Ingin beriklan? Sila klik di sini


Update: Info terkini mengenai perkhidmatan di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: March 18, 2009 online

Di bawah adalah email yang diterima awal pagi tadi dari En Nasrun (macam pernah dengar/familiar sangat nama ini tapi di mana ya?) :D

from: nasrun
to: contact@rohaizad.com
date: Mar 18, 2009 2:21 AM
subject: PERKHIDMATAN PERSONAL TRAINING

Assalamualaikum….

Tuan Rohaizad,

Saya Nasrun dari Pulau Pinang. Saya ingin menjadi blogger hebat seperti Tuan. Adakah dengan menyertai PERKHIDMATAN Tuan di bawah, saya akan dapat membina blog hebat seperti Tuan dan menjana pendapatan seperti Tuan?

Berapa caj yang Tuan kenakan untuk mengajar face to face Tuan?
Berapa hari saya perlu menginap di Johor untuk menuntut ilmu – ilmu dari Tuan? Saya akan menginap dekat-dekat kawasan tempat tinggal Tuan agar mudah dan dekat untuk kita mulakan sesi belajar. Kalau ada Crash Course dan bantuan secara online seperti email dan messengger, mungkin kos saya lebih ringan. Bantuan Tuan amat saya hargai.

Terima kasih Tuan,

Asaalamualaikum,

Nasrun
0125566****

Wa’alaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh.
Walaupun email En Nasrun ini telah dibalas sebentar tadi, tapi ada baiknya jika aku mengumumkannya dengan lebih jelas dan terang supaya mudah untuk diambil perhatian oleh mereka yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut nanti.

Sebenarnya, dukacita dimaklumkan bahawa semua personal consultation terpaksa ditunda dalam jangka masa yang terdekat ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Lagipun sekarang ini sudah 4 hari aku berada di Serdang (sempat juga berjumpa dengan blogger Menj di Jusco Cheras Selatan, Balakong pada hari Selasa yang lepas) manakala esok atau lusa aku akan bertolak pula ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Jadual yang ada sekarang sungguh padat.

Dan berkenaan dengan soalan dari En Nasrun, rasanya lebih baik jika aku kongsikannya sekali di sini:

1. Adakah dengan menyertai PERKHIDMATAN Tuan di bawah, saya akan dapat membina blog hebat seperti Tuan dan menjana pendapatan seperti Tuan?

Ini adalah soalan yang sungguh sukar sekali untuk dijawab kerana setiap blogger di dunia ini mempunyai “sense of blogging” mereka yang tersendiri. Membina blog yang hebat adalah satu faktor peribadi yang hanya boleh ditentukan oleh pemilik blog masing-masing.

Sebenarnya, apa yang diceritakan atau apa yang ada dalam personal consultation aku adalah kisah BENAR aku selama ini dalam menjana pendapatan melalui blogging. Kalau inginkan kepastian, silalah bertanya kepada mereka yang pernah mengikuti consulation tersebut seperti Nuaeman dan juga Shaffik.

Maknanya, aku menjual semua pengalaman beserta bukti pendapatan yang aku jana melalui cara aku sendiri. Dengan kata lain, aku akan tunjukkan semua lubang buat duit di internet dengan lebih teliti dan terperinci.

Selepas itu, terpulang kepada kerajinan, fokus, semangat juang dan juga matlamat masing-masing termasuklah penulisan di dalam bahawa Inggeris. Jika blogger itu malas dan mengharapkan duit datang bergolek (KEAJAIBAN) selepas personal consultation yang aku berikan, bayar RM10,000.00 kat aku pun Insya’Allah tidak akan menampakkan sebarang hasil.

Sebab itulah aku katakan TIADA JAMINAN jika tiada USAHA disertakan. Usaha di sini bermaksud, jika blog itu tidak dikembangkan ataupun di”hidup”kan, maka akan terkuburlah blogger itu dengan blog-blognya. Sekali lagi perlu diingat, dunia blogging SUNGGUH BERTENTANGAN dengan dunia penjual ebook. Tidak sama langsung!

