Tips untuk mendapatkan sales melalui Pakej Video Youtube.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: April 22, 2009 onlineYg saya heran impression dan click tetap ada malah smpai beratus2 pulak tu tp sale tak ada jugak. Skali tu sya letak hit counter dlm blog, dlm masa 2,3 hari 200 lebih visitors tapi sale tetap kosong. Minta tolong la org di luar sana yg dh byk dpt hasil drp pakej youtube ni, minta petua nasihat dan tunjuk ajar. Sya rasa mcm nak give dah buat benda ni. Rasa mcm nak minta refund pn ada …. – Zuhairy.
Seperti yang telah aku katakan pada ruangan komen di catatan aku yang lepas, aku akan berkongsi tips yang mungkin boleh digunakan oleh semua pembeli Pakej Video Youtube.
Sebenarnya, aku sendiri pun tidak pasti sama ada tips ini boleh menjamin sesiapapun untuk mendapatkan sales. Tapi apa yang pasti, aku masih lagi menggunakan kaedah ini dalam mencari “apa yang tidak kena tentang video” yang telah diupload.
Dan selepas ini jika ada lagi yang masih tidak dapat menjana sales melalui video marketing Youtube ini, maka itu mungkin disebabkan “kualiti video” dan juga kelemahan a*********s yang kita buat. Kerana selain dari kaedah ini, semua yang aku buat untuk video marketing Youtube ini sebenarnya sama dengan apa yang kamu semua lakukan. Transparent.
Tahukah kamu semua akan fungsi INSIGHT yang telah Youtube sediakan untuk kita?
Pernahkah kita mencuba fungsi INSIGHT tersebut untuk mengetahui berapa lama pengunjung Youtube menonton video kita?
Adakah kita sedar bahawa fungsi INSIGHT ini boleh membantu kita dalam menilai video yang kita upload itu?
Mari kita lihat apakah yang dinamakan INSIGHT dan bagaimanakah ia boleh membantu dalam mengetahui kelemahan sesuatu video. Untuk kajian kes ini, kita akan mengambil siri tv SmallVille sebagai “plaintif”.
INSIGHT VIEWS

Di sini kita dapat lihat pageviews dan juga unique visitors video.
INSIGHT POPULARITY

Lihatlah di negara mana video kamu itu popular untuk ditonton. Jika sekiranya video SmallVille itu TELAH dimainkan sirinya di negara Australia, adakah besar kemungkinan pengunjung akan membeli tv series membership (affiliate ClickBank) kita itu nanti? Mesti tidak bukan?
INSIGHT DISCOVERY

Cuba renungkan dan fahamkan siapakah prospek kita dan video jenis manakah yang akan mendatangkan sales. Pendek kata, tidak guna jika video kita mempunyai pageviews yang tinggi kalau pageviews itu bukannya datang dari web Youtube sendiri.
Dalam erti kata lain, kalau pageviews itu datangnya dari video kita yang telah di “embed” di blog-blog orang lain, maka adalah sukar untuk kita menjana sales kerana pengunjung tidak dapat melihat “link” di kotak description yang telah kita letakkan.
INSIGHT DEMOGRAPHICS

Di sinilah kita dapat lihat siapakah future buyer. Lihat sahaja umur pengunjung pengunjung video kita. Jika umur mereka terlalu muda, sudah tentu mereka tidak mempunyai kredit card untuk membeli produk affiliate yang kita tawarkan. Tetapi perlu diingat bahawa remaja di Barat sana tidak mempunyai masalah untuk memiliki prepaid Mastercard.
Jadi kalau katakanlah Negara Malaysia yang menguasai paten pageviews video kita (sila rujuk semula ke Insight Popularity untuk melihat negara manakah yang menguasai video kita) janganlah kecewa jika tiada sebarang sales yang akan dijana kerana remaja negara ini tidak boleh memiliki kredit card. Kalau ada debit card pun, amatlah kecil pendedahan yang diberikan. Majoritinya menggunakan kad ATM.
INSIGHT COMMUNITY

