Ingin beriklan? Sila klik di sini


personal-coaching.gif

Beberapa minggu lepas sebelum aku pergi ke Penang, aku ada memberitahu kepada saudara Nasrun kita yang jadual untuk sesi Personal Coaching tutoral blogging terpaksa ditunda sehinggalah ke tarikh yang ditentukan.

Dan hari ini setelah jadual yang baru telah diaturkan, aku dengan rasminya ingin mengumumkan bahawa sesi Personal Coaching untuk tutorial blogging akan dibuka semula untuk pendaftaran. Bermakna satu lagi sesi akan diadakan di Johor Bahru untuk 5 orang sahaja.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan:
1. Level tutorial: Level 2 (sila rujuk nombor 2 pada bahagian Perkhidmatan)
2. Tarikh: Akan ditentukan (mungkin berdekatan dengan area Larkin)
3. Tempat: Di Cyber Cafe (special satu bilik untuk 5 orang).
4. Masa: Pagi – petang.
5. Walaubagaimanapun, PREBIU PERCUMA akan diberikan terlebih dahulu kepada para peserta sebelum mereka membuat keputusan untuk mengikuti Personal Coaching tutorial blogging ini. Ia akan lebih berbentuk transparent, tiada apa yang akan diselindungkan.

Syarat-syarat:
1. Mempunyai blog sendiri.
2. Blog itu mestilah menggunakan domain sendiri.
3. Bersedia untuk meneroka dunia blogging yang sebenar.
4. Bersedia untuk membuang phobia “saya tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris” (anyway, teknik mudah akan ditunjukkan).
5. Tutorial akan dijalankan melalui kaedah yang SEMPOI, mudah difahami dan selesa. Jadi tidak perlu berpakaian formal seperti seminar di hotel. Makan tengah hari lagi senang, mana-mana pun boleh makan.

BONUS:
1. Personal Coaching ini hanya berlangsung selama 1 hari sahaja. Tetapi “MUNGKIN” akan dilanjutkan sehingga 1 setengah hari…. huhuhuhu.
2. Satu tutorial tambahan mengenai LINK BUILDING akan diberikan.
3. Datang hanya bawa badan sahaja (jangan bawak anak beranak ye). Kelengkapan dan buku nota akan diberikan termasuklah satu THUMBDRIVE untuk setiap seorang.

BOOKING UPDATE:
1. Mohd Reza (Larkin)
2. En Hisyam (Skudai)
3. ……………………. SamdaddyCool (Muar)
4. ……………………. Ahmad Salahuddin Hairai (UTM)
5. ……………………. ??????

Adakah anda juga bakal menjana pendapatan seperti ini suatu hari nanti?

income-blogging.gif


catatan

bawah



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 48 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. twenty-six said:

    hurmm..johor bahru?hurm lagi..macam je rugi sebab tak dapat join nih isk isk

    twenty-sixs entri yang terkiniKajian Stress : Atasi Stress atau Tekanan

  2. hoho…tuh dia.dah start dah…jauh sangat tuh beb kat JB tuh…kalau ada dekat area KL nanti sound aku ek…

  3. Alhamdulillah. ni kira rezki orang2 Jb yang ketandusan keilmuan blogging. Nice Rohaizad!!!

    boy_bersahajes entri yang terkiniYob dan Pendau…

  4. faisalhanim said:

    tak bercadang nak wat kat ipoh ker? Ipoh teramat la kurang aktiviti camni. Rasanya takde kot!
    Kalu minat contact arr..

    sy leh organize kan.

  5. rohaizad said:

    26 - No choice daaa…

    L4H - KL? Aiseymen… takyahlah kot.. sebab KL dah ramai otai lah wehhh..

    BOY - Nanti kita akan berjuma di kelas.

    FAIZAL - Perak? Boleh organizekan? Kalau gitu, InsyaAllah… bisa di atur pak!

  6. samdaddycool said:

    aku booking satu.. kalau weekdays lagi cantik… senang aku nak terbang sana,…..

  7. rohaizad said:

    Dah 3 orang. So tinggal 2 lagi tempat :)

  8. alone said:

    aduh.. teringin sangat nak ikut kelas tu. aku xkesah berapa harganya. tapi nak kena balik kedah pulak.. :(

    nanti kalau ada sila buzz lagi ye, bro. aku dahaga sangat ilmu blogging nih.

  9. faisalhanim said:

    boleh…insyaallah..dah mmg tue core business sy..wat training…insyaallah, nnti sy contact sedara…nnti kita discuss camne.