2. Berapa caj yang Tuan kenakan untuk mengajar face to face Tuan?

Ini terpulang kepada level blogger itu sendiri. Selalunya sebelum aku terima mana-mana blogger untuk personal consultation, aku sendiri akan membuat preview percuma kepada mereka. Di sinilah aku dapat lihat di manakah blogger itu berada (beginner, intermediate ataupun advance).

Adalah tidak adil jika aku meletakkan harga di sini kerana setiap dari mereka mempunyai tahap pemahaman yang berlainan. Bukan itu sahaja, jika diletakkan harga di sini tanpa sebarang penerangan lanjut, ianya mungkin akan menimbulkan salah faham sekaligus mungkin membuatkan sesetengah pihak terperanjat nanti.

3. Berapa hari saya perlu menginap di Johor untuk menuntut ilmu – ilmu dari Tuan?

Kalau ikutkan 1 hari sudah memadai, tapi HANYA setelah melalui proses preview seperti yang aku katakan tadi. Jika orang itu seorang yang terlalu baru (ZERO dan tidak pernah langsung mempunyai sebarang blog, malah email pun tidak pernah ada), aku berani cakap yang 1 hari memang tidak cukup.

Sebab itulah seperti yang aku pernah katakan di catatan yang lepas-lepas, blogging memerlukan masa dan atas dasar itulah aku hanya memfokuskan pada mereka yang berada di JB sahaja. Selalunya seminggu ataupun 2 minggu sekali, aku akan lepak dengan mereka untuk further discussion.

Dan aku juga terpaksa menolak banyak tawaran untuk mengendalikan KURSUS MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOGGING dari banyak organizer kerana bagi aku, sebarang kursus menjana pendapatan melalui blogging (blogging tutorial) MEMANG TIDAK BOLEH dilaksanakan dalam waktu 1 hari! Itu semua adalah mengarut dan mustahil!!

Lainlah kalau jemputan itu berupa SEMINAR BLOGGING, Insya`Allah akan aku terima undangan tersebut walaupun untuk 1 day course. Ini adalah kerana seminar seperti ini hanya melibatkan pendedahan mengenai dunia internet advertising dan juga selok belok dunia blogging secara umum. Yang pasti, seminar sebegini juga ada manfaatnya sebenarnya.

Seminar sebegini hakikatnya lebih mudah untuk difahami oleh peserta yang inginkan pendedahan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membuka mata dan minda para peserta mengenai POTENSI BLOG sebagai medium untuk menjana pendapatan. Jadi tidaklah rumit sangat untuk dipelajari dalam masa satu hari kerana tiada sebarang sebarang TEKNIK dan SKILLS mengenai blogging terlibat.

Baiklah.
Di harapkan jawapan dan info ini dapat menambahkan lagi pemahaman untuk mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan di rohaizad dot com. Sekian.


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 36 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. alone said:

    nak belajar blogging ada juga stepnya.

    seronok rasanya bila kawan2 yg belajar dari kita dah pandai blogging dan hasilkan artikel2 menarik =)

    xde schedule rasmi ke, bro? mana tau kalau ada kelapangan. teringin juga nak belajar secara live an direct dari ko.

  2. samdaddycool said:

    Satu penjelasan yang sangat terperinci bagi yang masih kabur tentang menjana pendapatan melalui blog. Apa yang aku nampak, titik tolak adalah daripada diri kita sendiri.
    Pengurusan masa adalah faktor utama disamping perlu banaykkan membaca. Kita perlu mempunyai kemahiran bidang penulisan (boleh diasah) dan membaca dapat mempertajamkan skill ini.

    All the best utk ROhaizad.com serta Nasrun!

    samdaddycools entri yang terkiniKeputusan SPM 2009 : Kemana hala tuju anda? Siri 2

  3. Saya bersetuju proses pembelajaran blogging mestilah berterusan….

    hazman aka species1980s entri yang terkiniSeminar SHUTH…

  4. nuaeman said:

    Apa yang penting kat sini buat dulu apa yang telah di ajar dalam tutorial.. jangan fikir soal dapat income dulu.. dan insya_Allah bila segalanya dah ok dan teratur.. banyak peluang yang akan kita terima untuk tambah pendapatan dari blog.. pada aku masa dan wang yang aku peruntukkan untuk perolehi ilmu dari Rohaizad amat berbaloi..

    nuaemans entri yang terkiniSuatu Hari di UTM Skudai

  5. Syuxx said:

    memang best lah kalau dapat personal consult dgn bro rohaizad ni. hehe

  6. nikillas said:

    betul betul.. kalau dapat personal consult dari bro rohaizad ni, mmg indah sungguh dunia ini.. hehe..

    nikillass entri yang terkiniRed Hot Chilli Peppers..

  7. Fatin Pauzi said:

    Kadang2 aku agak begek ngan soalan2 cmtu la. Orang yang nak menuntut ilmu ni terlalu kejar hasil dari niat nak belajar lebih mendalam. huhu.

    Fatin Pauzis entri yang terkiniKenapa Perempuan Tidak Elok Jalan Terkangkang?

  8. kita said:

    satu penerangan yang cukup detil….bro raohaizad memang seorang blogger yang jujur.tidak mencekit duit sebarangan

  9. |1f34|-|1r3 said:

    tuh nuaeman dh bg testimonial baek punya tuh…aku pon setuju ngan apa yg nuaeman cakap…nak tak nak, ikut tutorial mana yg ada free kat internet tuh dulu…blaja sendiri dulu..then pegi mantapkan lagi dengan rohaizad..at least kalau rohaizad cakap benda pelik sket, tak terkontang kanting nanti…

  10. rohaizad said:

    Insya’Allah… ada masa terluang, aku akan sambung balik. Tunggulah sedikit masa lagi bila semua projek persendirian dan projek dengan kumpulan dapat disiapkan.

    Lagipun, target untuk tahun 2009 masih lagi belum tercapai. Satu-satu dulu geng… kayuh pelan-pelan… :)

    *Untuk Nasrun, aku akan contact ko bila masanya sudah tiba. Apa-apapun, aku cukup respek pada semangat ko.

  11. omecool20 said:

    salam bro :-) Mmg bro sy kenal as an otai blogger pun. Mmg berbaloi bg orang2 yg berguru dgn bro. Not my turn yet though :-)

    omecool20s entri yang terkiniTired + New Pics

  12. budeen said:

    kalau pekena teh tarik 10 minit kena caj tak?? hehe..
    apa2 pun tahniah!

    budeens entri yang terkiniHow To Add 5 Years To The Average Of Human Life?

  13. Pokjat said:

    Biasela ijad..skang ni semua orang nak cepat kaya.Lagi senang, lagi cepat lagi bagus (aku tak terkecuali hak hak)

  14. safwanhussin said:

    Di Serdang? Bro ke yang aku lihat di CyberCafe aritu. Ingatkan nak tegur, tapi takut salah orang plak. Malu je.. haha.

  15. rohaizad said:

    Kalau kat cyber cafe Wawasan, sah memang aku le tu. Confirm :)

  16. safwanhussin said:

    Haa.. Kat situ la. Aku keje kat situ.
    Tp bro, dalam gambar nampak slim sikit. Tu yang confuse tu. :D

  17. rohaizad said:

    Lerrr… pasal badan tu, memang dah sah berat aku dah naik. Maklumlah… semenjak Nora Danish dah single nihh…. hnnsss..hnnsss…hnnss….. :)

  18. samdaddycool said:

    .. blogging + nora danish single + berat naik …adakah semua tu mempunyai kaitan?/ muahahahhahaa

  19. j_hafiz said:

    wahahaha,,, nak ade affair lak ngn nora danish,lg cepat la kayo… he3

  20. j_hafiz said:

    mm..nasrun? bukan nasrun makmalcyber kan?

    j_hafizs entri yang terkiniJersi Bola Sepak Pasukan Malaysia Yang Kontroversi

  21. earnword said:

    aku setuju. buat duit dengan blog jauh bezanya dengan menjual ebook. Big different maa..

  22. kakeru said:

    Hmm. Betul la tu. Nak belajar perluhan usaha gak. Perlahan2 kayuh.. Yup, mana nak adapt semua benda dalam satu2 masa kan..

  23. zakeri said:

    En Nasrun ni bukan yg buat Forex tu ker?

