Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: March 17, 2009 online
Ramai yang masih lagi bertanya dan tertanya-tanya adakah perlu bagi mereka untuk mengeluarkan wang ataupun modal yang besar untuk memulakan langkah sebagai seorang blogger.
Bagi mereka yang sudah tahu apa itu blogging (dalam ertikata yang sebenar), mungkin in mudah bagi mereka tetapi bagi mereka yang baru hendak bermula, ini adalah satu cabaran yang tidak kurang dahsyatnya.
Sebenarnya, aktiviti blogging tidak memerlukan modal walau SATU SEN pun. Apa yang perlu kita ada untuk aktiviti blogging ialah MASA dan juga perasaan SERONOK.
Jika 2 perkara ini ada, maka wujudlah unsur blogging dalam diri mereka. Untuk komputer dan line internet itu janganlah dibahaskan pula sebab itu sememangnya perlu ada.
Jika kita ada MASA, di situlah segalanya bermula. Bila ianya bermula, di situlah datang SERONOKnya. Berpokok pangkal dari keseronokan itulah, datangnya BLOGGER.com di mana semua pengguna internet boleh mendapatkan satu akaun ataupun blog yang boleh mereka miliki secara PERCUMA.
Ianya ibarat satu online diari yang mudah untuk kita luahkan segala yang terperap di hati. Semuanya diceritakan, semuanya dikongsikan dan semuanya di`BLOG`kan. Inilah ASAS blogging sebenarnya. Mudah`kan?
Tapi bukankah blogging itu memerlukan MODAL?
Memang benar semuanya memerlukan MODAL tetapi ianya bergantung pada tahap blogging itu sendiri. Jika kita inginkan asas, maka Blogger sudah memadai. Tetapi jika kita inginkan KEPUASAN, maka domain sendiri adalah lebih bagus.
Mengapa?
Kerana dengan adanya domain sendiri, kita akan dapat belajar WordPress.
Bertolak dari situ, kita akan dapat belajar lebih banyak mengenai themes, plugin dan juga ftp secara tidak langsung. Study is a life learning!
Aku dahulu pun HARAM tak tahu menatang WordPress ini. Tapi hasil dari mencuba, maka semuanya dapat dipelajari.
Kita bukan duduk dalam HUTAN, kita bukan tinggal dalam GUA dan kita bukan bermukim di PADANG PASIR. Semuanya sudah tersedia, Google sahajalah.
Tapi kalau nak meng`Google pun malas, itu memang aku takleh tolong. Jangan kata aku, kamu juga akan cakap benda yang sama betul tak?
Perkataan MODAL BESAR ini datang bila kita malas dan semuanya nak cepat. Itu yang jadi kalut sampai terpaksa bayar beratus-ratus ringgit ke kursus-kursus internet dan juga blogging. Di JB ini pun aku perhatikan ramai pengusaha cyber cafe yang sudah mula membuat kursus sebegini and at the end of the day, ramai yang tidak puas hati kerana kursus satu hari jer.
Ramai yang tidak faham ingin bertanya tapi apa yang terjadi ialah FRUST. Sebab ramai sangat yang hendak bertanya sampai habis kursus pun ada yang tidak faham lagi. Lainlah kalau kita bayar pada harga yang sama tapi belajar secara ONE BY ONE atau Face to Face.
Iya… kepuasannya lain, dan aku sudahpun menggunakan pendekatan ini. Alhamdulillah… mereka yang pernah mendapatkan khidmat aku sampai sekarang tiada apa-apa masalah.
Jika kamu ingin mengajar mengenai blogging ini, gunalah cara personal tutorial. Lagi berkesan dan kita boleh pulang dengan hati yang gembira kerana duit kita itu “sejuk” rasanya. Bukan kata duit itu panas ataupun haram, tapi hati ini lebih aman kerana ilmu yang kita ajar itu “sampai” kepada mereka yang membayar kita.
WordPress adalah satu platform yang mudah untuk kita berblogging sebenarnya. Paling baru aku dapat lihat member kita iaitu Nikillas yang telahpun berjaya mempunyai blog WordPressnya sendiri. Dalam beberapa hari sahaja beliau telah dapat “handle” WordPress. Mudah`kan?
Jadi mengapa perlu bayar lebih untuk tujuan yang tidak seberapa kosnya?
Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula?
* Bersambung dibahagian ke-2…








biasalah. Orang kita nih memang super malas..tapi orang kita juga yang super rajin..
eyemans entri yang terkiniHow to buy Eye Candy online?
Aku setuju ijad.nak blogging tak perlu modal sebenarnya.kesungguhan, kesabaran (bukan nk lepas publish post terus ada 1st kt google search).Aku pun mula dari blogspot, dan sampai sekarang blogspotlah lobang duit utama aku walaupun tak banyak cam ko ijad.Kepada yang baru nak belajar kenal,aku syorkan blogspot atau wordpress.Dijamin berbaloi hehe
Betul jad,
Aku sendiri dah banyak labur duit e book dan setai program yang haram jadah. Tapi hampeh…
Tapi yang bagusnya, dapat belajar dari kesilapan aku tuh.
sekarang tengah stadi and stadi. masih terngiang lagi ayat ko masa kita jumpa dulu. “apa yang kita nak cari ajer. berlambak kat internet”
Thanks Jad kerana membuka mata aku.
EYEMAN – Mendalam maksud kata-kata ko nih.
