Ingin beriklan? Sila klik di sini


Kerjaya sebagai seorang blogger.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: April 12, 2009 online

full-time-blogger-rohaizad.gif

1. Benarkah blogger boleh dijadikan sebagai satu kerjaya?
2. Bolehkah kerjaya sebagai seorang blogger boleh membantu menaiktaraf kehidupan yang sedia ada?
3. Sejauh manakah blogging dapat menentukan hasil pendapatan yang dapat membantu hidup?
4. Adakah berita mengenai blogger hanyalah sekadar teknik untuk melariskan jualan atau adakah ini semua pembohongan semata-mata?

Semua yang dipersoalkan di atas semuanya adalah BENAR kecuali yang terakhir. Agak hairan dan ajaib apabila ada yang masih lagi mengatakan blogger tidak boleh mendatangkan pendapatan. Sebenarnya apa sahaja yang kita buat boleh mendatangkan hasil dan pulangan jika kena pada tempatnya.

Yang penting kita kena kreatif dan bijak mengambil peluang. Peluang datang hanya sekali tapi kalau kita tahu erti “mencuba”, peluang itu boleh jadi berkali-kali ganda potensinya. Untuk mereka yang akan mengikuti Personal Coaching tutorial blogging aku nanti, kamu juga boleh menjana pendapatan tambahan seperti mana mereka yang lainnya.

Bagi aku, blogging sudahpun menjadi sebahagian dari hidup. Aku memang memberikan perhatian pada blogging tapi kalau esok lusa aku ditakdirkan untuk menceburi bidang sebagai seorang Internet Marketer… maka pastinya akan lebih banyak pula yang akan aku dikongsikan bersama. InsyaAllah.

Alhamdulilah, kini aku sudahpun memiliki apa yang aku ingini suatu ketika dahulu. Ingin tahu apa yang pernah ada dalam senarai WISHLIST aku dahulu (dari tahun 2005)?

Ini adalah senarai benda pertama yang aku ingin beli dengan duit blogging iaitu Digital Camera. Apa apa pun tak kisah, janji Digital Camera:
===========================================================
a610.gif
Kamera ini aku beli di Jaya Jusco Permas Jaya. Aku beli kamera digital ini pun sebab nak pakai untuk satu hal penting pada waktu tu. Tapi aku dah lupalah pulak apa hal tersebut.
===========================================================

Handphone Samsung ini berjaya goda nafsu aku dan akhirnya, terbeli juga di JB City Square. Lagipun, handphone yang lama tu dah terlalu nazak benor rupanya. Kalau baling anjing pun, anjing akan cakap “tak pedihkan mata…”

Tapi kamera ini dah berada di Kepala Batas untuk adik aku pakai.
===========================================================
yamaha.gif
Motor ini pula aku beli dalam masa satu hari jer. Pagi aku bayar deposit kat tokei kedai, lepas sembahyang Jumaat aku terus ke JPJ settlekan semuanya. Petang motor dah ada kat rumah. Terkejut mak aku. Tapi motor ni juga telahpun berada di Kepala Batas sejak minggu lepas untuk digunakan oleh adik aku. Dia bekerja di sana.
===========================================================
projek6ribu.gif
Dapat menolong kakak aku renovate rumah barunya dalam Projek RM6 Ribu yang aku pernah jalankan.
===========================================================

pclaptop.gif
Kemudian, aku mula nak membeli laptop ini kerana desktop yang selama ini aku pakai bukan aku punya. Adik aku punya. Jadi aku pun sambarlah laptop ini. Aku beli kat Menara Landmark. Banyak dah jasa laptop ni.
===========================================================
mymyvi.gif
Lepas beli laptop, aku ingin pula membeli kereta. Dan setelah dibelek-belek, maka hajat hati ini terus melekat pada MyVi SE full Specs. Ada ABS, sporty, elegant, selesa dan yang penting, ianya adalah Toyota (sebab sebelum ini dah pakai kereta nasional).