  24. pcuserz said:

    blogging need passion + knowledge.
    ps.: nora danish? hohohoh. ada hati ye…

  25. rohaizad said:

    Ssshhhhh… jangan bagitau orang lain… hnss..hnnss…hnnnsss…

  26. catzer said:

    Erm yg paling malas nak jawap bile mereka soal “betul ke blogging ni boleh buat duit”. Aku mcm malas nak jawap soklan mcm ni sbb berblogging semata-mata untuk duit mmg nampak sgt mereka tak kan lama dlm blogging ni sbb bila 6bulan duit tak masyuk2 dengan aku2 sekali nanti di label scammer. Hakikatnya, kalau mereka ikut flow dan niat yg betul duit tu akan dtg juga nanti.Ada siap nak byr untuk binakan laman web mereka sehingga boleh dpt duit, aiyak ingat beli saham virtual estate sama mcm beli real estate ke?

    catzers entri yang terkiniPlugin WordPress Intense Debate

  27. Shaffik said:

    salam semua,

    Apa yang diajarkan oleh Rohaizad ini memang berguna. Aku dahulu tak percaya yang blogging ini boleh mendatangkan hasilnya. Aku menghadiri personal coaching dengan Rohaizad dalam bulan 11 tahun lepas. Aku mula buat apa yang di suruh oelh Ijat pada pertengahan bulan Disember 2008. Pada awalnya Rohaizad mengatakan bahawa aku akan mula mendapat hasilnya pada sekitar bulan Februari 2009. Tetapi Alhamdullilah rezeki pertama yang aku dapat dari blogging adalah pada sekitar Januari 2009. Lebih awal daripada expectation daripada Rohaizad. Aku ikut apa yang ditunjukkan oleh Rohaizad dan sabar melakukan kerja-kerja blogging. Dan aku dah nampak hasilnya sekarang. Terima Kasih pada Rohaizad yang banyak membantu.

  28. twenty-six said:

    blogging atau dunia internet memang boleh bikin duit kalau kena dengan caranya…err bila buku TLA mau rilis secara underground nih?hehe

    twenty-sixs entri yang terkiniWhy We No Twitter

  29. Richie said:

    aku dapat gak macam2 soalan daripada org2 yg berminat.. tapi diorang totally zero.. mengharapkan kita ajar semua..

  30. Dhiaqis said:

    Proses belajar pun ada tekniknya.. Mula-mula melihat lepas tu membaca seterusnya mendengar dan akhir sekali bertanya..

  31. nurfit said:

    ingin timba ilmu penulisan di blog n ingin tahu apa itu dunia blog sebenarnya.

    T.kasih.

  32. shammos said:

    Salam,
    dunia blog ni menarik kalu sapa yang dah cuba.
    tambah2 boleh menjana duit.
    aku setuju kita kategorikan 3 aras blogger/webmaster(tuanpunya blog/pentadbir web)kepada beginner, intermediate ataupun advance.
    tapi tu pengukur awal saja.
    yg penting usaha, minat dan kelapangan masa.
    bila dah lama berkecimpung pengalaman dan skil dan ilmu bertambah dan ini sangat2 membantu kita.
    bagi yg baru bermula blogging, jangan mudah putus asa.
    ada blogger perlu dibimbing dan tunjuk ajar sifu.
    ada blogger berani mencuba, try and error.

    shammoss entri yang terkiniHarimau Sumatera vs manusia

  33. MakanMalaya said:

    so far aku still main belasah je
    hehe nantilah kalau sempat aku turun jb sekali. hehe :)

    MakanMalayas entri yang terkiniCendol Paling Popular & Glamer – Cendol Leman Dawi @ Senawang, Seremban, Negeri Sembilan

  34. Ade gak yer org nama Nasrun cam aku..

    Kena cari nama komesial skit la pasni..

    Tapi lau berguru ngn Bro Rohaizad ni memang berbaloi.

    Aku pun rasa nak berguru ngn die gak..

  35. samdaddycool said:

    Nasrun makmalcyber muncul juga akhirnya…
    Aku pun nak pergi bertapa dan berguru dengan Tuan Guru Syeikh Rohaizad

    samdaddycools entri yang terkiniPesta Seks : gejala baru remaja bawah umur

  36. [...] minggu lepas sebelum aku pergi ke Penang, aku ada memberitahu kepada saudara Nasrun kita yang jadual untuk sesi Personal Coaching tutoral blogging terpaksa ditunda sehinggalah ke [...]