Ingin beriklan? Sila klik di sini

berjaya.gif

Antara perbezaan orang yang BERUSAHA dan orang yang melihat USAHA orang lain ialah hasil daripada kedua-dua perbuatan tersebut. Yang hanya MELIHAT kejayaan orang lain pastinya akan terus melihat tetapi bagi yang BERUSAHA, selalunya mereka akan dapat merasai “kemanisan” hasil dari apa yang diusahakannya.

Sikap melihat dan hanya terus melihat mungkin bagus dalam sesetengah perkara tetapi kalau asyik terus melihat kejayan orang lain, sampai bilakah kita hendak melihat kejayaan diri sendiri? Bukankah lebih manis kalau kita berhenti melihat dan mula melakukan sesuatu agar kita dapat merasai manis hasilnya?

Jadi hari ini, aku ingin berkongsi 2 lagi cerita yang mungkin boleh dijadikan sebagai satu perangsang dan semangat bagi semua blogger di Malaysia ini. ingin dijelaskan di sini bahawa kalau kamu adalah seorang usahawan Ebay ataupun master affiliate, mungkin cerita “menjana pendapatan dari blogging” ini tidak berapa sesuai kerana pendapatan kamu terlalu jauh tinggi untuk dijadikan kayu pengukur antara kami blogger-blogger ini.

Walaubagaimanapun apa yang pasti, ada satu persamaan yang jelas antara sesama kita yang mencari pendapatan melalui internet ini iaitu perkataan USAHA. Benar… semua orang boleh berjaya jika mereka BERUSAHA termasuklah 2 orang blogger yang pernah mengikuti Personal Coaching yang pernah aku anjurkan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

IntelliLinks – satu lagi alternatif untuk TLA dan InLinks.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 28, 2009 online

intellilinks-logo.JPG
4. Private invitation dari Intellilinks.com?
Mana punya company pun aku tak tahu tapi aku terima private invitation itu dengan hati yang terbuka. Moga dapat menjana income dengan lebih bagus lagi. Jika ada sales, akan aku update.

Masih ingat lagi dengan janji di atas yang pernah aku katakan pada catatan Pagi Yang Indah beberapa bulan yang lalu?

Naaaaaa…. maka di pagi yang indah ini juga aku akan mengotakan janji itu kerana baru sebentar tadi IntelliLinks menghantar email kepada aku mengatakan salah satu keyword di niche blog network aku sudahpun mendapat perhatian advertiser.

intellilinks-email.gif

Baiklah, apakah itu program IntelliLinks?
IntelliLinks adalah satu program yang boleh dimanfaatkan oleh blogger seperti kita dalam menjana pendapatan. Program ini lebih kurang sama gayanya dengan program Text-Link-Ads dan InLinks.

intellilinks-sample.gif

Terdapat satu PERSAMAAN yang sungguh ketara pada program ini dengan program Text-Link-Ads dan InLinks. Buat pengetahuan semua, persamaan inilah yang membuatkan aku tertarik untuk menyertai program IntelliLinks ini. Stay… aku akan terangkannya sebentar di bawah nanti.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Walaupun baru semalam sesi personal coaching tamat, tapi hari ini panggilan demi panggilan telah diterima. Secara tidak langsung tempat untuk next personal coaching iaitu minggu hadapan sudahpun habis ditempah (bagi mereka yang aku tidak hubungi, harap bersabar kerana nama kamu mungkin akan diletakkan ke kelas yang akan datang).

Kalau nak diikutkan, personal coaching pada minggu hadapan sepatutnya dilaksana beberapa minggu akan datang (penat pun belum hilang lagi nih… huhuhuhu) tetapi apabila ramai yang tidak dapat hadir dan ada yang sudahpun apply cuti dengan majikan masing-masing maka aku tiada pilihan lain tapi yang pasti… next personal coaching ini akan lebih seronok sebab semua komputer yang akan kamu gunakan adalah komputer baru (Hewlett Packard)!

Untuk 5 orang peserta eksklusif yang akan ikuti Personal Coaching ini nanti, sila nantikan SMS dan panggilan dari rohaizad dot com

Syarat-syarat:
1. Mempunyai blog sendiri.
2. Blog itu mestilah menggunakan domain sendiri.
3. Bersedia untuk meneroka dunia blogging yang sebenar.
4. Bersedia untuk membuang phobia “saya tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris” (anyway, teknik mudah akan ditunjukkan).
5. Tutorial akan dijalankan melalui kaedah yang SEMPOI, mudah difahami dan selesa. Jadi tidak perlu berpakaian formal seperti seminar di hotel. Makan tengah hari lagi senang, mana-mana pun boleh makan.

p/s: Jemputan dari Perak dan negeri bahagian Utara juga sudah diterima. InsyaAllah.. kalau ada kelapangan kita akan berjumpa yea… :)

Langkah pertama dan langkah terakhir.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: April 27, 2009 online

Saya mungkin cuba beratus kali untuk “bangun”, tapi kalau saya gagal untuk bangun kembali …. seterusnya saya terus “PUTUS ASA” untuk bangun buat yang ke sekian kalinya, adakah anda fikir saya akan BERJAYA? Tentulah TIDAK bukan?

