ada yang ingin bertanyakan mengenai syarat blog yang hendak disubmit ke Payu2blog ini, ingin aku jelaskan bahawa jika blog kamu ada PR (tidak kiralah berapa PR`nya), maka ianya adalah lebih baik.

Tetapi jika blog kamu tiada PR, itu aku kurang pasti. Tapi sepertimana yang aku katakan tadi… CUBA sahajalah, manalah tau kalau ada rezeki`kan?

Tidak salah mencuba cuma yang pasti janganlah disubmit blog English yang baru berusia 1 bulan dan kosong PR`nya. Kalau blog English kamu itu dah lama usianya tetapi masih PR`nya kosong, cuba sahajalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 26 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Rizal said:

    hoho, aku dah lama tau dan telah hilang daripada ingatan, nasib baik ko ingatkan…haha, semenjak ekonomi tak stabil, semua cara yg halal aku sapu…hoho

  2. cookdong said:

    yezza..tq dan moga bro murah rezeki

  3. rohaizad said:

    RIZAL – Yup, balun je janji halal.

    COOKDONG – Terima kasih. Yang lain pun boleh cuba ye! Jangan tak cuba.

  4. alone said:

    thanks bro rohaizad :)

    aku sentiasa tercari-cari program camni.

    improve writing skill + earn cash =D

    btw, sponsoredreviews pun masyukk jugak. hehe.

  5. |1f34|-|1r3 said:

    aku lebam dh try apply payu2blog ni..tp tak pernah approve..cis btol la !

  6. yasir said:

    buat review kat blog ni memang masyuk gak ek…tapi memang kena power english la…kalau tak power,susah gak kan…

    betul tak bro?

  7. titan said:

    hoho. amaran dari aku. blog yang takde PR. Jangan gatal join. Memang tak dapat job. Kalau dapat pun, memang tipis. Dulu mungkin. Tapi sekarang memang sukar.

    Semua blog PR1 aku jarang dapat job. Tapi kalau PR3. Insya-Allah.. :)

  8. rohaizad said:

    ALONE – Yup. SR memang dah sah masyuk.

    L4H – Cuba… cuba dan terus mencuba.

    YASIR – Tak jugak. English aku pun campur aduk gak. Kamus ada, Google translate ada… gunakan je. Apa ada hal.

    TITAN – Payu2blog ni ada satu term yang aku suka sangat pada sistem mereka. Kalau pada asalnya kita apply blog kita dengan PR3, mereka tetap akan kasi job pada kita walaupun di masa hadapan blog kita dah jadi PR0.

    Dan percayalah, semua (100%) dari job yang aku terima selama ini adalah untuk blog-blog aku yang dah jadi PR0!

    So kalau ada sesiapa yang blognya ada PR, pergilah daftar sebab apa-apa yang jadi pada blog kita di masa hadapan, kita tetap akan dapat job.

  9. twenty-six said:

    bak kata rohaizad..tak rugi kalau cuba..ehem..

    twenty-sixs entri yang terkiniLittle Boots 2009

  10. Aqif said:

    salam..boleh bertnya?
    PR tu ape?
    :)

  11. Fatin Pauzi said:

    Thanks sebab kongsi sal ni, Rohaizad. Pernah try nk involve tp tk pernah lulus. wakaka. Nanti la, usaha lagi.

  12. rohaizad said:

    26 – Yup, tak salahnya mencuba.

    AQIF – http://www.google.com/search?hl=en&q=what+is+PR%3F&sourceid=navclient-ff&rlz=1B3GGGL_enMY313MY313&ie=UTF-8

    * Agak sedih juga ya sebab tidak menggunakan fungsi Google Search :D

    FATIN – Sama-sama

  13. Aqif said:

    thanks bro
    :)
    especially dah expect PR is public relation
    tp sampai PR3 sume tu dah jadi blur plak
    :)

  14. taukey said:

    hhehehe. aku dah daftar. dia kata tunggu approval. muahahahaha. tak approve approve lagi dah sampai sekarang. takper la. tunggu di masa hadapan lagi la gamaknya ni

  15. nikillas said:

    nanti nak try la.. hehehe.. cam best je..

    nikillass entri yang terkiniBersin sekuat hati..!!

  16. kita said:

    banyak leh wak duit erk..tp blog mesti dalam bahasa inggeris erk…so aku kena create satu blog bi ler…

  17. alone said:

    pr0 pun dia accept? pergh.

    cepat2 la approved. haha!

  18. aleh49 said:

    untuk join, kena blog berniche kan ape?
    ape2 pon boleh ke?

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  19. rohaizad said:

    Yup, apa apa blog English pun boleh termasuklah personal blog.

  20. nuaeman said:

    skrg cam sukar nak melayakkan diri menjadi sebahagian drpd publisher mereka.. apapun aku akan usahakan jugak untuk lepasi dan mendapatkan job kat sana..

    nuaemans entri yang terkini348 usd @ RM 1252.80 untuk Februari. Masih lagi dengan blog PR 0

  21. dins said:

    aku pun nak register gak nie.

  22. omecool20 said:

    Dah apply. See la how. Menarik juga sebab jumlah words tak byk. Boleh asah bakat menulis lagi. :-)

    omecool20s entri yang terkiniTrip Advisor Asia Hotel Review

  23. [...] Sebenarnya Payu2blog adalah satu program paid to post yang sempoi dan paling indah dalam arena blogging. Dengan hanya 60 [...]

  24. Mat Nayie said:

    Dah 2 lebih tahun aku join Payu2blog nie..memang best…

    rohaizad Reply:

    Betul tu nayie. Sempoi je Payu2blog ini.

  25. Ishak said:

    1st time kat blog ni dan 1st time tahu pasal Payu2blog (mula2 baca tadi “payu 2 blog” – amende la ni, sengalkan pemikiranku? pay u 2 blog mungkin bole d coba utk jana income lepas ni. Selama ni menulis pun tak konsisten, tak juga mengarah ke buat duit dan tak juga tulis apa yg saya ahli dlm halnye. Trims Rohaizad kerana blogs yg menarik