  10. Selebritiz said:

    woohooooo, too far brother !, lucky for Mohd Reza and En Hisyam :)

    Selebritizs entri yang terkiniMS. Word : Write Letterz n Shit Yo !

  11. azwan said:

    mungkin satu hari, aku pun boleh berguru dengan kau :) .. itupun kalau aku decide nak go fulltime.

  12. Dhiaqis said:

    Teruskan usahakan ko Izad membantu untuk mereka yang memerlukan.. Aku pun tgh rangka personal coaching aku – Basic Internet Business di Ipoh dlm bulan 5 atau 6.. InsyaAllah.

  13. yasir said:

    berapa kos personal coaching nih?

  14. fazreen said:

    jauh sgt 2 JB..sy org utara..tp skang kt shah alam…nnt trun shah alam ke utara ke roger2 la..

  15. omecool20 said:

    Salam bro.

    Aisey, round ni saya tidak dpt dtg la, tetapi 2nd session, saya akan usahakan datang. ;-) Turun JB next time la .. er, yurannya berapa ye ?

    omecool20s entri yang terkiniTired + New Pics

  16. Alahai…..tawaran yang menarik nie….dah gak saya tak fly ke JHB nie…

  17. zakeri said:

    errrr…yuran beraper?
    siap makan ker aper?

  18. pcuserz said:

    aloh…
    kat jb je ke?
    jad bila nak mai KL?
    kasi habaq na…
    ps.: pre-booking KL nye session buleh ke?

    pcuserzs entri yang terkiniEarth Hour Moments

  19. rohaizad said:

    ALONE – Kedah? Aku baru je balik dari Penang .. memang lalu Kedah.
    ——————————————————————————————————-
    FAISAL – Boleh .. InsyaAllah.
    ——————————————————————————————————-
    Selebritiz – It’s open to anyone else too.
    ——————————————————————————————————-
    AZWAN – Boleh .. apa salahnya. Tapi aku tak galakkan orang berhenti kerja untuk ikuti kelas aku tu ye.
    ——————————————————————————————————-
    DHIAQIS – Ye ke? Baguslah kalau macam tu. Good luck.
    ——————————————————————————————————-
    OMECOOL – No problem. Selalunya kelas akan dijalankan bila cukup 5 orang yang benar-benar nak buat duit. Sebab kita akan “chartered” bilik di cyber cafe tu.
    ——————————————————————————————————-
    HAZMAN – No problem.
    ——————————————————————————————————-
    ZAKERI – Untuk sesi kali ini, ada promosi lagi. Yuran sebenar di bawah RM500. Tapi ada option untuk advance session. Maka boleh convert terus ke 2 hari punya session pada harga yang amat berbaloi. Itupun kalau tak cukup 1 hari. Confirm!

    Apa pun, semuanya akan ditentukan bila sesi preview percuma itu dijalankan. Sila hubungi untuk booking free preview session tu nanti.
    ——————————————————————————————————-
    PCUSERZ – Kat KL tu bukan ker dah banyak kelas macam ni`kan?
    ——————————————————————————————————-

  20. kita said:

    tak dapat ler nak join…coz jauh ler…maybe suadara rohaizad leh buat secara online pada masa akan datang (maybe melalui ym ker )

  21. rohaizad said:

    SABRI – Kalau buat secara online, mesti ada yang akan tidak puas hati sebab susah nak dipraktikan. Sebab itu face to face lebih seronok dan lebih telus.

  22. samdaddycool said:

    Aku ternanti-nanti untuk mengecapi nikmat ‘LEBIH SERONOK’ tu… esp bila paypal aku mula masyukkkk.. :)

    samdaddycools entri yang terkiniREVIEW : Majalah IM vol. 12 – Buat duit dengan pemasaran affiliate

  23. rohaizad said:

    SAM – Sesi preview percuma itu akan dibuat dalam minggu hadapan (kalau takde aral melintang). Kalau ko naik bas dari Muar pun sempat sampai dan balik dalam satu hari.

  24. titan said:

    hehe.aku pun nak jugak. Tapi serius..full sudah sampai jadual aku sampai bulan 6..

  25. samdaddycool said:

    Jad> ok, nanti ko set tarikh, aku try tgk macamana… boleh pergi ke tak..

    samdaddycools entri yang terkiniREVIEW : Majalah IM vol. 12 – Buat duit dengan pemasaran affiliate

  26. nuaeman said:

    rugi tak sertai nih.. Sam.. sampai jb calling-calling laa boleh mai umah aku.. hehehe

    nuaemans entri yang terkiniBenarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu??

  27. samdaddycool said:

    Nuaeman > aku suruh Rohaizad bawak aku gi umah ko…. Insyaallah, aku akan cuba tolak tepi segala jadual lain..

    samdaddycools entri yang terkiniEquipment : Tools for batik making

  28. rohaizad said:

    Pengumuman:
    En Din dari Skudai baru sahaja booking. Bermakna 5 peserta telahpun booking tempat untuk Personal Coaching ini. Harap maklum :)

  29. j_hafiz said:

    aduss… xleh tahan melihat offer ni. bro, saya booking utk coaching 2011 nanti inchaAllah.skrg xleh la.. Memag kne g Johor ke? KL,Selangor xleh ke?

  30. din said:

    salam..

    mcm best jer coaching ni bro..
    preview katne? leh join ker?

  31. rohaizad said:

    HAFIZ – 2011? Ko ni buat lawak ke wehhh? 2011 tu laman lagi… hahahahah

    DIN – Buat masa sekarang, kelas dah full. Nanti kalau open lagi, akan diberitahu :)

  32. [...] peluang itu boleh jadi berkali-kali ganda potensinya. Untuk mereka yang akan mengikuti Personal Coaching tutorial blogging aku nanti, kamu juga boleh menjana pendapatan tambahan seperti mana mereka yang [...]

  33. [...] Salah seorang peserta Personal Coaching telah meminta untuk digantikan tempatnya kerana tidak dapat hadir (clash dengan jemputan kerja [...]

  34. din said:

    Salam.
    ada kosong ker? rasa mcm nk join tp fulus skrg kurang mengizinkan. Dh lama nk blaja buat duit online ni. Leh installment ker :D

  35. rohaizad said:

    Ada Din. Tapi installment taklehlah Din. Ada sebab untuk aku katakan tidak pada installment. Dah pernah terkena dah.

    Takper Din. Kumpul dulu, kalau aku buat lagi nanti, boleh join. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa dalam kelas blogging tu nanti.

  36. wah…berminat nak sertai ni…memang duk jb pon..utm skudai…

    berapa bayaran ni bro..

  37. rohaizad said:

    Selangor2u - Laaa..ko kat UTM rupanya, mati-mati aku ingatkan ko duk Selangor… wahahahahah!

    Personal Coaching untuk kali ini dah penuh (sudah dibooking). Tapi kalau ko nak sertai free PREVIEW SESSION hari Ahad ni, boleh gak.

    Sesi ini hanya sekadar sesi kenalan dan juga sebagai satu sesi pemerhatian untuk dan sedikit discussion sebelum kelas bermula.

  38. din said:

    free preview sape2 leh join ker bro?
    buat kat mana tu?

  39. rohaizad said:

    Boleh Din. Sila cek email, aku dah kirimkan butir-butirnya.

  40. j_hafiz said:

    i’m not kidding. btul. 2011 inchaAllah… nnti jmpe yea he3.. :D

  41. zakeri said:

    kite jumpa di danga bay sabtu ini utk dengar preview….

  42. bob said:

    rohaizad,

    bro kirimkan butir2x pasal free preview ?
    tak dapat join personal coaching….
    dapat free preview ok gak … halal…

  43. rohaizad said:

    Free preview ini bukanlah berbentuk kertas kerja Bob. Free preview ini adalah preview dari aku secara personal kepada para peserta dan juga semua pengalaman yang aku ada

    So mcam mana aku nak “butirkan” pengelaman peribadi aku kalau orang itu tiada depan mata aku? Sebab kalau ko dapat pun, info itu tidak akan ke mana nanti. Harap dapat difahami :)

  44. din said:

    Salam..
    Smlam tak dpt join preview, belum rezeki aku..rasa rugi lak, klu tak leh belajar direct dgn ckgu ijad..

  45. cyza said:

    Ishk…tak sempat aku nak gi free preview…
    aku tak perasan ada free preview…
    tapi teringin gak berkenalan dan berjumpa dengan fellow bloggers di JB…

    Ada cara ke bro…

    Aku duk kat skudai je…

  46. [...] yaa… Alhamdulillah Personal Coaching selama 2 hari telahpun berakhir dengan jayanya petang tadi. Letih ada, bangga pun ada kerana [...]

  47. minahleter said:

    aku nak booking untuk tahun 2020 bleh tak? tak dapat ler nak join PC rohaizad nih…

  48. [...] Personal coaching tutorial menjana pendapatan dengan blogging. [...]