Kamu boleh study sendiri kerana info ini sekadar info tambahan.
INSIGHT HOT SPOTS

Inilah insight yang PALING PENTING sekali dari semua insight. Di sinilah jawapan kepada semua persoalan yang kita ada sejak kita memiliki Pakej Video ini.
Bagi memahami fungsi INSIGHT HOT SPOTS ini, sila fahamkan kenyataan dan soalan di bawah untuk gambaran yang lebih jelas:
1. Video kamu mempunyai pageviews yang tinggi tetapi pengunjung hanya berada pada 10 saat yang pertama.
2. Video kamu teruk kualitinya.
3. Video kamu lambat sangat loadingnya.
4. Video kamu adalah slide video. Hanya sekadar gambar-gambar yang diselangi dengan lagu (seperti video Akon).
5. Pengunjung kamu tidak sempat untuk melihat a*********s yang terakhir kerana fokus mereka pendek (disebabkan a*********s kamu yang gagal menarik perhatian mereka).
6. Bukankah a*********s terakhir adalah umpan yang terbaik untuk mereka (pengunjung) klik link affiliate kamu?
7. Periksalah graf video kamu itu dan nilaikanlah sendiri. Adakah graf hot spots kamu itu menaik atau menurun. Kalau menarik pun ADAKAH ia berada dibawah garis “par” atau di atas garis “par”?
8. Tahap “audience attention” haruslah berada pada tahap yang bagus kerana graf itu adalah selari dengan jangka masa video kamu.
9. Jika pengunjung boleh kekal menonton video kamu sehingga habis, bermakna kemungkinan untuk kamu mendapat sales adalah lebih tinggi.
10. Kesimpulannya, pageviews yang tinggi tidak sesekali menjamin sales yang tinggi. Kualiti video yang baik, a**********s yang power dan video yang sedang hangat di pasaran adalah kunci kepada Pakej Video ini.
Diharapkan info di atas boleh membantu sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat sales. Semoga berjaya!
p/s: Untuk Zuhairy, selepas aku melihat video yang kamu berikan kepada aku, ternyata kebanyakan kualiti video yang kamu upload itu langsung tidak dapat menarik minat pengunjung untuk menontonnya sampai habis. Cuba lihat kesemua video David Archuleta kamu itu. Begitu juga dengan kesemua video KONSERT Beyonce. Harap ulasan ini dapat membantu. Thanks.