POKJAT – Kalau kita bermula dari blogspot, maknanya lagi senang kita nak bermula di WordPress sebab konsep dia sama je.
HISAM – No problem. Yang penting, tidak jemu. Kalau dah jemu, susahlah jawapannya.
aku start blogging memang totally zero cent.
aku beli hosting & domain name dulu pun guna duit hasil dari blog free.
leapstu baru ada budget sikit untuk belajar benda-benda lain. hehe
yang penting kemahuan tu ke ada. kalau takda kemahuan tu memang susah.
lepastu mesti rajin jugak explore benda-benda yang berkenaan di google.
jangalah tanya benda2 yang simple dekat forum kalau benda tu semua ada jawapannya di google.
blog aku pakai Joomla! CMS…hosting sume free
tp..mmg byk masa dh terbuang utk carik hosting free yg best..hasilnya mmg worth it lahh..=)
betul bro…aku banyak belajar dengan google kerana aku merasakan kursus kurang sesuai bagi aku melainkan apa yg bro cadangkan one by one
Kebanyakan newbie sebenarnya hilang punca macammana nak start..nak merujuk pada sapa?
Yg menjadi rujukan tu berbaloi tak kalau beli ebook mereka-mereka yg kununnya ‘OTAI’…
lagi satu hal, newbie ni banyak yg overDOS dengan information ttg Pernigaan internet…NAK IKUT MANA SATU? Mungkin sedara ijad boleh rekomen rujukan yg paling mantop+berbaloi…
hehehehhee
ak mulakan blog secara serius lepas dah ada domain ngan hosting sendiri untuk kali kedua. RM100 dilaburkan, tapi pulangan untuk masa 6 bulan cukup untuk cover hosting ngan domain untuk 3 tahun..hehe..plus boleh beli beberapa domain ngan hosting lain lagi..walaupun x la banyak, tp pada ak, cukup untuk cover duit hosting apa sume..kira ok la tu..kalo dapat extra..boleh wat belanja..
yang paling penting pada ak, minat dan kesungguhan..hehe
ramai yang malas sebenarnya, semuanya nak cepat…
sampaikan soalan yang mudah2 boleh dapat dari uncle google pun disoal dalam forum2 berkaitan… semuanya nak disuap…
modal sebenarnya bergantung pada keperluan… skrg ada yg siap offer hosting pada harga semurah RM10…
yg menjadi persoalan adalah sanggup atau tak sanggup utk keluar modal kecil dan bakal mendapat pulangan yang BESAR…itu jek la kot…
Google adalah sumber ilmu kepada kita. Banyak benda boleh kita dapat dari Google. Semenjak serius dalam blogging ni. Banyak benda yang aku pelajari daripada google..
Shaffiks entri yang terkiniYahoo! Aku Menang!!!
aku dulu pernah guna blogspot n wordpress.com..tp semuanya sekerat jalan jer sbb benda free…jadi tak rasa ralat nak stop bebila..so aku beli hosting n wat tekad…kalau aku berenti berblog jugak,aku tak nak blog lg dah ! haha
Dengan minat yang mendalam sure kita akan berusaha dan teruskan mempelajari dunia blogging…
hazman aka species1980s entri yang terkiniSeminar SHUTH…
Ngajo pasal wordpress ek?
Bagus2 mari kita belajar ramai2..
hehe. aku bermula dengan blogdrive, then blogspot, then wordpress.
nak menjadi, kena rajin explore.
blogging ni bukan sahaja xperlukan modal, malah boleh bagi income! =D
nak seribu daya, xnak seribu dalih =)
alones entri yang terkiniLooking For A Perfect Gift?
wordpress adalah cms yang “powderfull”,
google hebat pada carian,
wikipedia sumber ilmu..
minat mau ada baru menjadi.
twenty-sixs entri yang terkiniMacGyver – The Movie..coming soon
..Aku setuju semua di atas..
samdaddycools entri yang terkiniThe best Online Game ever!
Eh.. Tetibe namaku disebut2 di sini.. Semua ni kerana bro juga.. Bro banyak tlg dalam proses pebinaan wordpress tu.. walaupun pada awalnya sangat pening kepala nak guna cPanel dan WordPress tu, lama2 bila dak godek2 semua, akan jadi senang.. Jangan malu nak tanye.. Kalau malu tersangat2 la kan, Incik Google kan ada.. Hehe..
nikillass entri yang terkiniRed Hot Chilli Peppers..
our biggest asset is TIME..
to startup a blog is easy, but to maintain it with good/quality content requires time.. mahal tu bro.. hehe
budeens entri yang terkiniHow To Add 5 Years To The Average Of Human Life?
aku still selesa pakai blogspot.
at the same time aku tgh godek2 wordpress.
berbekalkan hosting yg rohaizad offer itu hari…
nantikan kemunculannya…
Wahhhh…. ye ker? Aku akan nantikan kemunculannya! Congrats!!!!!
pada aku kita kena ada minat dulu baru kita mulakan blogging ni. try n error tu penting. kdg2 kali ke sepuluh try n error baru dpt. itu biasalah. bila kali kespuluh baru dpt, itulah nikmatnya. MINAT itu penting. Bakat boleh di asah kemudian.
zamris entri yang terkiniBesok Sabtu!
[...] Antara contoh entri yang baik punya dari Rohaizad: – Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula? [...]
Diulas pada July 28th, 2009 at 1:37 am