Tetapi jika saya TERUS bangun, dan terus mencuba untuk bangun lagi dan lagi dan lagi, maka itu bukanlah akhir kepada segala-galanya. Kerana hidup ini bukanlah mengenai bagaimana kita memulakan sesuatu perkara tetapi bagaimana kita mengakhirinya. Adakah kita akan mengakhirinya dengan sesuatu yang cukup untuk dibanggakan? Ataupun sebaliknya?

Jika sebaliknya, maka kita harus mencari jalan untuk BANGUN semula!

Kesimpulan: Kita tidak akan GAGAL selagi kita tidak berhenti MENCUBA. Tapi jika sekali kita BERHENTI mencuba… maka itulah HAKIKAT yang kita harus terima.

Perjuangan yang belum selesai… malah tidak akan selesai.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: April 27, 2009 online

Kadang-kadang rasa bosan.
Kadang-kadang rasa letih.
Kadang-kadang rasa menyampah.
Kadang-kadang rasa nak rehat.
Kadang-kadang rasa SERONOK!

Itulah asam garam orang bekerja. Apabila hendak memulakan sesuatu tugas, mulalah mood takde… mulalah fikirkan itu.. mulalah fikirkan ini. Tapi apabila kerja itu sudah berjalan setengah, rasa tension itu semakin lama semakin hilang.

Begitu juga dengan blogging. Setiap kali hendak menambahkan blog di dalam network, dia punya rasa menyampah… memang takleh nak cakap. Lebih- lebih lagi bila blog-blog baru itu mempunyai version Wordpress yang berbeza. Aku cukup tak suka dengan Wordpress version 2.7 ni sebab sangatlah tidak kena dengan jiwa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Godaddy $1.99 domain kembali lagi !!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: April 27, 2009 online

199domain.JPG

Jam di laptop sudah menunjukkan pukul 1.25 minit pagi dan jika tidak kerana aku perasan mengenai promo code ini, mungkin USD15.00 aku sudahpun melayang. Ada yang mengatakan bahawa promo ataupun coupon code ini hanya sah di awal April 2009 dan ada juga kenyataan yang mengatakan promo code ini hanya laku untuk 5000 domain yang didaftar dalam bulan April ini sahaja.

Untuk rekod, aku juga ada mendengar mengenai offer $1.99 ini. Dan 2 hari lepas, aku juga ada membacanya di forum-forum yang mengatakan pembelian domain menggunakan promo code ini sudahpun tamat tempoh. Anehnya walaupun ramai yang mengatakan promo code ini sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi mungkin nasib menyebelahi aku kerana aku berjaya membeli domain www.techfile.org pada harga $2.19 sebentar tadi!

Jadi bagi mereka yang ingin mencuba, silalah memasukkan promo code 199DOMAIN ke dalam “Apply Code” kolum sebelum proses final checkout nanti. Happy blogging !!!

Cantikkan rumah ini?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: April 26, 2009 online

rumah-1.jpgrumah-2.jpgrumah-3.jpg

Oh yaa… Alhamdulillah Personal Coaching selama 2 hari telahpun berakhir dengan jayanya petang tadi. Letih ada, bangga pun ada kerana peserta pulang dengan kepuasan MAKSIMUM. Banyak rahsia blogging telahpun dibongkar!!!

Berjumpa kita di puncak kejayaan ~~!!! :)

Sasaran bulan April telahpun tercapai!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 25, 2009 online

Sambil aku membuat “kunci padlock” kira-kira untuk bulan ini dan mengemaskini akaun Paypal sebentar tadi, aku agak terkejut dan juga berasa sangat gembira kerana sasaran pendapatan melalui blogging bulan ini rupa-rupanya sudahpun tercapai. Dan yang lebih menarik lagi, masih ada lagi bayaran yang akan diterima dan masih ada lagi job yang perlu dihantar dalam minggu ini.

Walaupun blogging hanyalah satu cabang dalam menjana pendapatan melalui internet, tetapi apabila tiba pada satu tahap yang mana ianya dijadikan satu perkara pokok, bermakna ianya telah berubah menjadi SATU PERNIAGAAN. Jadi kunci kira-kira, duit keluar masuk dan juga saving untuk syarikat sendiri yang telah ditubuhkan amatlah perlu bagi menjamin simpanan di masa hadapan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya