Ingin beriklan? Sila klik di sini


USD1000.00 dalam masa 13 hari.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: March 14, 2009 online

RM3600.00 ataupun USD1000.00 dalam masa 13 hari hanya melalui aktiviti blogging amatlah memberangsangkan. Bagi seorang full time blogger, ini adalah salah satu target yang mereka ada dalam menjana pendapatan melalui blogging. Jika target itu sudah mula “lari”, maka sudah pasti dia akan diversify pendapatannya yang telah sedia ada.

amirul-ym.gif

Untuk Amyrul: Blogging secara peribadi akan menjarakkan diri kita lebih jauh lagi dari blogging untuk perniagaan. Jadi be smart.

Sebenarnya menjadi seorang full time blogger sama sahaja kerjanya dengan orang lain. Full time blogger menjual, menyewakan dan menyediakan perkhidmatan yang dia rasa boleh dikomersialkan. Full time blogger akan sentiasa SERIOUS apabila tiba bab business kerana itu periuk nasinya. Sebab itulah jika ada ebook ataupun info mengenai make money online, dia sentiasa akan mendapatkan untuk dicubanya secara trial-error.

Secara asasnya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk menjana wang dari blog. Iyaa… terlalu banyak sebenarnya program ataupun kaedah yang boleh dilakukan oleh blogger untuk tujuan tersebut. Cuma masih ramai yang kabur dan ada juga yang tidak tahu apakah tujuan dia mempunyai blog. Jadi kata kunci di sini adalah “serious atau tidak serious”. Itu sahaja.

Sesetengah blogger mempunyai caranya yang tersendiri. Ada yang menggunakan PPC program macam adsense untuk menjana pendapatan, ada yang menjadikan blognya sebagai satu plaftorm untuk menjual affiliate program dan yang menyewakan ruang blog mereka serta menyertai program seperti Nuffnang. Tetapi ada juga yang membuat niche blog network seperti aku.

screenshot-paypal.gif

Jika kita ingin bermain dengan niche blog network dan jika kita ingin menjadikan blog kita lebih flexible di peringkat antarabangsa, maka blog berbahasa Inggeris adalah perlu. Walaupun English aku sebenarnya tunggang langgang macam kamu juga, tapi ada caranya untuk mempunyai blog berbahasa Inggeris dengan banyak. Itu semua ada diterangkan di dalam Personal Coaching aku di bahagian Smart Blogging.

Selain itu, seseorang blogger itu juga haruslah ada target peribadi yang hanya dia sendiri boleh tentukan. Maksudnya di sini ialah:

1. Adakah dia hanya fokus pada pasaran tempatan (Malaysia)?
2. Adakah dia ingin lebih dari itu (antarabangsa)?
3. Adakah dia sekadar suka-suki dalam bloggingnya?
4. Adakah dia benar-benar serious?
5. Adalah dia hanya bersandarkan pada forum-forum tempatan?

Mempunyai blog yang banyak adalah salah satu faktor yang boleh menambahkan pendapatan seorang full time blogger. Membinanya secara SERIOUS di peringkat awal adalah satu situasi yang “membebankan” dan menjadikannya sebagai satu niche blog network yang berkesan adalah satu “kelahiran”. Mengkomersialkan niche blog network itu adalah satu “sifat ingin berkawan” dan melihat wang masuk selepasnya adalah satu “pendapatan”.

Terus terang aku katakan aku sendiri tidak akan mendapat income yang sebegini dalam masa 15 hari jika semua blog aku ditulis dalam bahasa Melayu. Walaupun pendapatan ini tidaklah tinggi ataupun lumayan bagi sesetengah Internet Marketer yang ada di Malaysia ini, tetapi Alhamdulilah kerana selain dari aktiviti blogging, aku masih ada lagi income dari program make money online yang lain dan juga servis (tutorial/speaker) yang aku tawarkan melalui syarikat yang aku tubuhkan.