Dan fungsi ABS yang ada itu telah dicuba keupayaaanya apabila accident di Seremban kelmarin telah berjaya membuatkan kereta itu tidak “mengempar”. Sungguh menakjubkan!!!
===========================================================
nokia-n95-8gb.gif
Dan ini pula adalah handphone yang aku pakai sekarang ini. Memuaskan dan menepati citarasa sebab senang untuk memeriksa email dan juga nak update blog. GPS pun ada.

Aku beli pun bukan kerana sengaja hendak beli, tapi memang kena beli sebab handphone asal dah diberi kepada adik. Jadi alang-alang membeli, biarlah yang cukup fungsinya.
===========================================================

Semua wishlist di atas telahpun menjadi realiti dan yang pasti semuanya hasil dari income blogging. Sebenarnya ada banyak lagi senarai yang ada dalam Wishlist. Tetapi malu untuk ditunjukkan termasuklah kereta kontrol, helikopter kontrol dan sebagainya. Biasalah, dulu waktu kecil mak ayah tak mampu untuk membelikan semua itu (orang susahlah katakan). Orang lain main, aku hanya mampu tengok dan berangan-angan jer….. dan sekaranglah waktu yang sesuai untuk “membayar niat”.

Dan aku masih lagi mempunyai keinginan untuk mempunyai pejabat aku sendiri. Iya dan aku akan pastikan ianya menjadi realiti. Tujuannya amat penting kerana aku masih lagi tercari-cari tempat yang sesuai untuk conduct Personal Coaching aku sendiri.

Sampai bila hendak pakai cyber cafe untuk kelas sendiri ye tak? Atau mungkin selepas ini aku akan mempunyai “team” aku sendiri? Dan mungkin juga sudah tiba masanya aku untuk bergerak dalam KUMPULAN? Itu akan difikirkan kelak.

Teringat dulu sok-sek salah seorang jiran aku yang mengatakan “dah besar panjang, hidup di tanggung oleh mak bapak.. macam biawak hidup!”. Habis satu jalan di jajanya kisah aku yang terperap duduk di rumah.

Tapi aku tak kisah, yang penting aku TAHU apa yang aku MAHU dan aku akan terus berusaha untuk tujuan itu!!!!!

p/s: bersambung di bahagian 2.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 73 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Hisam said:

    motor itu pernah aku lihat dengan mata kepala ku sendiri. hehehehe

    bagi yang mempersoalkan “boleh ker blogger cari makan” sebenarnya mreka tak faham. satu hari bila mereka faham tentunya mereka sujud syukur sebab akhirnya mereka faham.

    apa yang penting niat.’bak kata bapa mertua aku’

    hehhe

  2. taukey said:

    hahahahahahaha. Ditanggung mak bapak la pulak. Kesian ko. Tak dia tau, org yang duduk kat rumah seharian tu dapat duit ribu ribu dollar tiap bulan. Biarla kan. Yang penting kita tahu apa yang kita buat.

  3. samdaddycool said:

    kesian ko dituduh bejawak iduo,, kui.. kui.. lantaklah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia… kalau kena jahit pun boleh berbunyi lagi…

    samdaddycools entri yang terkiniEquipment : Tools for batik making

  4. twenty-six said:

    woo banyak juga yang ko dah beli hasil duit blogging ek?tahniah..

    Tang jiran itu abaikan sahaja janji kocek o penuh..tapi sesekali kita digalakkan berlagak dengan harta kita sendiri depan jiran untuk mengelakkan kita dituduh menghabiskan harta mak bapak hehehe – ini aku tulis atas dasar pengalaman sendiri.

    twenty-sixs entri yang terkiniPresiden Obama diserang

  5. nuaeman said:

    Apapun seronok juga sebenrnya bila orang tak tahu status kita.. lantaklaa orang nak kata ape.. sebab tu aku seronok dengan dunia blogging ni walau baru beberapa bulan bergiat.. sebab ianya agak kena ngan jiwa aku dan pada masa yang sama boleh buat duit

    nuaemans entri yang terkiniBenarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu??

    Betul tu.
    Nuaeman, ko penyokong kuat Manchester United kan?
    Aku sebagai penyokong Liverpool ada sesuatu untuk ko:

    Hahahahahah… nantikan masa yang sesuai untuk Liverpool melangkah badan-badan semua pemain Manchester United dan terus ke nombor satu!

    p/s: Blogging.. blogging jugak.. tapi bola.. tetap bola!

  6. Congrats bro…..dgn duit bloging bole beli MyVi SE tu…huhuhuhu….berpuluh2 ribu la untungnya ni…

    Biasalah tu dikatakan oleh org..especially org tua yg buta IT. org lain mmg x paham apa itu kerja dgn komputer…dh mmg kerja kita terperap dlm rumah mengadap laptop/komputer….kalo kerja cikgu lain la, terperap plak kt sekolah…hehehe

    Senang2 nnt dedahkan lah sedikit rahsia kejayaan blogging demo… :D

  7. Semangat betol aku tengok usahawan dalm internet ni. Yang paling best dapat full time berkepit dengan mak. Itu bagi aku keseronokan yang x dapat di byar dan ditandingi. sambil cari duit sambil jenguk2 orang tua. orang tua kita pun boleh jenguk2 kita, kira jenguk menjenguk la. apa pun congratz bro. semoga lahir ramai lagi IE macam bro kat JB ni. huhu

    boy_bersahajes entri yang terkiniYob dan Pendau…

  8. milsum said:

    waaa….best r tngok aset2 ko bro..
    nak buat entri psal wishlist gak r…
    he he he… :)

  9. Pak Alee Jusco said:

    Izad..aku rase aku dah tahu ko beli kamera tue sebabnya ape…hahaha :p

    Hahh..pasal jiran ko tue..ape kate ko bagi Personal Coaching Free kat diorang…baru diaorg tahu ko buat hape…kui…kui..

    apa-apa pun harap ko byk bersabar, nak tutup mulut orang nih bukannya senang…tapi ko jugak dapat pahala free kan??

  10. titan said:

    hoho. aku kt jerantut ni. tag team sorang2 gak mengajar cam ko. kalau dekat. Dah lama tag team dgn ko. Haha..

    wishlist aku yang belum tercapai. Rumah. Aku masih lum mampu beli rumah. Mak aku suruh wat rumah kat tanah dia. Aii..tergoda gak dgn offer mak aku tu. Nantilah aku fikirkan. Kamera, hp, motor, kete. Semua aku dah dapat cam ko ijad. Rumah je yg masih samar-samar.

    Dan satu lagi. Kahwin. Nenek, wan, pakcik, makcik, anak sedara. Semua tanya. bila nak kawin. Ko pun mesti kene tanya kan ijad? kan? kan? Kawin termasuk dalam wishlist ko tak? Haha..

  11. rohaizad said:

    EKEKEKEKE … komen ko ni memang tajam menikamlah…!!

    Pasal rumah dan kahwin tu, itu bukan WISHLIST lagi dahhhh.. itu dah kira MUST LIST (wajib)… wahahahahah!!!

    Tag team?
    Haaaa.. jomlah wehhh kita tag team… kita buat round tour Malaysia.. koman-koman ramai lagi blogger yang boleh menjana wang dari hasil blogging :D

  12. Nuar said:

    Umah yang mana satu yang berbunyik tu Jad? Nak aku petrolkan ke? wahahahah

  13. aziz said:

    tebeliak mato di buatnya, apapun itulah dia izad dengan wishlistnya ada, aku banyak yg belum tercapai.

  14. rohaizad said:

    AZIZI - Yup, semua itu dikecapi setelah pelbagai rintangan dihadapi… manis sungguh bila diingatkan kepayahan yang dilalui. Pengalaman … ohh .. pengalaman.

    NUAR - Jangan dibakor rumah orang tu beb sebab rumah aku dahlah setinggan. Kalau ko bakor rumah orang tu, dengan rumah-rumah aku sekali terbakar sebab rumah setinggan ini dekat jaraknya antara satu sama lain….. hahahahah

  15. jedi79 said:

    Wah aku tengok minggu ni semua cite pasal kejayaan demi kejayaan dalam dunia IM,tadi tengok kat blog Labanon dan ni bro ijad lak.Memang merangsang dan mengujakan ni. Bro ijad,susah-susah ko tackle je anak dara jiran ko tu, baru dia tau hehe

    jedi79s entri yang terkiniapiz: Download two chapters of Joel Comm’s Twitter Power For FREE! – at http://twitterpower.com/free

  16. rohaizad said:

    Mungkin minggu ini minggu kejayaan kot.. tapi aku belum berjaya lagi, cuma aku berani cakap hidup aku tidaklah sesusah beberapa tahun lepas.

    Bersyukur…

  17. spatt said:

    cerita macam ni yang aku suka baca…
    nak tanya sket kat bro..berapa lama learning curve utk bro sampai ke tahap ni?

  18. rohaizad said:

    SPATT – Lama gak sejak dari tahun 2005 sebab dulu belajar seorang diri. Tiada siapa yang hendak dirujuk sebab kat JB ni tak macam KL… huhuhuhuhu

  19. blinkky said:

    Tak mustahil untuk seseorang itu menjadikan blogging sebagai kerjaya. Tapi, kena betul-betul stabil baru boleh jadi full-time blogger =)

    blinkkys entri yang terkiniHow to add contact form on wordpress?

  20. rohaizad said:

    BLINKKY – Sememangnya benar 100% apa yang dikatakan.

  21. din said:

    congrat bro..
    leh join tag team ker?
    tp aku tak reti sgt..
    nk minta tunjuk ajar :)

  22. eZad said:

    Yeyy liverpool..kah3

  23. aleh49 said:

    tahniah atas kejayaan bro…
    ak sbg warga johor dan malaysia brbangga atas kejayaan bro..

    aleh49s entri yang terkinimesti tengok..60 Most Wanted Photoshop Tutorials, Brushes, .PSDs and Resources

  24. samdaddycool said:

    MUST LIST tu kena cepat-cepat..aku doakan ko jumpa yang beriman dan solehah + liut ala-ala Nora Danish… :P

    samdaddycools entri yang terkiniHow to get traffic the easiest way? : Youth Media

  25. pcuserz said:

    biawak hidup?
    biawak hidup pon biawak hidup la.
    biawak hidup ni buat duit ribu-ribu dollar.

    pcuserzs entri yang terkiniMalaysia’s Cabinet Minister 2009

  26. nuaeman said:

    Salah satu wish list aku dengan duit blog ni boleh bawak aku ke Old Trafford dan tengok bagaimana Man Utd membenam Liverpool dengan enak sekali.. hahaha..

    P/s: 6 game lagi tinggal, 7 lagi utk Man Utd.. confirmlah Juara.. wahahaha

    nuaemans entri yang terkiniSenarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai

  27. twenty-six said:

    sam,liut ala-ala Nora Danish?ehehe baeeek punya ayat tuh..

    twenty-sixs entri yang terkiniDownload Marilyn Manson The High End of Low

  28. samdaddycool said:

    26 > silap ler.. bukan liut.. kiut maa..

    samdaddycools entri yang terkiniYoutube Gambar Fasha Sandha mandi

  29. johnbaem said:

    en rohaizad…

    post pertama aku untuk blog ko.
    tahniah bro utk semua yg dihajati n kesampaian.. aku rasa ko kena cari bini pasnih baru lagi masyuk income ko.. heee..

    aku akan terus follow…

    johnbaems entri yang terkiniNew Launch | Kepuasan Muktamad

  30. Shaffik said:

    Alhamdullilah. Entri yang membakar semangat aku. Aku pulak, sememangnya aku percaya blogging boleh dapat duit. Kenapa aku percaya? Sebab aku dah pun mendapat imbuhannya. Tak banyak, tapi alhamdullilah boleh dibanggakan jugak laa. Tapi tanpa usaha ini semua tak akan terjadi. Aku dah semakin bersemnagat untuk teruskan perjuagan ini. Thanks Jat atas entri pembakar semangat ni..apa-apa pun Arsenal tetap best..hahahahahaha….

  31. [...] hasil. Daripada hidupnya yang “pokai”, tapi kini sudah berubah ke arah kejayaan! Klik di sini untuk membaca cerita beliau. Saya yakin anda pasti teruja dan juga mahu berjaya seperti beliau! Buat duit dengan blog memang [...]

  32. rohaizad said:

    “Bersemangat untuk teruskan perjuangan?”
    Wahhh… ayat itu dah cukup untuk menaikkan semangat semua`kan?

  33. princess asyer.. said:

    teruskn….

  34. rohaizad said:

    Teruskan?
    Ishhh.. mana boleh!
    Kadang-kadang kena belok-belok sket. Nanti terlanggar orang… ekekekeke

  35. fuad said:

    “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    fuads entri yang terkiniSifat-sifat ahli syurga (mesti baca)

  36. twenty-six said:

    terus dan ( belok jika perlu ) ..okay?

    twenty-sixs entri yang terkiniDownload Marilyn Manson The High End of Low

  37. Rizal said:

    tang kontrol2 tu yg tak tahan tu…haha, mmg pun, masa kecik2 dulu kereta kontrol, helikopter kontrol, semua mahal giler, adik beradik je dah berapa orang…huhu….tgh ada duit ni la baru nak melayan walaupun dah tua tak berapa bangka…haha

  38. azwan said:

    income aku tahun lepas aku sudah angkat pc. notebook sudah ada, tapi nak pc jugak untuk main game :)

    tahun, ni .. sofar aku dah belanjakan beli domain. yg lebihnya simpan .. mungking notebook sony vaio p utk bini.

    tapi kan … orang sebelah tak lah panggil aku biawak :)

    azwans entri yang terkiniSup Gearbox Kota Damansara

  39. rohaizad said:

    RIZAL – Betul tu. Kita orang susah.. jadi macam inilah gayanya. Perkataan susah itu sudah membawa maksud “hendak sesuatu tetapi untuk memiliki, memang tidak mampu”

    AZWAN – Domain? Wahhh… bagus tu. Aku ada lagi 300 domain nak dijual nih.

  40. Sememangnya suatu kepuasan bila dapat menjadikan wishlist yang kita inginkan suatu realiti…tambahan pula dengan income diri kita sendiri…

  41. rohaizad said:

    HAZMAN – Betul tu.. kalau dulu kita pernah “tidak dipandang”, tapi sekarang hanya Tuhan je yang tahu.

  42. fazreen said:

    Sape yg stil ckp blogging xboleh dpt duit org tu mmg xup to date langsung..Insyaallah brg pertama yg sy akn beli melalui hasil berblogging ni adelah set ekstrem dekstop(bru gempak dan + bersemangat nk berblogging lg :-) ). laptop yg byk berjasa sblum ni nmpknye dh xmmpu nk tnggung beban2 yg byk…

  43. rohaizad said:

    FAZREEN – Semoga berjaya mendapatkan apa yang diidamkan. Good luck :)

  44. AmirMohamad said:

    Lagi satu entri menarik untuk di baca..hehe..syabas2..usaha tangga kejayaan..

  45. rohaizad said:

    Terima kasih kerana terus menyokong blog yang tidak seberapa ini.

  46. titan said:

    tour malaysia? Ehm..kalau hujung minggu bolehla..tapi hujung minggu aku sekarang pun dah teruk kene booked. Kene pikir tuh. hoho..

    Keje plak macam nak gila. Haha. Aku slow sikit bab blogging skrg. Menten apa yg patut aje. Haha..janji capai target.

  47. rohaizad said:

    Hahahaha.. memang tak boleylah wehhh… aku pun tak cukup masa.

  48. Tahniah Izad. Semoga lebih banyak kejayaan lagi yang akan ditempuhi. Pedulikan apa orang nak kata yg penting kita fokus apa yang kita usahakan.

  49. EP said:

    Tahniah bro, tertunai whish list hanya berblogiing shj, mmg hebat.. aku makan gaji da 3 tahun pun still belum ada simpanan, ape lagi nak capai wishlist..

  50. fendy said:

    kisah ko sebijik dengan aku broo. yg beza nya ko dah kaya skg.. aku tang ni gak.. lh ko tlg aku ajar teknik ko tu bro? habuan dia 50-50.. deal? email aku k bro..

    http://secrets-to-internet-wealth.blogspot.com

  51. mirlme said:

    waseh…
    bro..memang saya kagum ngan semangat bro!
    saya nak amik aura bro leh?hehe

  52. rohaizad said:

    DHIAQIS - Betul tu. Kita susah tiada siapa yang tolong, so janganlah harapkan orang lain untuk menolong kita.

    Esok-esok, kita juga yang tidak termakan budi dengan mereka. Freedom!!!

    EP - 3 tahun kira kejap… Dulu aku 7 tahun takde saving. Lagi tertekan.

    FENDY - Kenapa ko perlu bersusah payah nak kasi aku income yang ko dah buat? Ada baiknya jika ko amik 100% profit dan income yang telah ko usahakan itu. Penat dan lelah ko akan terbayar sepenuhnya.

    Just study method ngan aku dengan mengikuti kelas, pastu buatlah duit sorang-sorang… ini ko nak kasi aku separuh? Rugi beb…. rezeki tu!

    MIRLME - Aura? ekekekeke… aku mana ada aura wehhh…

  53. MelayuBoleh said:

    waah hebat bro duduk maner boleh aku duduk pasir gudang amcam boleh minum2 sembang?

  54. rohaizad said:

    Kalau diizinkan Tuhan dan ada kelapangan, apa salahnya :)

  55. ubey said:

    thniah bro. hehe. bisnes ni terlampau byk cabangnya. bro da berjaya menguasai salah satu pun da lebih dari cukup. semoga terus sukses

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita ya :)

  56. Pangeran said:

    Cerita bro menarik dibaca dan membakar semangat ini…

    rohaizad Reply:

    Terima kasih.. semoga berjaya.

  57. I will say why not. If you blog is successful it can definitely be your main career. I think it’s everyone dream come true

    rohaizad Reply:

    Absolutely right!

  58. farid said:

    salam bro…tahniah kat bro ae….sekurang2nya bro leh buktikan kat semua org dok umah pun leh kaya gak..hehe

    rohaizad Reply:

    Duduk rumah tapi kalau tak bervariasi dalam menjana pendapatan pun susah gak tuh… ahahahah

  59. syukran said:

    nampak jer selalu ‘dok dalam rumah’…tp dok dalam rumah dia berisi..heheh

    rohaizad Reply:

    Jadi anak dara… duduk rumah… huhuhuhu :D

  60. [...] dahulunya aku pernah berhajat untuk memiliki kereta jenis compact iaitu MyVi SE Full Specs. Selang setahun selepas itu aku berhajat untuk memiliki kereta Honda Type R. Kalau dulu aku membeli [...]

  61. faizal said:

    walaupun post ni ditulis pada bulan oktober (dah ketinggalan lah saya ni)tapi memang membuatkan saya bersemangat utk blogging.

    yup.. asalakan kita tahu apa yang kita buat, teruskan saje pegi ke matlamat. ape org nak cakap, cakap sajelah.

    rohaizad Reply:

    Terima kasih sebab sudi singgah blog ini. Bukan apa, sekadar berkongsi dengan semua pembaca budiman blog ini :D

  62. faizal said:

    alamak…kene moderate balik komen saya?hmm.. sory bro ijad, airtu blog kene hack. kene buat email baru…hoho.

    rohaizad Reply:

    No problem….. semua komen telah di approvekan :)

  63. [...] dahulunya aku pernah berhajat untuk memiliki kereta jenis compact iaitu MyVi SE Full Specs. Selang setahun selepas itu aku berhajat untuk memiliki kereta Honda Type R. Kalau dulu aku membeli [...]

  64. [...] Seorang blogger yang pernah di kata orang sekelilingnya sebagai “biawak hidup” (duduk melahu di rumah ditanggung oleh mak bapak) juga harus [...]

  65. [...] itulah kedai di mana aku beli Nokia N95 8GB 2 tahun lepas. Dan aku masih lagi pakai Nokia itu sehinggalah ke hari [...]

  66. [...] saya bukan orang yang paling layak untuk cerita pasal duit blogging ni. Apa kata anda jenguk  post Kerjaya Sebagai Seorang Blogger dari bro Ijad.   Redmummy contohnya siap kena income tax sebab dapat banyak income dari blogging. [...]