Kita seharusnya rasa malu pada diri sendiri jika kita…
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Bahasa - Tarikh diterbitkan: March 26, 2009 online
1. Seorang bos.
Tapi kita pula yang mempunyai tanda merah paling banyak di punch card.
2. Seorang anak.
Tapi kita tidak mampu untuk memberikan wang yang lebih pada mak ayah sendiri (walhal duit rokok dan duit untuk main snooker sentiasa saja ada di sisi).
3. Seorang isteri.
Tapi kita selalu menjejeh kisah suami sendiri pada tetangga kanan dan kiri.
4. Seorang suami.
Tapi kita selalu membohongi isteri (atau isteri-isteri?) kita sendiri.
5. Seorang guru.
Tapi kita sentiasa memberikan perhatian kita pada hal yang lain (seperti perniagaan) sedangkan tanggungjawab pada anak didik semakin hari semakin menunggu.
6. Seorang ayah.
Tapi kita langsung tiada insiatif untuk memberikan yang terbaik kepada bahtera kebahagiaan yang kita bina selama ini. Kita lebih rela hidup dalam kedaifan dan melepak di kedai kopi. Apa nak jadi? ((melainkan jika ayah itu sendiri sedang sakit)

7. Seorang ibu.
Tapi kita langsung tidak ingin upgrade diri sendiri supaya memahami karenah hidup anak-anak zaman ini. Zaman berbeza, minda juga harus berbeza. Penerimaan setiap anak tidak sama.
8. Seorang kawan.
Tapi selalu mengambil kesempatan di atas kebaikan kawan sendiri. Dulu masa kita susah, kita tidak dipandang. Bila kita dah senang, tiba-tiba je orang-orang ini datang untuk mengaku kawan/sedara.
9. Seorang jiran.
Tapi kita tidak langsung menyimpan sebarang no mereka untuk dihubungi. Ini amat bermakna jika sesuatu kecemasan berlaku (percayalah, aku pernah melalui pengalaman dalam hal sebegini).
10. Seorang jurugambar.
Tapi kita masih berkata dalam hati “pasangan pengantin ini tidak kena betul… muka pengantin lelaki macam pecah rumah!” sewaktu mengambil shoot untuk fotografi perkahwinan mereka.
11. Seorang pemandu lori.
Tapi kita masih lagi memandang rendah pada penunggang motorsikal. Walhal, kita perlu ingat bahawa kita juga akan jadi seorang penunggang motorsikal sebaik sahaja waktu kerja kita habis.
12. Seorang peniaga.
Tapi kita masih lagi menipu sukatan ataupun timbangan. Bukan itu sahaja, kita juga patut merasa malu jika kita selalu menyalahkan Tuhan di atas kemerosotan perniagaan.
13. Seorang pekerja.
Tapi kita masih lagi mencuri masa. Waktu rehat 30 minit jadi 1 jam…. 1 jam jadi 2 jam. Itu belum dicampur dengan berbual dan bergelak ketawa. Diminta kerja lebih masa, merungut memanjang… tapi waktu balik kalau boleh pukul 4:59 sudah mahu berada di hadapan punch card machine. Kerja tidak setimpal dengan gaji yang diterima. Kerja sedikit tapi gaji mau tinggi. Iya.. cubalah hitungkan semula di mana halal-haramnya rezeki.
14. Seorang Internet Marketer.
Tetapi menganiayai semua newbie yang masih lagi tercari-cari jalan untuk menambah pendapatan. Kita juga patut malu pada diri sendiri jika kita menjual sesuatu idea yang baik tetapi pada hakikatnya, itu idea orang lain. Pulak tu menjualnya dengan harga yang tinggi tanpa apa-apa kredit pada pemilik asal idea itu. Lu fikirlah sendiri!

15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Haaa… sambung.. sambung… sila…. sila….








malu jika apa yang kita tulis tidak dapat dimanfaatkan oleh blogger yang lain. sedih kan. hehe
KNizams entri yang terkiniKNizam Artwerk Akan Support Sepenuhnya Earth Hour 2009 !
jika sedang menulis blog dihadapan komputer tanpa seurat benang..
twenty-sixs entri yang terkiniCara Aku Menangani Gadis Yang Memualkan Hidup Aku
Sebelum aku sambung.. Yang no 1 tu.. Boss aku tak malu pun… Selamba je….. Lepas tu meeting kerek komplen budak dtg lambat.. Puih…
Okay baru nak sambung..
Malu seorang blogger
…. kalau menciplak tulisan rohaizad dalam blog sendiri… ha hahha…
Jika seorang blogger..yang selalu kedekut ilmu..wink!
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika …… tak dapat buat duit dengan blog sendiri
Terlalu giat mempelajari pelbagai perkara….tapi satu pun tak diamalkan….
hazman aka species1980s entri yang terkiniNasib CEO waktu ekonomi merudum…..
Semua kat atas tu panassssss…. sendiri mau ingat!
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
cakap tak serupa bikin…
samdaddycools entri yang terkiniGrab Malaysian F1 Grand Prix ticket : 10 tickets available
emm gud entry..
sambung untuk jawapan terakhir..
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
apa yang ditulis adalah diambil dari orang lain tanpa kredit (plagiat)
TMUkmkds entri yang terkini[Artikel] Bahasa Melayu Tentang Komputer. Sesi 2
syok sendiri.. Perasan diri sendiri tu bagus.. Tak nak terima pendepat org lain.. Hanya fikir pendapat sendiri je betul..
nikillass entri yang terkiniThe End of Battlestar Galactica..
Bestnyer peringatan yang tersenarai. banyaknya yang kena batang idung aku nih… hehehheh
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Kita sndri tak tau apa yang kita blogkan????
heheheh
xnak sambung tapi pada seorang isteri, menjejeh tu menjaja ye?hehe..xpenah dengar
aisehman..liverpool ler…cess…
twenty-sixs entri yang terkiniCara Aku Menangani Gadis Yang Memualkan Hidup Aku
malu jika apa kita tulis dengan tujuan utk memberikan info yg konon nyer betul tapi salah kerana takde research…
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
update sebulan sekali atau setahun sekali. Orang nak buat blog kita pun nak buat blog…heheheh
seorang blogger…
malu ler kalau entri xde org nak komen…
huhuhuu…
terasa lak kat point no.5 tuu…:D
blogger…
patut berasa malu klu kita tidak mahu berusaha bersungguh2 untuk mengupgrade blog kita
Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
kita buat bende2 yang ada di sebutkan di atas dan di bawah komen ini kekeke
hoho. malas nak sambung..
earnwords entri yang terkiniHot Video: Malaysian Idol Reject
blogger?
patut rasa malu kalau tulis blog syok sendiri..
Whoaaaa…. banyak giler pendapat yang keluar yea…!!
Haaa… ada lagi 2-3 pendapat lagi yang aku rasa belum lagi keluar dan ini telah membuatkan aku tertunggu-tunggu.
Ada sesiapa yang boleh merealisasikan fakta yang aku tunggukan itu?
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Kita sebenarnya tidak tahu apa makna sebenar BLOG…:)
Pn Lisas entri yang terkiniDi mana saya sekarang?
blogger?
tidak manfaatkan ilmu yang ada dan tidak berkongsi bersama-sama blogger yang lain. (makan sendiri)
pcuserzs entri yang terkiniHello world!
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
“orang lain tanya kita macam mana kita pasang blog kita, tapi kita sendiri tak tahu sebab kita pun upah orang” hehe. ade orang pernah terkena ngan aku dengan soalan ni. wat malu je. kuikuikui
Fatin Pauzis entri yang terkiniKisah Sikap Seorang Ahli Syarikat MLM Yang Sangat Melampau.
macam habih idea nak tulih blog hu hu hu..macam yg aku dok buat sekarang ha hah
etomyams entri yang terkiniKontrak Psikologi Dan Hubungan Industri
Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Kita tak tahu apa yang kita tulis..macam yang aku tulis ni..haha
Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
bila kita cuba menjadi seseorang yang lain daripada yang kita tulis kat blog..huu..hipokrit..
wah…ramai dah komen tu…aku malu..insyallah aku akan jawab dalam blog aku
Pesanan yg ringkas, tetapi amat bermakna….
15. Seorang blogger.
Kita seharusnya malu pada diri sendiri jika ……
Tidak Update blog…heheh
mijie Reply:
May 5th, 2010 at 10:11 pm
ini yang paling memalukan….hohohoh
aisey.. komen azwan tu terkena plak kat aku… isk!!
budeens entri yang terkiniAnother Magical Item On The Street?
[...] Oleh: Langgan Artikel! Tahukah anda? Semakin hari semakin banyak perkara yang perlu anda ingat. …rohaizad dot com Kita seharusnya rasa malu pada diri …12. Seorang peniaga. Tapi kita masih lagi menipu sukatan ataupun timbangan. Bukan itu … Diulas [...]
Diulas pada March 6th, 2010 at 1:13 am