Sekilas laporan blog rohaizad dot com bagi bulan Februari 2009.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 1, 2009 online

Alhamdulillah…
Selepas genap blog ini berusia 1 tahun, akhirnya blog ini semakin diterima dalam dunia blogging Malaysia. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana blog ini takkan hidup tanpa pengunjung yang sunguh sempoi (kamu semua). Sebagai seorang blogger yang baru sahaja berblogging selama setahun dalam bahasa Melayu, ini adalah satu daripada berita gembira yang harus dikongsikan bersama.

Berblogging sebenarnya adalah satu dari aktiviti yang boleh menghilangkan kebosanan. Walaupun terdapat banyak dugaan dan cubaan dalam berblogging, itu semua harus diharungi bersama. Segala kecaman yang datang pula akan dijadikan sebagai satu dorongan dan segala pujian adalah sebagai satu galakan. Anggap sahajalah itu semua sebagai asam garam dalam berblogging. Yang pasti, apa yang diceritakan mempunyai mesej yang hendak disampaikan walaupun ianya sekadar hiburan.

Mendapat kunjungan yang tidak henti-henti juga telah semakin membuatkan blog ini seolah-olah mempunyai misinya yang tersendiri. Traffik yang meningkat adalah tanda yang blog ini boleh diterima secara baik dan apa yang pasti, aku sentiasa akan cuba memberikan yang terbaik untuk pembaca (sekalipun dalam bentuk hiburan).

Berikut adalah traffik untuk 12 bulan sehinggalah bulan Februari 2009 (bulan lepas):
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

YM dari Tony a.k.a Kuncicang.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: March 1, 2009 online

2 malam lepas antara antara pukul 1.00 – 2.00 pagi, dalam banyak-banyak komen yang aku terima, ada satu komen yang agak berlainan sedikit bunyinya. Dan dari apa yang aku perhatikan, ianya adalah komen baru dari orang “baru” kerana aku tidak pernah melihat ID ataupun nickname`nya sebelum ini.

Pembaca ini telah menggunakan nama samaran Tony (ada sesiapa yang kenal?) sebagai nickname`nya. Dengan menggunakan nickname`nya itu jugalah beliau telah memberikan komen untuk aku approvekan. Dan sebagai seorang blogger, aku approvekan juga bagi tatapan semua pembaca sebab kalau dia tak mahu komennya diapprovekan, baik dia email sahaja… betul tak?

Buat pengetahuan semua, komen itu dihantar ke catatan yang aku terbitkan pada minggu lepas iaitu di catatan yang bertajuk Suara-suara pincang mengenai ebook TLA. Jika ada yang hendak membaca komen tersebut, kamu bolehlah pergi ke catatan tersebut dan terus scroll down dibawah untuk membaca komen yang telah diberikan oleh beliau itu.

Walaupun hanya email sahaja yang diberikan (tanpa URL blog ataupun website beliau) di dalam komen itu, tetapi aku ada menyalin IP address dan juga data dari komen itu seperti yang telah direkodkan oleh sistem WordPress.

Tujuan beliau menghantar komen yang sebegitu rupa tidaklah aku mengerti tetapi mungkin pembaca semua boleh membuat andaian sendiri akan siapakah beliau ini dan apakah kaitannya dengan ebook TLA itu (sila baca catatan itu sekali lagi dan kemudian baca komen yang dihantar oleh beliau).

Hendak dijadikan cerita keesokan harinya, aku ada mendapat mesej di YM dengan nama ID Kunci Cang minta tolong di approvekan. Dan seperti biasa aku approvekan kerana di dalam hati, mungkin ada lagi blogger yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Tawaran Hosting $1.95 kelmarin.

Setelah disapa oleh tuan punya ID itu seperti biasa, lama kelamaan aku dapat perhatikan conversation itu mula berubah nada dan haluannya. Sehinggalah pada satu tahap, pemilik itu mengaku bahawa dialah Tony!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →