Pesan seorang ibu kepada anaknya
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 27, 2009 online
(sila mainkan lagu ini ketika membaca catatan ini)
Sudah beberapa minggu aku gagal dalam meng`update catatan untuk “Renungan Hari Jumaat” dan hari ini aku akan menyambungnya kembali.
Baiklah, ini adalah salah satu email yang aku terima dari seorang rakan baik aku yang bernama Ernie. Email ini cukup membuatkan hati aku sebak kerana sebagai seorang anak, tiada apa yang lebih menyedihkan lagi dari melihat ibu yang tersayang meninggal di pangkuan riba.
Gambar ini adalah salah satu bukti kekejaman Israel kepada rakyat Palestin. Aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah perasaan si anak lelaki ini. Tentunya perasaan sedih dan geram ada di dalam hatinya bukan?
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata kamu buat seketika serta bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh kamu ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
4 lagi gambar selepas ini.
Subhanallah… besar manakah dugaan yang kita sebagai seorang anak di Malaysia ini jika hendak dibandingkan dengan si anak ini? Gambar-gambar ini cukup menginsafkan tugas aku sebagai seorang anak. Kamu pula bagaimana?



ada dapat jugak email ini…
perasaan…tak dapat digambarkan dengan kata-kata…
Bergenang air mata aku kejap bile menghayati post kali nie…
hazman aka species1980s entri yang terkiniNasib CEO waktu ekonomi merudum…..
mm lama dah dpt pic ni, mmg sedih. Israel mmg penjenayah kejam. Cuba negara Islam buat macam ni, lama dah kena serang dgn Amerika.
betul2 tersentuh..sayangi lah ibu kita yer kawan2
lankapos entri yang terkiniTai Chi Master
Ya Allah… hari Jumaat ini cukup memberikan aku dugaan. Baru 10 minit tadi 2 org polis datang rumah aku untuk mengesahkan yang jiran aku (Abdillah) baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan di kawasan Kebun Teh, Johor Bahru
*Semuanya bekerja, rumah arwah kosong.
Terima kasih kepada Inspektor Rafidah dan Sarjan Rambli dari cawangan selatan atas kerjasama yang telah diberikan.
Alhamdulilah, akhirnya dapat juga aku hubungi kakak arwah, Norliani. Innalillahi wa Inna Ilahi roji`oun. Semoga rohnya diberkati Allah.
*** Betul tak seperti yang aku cakap dalam catatan sebelumnya? Mempunyai dan menyimpan nombor jiran sendiri amatlah penting. Baru semalam aku menulis dan hari ini aku telah diduga olehNya. Lihat pada no 9 !!!!
Nasihat utk semua…
Sesiapa yang masih ada ibu bapa..jagalah mereka baik2..selalulah jenguk mereka, tepon mereka, sms mereka…sekarang dunia dah maju…kalau nak buat video conference pun boleh…yg baru kahwin lekas2 la dapat anak…seronok mak ayah kita dapat timang cucu…ingat yer kawan2…
Saya ni tak boleh tgk pic macam ni…ingat kat arwah mak…mata dah berkaca…kalau layan lama2 boleh keluar air mata….
selalulah berdoa untuk kebaikan mereka. berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada bersama kita.
thanks for the reminder, bro.
… Insaflah pada siapa yang masih punyai IBU… Ingat kisah para sahabat,(tak ingat namanya) tak dapat hembuskan nafas terakhir ketika nazak, sebab ibunya hanya kecil hati sebab dia beli kain utk bini dia mahal sikit je darp mak dia…. hanya sebab kecik hati pasal kain..
apatah lagi jika korang pernah berkata aaaaahhhhh, hoi!, dsb… renung-renungkan…
samdaddycools entri yang terkiniKerja Gila : berhenti merokok
waaa….
mak, i love u so much….!
tak dapat dibayangkan perasaan bdak lelaki tu..
ohh sebak sngguh…
aku baru balik majlis tahlil bapa adik ipar aku baru je meninggal pagi tadi.
alhamdulilah segala urusannya dipermudahkan.
sejuk hati tengok keadaan macam tu.
kita macam mana pulak?
pcuserzs entri yang terkiniHello world!
suggestion lagu untuk dihayati.
http://www.youtube.com/watch?v=dRM8Vueibyk
lagu : buat mu ibu
penyanyi : aeman
sedih lagu tu.
budak2 pulak yang nyanyi..
syahdu..
pcuserzs entri yang terkiniHello world!
Aku simpati tp dalam bersedih ada yang sedang berpesta.Pesta menyambut Earth Hour. Ini mengarut.
haritzs entri yang terkiniEarth Hour – Omong Kosong