Google adsense – nilai klik semakin menyusut secara global.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: April 13, 2009 online

adsense-rohaizad.jpgTidak dapat diketahui apakah puncanya tetapi inilah yang sedang berlaku.

Sejak 4-5 hari kebelakangan ini, aku dapati nilai per klik adsense semakin susut dengan agak drastik sekali.

Aku yang pada mulanya ingatkan ianya perkara biasa semakin pelik dan keliru kerana ianya sudah berlaku selama beberapa hari berturut-turut.

Dan semalam, setelah aku membincangkan hal ini dengan owner PPS yang baru, aku dapati hal ini sudah mula dibincangkan di kebanyakan forum. Kebanyakan dari mereka sudahpun mula perasan akan situasi ini. No wonderlah income adsense aku dalam 5-6 hari ini ciput jer. Bila difikirkan balik, situasi ini saling tak tumpah seperti zaman masa Google mula-mula kenakan “smart pricing” beberapa tahun lepas.

Jadi apa sebenarnya yang Google sedang lakukan sekarang?
Adakah ini kesan dari “interest based advertising” yang dilaksanakan oleh Google sendiri?

Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tetapi jawapannya lebih kepada YA sebab sebelum ini flow adsense aku okay je. Terdetik juga dalam hati adakah ini kesan sebenar dari perlaksanaan polisi terbaru ini. Janganlah disebabkan polisi baru ini, maka semakin kecil nilai klik yang diterima. Nanti makin lambat pulak nak cash out duit adsense…. huhuhuhuhu.

adsense-rohaizad-1.jpg Inilah form yang kita gunakan untuk cash-out`kan adsense melalui Western Union di Bank Simpanan Nasional.

Servis?

Agak leceh sebab kita kena fotostat I/C dulu. Apa kes? Bukan ker MYKAD dah ada CHIP? Mengapa tak pakai electronic thumb scanner? Confuse…confuse…!
adsense-rohaizad-2.jpg Ini pula kalau kita cash-out`kan adsense di CIMB Bank. Tak tau kenapa tapi aku cukup pelik sebab lembap giler servis di CIMB.

Sorang pelanggan lama giler dia attend. Bukan sekali kena, dah banyak kali. Taubat… tak pergi lagi dah.
adsense-rohaizad-3.jpg Dan ini pula form jika kita cash-out`kan adsense di Western Union RHB Bank. Servis memang sempoi di RHB sebab tidak perlu menunggu lama.

5 orang di CIMB sama dengan 10 orang di RHB. Bukan favoritism, tapi ramai orang pun still laju. Best!!

Untuk pengetahuan semua termasuklah diri aku juga, janganlah sampai terlupa untuk update Polisi Google Adsense yang terbaru di blog masing-masing ya. Dan kalau ada yang masih lagi kurang jelas mengenai polisi terbaru untuk Google Adsense ini, kamu bolehlah membacanya di blog Sis Galadriel kita via Ridzuan Richie kerana mereka berdua dah siap translatekan lagi semuanya ke dalam Bahasa Melayu.

Mari kita sama-sama ucapkan terima kasih kepada mereka berdua :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 30 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. azwan said:

    aku pun tak update lagi, sebelum ni pun copy and paste galadriel punya. hv to copy and paste again lah jawabnya.

    azwans entri yang terkiniSup Gearbox Kota Damansara

  2. samdaddycool said:

    … Aku baru nak push bagi dapat 1st minimu payout GA…. kalau otai dah kata kes berat… hmmmm aku terpaksa buat apa yang terdaya dan sehabis baik bagi dapatkan bayaran pertama ni… :(

    samdaddycools entri yang terkiniYoutube Gambar Fasha Sandha mandi

  3. fadil said:

    hohoho! Aku pun terkena tempias tuh. Belum lagi update polisi nih. Tapi seronok time cash out kan duit adsense. Kite enjoy! :)

  4. Richie said:

    fuhh.. thanks bro sbab link kan :D

    Richies entri yang terkiniCara Mendaftar Google Adsense Baru

  5. rohaizad said:

    AZWAN – Aku pun sama gak. Belum copy paste lagi.

    SAM – Boleh, tapi aku sendiri pun agak pening dengan polisi baru ini. Nak target keyword pun tak boleh.

    FADIL – jangan lupa update udahler… :)

    RICHIE – No problem. Mana yang patut kita link`kan, kita akan link`kan. Tak gitu? :D

  6. taukey said:

    satu lagi inovasi dari pakcik G yang terpaksa kita ikut.

  7. AmirMohamad said:

    Macam-macamlah google ni kan..apa-apa pun kita ni sebagai player je..diorang buat mungkin sebab nak jaga kepentingan advertiser..mungkin advertiser rasa lebih targetable kot..hehe..aku sebenar pun dah malas nak tengok adsense ni..lebih baik memikirkan cara menyediakan perkhidmatan dan isi terbaik untuk pengunjung..thanks bro for this info..

    p.s : setakat ni lah kan ijad..dah berapa blog ko monitor?adakah ko monitor terus monitor atau sampai satu tahap ko forget it..hehe..just tanya..

  8. rohaizad said:

    Berapa blog? Banyak dah wehhh.. dan sampai satu tahap bila blog tu dah matang, ada lagi sumber duit yang kita boleh buat dari situ.

    Dalam personal coaching aku, memang aku ada bagitau tu semua :)

  9. hoho…aku pun copy n paste gak dari blog orang lain…ekekkekkekkke

  10. titan said:

    hoho. aku tak baca lagi. Tapi aku akui. Nilai klik makin ciput banding 4-5 tahun dulu. Memang gampang. Tapi nak wat camana. Reda ajela..dapat, ambilll. Tak dapat..cuba lagi sampai dapat ek!

  11. [...] yang berdekatan. Tidak pun, Fun Fair kat Jerantut ni pun jadilah. Bayar masuk RM3 aje.. Bila Rohaizad kata nilai klik adsense makin ciput dan berubahnya TOS Google. Aku rasa macam dah tak best aje [...]

  12. taukey said:

    aku rasa takder masalah sangat. Mgkn kalau dia org direct masuk niche blog kita, iklan adsense akan tukar ikut cookie.

    Tapi kalau dia org search dari search engine ikut kata kunci tertentu dan masuk blog kita, sudah tentu aku rasa iklan akan lebih targeted. hahaha. tapi itu pendapat aku yang baru dalam adsense ni.

    taukeys entri yang terkiniBlog Aku Cecah Setahun

  13. azwan said:

    dah beberapa hari aku tak periksa, hari ini nak jugak tengok … memanglah .. bayangkan, 8 clicks hanya memberikan aku 43 sen … adoi. kalau berterusan, bulan ni tak dapatlah nak cecah minimum payment. rindulah pulak gadis counter pos malaysia tu kat aku nanti.

    ha..ha..ha…

    azwans entri yang terkiniSup Gearbox Kota Damansara

  14. zool said:

    Waduh.. Gawat jadinya.. makin susahla nak dapatkan payout kedua..
    patutlah makin ciput je dpt setiap bulan.. makin jatuh je

  15. rohaizad said:

    AZWAN & ZOOL – Aku pun tengah confuse tentang polisi baru ni gak.

  16. sofea said:

    teruk la macam ni kalau keadaan ni berterusan..

  17. cencurut said:

    Apa lagie… inilah masanyer kita beramai-ramai menukar arah menggunakan Quezzo Qwik… hehehe

    bukan apa.. Quezzo Qwik nie boleh support website berbahasa Melayu….

    sori aaa.. promote skit..

  18. cyza said:

    Nampak gaya aku tidak sendirian dalam case income GA ni… aku pun tension tahap gaban dengan penurunan mendadak nilai klik. Sebelum ni muai aku dibuat nya…tapi lepas ni …uhuk uhuk….
    malu pulak aku nak claim western union ciput kat awek counter cimb tmpt aku selalu kuar duit USD ni…

  19. [...] did some trouble shooting 23 days after stepping in April and did some minor tweaking after reading Rohaizad’s and Galadril’s posts. Since then, I smelled and observed a little improvement. However, I [...]

  20. [...] Jadi kandungan sebenar Personal Coaching ini adalah RAHSIA bagaimana blogger bernama rohaizad menjana pendapatan dari blog-blog yang dia miliki. Terus terang, ianya lebih kepada advertising tetapi BUKAN ADSENSE. [...]

  21. Sejak 2 minggu terakhir ini, sangat terasa income dari Google turun drastis. Apakah yang terjadi ?

    Dog Training Basicss entri yang terkiniPotty Training Puppy Tips, Help With Easy Potty Training

    rohaizad Reply:

    Rasanya ini disebabkan policy terbaru Google Adsense. Ramaiyang telah menyedari akan hakikat ini.

  22. Good evening. how much visitors would a page need to earn 4,000 dollars a month with Google AdSense?
    I have already Google AdSense Ads on my site but I dont have people click my ad on my blog either. I think ive made about $0.70 today. Thats pretty bad….

    rohaizad Reply:

    That’s good for a start mate :)

  23. cyza said:

    aku baru nak updates…harap2 masih selamat lah…

    rohaizad Reply:

    Makin menggila Google sekarang ni.

  24. yazidyahaya said:

    hahaha,betul tu rohaizad,servis yang digunakan di BSN memang kene pakai photostat,tapi lepas bagi photostat IC tu,laju je diorang buat kerja…

    rohaizad Reply:

    Tapi lagi kaju RHB woooo… best!

  25. [...] 2 tahun barulah berbaloi dengan titik peluh yang dicurahkan. Yang manisnya apabila banyak ilmu yang di perolehi, semuanya akan kelihatan dengan lebih [...]

  26. hurm… mmg makin slow.. :( tapi apa buleh buat… sebagai blogger. just keep on blogging & dapatkan lebih ramai pengunjung… itu jer yg temampu nk dibuat… nak opt in kepada service lain cam tak confident pula.. adbrite ke, TLA ke…ishk2..