Cek pertama dari Clickbank sudahpun clear dan bayaran dari adsense juga sudah dicash-outkan. Payment dari Blogsvertise dan V7N Publisher network dalam perjalanan serta USD100 untuk blogpost order sedang disiapkan.

blogsvertise.gif

Dan Subuh tadi, satu lagi order dari Sponsoredreviews baru sahaja masuk:

sr.gif

Iya… USD1000.00 sehingga 13hb tetapi ada masih ada kira-kira 18 hari lagi untuk menjana pendapatan dari blogging. Mungkin another USD1000.00 will coming in? Atau sekadar USD500.00 sahaja? Jika USD1500, berapa nilainya dalam Ringgit Malaysia?
USD1500 x 3.60 = RM5400.00
USD2000 x 3.60 = RM7200.00

Jadi jika ada yang ingin mencuba nasib dalam dunia blogging, kuatkan semangat dan janganlah dibawa main-main. Menjadi seorang blogger dan menjana pendapatan melalui aktiviti blogging TIDAK SAMA dengan MENJUAL EBOOK. Sekali lagi, TIDAK SAMA LANGSUNG kerana ianya adalah 2 dunia yang berbeza.

Promosi yang dijalankan juga sungguh bertentangan. Silap promosi, Google akan penalize Pagerank blog dan juga dengan blog-blog kita sekali. Sebab itu aku lebih selesa menjadi IE (Internet Entrepeneur) dari menjadi IM (Internet Marketer). Tetapi itu tidak bermakna yang kita tidak boleh mencuba kedua-duanya.

Jadi serious dalam mempelajari sesuatu bidang adalah kunci kejayaan tetapi jika ditakdirkan blogging bukan dunia kamu, janganlah gusar kerana bumi Allah ini terlalu luas untuk diterokai.

Begitu juga dengan rezeki masing-masing. Kreativiti itu juga perlu cuma janganlah cepat berputus asa ya :)


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 45 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. AmirMohamad said:

    Tahniah bro rohaizad..very inspiring..

    rohaizad Reply:

    Thanks.

  2. Syuxx said:

    dan salah satu yang aku dapat belajar, kebanyakkan blog yang aku target market luar menjual, tapi yang target local macam tak ada apa-apa lah.

    tapi memang betul, niat kita untuk blogging tu perlu ada. fokus dan teruskan gali dalam-dalam lagi ilmu-ilmu berkaitan yang masih kita belum explore.

    btw, congrats bro!! hehe

  3. rohaizad said:

    AMIR – Keep focus!

    SYUXX – Logiknya, market di luar lebih besar. Tapi market di dalam kalau kena pada gayanya, boleh tahan juga. Cuma perlu banyak kajian.

  4. Fatin Pauzi said:

    Apa yang aku tengok, market kat dalam ni, kalau laku sangat tu, mesti blog yang cite sal artis. kejap je page rank naik.

    Fatin Pauzis entri yang terkiniEvolusi Baru Peluang Untuk Pelajar Jana Wang

  5. samdaddycool said:

    “Jadi jika ada yang ingin mencuba nasib dalam dunia blogging, kuatkan semangat dan janganlah dibawa main-main. Serious dalam mempelajari sesuatu bidang adalah kunci kejayaan tetapi jika ditakdirkan blogging bukan dunia kamu, janganlah gusar kerana bumi Allah ini terlalu luas untuk diterokai.”

    ..AKU suka dengan perenggan yang ni. Aku memang target untuk jadi pro blogger tahun ni. Cuma cabaran aku agak besar buat masa ni.

    Secara jujur, banyak aku belajar tentang blogging daripada Rohaizad.com . Banyak ilmu tak ternilai yang didedahkan. Kalau sesiapa nak jagi pro blogger , ia boleh dicungkil di sini. Hampir 70% skill blogging baru, aku gali di sini.

    Apa yang ko tunjuk tu, aku tumpang bangga. Aku memang belum mampu untuk gapai apa yang dah dikecap.

    Syabas, tahniah, dan teruskan menulis!

    samdaddycools entri yang terkiniKeputusan SPM 2009 : Kemana hala tuju anda

  6. rohaizad said:

    FATIN – Tidak dapat dinafikan lagi sebab orang kita memang suka dengan “tepi kain orang”.

    Aku ingat lagi dengan kata-kata salah seorang blogger.. “orang kita ni suka dengan perkara-perkara lagho nih..”

    Hahahahah… mungkin itu cara nak melepaskan penat kot. Diaorang saja-saja baca lepas tension bekerja sambil melihat perkembangan dunia hiburan.