ya.. masa mula2 pun aku terikat dengan mentaliti – “asal buat boleh dapat”
sebenarnya yang penting ialah usaha dan kerajinan disertakan dengan teknik2 yang betul.
trimas bro rohaizad and two thumbs up for this info =)
Admin: Satu lagi mind set kita yang salah ialah “kita selalu upload video dengan tujuan untuk MENJUAL, tapi kita tidak letakkan diri kita sebagai seorang PEMBELI”. Kenyataannya, orang tidak akan membeli kalau kita hendak cuba menjual TETAPI menarik perhatian bakal pembeli (pengunjung youtube) adalah langkah terbaik untuk membantu mereka membuat keputusan. Di sinilah a**********s dapat memainkan peranan kerana ia dapat membantu pengunjung dalam membuat keputusan untuk membeli.
Aku sokong cakap alone. Duit 2nd, 1st cara dan strategi yang berkesan. Kalau main hentam kromo then wish nak dapat sales rasanya susah. Dari kualiti datangnya pembeli. Buat gempak2 bagi orang puah hati, sampai ternganga tgk itu Vid. Mesti hayam-hayam je dapat sales pas tu. (betolkan kalau aku silap)
boy_bersahajes entri yang terkiniJalan-jalan di Johor Lama
Admin: Betullah tu kot.
Inilah yang dikatakan pentingnya research bagi setiap perkara yang kita ingin lakukan. Tahniah Jad, perkongsian yang hebat.
Admin: Itu yang terdaya untuk diberikan kepada semua pengunjung setia blog ini. Harap boleh dimanfaatkan bersama.
perghhh bagus la kajian yg ko buat
mmg betul2 bersungguh2. aku tabik ngan ko !
KNizams entri yang terkiniLIBUR, PC.com & Gaya Travel Nusantara – Amik Ko Beli Sekali 3 Magazines !
Admin: Janganlah tabik aku. Aku bukannya Pak Polisi… ekekekeke.
thnx bro..mmg berguna tips2 neh…
Azries entri yang terkiniPersonal Coaching from Rohaizad dot Com
Admin: Sama-sama…
ko memang pro la bro!!
Admin: Takdelah… itu semua dah disediakan oleh Youtube.
bro yang mual huruf A******* tu a———s ke??
Admin: Yup, memang betul
aku ada beli gak pakej nih n mmg mudah la nk generate sales even CB dah takde produk digital but still… banyak lagi affiliateer lain.
masalah aku, line internet nk upload video. bleh jadi sangat marah aku dibuatnyer..
johns entri yang terkiniI Lost My Souls…
Admin: Line internet pun satu hal gak. Biasalahkan dah namanya Streamyx.. kejap ok, kejap tak ok.
terima kasih rohaizad atas bantuan post di atas.
amat membantu untuk rakan baru.
tapi berkenaan dengan video yang hanya slide tu, aku pernah terbaca n bukti ada sorang IM ni buat (bukan Malaysian) video slide, tapi aku lupe produk niche apa, dia claim MENJADI.
dia ckp teknik guna video slide menjadi jugak. sebab dia tunjukkan video tu kat blog, traffic, n sales.
tapi bukanlah slide-slide ‘bodoh’. nampak agak professional. siap ada muzik, pastu cara percakapan & suara background dalam video tu memainkan peranan yang penting jugak..
Admin: Dia claim menjadi sebab ilmu dia lebih tinggi kot. Macam aku yang cetek ilmu dalam video marketing, aku dah cuba untuk pakai slide video, tapi tak berhasil sangat. Maklumlah, cetek ilmu lagi aku nih.
p/s: hanya hasil dari pembacaan aku kat blog IM oversea….
peace!
terima kasih sheikh youtube tips yang diberi..dah upload byk video xtau pun ada fungsi tu..nak kena kaji neh..hehe
Admin: Ini sebagai info tambahan je. Ada orang dia tak perlukan semua di atas tapi masih lagi boleh mendapat riban-riban tiap bulan.
Bhai…
cayalah info nih… rajin betul lu buat kajian yer…
Admin: Lebih kurang je.
Thank you very much ijad..suka2 tips ni..ibu jari naik(tiru gaya menteil)
Admin: sama-sama…
hmmm….rupanya ade function INSIGHT….additional info for me…
Admin: Use it WISELY
pergh..satu kajian yg mantap..jenuh aku nk membaca dari awal sampai akhir..
Admin: Huhuhuhuhu.. jenuh ko membaca .. lagi penat aku yang menyediakannya di sini … adehh
ilmu baru lagi…aku tak tau pun pasal fungsi INSIGHT tue…
sangat2 berguna sebab aku pun baru memulakan blog baru aku yg menggunakan medium video nie.
thanks brader.
Admin: No problem.
thank for the good tips!
zuhairys entri yang terkiniARGH! DROGBA LAGI!
Admin: You are always welcome !
Salam bro rohaizad

terima kasih atas tunjuk ajar di atas
baru lah saya faham mengapa x dapat sales lagi..
thanks a lot
Info yg baik…aku ada belek2 insigh tu…tapi tak tahu nak wat apa dgn benda tu
skang nie faham sikit lagi…
Active Bloggers entri yang terkiniKisah Mat Rempit Yang Melampau
AQIF + ACTIVE BLOGGER – Selamat berjaya!
Info yang bernas sekali! Tahniah!