Kisah seorang budak pencuci pinggan.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: April 7, 2009 online
Aku pernah melakukan pelbagai kerja sebelum ini. Bagi mereka yang sudah mengenali aku, maka sudah tentulah catatan ini ada kena-mengena dengan diri mereka kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.
Tetapi bagi mereka yang belum lagi mengenali aku, maka mungkin ini boleh membuatkan kamu mengenali keperibadian aku dengan lebih dekat lagi.
Aku pernah menjadi salesman di Carrefour, menjual terminal credit card (GHL company), salesman credit card (UOB bank), sales ambassador untuk timeshare company, salesman jual buku, pemotong ikan, MLM Shaklee, Zhulian, Revell, Luxor, Jusco dan macam-macam lagi. Tapi kisah yang satu ini iaitu “Kisah Seorang Budak Pencuci Pinggan” cukup meninggalkan kesan dan aku harap pembaca setia blog ini juga akan dapat mesej yang aku ingin sampaikan bersama.
Sebenarnya, kisah yang aku ingin sampaikan ini bukanlah cerita dongeng atau kisah Jula Juli yang hidup di atas kayangan. Kisah ini adalah satu kisah BENAR yang cukup MEMBAKAR HATI dan SEMANGAT aku sejak pulang dari Penang 2 hari lepas. Pada saat aku sedang menulis catatan ini, fikiran aku masih lagi terbayang pada seorang hamba Allah yang datang bertandang ke rumah aku semalam (sehari selepas pulang dari Penang).
“Kisah Seorang Budak Pencuci Pinggan” ini bermula sekitar tahun 2004-2005 di mana pada waktu itu aku sudahpun mempunyai gerai makanan (Asam Pedas Corner) di Johor Bahru.
Pada waktu itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana susah-senang dan jatuh-naiknya perniagaan yang cukup mendapat saingan ini.
Dengan hanya 4 orang yang bertungkus lumus berniaga, setiap hari rasanya macam nak patah tulang belikat ini.
Pekerja cuma 4 orang.
Aku, emak aku, kakak aku dan seorang budak cuci pinggan. Emak aku di dapur, kakak aku bahagian air manakala budak cuci pinggan ini 24 jam berdiri di sink untuk kerja-kerja pembasuhan. Aku tidak pernah ada gaji tetap kerana kadang-kadang cuma balik modal je.
Kalau lebih, itulah masanya nak tolak tepi duit sewa kedai, bil air, bil api dan jugak gaji orang lain. Cuba bayangkan satu perkara, gaji budak cuci pinggan ini cuma RM16.00 sehari kerana itulah yang termampu aku bayar!
Adakah aku zalim?
Tidak!Aku tidak zalim. Tapi kalau orang kata aku zalim sekalipun, aku tidak kisah. Aku takde hal. Malah aku langsung tidak ambil peduli kerana pada waktu itu, yang penting sekali ialah duit itu datangnya dari rezeki yang HALAL. Cuma yang membuatkan aku terkilan, budak cuci pinggan ini adalah seorang lepasan Diploma Sains Komputer UITM Segamat dan perempuan pulak tuh!
Pendek kata, tempatnya bukanlah di sini. Dia berhak mendapat peluang yang lebih besar lagi di tempat lain tapi budak perempuan ini cukup sabar dan cool. Walhal, dia pernah bekerja di sektor kerajaan tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerana tidak tahan dengan ATTITUDE penjawat awam yang lain. Dia adalah seorang yang produktif, bukan selective. So takde kroni ataupun perkataan bodek dalam kamus hidup dia. Itu yang aku cukup respek dengan budak ini.
Tapi jodoh aku dengan dia tidak lama (weyy… bukan ‘jodoh’ itu haaa…) kerana saban hari, aku makin dapat rasakan bahawa perniagaan aku ini tidak akan dapat bertahan lama. Dan pada waktu genting itulah datangnya inisiatif aku untuk mengetahui tentang dunia internet. Di situlah dunia blogging aku bermula. Aku study seorang diri (Home Alone).
Tidak lama selepas itu, perniagaan yang aku sayang itu collapsed.
Aku memang tidak boleh kenyataan itu kerana semua hasil dan titik peluh hanyut begitu sahaja. Modal perniagaan pun tidak sempat hendak di tarik.
Tetapi keputusan harus dibuat demi kebaikan semua. Maka aku dengan redha menerima takdir bahawa pada waktu itu rezeki aku bukanlah di dalam bidang perniagaan makanan dan aku terpaksa mencari hala tuju sendiri.
Sama juga yang berlaku pada budak cuci pinggan itu. Apa yang aku boleh buat hanyalah sekadar memberitahu akan apa yang akan terjadi. Aku tidak terdaya melakukan apa-apa lagi kerana kehidupan harus diteruskan.
Dan satu nasihat sahaja yang aku sempat beritahu pada budak cuci pinggan itu “dalam apa jua bidang, buat betul-betul”. Aku tidak pasti sama ada dia ingat lagi pada pesanan aku itu atau tidak tapi yang pasti, aku pernah cakap pada dia.
Kemudian, hampir bertahun lamanya aku tidak berjumpa dengan budak cuci pinggan aku itu. Kalau berjumpa pun, ianya sekadar begitu sahaja sebab aku tahu dia dah kahwin. Aku juga tidak berapa nampak karier dia, begitu juga dengan dia (maklumlah kerja aku pun di rumah je). Cuma rasa “kalah” itu ada sebab perniagaan aku jatuh dan dia terpaksa menerima kesannya.
Dan semalam, dia bertandang ke rumah aku dengan anaknya yang berumur 3 tahun. Tetapi kali ini, dia sudah lain. Dia benar-benar lain. Dia bukan lagi seorang pencuci pinggan, dia bukan lagi seorang budak yang kutip gelas minuman orang lain tetapi dia adalah SEORANG YANG TELAH BERJAYA!!!
Selama beberapa tahun selepas dia berhenti kerja dari gerai makanan aku itu, dia menceburi pula bidang INSURANS. Selama itu jugalah dia berazam dan bertekad untuk tidak mahu hidup susah dan niat untuk mengubah taraf kehidupannya begitu kuat dan sungguh tebal di dalam hati serta sanubari.

Kini dia memakai kereta yang sama nilainya dengan kereta Menteri Besar Perak dan rumah yang bukan calang-calang harganya. Sebut sahajalah Taman Pulai Utama, siapa sahaja tak tahu harga rumah di situ… semua orang tahu itu adalah kawasan rumah elit. Dan lebih menarik lagi, usianya lebih muda dari aku!
Aku bangga?
Aku malu?
Benar… aku BANGGA kerana pendapatannya bulanannya dah pun melebihi RM15,000.00. Dan aku juga merasa MALU kerana dulunya aku BOS dia, sekarang dia lebih berjaya dari aku.
Tapi apa yang membuatkan dia berjaya?
Mudah sahaja. Dia hanya berbekalkan niat, fokus, semangat dan doa yang tidak pernah putus. Dan inilah yang susah hendak kita wujudkan di dalam hati kita. Dan kini, aku kembali mendapat suntikan motivasi kerana DIA DAHULUNYA adalah SEORANG BUDAK PENCUCI PINGGAN!!! Pekerja aku pulak tuh!!!
Tapi perasaan sebegitu bukanlah sesuatu yang NEGATIF. Sebaliknya ianya adalah POSITIF kerana dia juga pelik bagaimana orang BUTA IT macam aku ini boleh duduk dalam bidang ini. Dan kata-kata itu jugalah yang membuatkan aku semakin bersemangat sebab tiada bezanya aku dengan dia. Yang dia dan aku buat adalah satu perkara yang berada di luar kemampuan masing-masing (secara logik) tetapi masing-masing berjaya melakukannya. Kuncinya di sini adalah diri sendiri.

Bagi orang seperti aku yang bermula dari ZERO, aku sentiasa bangga dengan kisah hidup aku sendiri.
Malah itulah yang menjadi dorongan paling kuat untuk aku teruskan hidup sebagai seorang full time blogger.
Tidak ada satu pendorong semangat yang paling kuat melainkan semangat yang ada dalam diri sendiri. Duduklah serumah dengan Irfan Khairi sekalipun, kalau semangat dalaman tidak ada…. memang tidak akan berjaya.
Biarpun Irfan Khairi tu sampai dapat cucu pun kita akan still dok cam tu gak. Sebab apa… sebab tiada tindakan!
Dan sekarang, dunia blogging adalah dunia aku. Aku akan teruskan kareer aku sebagai full time blogger dan Internet Entrepreneur. Masih banyak lagi yang perlu dibaca, masih banyak lagi yang perlu dicuba dan masih banyak lagi yang perlu dikaji. Lebih-lebih lagi dalam mendapatkan info-info terkini dalam dunia blogging.
Daripada aku membuang masa membaca cerita mengenai Norman Hakim-Memey, pakaian artis menjolok mata, gossip sana sini… lebih baik aku mencari ruang untuk diri aku sendiri supaya banyak yang boleh dipelajari. Paling tidak, ada jugak hasil dan boleh juga menambah rezeki. Tak gitu?







Where did you get your blog layout from? I’d like to get one like it for my blog.
AARON - I’ve modified it by myself. The original one is from the sctrach.
… Aku dapat mesej yang ko cuba sampaikan… Aku, ko, dan budak pencuci pinggan tu sama sekali tidak mempunyai asas dengan apa yang kita buat sekarang. Fokus dan semangat ingin berjaya sahaja yang dapat mengubah semuanya.
1. Niat perlu diperbetul, tanamkan matlamat.
2. Kejar matlamat itu – aim.
3. Berpegang pada prinsip, jangan gentar, jangan mengalah.
4. Akhirnya, berdoa dan bertawakal – kita hanya meminta, Allah jua yg menentukan. Jatuh bangun kita tetap bergantung pada keredhaanNya.
samdaddycools entri yang terkiniEh… dapat baby lah!
Betul tu Sam. Kadang-kadang rezeki kita bukan pada apa yang kita suka lakukan di peringkat mulanya. Tapi apabila pintu rezeki itu sudah terbuka, maka barulah datang minat.
Dan janganlah ditutup pintu rezeki itu kerana itu menolak tuah namanya.
Terima kasih dgn sharing rohaizad. Sungguh bermakna buat saya. Sambil baring nak tdo dapat baca bedtime Dari rohaizad..
ROSLI – Ye ke? Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca cerita di blog yang tidak seberapa ini.
Huh!!!semangat membara datang lagi. Akan ku print cerita mu ini wahai en rohaizd. sesungguhnya sangatlah membakar semangat dengan ketabahan dan kecekalan budak basuh pinggan juga tuan yang bercerita. even level aku belom sampai macam kau api motivasi diri telah bangkit semula setelah mencuba dan jatuh. jatuh dan terus mencuba…thanx for the great story!!!
p/s: bila nak jumpa ni brader Rohaizad???
boy_bersahajes entri yang terkiniYob dan Pendau…
BOY – Ye ke dapat menaikkan semangat? Ini cuma kisah benar je, belum cerita motivasi lagi.
Agaknya kalau En Rohaizad ni masuk bidang motivasi, macamanalah agaknya ye? Huhuhuhu…
kih kih… Makin ramailah orang yang menjadi seperti tuan hamba…kaki-kaki blog yang memenuhi dataran festive mall dan juga restoran-restoran mamak hendaknya kih kih kih
boy_bersahajes entri yang terkiniYob dan Pendau…
BOY – Wahahahah… takper sebab lepak kalau berinformasi lebih bagus dari lepak kosong. Tapi satu je… tiada jalan singkat untuk berjaya. Dan lepak bersama blogger-blogger lain sebenarnya termasuk jugak dalam langkah-langkah untuk kehadapan.
aku pn pnh jd bdk cuci pnggn gak msa 1st year kt U. Std je boring nk jga cri side income. Pas2 cuba mcm2 last2 aku melekat kt baskin robins(sape tau baskin
)Skang ni aku rsa aku dh jmpa platform yg terbaik tuk aku wlupn 999% xsama dgn ape yg aku std skang..yg penting ade ciri2 cmni:-
1. ingin tahu
2. bersemangat
3. xmudah putus asa
“get rich or die trying”
Aku nampak semangat budak pencuci pinggan tu dalam diri aku. (cewah..!!) siyes aku tak tipu. haha.
*Een, ko budak pencuci pinggan tu. Aku tukang anta pinggan untuk ko cuci. haha. tapi, aku lg tahan lama kerja kedai tu dari ko. huhuhu.
fatin –> makcik indon tu asyik bt kita cm org suruhan je mau aku xout
FATIN – FAZREEN : ?????????
Bro yang penting kita focus pada benda yang kita buat.Tetapkan matalamat, kuatkan semangat pasti berjaya.
Aku x tahu lagi hala tuju…….2009 suku pertama semua x menjadi.
btul 2..jgn lari fokus..yg penting aku dh brjaya dpt 1USD..klu xdpt yg sket cmne nk dpt yg byk..btul x bro?..
rohaizad – fatin – fazreen??
ktorg bljr sama2 la bro..penah jd tkg cuci pnggn sma2..mmg kna la entry kli ni
betul tuh samdaddycool..aku sokong apa ko cakap tuh…alhamdulillah..berjaya gak budak pompuan tuh..hehe…aku pon byk belajar gak skang ni…pelan laju..yg penting blaja n wat sampai berjaya!
wooh. aku sangat teruja membaca kisah ni.
yup, siapa yang berusaha pasti dia berjaya!
Salam bro rohaizad.
Saya betul2 “makan dalam” dengan post entry rohaizad kali ini.
dan apa yang bro kata dalam post iaitu “berbekalkan niat, fokus, semangat dan doa yang tidak pernah putus”, saya amat setuju.
dan saya ingin tambahkan sikit, iaitu IMPIAN.
btw, thanks for this blog post.
Satu perkongsian penglaman yg menarik. Aku setuju, kalu takde semangat dan tindakan memang susah untuk berjaya. Budak pencuci pinggan telah membuktikannya!
Sangat menusuk kalbula jad.tapi aku tak nangis arr hehe.
Teruja membaca kisah pencuci pinggan … hmm, kisah motivasi yg benar utk saya.
Saya suka line ni ” Mudah sahaja. Dia hanya berbekalkan niat, fokus, semangat dan doa yang tidak pernah putus. ”
Thanks bro.
omecool20s entri yang terkiniTired + New Pics
yup. dia memang layak.
L4H - Kan? Perempuan plak tuh.. saper kata perempuan hanya duduk di dapur?
ALONE - Sangat teruja? Aku kat sini lagilah teruja sebab melihat kereta dia yang sungguh shining itu.
AQIF - Thanks for the words. I take it as a compliment.
POKJAT - Kalau menangis pun apa salahnya, bukan aku nampak pun.. ekekekeke
OMECOOL - Kisah benar juga? Fuhhh… ramainya yang jadi pencuci pinggan kat warung sebelum ini yea?
TITAN - Betul tu… sebab dia yang melayakkan diri dia. Bukan orang lain.
wakakaka. Aku teruja, ada semangat membara dan ada jugak kelakar ko selitkan dalam cerita tadi. Aku ingat nak cancel la duduk serumah dengan Irfan Khari tapi nak serumah ngan ko bole jad?? huhuhu.
Anyway thanks for sharing it here..
FADIL – Serumah ngan aku? Fuhh… bahaya nanti takut difitnah… HAHAHAHAH
p/s: ko duduk sermuah dengan Irfan Khairi? Dahsyat…berguru betul namanya ni.
fuhhh,,memang power cerita sifu kita hari ini..memang mengugat emosi untuk lebih bersemangat.
SABRI – Aku sendiri pun tergugat gak dengan budak cuci pinggan aku tu. Takper… positif.. positif…
Mendalam cite ni, mcm cite ko juga zad, skang ni bila aku mula fokus sorang2 dan baca pahamkan sendiri, aku lebih paham..doa kan aku juga zad supaya berjaya dalam bidang ni.
Hehehe..dah rezeki dia..ape pun mereka yang berusaha pasti akan berjaya..entri yang membuka mata semua orang..syabas buat pencuci pinggan itu..
EZAD - Berda itu sudah pasti, tapi kena disusuli dengan tindakan.
AMIR - Memang itu rezeki dia, tapi dia tak tunggu rezeki datang bergolek. 3-4 tahun adalah satu jangka masa yang bukan sekejap.
Kalau orang yang tidak kuat semangat, pasti sudah tersungkur di pertengahan jalan.
kata2 yang menarik….’Fokus on Success”
hazman aka species1980s entri yang terkiniSeni MengGHAIRAHkan Isteri
entri yang berinspirasi.
yang penting stay focus.
keep up the hard work.
and work smart.
pcuserzs entri yang terkiniEarth Hour Moments
aku selalu cuci pinggan kat rumah… kalo malas cuci pinggan… makan aje pinggan tersebut lagi mudah.
MINAHLETER – Apa yang ko leterkan ini minah?
hmm dari entri ni dan byk entri yang berkaitan aku perasan sesuatu. Aku tgk kebanyakan org yang berjaya adalah mereka yang telah melalui kehidupan yang susah dan ingin mengubah kehidupan mereka tersebut. Aku salut pada org orang berikut. (sapa yang berkaitan angkat tangan). Aku pasti itu antara motivasi yang terus mengerakkan diri mereka utk berjaya.
Aku juga tak maksudkan org senang tak leh berjaya. Orang yang senang ni lebih mudah berjaya sebenarnya. itupun kalau kena dengan caranya la. hahaha.
aku nak angkat tangan bleh tak taukey??? aku angkat keyword aje laa…
TAUKEY - Antara orang susah yang berjaya dengan orang senang terus berjaya terdapat satu perbezaan.
Orang yang senang dan terus berjaya TIDAK AKAN DAPAT merasakan “KEMANISAN KEPAYAHAN” yang orang susah alami.
Pengalaman orang susah selalunya lebih manis dan seronok untuk diceritakan dan didengar bersama-sama.
MINAHLETER - Jangan angkat kaki sudah ler…
Aku macam pernah dengar citer nie dari ko JAD. Agen insuran ko kan. Aku salute budak nih. aku yang dah bertahun buat insuran pon blom dapat pakai CAMRY. puncanya:-
1) Tak fokus
2) Malas
3) Mudah terpesong
4) Tanak ikut kata orang lama (yang dah berpengalaman dalam insuran)
Walhal ramai giler millionaire (silent millionaire) yang aku jumpa kat insuran nih. setiap kali aku tanya apa rahsia diaorang, majoritinya sama jer sume “Rajin jumpa orang and believe insurance can help people” yang paling power ayat aku dapat
” Kita agen insuran orang anggap seperti peminta sedekah. Tak mengapa. Kita tidak kisah meminta dan merayu mereka untuk ambil insuran supaya keluarga mereka tidak perlu meminta sedekah seandainya mereka tidak mampu memberi nafkah untuk keluarga mereka kemudian hari”
berbekalkan ayat nih aku dah ubah mindset aku. aku dah ubah cara kerja aku. aku yakin aku dapat capai matlamat aku. aku pasti jadi macam “budak pencuci pinggan” nih.
p.s sori JAD panjang pulak kali nih. he he
HISAM – Ha’ah… memang betul. Inilah cerita yang aku pernah ceritakan kat ko hari tu.
tq bro, cukup bermotivasi post kali ni.. tp ade satu lagi yang membezakan.. budak pencuci pinggan tu dah ade anak, tinggal bekas bos dia aje bila lg..:)
a’ah kata-kata ko mmg aku setuju. Kemanisan kejayaan tu mmg tak dapat disangkal lagi. Jangan kencing manis sudah la.
Er… real ke ko buta IT??
Ini yang buat semangat aku terasa disentap…
Aku yang ada degree IT pun masih jauh..
tapi takpe aku nak cuba langkah dlm bidang penulisan di internet.. adakah aku berjaya?? Wallahualam..
Sori.. termotivasi lupa nak komen pasal citer ko..
Aku respek betul dengan si pencuci tu.. harap2 dia tak meninggi diri..
aku pun penah jadi penyedia air minuman untuk VIP.. lepas tu pelan-pelan ke jawatan sekarang, Pen Peg Teknologi Maklumat di gov.. aku pun teras kureng sekali semangat keje terutama dgn birokrasi dan karenah politikus..
tapi aku belum mempunyai ’sesuatu’ untuk aku lepaskan diri dari keje sekarang.. Harap2 cerita ini akan memberikan aku kekuatan untuk meneruskan apa yang aku rancangkan..
Thanks Rohaizad untuk entry ini. Mmg membakar semangat kisah spt ni- Focus on success!
bc kisah ko kat sini buat aku mmbara jer. btul kata ko kene ada niat, fokus dan doa. itu yg aku cuba sematkan dlm diri aku. Mungkin blum cukup kuat tersemat dlm diri aku kot sbb tu sampai skrg pun masih tercari-cari arah nie.
Boleh kita berjuang bersama? hee..
FAISAL – Boleh… apa salahnya
buat insuran, ptot la… insuran mmg rata2 bsar kan die pnye income?
da lama btul xmsuk sini..
bermotivasi btul kisah ni…
ape2 hal pon kne kerja keras dalam apa pon bidang yg kte ceburi..xleh la wat kerja setegah jln..
time ksh pada MR. rohaizad sbb yg post cite ni untuk ak yg mle nk “down” ni..
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
HAFIZ – Bukan pasal insuran penyebab dia berjaya. Sebab orang jual nasi lemak pun boleh berjaya. Tapi bagaimana dia boleh berjaya? That’s the point.
ALEH – Welcome back bro… laman tak jenguk kat sini ye?
sbuk skit la..assignment ngan project.
.xnyempat nak singgah sini..cti sminggu ni bru rilek skit..
aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources
[...] Cuma kalau katakanlah satu hari nanti kita di uji dan setelah mencuba atau memberikan yang terbaik, kita tersungkur jua, janganlah sesekali SERIK untuk bangun ye dik. Teruskan hidup kerana nasib, ajal dan maut kita di tangan Tuhan… bukan di tangan orang lain. [...]
Diulas pada November 18th, 2009 at 10:15 am[...] SEMANGAT JUANG harus ada beb! Aku YAKIN pada apa yang aku buat dan itulah yang membuatkan aku seronok untuk [...]
Diulas pada February 2nd, 2010 at 3:05 pmberjuang sehingga pemenang di mahsyurkan