  7. rohaizad said:

    SAMDADDYCOOL – Thanks. Kembang hidung aku baca komen ko ni.

    Tapi aku pun sebenarnya tertunggu-tunggu JOURNAL EBAY dari otai macam ko nih. Apa kata ko buat satu blog untuk berkongsi sejarah dan journal perjalanan ko sampai dapat status EBAY POWER SELLER di UK dulu?

    Aku bet mesti ramai yang akan datang ke blog tu tiap tiap hari nanti. Percayalah… !

  8. taukey said:

    tahniah. aku pun belajar lagi dan kita perlu kemaskini diri utk lebh maju ke hadapan.

  9. rohaizad said:

    TAUKEY – Betul tu. Macam mana progression projek adsense ko? :)

  10. alone said:

    hehe. ya. memang menarik. namun masih ada yang mengatakan mustahil menjana pendapatan dari blogging.

    hm.. trial and error. benda yang menyebabkan sesetengah newbie akan putus asa dan berhenti.

    nak seribu daya, xnak seribu dalih :)

  11. zuhairy said:

    oh, byknyer dpt..

    zuhairys entri yang terkiniPERPADUAN UMMAH: KAT MANA YANG PECAHNYA?

  12. |1f34|-|1r3 said:

    tahniah beb..semoga ko terus menjana pendapatan seperti ini di masa akan datang…aku pon sudah dapat pendapatan sikit demi sedikit daripada blogging..walaupon tak banyak macam ko tp sekurang2nya membaca post ko ni membuatkan ramai orang akan lebih inspire untuk mencuba benda baru yang orang rasa memang takde faedah…tapi sebenarnya banyak manfaat!

  13. fadil said:

    Aku tak tau nak kata ape lagi tapi ko memang pembakar semangat dan jantung aku… muhahahaha.. Anyway thanks for sharing this info.. Kejayaan ko membuatkan ramai percaya pendapatan internet bukanlah pendapatan skim cepat kaya tapi pendapatan daripada hasil usaha serius kita jadi IM/IE. Aku harap diorang publish kau punye artikel ni kat utusan..huhuhu… :)

  14. catzer said:

    satu lagi tips paling bagus ko lupe nak mention izad, huh..nak buat duit byk tu mesti wajib pakai domain dan hosting sendiri. Kalau blogspot biasa nak apply program2 tidak diterima erk.

    sape yg rajin jaga tepi kain org mmg boleh buat duit utk market local, contohnya blog hiburan dan politik..

    p/s- lama gile tak ngeteh disini byk dah post aku tak baca lagi huh..

    catzers entri yang terkiniSpammer Jual Email

  15. rohaizad said:

    ALONE - Aku setuju :)

    ZUHAIRY -
    Tapi tidak setanding dengan IM yang lainnya tu. Apa pun, dah itu keroje yang aku buat untuk menampung hidup selama ini.

    L4H - Pokok pangkalnya, nak ngan tak nak jer`kan?

    FADIL - Betul tu :) Make money online is not a myth anymore.

    CATZER - Itu dah kira asas sangat. Advertiser memang takkan terima blogspot.

  16. budeen said:

    aku jadi malu sendiri bila baca entry ko ni izad.. bukan apa, mula2 nak start blogging dulu mmg ada sekelumit niat nak jana wang.. tapi lama kelamaan niat tu hilang sbb aku rasa syok bende lain plak bila blogging.. yelah syok jumpa member baru & lama (termasuk ko), syok berkongsi info, syok mengomen entry org, syok baca komen kat entry sendiri.. smpi lupa plak bab jana wang… nampak sgt aku tak SERIOUS macam ko kata.. hehe..

    budeens entri yang terkiniRare Road Runners…

  17. yasir said:

    ohhh…sungguh megujakan…dasyat tol…selalu baca blog omputih je citer buat duit riban-riban dengan blogging nih…problogger malaysia nih..

    bro…tanya sikit…mcm mana kita nak tahu strenght kita dalam IM ni?affiliate ke?blogging ker?ebay ke?

    adakah bro dari dulu berazam nak jadi problogger atau kebetulan?

