Ingin beriklan? Sila klik di sini


Renungan hari Jumaat – ikhlas?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 13, 2009 online

derma-tabung-masjid.jpg
Berapa yang hendak didermakan untuk tabung masjid hari ini?
Ikhlas?


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 26 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Mohd Safuan said:

    Berapa yg hendak didermakan tidak perlu menjadi persoalan.tapi keikhlasan tu penting. biarlah kita menderma takat yang mampu, asalkan ada nilainya disisi Allah. Mari kita sama2 menderma, tapi jangan la hari jumaat je nak derma, dermalah pada setiap waktu dan masa.

  2. alone said:

    selalunya rawak je.

    tahap student biasanya rm1-rm2 jela. hehe.

    btw, yang penting ialah niat. derma walaupun 1 sen lagi besar pahalanya dari derma jutaan ringgit tapi menunjuk-nunjuk.

  3. Rizal said:

    ermm… cuma fikirkan la…balasan daripadaNya kelak berlipat kali ganda yang korang IKHLAS sedekahkan…

    fikir fikirkan…dan selamat beramal…eceh..

  4. cookdong said:

    dialog..
    haji a: ambik la mat duit tu..aku ikhlas tolong hang ni..
    mat rempit: tq ammu hagg(pak haji)

    p/s: pak aji xikhlas sebab die nyatakan ‘ikhlas’ dia tu. Ramai yang salu buat camtu..renung2kang dan selamat beramal

    oh..xapa ka saya bikin drama?

  5. motokriss a.k.a Hisam said:

    Islam mengajar kita sabar dan ikhlas.
    Tak kira lah nak buat apa pon. Yang penting ikhlas.

    Tapi kan rasanya ijad nak ajak kita berpikir nie… kaloo kita ada banyak duit sekarang nie.. tentunya kita bleh derma lebih banyak dengan ikhlas kerana ia lebih besar maknanya.

    Kalau setakat cukup makan… nak derma lebih2 pon kita jadi berkira. kalo cam tu ikhlas tak ek???

    Sekadar renungan.

  6. pcuserz said:

    kuantiti bukan isu, (tapi perlu)
    istiqamah perlu selalu…

  7. Fatin Pauzi said:

    Asal ikhlas….:P

    Fatin Pauzis entri yang terkiniEvolusi Baru Peluang Untuk Pelajar Jana Wang

  8. samdaddycool said:

    Kenapa ramai orang sanggup belanjakan rm7.50 utk Dunhill 14 tapi nak derma sekeping RM5 dalam tabung tu… boleh dikira dengan jari dalam setahun!

    samdaddycools entri yang terkiniKadang-kadang aku rasa malas…

  9. rohaizad said:

    Haaa… saper nak jawab komen Samdaddycool tu?
    Menusuk menikam kalbuuu…..

  10. berilah sesuatu derma itu seikhlas hati…pasti rezeki akan bertambah….

    hazman aka species1980s entri yang terkiniImbasan Seminar Keusahawanan di Sepang

  11. kita said:

    kurang nyer derma kerana : mereka rasa rugi kerana mengeluarkan duit tanpa pulangan….sedangkan Allah S.W.T memberi lebih pulangan tanpa disedari

  12. Shaffik said:

    Sam..satu pertanyaan yang baik sekali..aku tak pernah lupa untuk menderma. Banyak ker sikit ker janji aku derma..untuk kebajikkan yang sepatutnyer..kalau deorang nak buat benda-benda lain aku tak tau dan ambik tau. Aku ikhlas dari hati. Macam maner nk tau aku ikhlas ker tak, hanya Tuhan sahaja yang tau..Insyallah..

  13. rohaizad said:

    SHAFFIK – SamDaddyCool tu jarang bertanya. Tapi kalau sekali dah kuarkan soalan dekat komen… memang “makan dalam” punya…

  14. Shaffik said:

    Tu laaa..terasa jugak sebab aku merokok..but alhamdullilah masih ingat lagi untuk menderma..

  15. samdaddycool said:

    … Memang betul, satu konsep yang kena ada, “Alang kanan memberi, sorokkan tangan kiri.. Herman Tino”. Tu adalah salah satu perumpamaan datangnya ikhlas.

    Ikhlas kalau diuraikan, adalah benda yang kita buat yang lahir dari hati, dan kita tak sibuk bagitau orang lain, serta kita tak sibuk bangga dalam hati.. walaupun cakap pada diri sendiri.

    Tapi dalam konsep menderma pada tabung masjid, tu yang kita kena selami tabiat masyarakat kita, RM1 .. lagi2 RM1….

    Berapa banyak kita spent utk cd games, dvd pirate, masuk funfair, pergi tengok wayang, top up,… busuk2 RM5 atau RM10 …seminggu mau 2 – 3 kali.

