Kerjaya sebagai seorang blogger – bahagian 2.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Internet - Tarikh diterbitkan: April 21, 2009 onlineSemua orang ingin berjaya.
Semua orang ingin merubah hidup.
Semua orang ingin tingkatkan taraf hidup.
Semua orang ingin membela nasib ibu dan ayah mereka.
Semua orang ingin kaya!
Tapi aku tidak mahu menjadi orang kaya. Cukuplah sekadar hidup yang senang, jiwa yang tenang dan tidak menyusahkan hidup orang lain. Tidak pernah terlintas di dalam hati yang aku akan menjadi seorang full time blogger sepertimana apa yang aku jadi pada hari ini. Tidak pernah tergerak pun di dalam minda ini yang aku akan bertemu dengan satu perkataan baru dalam hidup aku iaitu “blogger” sehinggalah usia aku mencecah 24 tahun.
Mari kita hadapi kenyataan.
Bukan mudah hendak merubah hidup yang telah sedia kita lalui tapi KITA BOLEH MENGUBAHNYA. Cuma satu sahaja yang kita perlu sedari iaitu kita MESTI tahu apa yang kita mahu.
Sebenarnya, aku sama sekali tidak menyangka catatan aku yang lepas bertajuk Kerjaya sebagai seorang blogger telah membuatkan kotak email aku dihujani dengan berdozen email. Ada email yang bernada kesal, ada email yang bernada excited dan ada juga email yang bernada gembira.
Boleh dikatakan ramai yang memberikan reaksi positif dengan catatan tersebut dan jika itulah yang benar-benar berlaku, maka harapan aku sekarang ialah agar mereka semua akan dapat apa yang mereka ingini selama ini. Sungguh… aku tidak tahu pun yang catatan itu akan memberikan kesan di hati para pembaca. Aku cuma tulis apa yang harus ditulis (terima kasih di atas email yang dihantar, aku menghargainya).
Tetapi dalam banyak-banyak email itu, aku agak terkesan dengan satu email yang mempunyai nada “kekeliruan” di dalamnya. Email ini bertanyakan sama ada menjana pendapatan dari blogging ini sama kaedahnya dengan apa yang dijalankan oleh Internet Marketer yang lainnya. Dan hari ini sekali lagi aku akan menerangkan perbandingan di antara blogging tutorial dengan seminar lain di Malaysia ini.
1. Tutorial blogging dan Seminar eBay 100% tidak sama.
2. Tutorial blogging dan Seminar Minisite juga 100% tidak sama.
3. Tutorial blogging dan Workshop Jutawan Internet Irfan Khairi pun tidak sama.
4. Tutorial blogging dan Bengkel Website juga tidak berada di landasan yang sama.
5. Tutorial blogging dan Seminar Ebook juga tidak mempunyai persamaan.
Mengapa tidak sama?
Ini adalah kerana menjana pendapatan dari blogging bukanlah semudah yang disangka. Blogging mempunyai “dunia”nya yang tersendiri. Blogging tidak akan menampakkan hasil sepertimana yang diperolehi oleh seorang Usahawan eBay. Pendapatan Usahawan eBay sememangnya lebih tinggi dari pendapatan seorang blogger.
6. Blogging memerlukan kesabaran yang tinggi. Tiada apa yang perlu di kejar. Blogging itu cool dan relax.
7. Blogging mengkehendaki kita untuk berfikiran LUAS mengenai dunia pengiklanan. Lihatlah dunia.
8. Blogging memerlukan masa yang lama untuk “merasai” manisnya. Jika sesiapa yang berblogging tetapi ingin mendapat hasil yang cepat, maka blogging bukanlah satu aktiviti yang sesuai untuk mereka.
9. Blogging bukanlah satu aktiviti yang boleh membuatkan seseorang blogger itu menjadi seorang yang kaya tetapi pelbagai jalan untuk menjadi orang kaya boleh dilihat diperolehi hanya dari aktiviti blogging.
10. Blogging bukanlah satu “senjata” untuk mendapatkan duit mudah di internet. Sebaliknya, blogging hanyalah salah satu dari aktiviti yang boleh kita jadikan sebagai satu sumber pendapatan.
Jika ada sesiapa yang mempunyai kesemua 10 perkara di atas, maka mudahlah untuk kamu menyerap semua tips yang ada di dalam setiap tutorial blogging yang aku anjurkan.
Bukan itu sahaja, jika kamu ada fokus untuk dunia blogging maka setiap seminar yang aku menjadi juru cakapnya… pastinya akan menjadi lebih seronok!