  18. kopok said:

    askm.

    mmg kene fkus 300% kalo nak $$ kat internet. ish2 byk sedara dapat. that is yours. Hard wrok big $$. mcm sy ni, xdfokus, spent time. makomlah bukan full times, nak wat parttime pon payah. keje utama membataskan. insyaallah kallo pencen nanti sy buat huhuhu….ble ke? boleh wat g aji

  19. catzer said:

    Sbb masih ramai yg ingat buat duit dr blog ni gunakan adsense jerk..Sbb tu mereka focus buat blog gunakan blogspot byk2..hakikatnya kalau nak serius mmg kena ada domain, hosting sendiri dan berblog dalam English. Meskipun ada Advertiser yg accept site blogspot tp advertiser tu tak kan berthn lama contohnya, freebies4webmaster.

    Aku harap advertiser2 sedia ada terus kekal even payment takdelah sehebat dulu..

    catzers entri yang terkiniSpammer Jual Email

  20. nuaeman said:

    Aku sendiri dah rasa pendapatan dari blog ni dan sememangnya percaya dengn apa yang ko lakukan. Harapan aku moga blog-blog yang dah dituai akan ada PR untuk mendapat lebih byk peluang di masa depan.

    nuaemans entri yang terkini10 Drama TV Bahasa Melayu yang diminati era 80-an dan awal 90-an

  21. Untuk menjana pendapatan yang banyak dari internet, anda perlu fokus kepada sesuatu perkara.Anda perlu memilih sama ada ingin menjadi seorang Internet Enterpreneur atau Internet Marketer.

    Ini kerana fokus memastikan anda keep in track dan supaya anda tidak pening kepala.Ingat, pilih satu jalan untuk anda master.Jangan buat kedua2 unless anda dah pro salah satu.

    Macam saya, saya memilih jalan Internet Marketer.Alhamdulillah saya dah berjaya dalam saya pilih.

    Petua untuk berjaya?

    Pastikan anda mendapat ilmu yang betul, fokus, dan tak putus asa.Jangan putus asa tu yang paling penting.Kalau setakat 4 bulan tak dapat satu sales pun, biasa la tu.Ingat manusia belajar dari kegagalan.
    Kalau korang give up, maknanya korang adalah seorang loser.

    Kalau anda memilih menjadi seorang Internet Marketer, hampir kesemua ilmu yang bagus anda perlu bayar.Bersedialah untuk mengeluarkan sedikit wang untuk ilmu yang berkekalan sehingga akhir hayat ;)

  22. wawan said:

    Wuih…. Bro bagus sekali articlenya. Dengan ini membakar semangat saya untuk terus mejana wang dari blogging.

  23. samdaddycool said:

    … Kembang ke Jad?? :P Aku setuju dgn ideako pasal ebay tu.. (baru sehari dua ni aku fikir utk niche samdaddycool.com …)

    p/s – .. tgh tunggu login details dari cancero..

    samdaddycools entri yang terkiniThe World’s Billionaires list of 2009

  24. titan said:

    hoho. aku setuju. jual ebook. memang tak sama langsung dengan buat duit dari blog..

  25. Shaffik said:

    Tahniah ijat. Ko memberikan lagi aku inspirasi dalam dunia blogging terutamanya niche blog. Aku dah pun dapat hasil. Tak banyak macam ko tapi memberikan aku semangat untuk terus berjuang. Alhamdullilah. Fokus utama masih tidak lagi lupa dan luntur. Ditambah pula entri ko yang macam ni . lagi laaa bersemangat.

  26. Hanep said:

    Good and inspiring information. Anyway, review apa ye yang menjana USD50 tu? Bnyak tu…

  27. zool said:

    Mantap betul pendapatan ko.. AKu keje berbulan2 pun tak dapat camtu..
    Tapi aku setuju dengan ko.. Kalau kita serius dalam apa jua keje pasti akan ada hasilnya..

    Walaupun aku tak cukup serius untuk menjana pendapatan dalam blogging tapi aku tetap ‘study’ dan yakin satu hari aku mampu menjana pendapatan dalam era internet ini melebihi pendapatan aku sebagai pen peg di jabatan kerajaan.. AMIN…

  28. rohaizad said:

    BUDEEN - Kadang-kadang masa yang menjadi penghalang untuk kita. Kalau diingatkan balik, aku sendiri pun tak tahu dari mana kekuatan yang aku dapat 5-6 tahun lepas.

    Belajar sendiri, beli kamus sendiri dan semuanya sendiri. Mungkin kerana kebodohan itulah yang menjadi perangsang untuk belajar sorang-sorang.

    YASIR - Strenght seorang IM? Hahahahahah.. susah aku nak jawab sebab aku bukan IM. Aku cuma full time blogger.

    Mengenai menjadi problogger ataupun secara kebetulan sebenarnya susah nak dijawab. Sebab aku tidak pernah terfikir untuk menjadi problogger.

    Tapi aku memang ingin menjadi full time blogger. Itu adalah target yang aku pernah setkan 5-6 tahun yg lepas. Alhamdulillah, telah tercapai.

    KOPOK - Tiada paksaan sebenarnya. Lagipun, rezeki masing-masing. Kalau semua penjual nasi lemak nak jadi full time blogger, susahlah kita nak makan nasi lemak nanti :)

    NUAEMAN - InsyaAllah.

    WAWAN - Yup, hardwork dan kamu juga pasti boleh berjaya.

    SAMDADDYCOOL - Teruskan usaha.

    TITAN - Tidak syak lagi :D

    SHAFFIK - Alhamdulillah sebab ko amik positif dari catatan ini.

    HANEP - Review untuk loan (finance) company.

    ZOOL - Insya Allah. Jika ada usaha, mesti ada result. Percayalah, tapi satu sahaja… memang tiada jalan singkat untuk berjaya.

  29. Aqif said:

    Perkongsian ilmu yang amat bermanfaat..
    kini baru saya tahu perbezaan IE ngan IM
    thanks bro rohaizad

    :)

    Aqifs entri yang terkiniHipertensi – Anda Mampu Mengubahnya

  30. Adry said:

    wa… kaya kaya…

  31. rohaizad said:

    AQIF - Sama-sama .. no problem.

    ADRY - Dah namanya kerja… macam orang lain gak… :D

  32. Aqif said:

    salam bro..kalau x keberatan, leh bagi ym
    :)

    Aqifs entri yang terkiniHipertensi – Anda Mampu Mengubahnya

  33. amad said:

    actually this is what i want

  34. salam bro rohaizad…

    saye dh dekat 10 bln terlibat dlm n3 blog..tp sampai skrg maish buntu jln terbaik nk cari duit dlm blog nie..well..tq atas n2 ini..

    “bkn mudah nk berjaya kn”

  35. Jayce said:

    USD1000 in 13 days cannot la. 13 months okay la. ;)

  36. rohaizad said:

    Jayce – Can maaaa.. but it takes a lot of effort and the right technic on how to do it. That’s for sure. :)

  37. ilhamputra said:

    wah.aku tertarik baca post ni.banyak lagi sumber pendapatan online ni yg aku tak tahu.thanks bro kongsikan entri yg menarik

  38. rohaizad said:

    IlhamPutra – No problem. Glad you like it.

  39. mirlme said:

    hek2..
    memang masyuk income bro nie..
    insyallah dengan blogging saya nak test gak power..
    setakat ni blog satu target malaysia saya cuma dapat rm300 je sebulan..

  40. JAMAL said:

    Ini membuat saya mula nak berblog ni..dalam dunia IM di Malaysia ni saya je yang tiada blog..jual ebook je..sekarang saya perlu membuka mata untuk berblog seperti rohaizad..supaya income tu menjadi multiple income..tidak dari penjualan ebook saya je..

    penjualan ebook saya memang agak laris boleh cecah lebih rm10k sebulan..tetapi jika saya berblogging, manatahu lebih 20k sebulan…mudah-mudahan

  41. rohaizad said:

    Boleh saja … teruskan usaha. :D

  42. gokooz said:

    Hi frens, sila layari laman web saya mendapatkan maklumat terkini berkenaan hiburan.

    salam’ ikhlas dari saya.

    gokooz

    Admin: Ikhlas dari ku jugak… promotelah mengikut platform yang lebih sesuai.

    Hero Reply:

    terima kasih di atas respons anda.

  43. [...] mereka yang belum mempunyai blog keliru dan belum jelas dengan cara yang boleh digunakan untuk buat duit melalui blog. Malah ramai juga yang telah mempunyai blog tetapi tidak masih lagi tidak nampak jalan untuk buat [...]