    RM 1.00 masuk tabung masjid, seminggu sekali.. tu pun selalu miss.

    p/s- peringatan untuk kita semua yang selalu lalai…

    samdaddycools entri yang terkiniKadang-kadang aku rasa malas…

  16. shuth said:

    to samdaddycool >> sebenarnya ramai orang yang derma kat masjid setiap minggu lebih dari harga sekotak dunhill..

    aku macam nak cakap je berapa aku derma kat masjid tiap2 minggu time semayang jumaat.. tapi nanti.. korang kata aku tak ikhlas pulak.. ho! ho! ho!..

  17. rohaizad said:

    SAMDADDYCOOL - Berdas-das aku kena attack dengan komen ko ni. Thanks Sam. Bermakna betul komen ko kali ini sebab saling mengingatkan antara sesama kita.

    Untuk jadikan entri ini lebih bermakna dan lebih feeling`nya, aku embedkan sekali lagu Herman Tino macam yang ko cakap dalam komen ko tu:

    p/s: Aku suka dengan “sound direct” ko dalam komen ko Sam. Tersentak aku dari lamunan… pheeewww.

    SHUTH - Baguslah Shuth… semoga kita lebih murah rezeki dan diberi peluang yang lebih baik pada masa hadapan.
    p/s: macam mana dengan seminar? semoga mendapat sambutan yang menggunung… :) InsyaAllah

  18. nikillas said:

    tidak pernah.. aku tidak berbangga dengan ketidak pernahan aku itu.. oh.. kedekutnya aku~~

    nikillass entri yang terkiniAntara Akademi Fantasia dan American Idol

  19. samdaddycool said:

    Jad> aku ingatkan je.. kat diri sendiri dan semua…

    Shuth> yang derma lebih drp apa yg dibayar utk dunhill 14… alhamdulillah, orang Islam masih ada yang pemurah dan sedar. Tapi yg terlalu berkira utk tabung, berbanding dunhill 14, tu yg perlu ditanya, “kenapa?”

    samdaddycools entri yang terkiniKadang-kadang aku rasa malas…

  20. aziz said:

    Bro, bagiku soal derma menderma ni terpulanglah,itu antara kita dengan tuhan. Pokoknya pada hati,jika putih putihlah dia jika hitam…….
    t.q

  21. Pokjat said:

    Derma dengan seikhlasnya..Aku penah nampak sorang mamat ni derma banyak..tapi cam kembang2 idung ckit..psl pe ha korang rasa?hehe

  22. twenty-six said:

    yang aku nak tau kenapa sesetengah tabung masjid jer banyak beribu..tapi aktiviti amatlah kureng..

    pernah denga ceramah ismail kamus yang menegur pihak masjid yang hanya ‘berkejar untuk menyimpan duit derma’ tetapi jarang membelanjakan kearah kebajikan kariah.

    twenty-sixs entri yang terkiniLive Every Moment Of Your Life~!

  23. samdaddycool said:

    aziz> segala benda dalam dunia terpulang pada Allah untuk menerimanya, atau pun tidak. Aku tak cakap derma rm1 Allah tak terima, dan memang kena sama harga dengan dunhill 14 baru Allah terima.

    Persoalan aku ialah kenapa kedekut sangat nak menderma.. berbanding enjoy katak!

    samdaddycools entri yang terkiniThe World’s Billionaires list of 2009

  24. kakeru said:

    Bagi saya, ikhlas atau tidak terpulang kepada org tu sendiri. That’s vertically between him/her and Allah. Sukar utk mempersoalkan benda2 internal berbanding luaran sebab kita tak tahu pun niat di hati org macam mana.

    Suppose benda2 ikhlas atau tak, kena tanya diri sendiri supaya diri sendiri selalu dapat dimuhasabah. Saling ingat-memperingati sesama rakan taulan pun bagus gak.

    Pernah gak sekali terkena keadaan sebegini. Seseorang yg kelihatan tidak berpuas hati dengan saya mengatakan saya tidak ikhlas dalam memberikan perkhidmatan kepada mereka. Owh..begitu mudahnya mereka menilai hati saya…

    Apa pula perasaan hati kecil anda sekiranya anda telah bersungguh2 dalam melakukan sesuatu, namun usaha anda dianggap tidak ikhlas pula oleh org lain. Sebenarnya mslh tu berpunca daripada mereka, bergaduh sesama sendiri. Namun, selaku org tgh..saya la yg mendapat tempiasnya.

    Concl: Harap kita tak mempertikaikan keikhlasan org lain. Sentiasalah berbaik sangka, itu lebih baik kerana Allah Maha Tahu :)

  25. eyeman said:

    adala hulur sikit. Walaupun tak banyak..

    eyemans entri yang terkiniHow to buy Eye Candy online?

  26. OEE said:

    ermm… tabung masjid …
    kalau 5x waktu solat ke masjid kan bagus …