Insya’Allah.. kalau diizinkan Tuhan, kita akan berjumpa suatu hari nanti








aku sangat setuju point 6-10 tu.. hoho memang cool entry ni..
topos entri yang terkinijom main virtual keyboard bersama topo..
Admin: Hahahahah… semuanya diambil dari pengalaman. Pengalaman yang mengajar kita untuk lebih cekal.
aku setuju, especially point 9.
blogger tak “kaya harta” tapi “kaya” ilmu dan “kaya” dengan kenalan.
steady blogging bro.
pcuserzs entri yang terkiniscr.im now! not scream
Admin: Blogging dah jadi sebahagian dari hidup… kalau tak blogging, poket nanti kacau… huhuhuhu
“Whatever you mind can concieve and believe, it can achieve”-Napoleon Hill
Wah, klasik betul la..
Admin: Wahhh… speaking ye? ekekekeke….
hmm..sy pn akan masuk dunia blogging xlama lagi nih..no 9 BEST!!
Admin: Welcome to the Club!!!
betul tuh bro…blogging memerlukan kesabaran…aku bersabar selama setahun..baru pelan2 dapat merasa hasil blog..hehe…at least dah tahu sket selok belok blogging ni..kena tingkatkan usaha lagi ni..
Admin: Betul tu. Kena fahamkan betul-betul, barulah datang seronoknya.
Aku amat suka no 6 sampai 10. kerana Aku suka relax and going easy. no need to rushing.
i did what i had to do and my wish is to spend my life doing what i born to do.
P/s: Aku dah temui jalan yang amat cocok dengan diriku. Thanks Bro.
Admin: Moga dapat fokus pada apa yang dilakukan.
Sangat setuju ngn ko Jad.Dunia blog lain dengan IM.Slow and Steady.Shoemoney pun amik masa bertahun before monetize blog dia.Ada orang yang aku ajar blog,baru publish 2 3 post kat blog,dah tanya bila boleh dpt duit??erk?!
Admin: Hahahahah.. mungkin orang ini belum dapat melihat konsepnya yang sebenar. Satu hari nanti dia akan faham.
Lupo lak..ada nasihat tuk orang camni Jad?
Admin: Nasihatnya “rajin-rajinlah membaca”.
memang betul bro….blogging umpama pelaburan jangka masa panjang….takkan labur hari ini nak ambil keuntungan esok..lagi satu dunia blogging memerlukan pemikiran yang “bebas” baru ada umphhh
kitas entri yang terkiniRehat Seketika
Admin: Pemikiran juga memainkan peranan yang penting. Aku cukup setuju kerana pemikiran blogger harus dibuka dengan rasional.
hhhmmmmmm…..no komen setakat ni…
belum terjebak dlm dunia blogging lagi…
hampir nak sampai…bulan depan kot start…
Admin: Insya Allah.. bila-bila pun boleh start. Yang penting, masa dapat dibahagi dengan adil.
Yes Zad.. info yang menarik terutama point 6,7 dan 8. Dunia blogging memang satu aktiviti yang unik dan mempunyai gaya tersendiri. Bagi aku blogger mempunyai kelebihan yang tiada pada yang lain di dalam dunia internet. Dan segala pendapatan sebagai blogger pun hanya blogger2 seperti Izad saja yang tahu
Apa2 pun kena enjoy baru bole ber blogging dengan baik..
Elyas@Dhiaqiss entri yang terkiniAnak Muda, Pelajar dan Usahawan Internet Berjaya.
Admin: Selamat berblogging semua dan semoga peluang yang datang dapat di ambil sepantas mungkin
nice work..
salam perkenalan from Indonesia
Dendy Youngs entri yang terkiniJoe Sandy The Master
Admin: Salam perkenalan juga dari saya di Malaysia
Blogging boleh juga buat kita menambah pengetahuan sambil menjana pendapatan bilamana kita dikehendaki membuat entri tentang sesuatu keyword yang mungkin asing bagi kita. Banyak jalan kebaikan dari berblog kiranya itu yang dipilih. Untuk jadikan satu kerjaya..?? kalau pendapatan dari berblog dah cukup stabil emm mengapa tidak..
nuaemans entri yang terkiniHantu lagi.? ermm.. sungguh ke ni?
