Rezeki di hujung minggu.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: April 25, 2009 onlineHari ini hari Sabtu dan tinggal 3 jam sahaja sebelum sesi Personal Coaching bermula (10.00 pagi) dan catatan ini ditulis khusus untuk mereka yang akan menghadiri sesi personal training face to face sebentar lagi. Mungkin mereka semua masih tidur lagi pada ketika ini tetapi aku harap selepas bangunnya mereka dari tidur itu nanti… semangat mereka untuk belajar mengenai dunia advertising akan semakin bertambah.
Malam tadi tepat pukul 11.30 malam saudara Azrie kita sampai di Terminal Bas Larkin. Beliau menaiki bas dari KL dan setibanya di sini, aku terus membantu beliau menguruskan biliknya di hotel budget Ghazrin, Larkin Perdana. Murah dan selesa, RM35 untuk satu malam tidak menjadi masalah untuk bilik yang sebegitu.
Selepas check in, aku pun mengajaknya keluar minum untuk sesi “orientasi” dan ternyata, beliau masih lagi baru dalam dunia blogging. Aku tahu yang aku harus memberikan penerangan yang agak “kental” hari ini kerana seorang lagi peserta juga memang terlalu “fresh” untuk melihat akan dunia blogging dan internet advertising yang sebenar.
Tidak mengapa, mungkin BONUS yang mereka akan dapat nanti akan membuatkan mereka lebih faham.
BONUS?
Apakah bonus tersebut?
Iya… bagi sesiapa yang telah membayar untuk Personal Coach kali ini, mereka akan mendapat 1 HARI LAGI sesi Personal Coach iaitu ESOK sebagai bonusnya. Maknanya, bayar untuk 1 hari tetapi mendapat 2 hari pada kadar harga yang sama!
Mana nak dapatkan?
Aku pun TAK pernah lagi buat offer sebegini selama ini. Tapi tidak mengapalah. Hari ini aku berniaga dan esok mungkin giliran aku membuat pahala…. hahahahah!
Salah seorang peserta iaitu Azrie ini sebenarnya mempunyai sedikit masalah. Masalah yang paling utama sekali ialah berkenaan pendirian salah seorang abangnya yang ‘skeptikal” mengenai pendapatan di internet ini. Cakap sahajalah apa yang ingin diceritakan, tetapi abangnya tetap mengatakan semua aktiviti menjana pendapatan dari internet itu adalah SCAM termasuklah blogging. Mana ada orang duduk di rumah bersama PC ataupun laptop dapat menjana duit. Kenalah keluar bekerja. Mengarut semua itu katanya!
Tetapi beliau (Azrie) yakin bahawa beliau akan dapat menjana pendapatan dari blogging satu hari nanti (walaupun belum masuk lagi kelas Personal Coaching). Inialh semangat yang ada pada beliau.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba ada satu email yang masuk melalui Nokia N96 8GB aku ini secara LIVE. Secara langsung dia sendiri dapat melihat dengan jelas bahawa internet advertising boleh membantu dalam menjana income tambahan.
Maknanya ada email yang menunjukkan transaksi Paypal hasil dari internet advertising. Berikut adalah screenshotnya:


Dan inilah yang dinamakan rezeki…… syukur…



tahniah bro. dan aku harap semua rakan yang hadir utk sesi coaching tersebut mampu menerima ilmu yang ko akan sampaikan nanti. semoga semua berjaya.
Admin: Sememangnya akan dipastikan sebelum semuanya pulang. Selagi tidak faham tidak boleh balik.
syabas buat ko jad kerana sudi berkongsi ilmu dgn blogger2 yang lain.
utk blogger2 yang bertuah tu, korang korek la ilmu dari si rohaizad ni cukup2.
pcuserzs entri yang terkiniGEOCITIES CLOSES GATES ONCE AND FOR ALL
Admin: Korek tak boleh… sebab aku akan beri dengan selamba je… transparent.
…Tahniah, atas kesungguhan serta komitmen untuk personal coaching.. Semoga rezeki ko lebih murah, dan rezeki pelajar-pelajar personal coaching ni akan terbuka.
p/s – Bukan rezeki aku untuk pergi kelas hari ni. takdir Ilahi…
samdaddycools entri yang terkiniMasbuk ketika solat Jumaat
Admin: Itu bisa di atur Pak.
Tahniah Jad. Tak kira apa yang kita lakukan yang penting mendapat keberkatan. Bagi servis lebih takpe sbb nnt akan dapat lagi lebih.. 10x ganda..
Admin: Lebih kuranglah kan..
wow. rezeki mencurah2. tahniah, bro. dan aku sentiasa doakan kau terus berjaya =)
Admin: Terima kasih. Aku pun doakan ko jugak ye
niat memberi ilmu dengan ekstra bonus sememangnya sesuatu yang mulia….semoga limpahan rezeki semakin bertambah….
hazman aka species1980s entri yang terkiniMini Workshop Mentor Kekayaan dan Kejayaan
Admin: Maintain… maintain… ekekekeke
hahahahahhaa….minggu depan kawan akan mengosongkan kedua2 belah otak…kiri & kanan utk hanya ilmu pasal blogging drpd bro ijad…
tunggguuuuu…munculnya seorang lagi blogger kecil drpd JB..
Admin: Wahhh.. semangat ni yang aku suka tengok.
congrat..
belum rezeki aku blaja dgn bro izad..
Admin: Ada.. rezeki itu ada.. cuma tak tahu je bila
Syukran. Aku tau diorang ni sangsi sebab tak nampak dengan mata sendiri pendapatan dari berblogging nih. Wow! masyuk lagi abang kite ni. Aku harap ko dapat tambahkan kuota lagi untuk sesi akan datang boleh?
Admin: Kuota depend pada saiz kelas dan berapa hari yang terlibat.
wah, dari KL pun ada datang…
siap ursukan penginapan lagi…
best la ko, bro…
Admin: Alaa.. mana yang termampu je.
Salam.
Syabas. Mcm menarik je. Nak juga joint personal coaching ni tp berapa bayaran? bla nk adakan lg tolong bg tahu.
Admin: Boleh… ianya akan diberitahu nanti.
banyak rezekit tuan blog, hehehe
zuhairys entri yang terkiniBACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN….
Admin: Rezeki Tuhan nak bagi, kita jangan tolak.