Admin: Kalau dah cukup stabil… kira dah boleh jadi full time blogger le tu nampaknya.
wah banyak juga blogger indo yang ke sini !!! salam kenal ya !!
wawans entri yang terkiniDugaan Ku semakin kuat Bux.to adalah SCAM
Admin: Salam kenal juga dari saya untuk blogger Indo. Terima kasih banget kerna sudi berkunjung ke pondok rohaizad dot com ini
aku suka bab cool n relax..mmg btul dunia blogging xde sape yg nk kejar kita xde benda tuk digesa2kan..semuanya ats kita..
Admin: Memang betul apa yang dicakapkan. Blogging itu milik kita dan kita pula haruslah tahu apa yang kita blogging`kan.
sejak menjadi blogger, kak jie rasakan diri sebagai seorang suri rumahtangga di bawah tempurung lutsinar….
hehehehe
Kujies entri yang terkiniSemakin ia meninggi, buahnya kian merendah
Admin: Wahhh… satu “kiasan” yang sunguh bermakna. Siapa kata kalau kita duduk bawah tempurung tak nampak apa-apa? Tapi kena pakai tempurung lutsinar ataupun transparent`lah … betul tak Kak Jie?
setuju dengan kesepuluh2 hal tersebut.
bagi ak, blogging ni menimba ilmu, menambah kawan sambil menjana pendapatan =D
alones entri yang terkiniChange & Modify
Admin: Sama-samalah kita menjana pendapatan melalui blogging
yesss…..banyak perkara yang perlu dipelajari dan kemahiran dalam blogging memerlukan masa untuk jadi PAKAR seperti bro….yang penting minat mesti ada,usaha yang berterusan dan tanamkan kepercayaan yang positf tentang dunia blogging
Admin: Itu betul.. aku sokong 100%!
hoho. sebab tu aku kata, nak jadi jutawan dengan blogging sahaja. Sangat mustahil. Tapi kalau combine ebay, jual ebook, wat seminar, wat coaching buat itu ini, satu juta tu tak mustahil. Haha..
Tak ramai orang faham bab2 blogging ni. Diorang nak duit cepat aje..usaha malas.Haiya..
Admin: Aku setuju Titan sebab kita kena diversify, barulah lebih banyak pintu rezeki terbuka.
aku tetap percaya kita kena ada minat dan usaha baru boleh berjaya melakukannya
twenty-sixs entri yang terkiniGraf turun naik
Admin: Ada betul dan ada yang kontra gak dengan statement tu. Sebab kalau nak tunggu “minat” itu datang, orang lain dah berMercedes dan berBanglo 2, kita still lagi tak kemana. Sebab apa? Sebab “minat tak sampai” lagi. Berat gak tuh…
Akan jumpa satu hari ye..
Datanglah Melaka .. Boleh aku belanja air tebu.. ha haha…
aku setuju blogging hanyalah satu media untuk dapat duit ..
bukan mudah nak dapat duit dari blogging walau seposen..
AKu akuinya sebab aku pun terkial-kial nak dpt duit blogging…
tapi apahal pun yang penting buat kerana minat.. DUit no 2.. rajin blog akan memberi hasilnya..
cewah cam pakar plak aku (sedangkan pakau je..)
Admin: Dulu aku stay Melaka 2 tahun kat Lorong Pandan, Taman Kenanga sebelah Kampung Lapan, betul betul dekat area Masjid Tengkera. Tapi masa tu perkataan blogger pun belum pernah dengar lagi.
Nak jd full time blogger memang bukan mudah kan..
Admin: Setuju sangat dengan pendapat ini tapi ianya boleh dilakukan dengan relax dan seronok. Iya… ianya bermula dari situ.
Betul-betul content yang bermotivasi.
blinkkys entri yang terkiniMultiple Login In Yahoo Messenger
Admin: Terima kasih… bercerita dari pengalaman. Tidak lebih dari itu.
nak berjaya kena mula dari bawah.. langkah demi langkah… pasti berjaya…
Admin:
blogger juga kaya dgn masa <–betul ke eh?
aku akan start blogging dgn serius x lama lagi. dlm percubaan utk convert benda yg aku minat ke dalam dunia blogging aku…harap2 la sukses…
satu lagi entry yang inspirational!yeah
Admin: Blogging mesti ada objektif dan tujuan.
Awal-awal dulu aku ingat, blogging hanya dapat duit hasil dari publish iklan cam Nuffnang ngn adsense. Tapi sekarang baru nampak yang cabang dapat semakin luas. Mean, semakin luas jugak cabang nak tambah duit. Nice entry bro!!!
boy_bersahajes entri yang terkiniJalan-jalan di Johor Lama
Admin: Blogging memang luas dunianya.
berapa lama tempoh yg kau ambik untuk jadi blogger sepenuh masa dari mula hingga kau berjaya dapat gaji tetap dari xtvt blogging ni?
ada jatuh bangun dlm hidup seorang blogger sepenuh masa ni? hohoho…
Admin: Satu soalan yang baik Wizurai. Aku mengambil masa lebih kurang 2-3 tahun untuk mencari “tune” dalam blogging. Tempoh itu agak lama kerana aku tidak pernah berguru dengan sesiapa pun. Semuanya inisiatif sendiri. Pendek kata kalau sekarang jika ada sesiapa yang hendak jadi full time blogger, mungkin tempoh itu boleh disingkatkan kerana sekarang tidak macam dahulu, banyak yang telah tersedia. Tinggal nak “menggali” segala keperluan yang diperlukan. Itu sahaja.
blogging best dan setuju pendapat bro..ia sangat memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan mungkin juga wang ringgit untuk tujuan ini..dan yang paling penting minat, kreatif, disiplin dan sabar..
BLOG NAMPAK GAH JIKA DALAM BLOG ITU ADA IDENTITI, ADA TUJUAN, PENULISAN TERTUMPU DALAM SATU TUJUAN DAN PENUH DENGAN MAKLUMAT BERGUNA KEPADA PENGUNJUNG..
Admin: Definitely, that’s the point!
@ titan – jadi jutawan dengan blogging? why not..hehe..kan wordpress tu kan magic CMS..nanti aku cuba buktikan ye..hehe..
aku belum nak serius lagi pasal internet marketing or money making blog ni. just blog suka2 je
p/s wahh cik alexa bagiko 299k dah. aku tengah kejar ni. hehe
KNizams entri yang terkiniBiscuit… Biskut… BiskOOt ! Giler Oren Gua Tengok Blog BiskOOt !

Admin: Nanti ko bole buat gak…. pastu, kita sama-sama menjana income
p/s: Cik Alexa sayang aku lah wehhh… huhuhuhu
Aku sudah pun terjerumus dalam dunia blogging. Tak semudah yang di sangka. Dan tak sesenang yang di sangka. Segalanya memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Ingta bila kita bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan ia menampakkan hasil, itulah kepuasan yang tak ternilai. Itulah yang aku lalui sekarang ini..Thanks Ijat..Jasamu Dikenang sepanjang hayat.
Shaffiks entri yang terkiniAdakah Mak Nyah Akan Insaf?
Admin: Tapi aku tahu ko sudah nampak “jalan” blogging ini. Memang bulan November tahun lepas sewaktu ko join tutorial aku, ko ada blur sket tapi macam yang aku cakap “pelan pelan kayuh” dan sekarang inilah hasilnya. Yang seronoknya, ko dah nampak dunia blogging + SEO yang sebenar. Aku harap ko akan “flying” dalam menjana pendapatan dari dunia blogging selepas ini.
p/s: Congrats sebab semua blog baru ko dah dapat PR. Jangan takut, brader Google tu tak akan kacau punya PR tu dengan cara yang aku syorkan itu.
p/s/s: Wahhh… bulan depan duit minyak keta bolehlah dijimatkan yea… sebab bulan ni masyukkk!!!!
p/s/s/s: Teruskan usaha… perjuangan kita belum selesai… rezeki anak-anak ada lagi….
wahseh….ekekekeke. memang tertarik. aku pula sibuk dengan kejadian harian. Sekarang kehidupan aku semakin stabil, cuma sekarang aku makin sibuk. tak lama lagi kena pindah rumah la nampaknya. mgkn lepas bulan Jun beb. aiyakkk….nak tak nak aku terpaksa ambik celcom broadband utk teruskan perjuangan aku gak. aku harap korang semua berjaya juga. dan aku harap satu hari nanti aku dapat ikut jejak langkah korang semua
Memang cool la post kali ini. Aku setuju sangat blogging boleh dijadikan kerjaya. Aku pun dapat merasainya macam masak 3 rasa. muhahahaha!:D
hohoho bukan senang nak menjana pendapatan yang banyak dengan menjadi blogger ni.. tahniah bro..
[...] aku katakan dahulu bahawa BLOGGING bukanlah seperti menjual ebook ataupun perniagaan internet yang lainnya. Blogging adalah sesuatu yang cool, relax dan [...]
Diulas pada April 30th, 2009 at 9:21 am[...] bersambung di bahagian 2. « « Cek Clickbank yang ke-3 dari PakejVideo.com – tips?*** Google [...]
Diulas pada November 15th, 2009 at 10:19 pm