Sasaran bulan April telahpun tercapai!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 25, 2009 onlineSambil aku membuat “kunci padlock” kira-kira untuk bulan ini dan mengemaskini akaun Paypal sebentar tadi, aku agak terkejut dan juga berasa sangat gembira kerana sasaran pendapatan melalui blogging bulan ini rupa-rupanya sudahpun tercapai. Dan yang lebih menarik lagi, masih ada lagi bayaran yang akan diterima dan masih ada lagi job yang perlu dihantar dalam minggu ini.
Walaupun blogging hanyalah satu cabang dalam menjana pendapatan melalui internet, tetapi apabila tiba pada satu tahap yang mana ianya dijadikan satu perkara pokok, bermakna ianya telah berubah menjadi SATU PERNIAGAAN. Jadi kunci kira-kira, duit keluar masuk dan juga saving untuk syarikat sendiri yang telah ditubuhkan amatlah perlu bagi menjamin simpanan di masa hadapan.
Ini juga yang pernah diberitahu kepada aku oleh LiewCf sekitar tahun 2006-2007 (sila lihat pada tarikh email tersebut dibalas oleh LiewCf). Pada waktu itu, aku sudahpun menjadi seorang full time blogger cuma aku tidaklah selesa untuk bercakap dengan sesiapa pun mengenai pekerjaan aku pada waktu itu.
Tujuan utama aku menghubungi Liewcf adalah untuk bertanyakan beberapa perkara yang bersangkut paut dengan dunia harian seorang blogger. Aku mempunyai masalah untuk membuat banyak urusan yang melibatkan bank seperti pinjaman kerana kehidupan sebagai seorang blogger tidaklah mudah untuk “difahami”. Bank pun pelik mendengar perkataan blogger.
Jadi apa yang aku lakukan selepas itu ialah menghantar email kepada LiewCf untuk mendapatkan khidmat nasihat kerana pada ketika itu, beliau sahajalah sumber rujukan yang sesuai. Begitulah adatnya kehidupan. Jika kita tidak tahu, maka kita haruslah bertanya. Lagipun, LiewCf bukanlah seorang yang kedekut untuk berkongsi ilmu dan juga pandangan. Terima kasih LiewCF!!!
Iya… sebagai seorang full time blogger Malaysia yang pertama, beliaulah yang aku hubungi untuk bertanyakan tentang apa yang perlu dibuat untuk memudahkan urusan kehidupan harian sebagai seorang blogger (maklumlah, blogger belum lagi diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai satu PEKERJAAN RASMI).
Waktu itu, LiewCf masih belum kenal lagi dengan blogger bernama “rohaizad” kerana rohaizad pada masa itu tidak “bermain” di area tempatan… ekekekeke. Blog rohaizad dot com ini pun belum wujud lagi pada waktu itu. Tapi yang pasti dia cukup kenal dengan salah seorang pembacanya yang menggunakan nickname Weirdoux.
Walau apa-apa pun, nasihat dan juga pandangan yang telah diberikan oleh beliau telah membuatkan aku lebih berpandangan positif dengan apa yang aku buat (blogging) pada waktu itu.
Hahahahahah!
Sebenarnya banyak gila full time blogger di Malaysia ini cuma mereka tidak menonjolkan diri je…. jadi kepada sesiapa yang ada keinginan untuk menjadi full time blogger, WELCOME TO THE CLUB bebeh!!!








haha. i’m change to part time blogger. Sad. But i’m happy because my income increasing. Haha..
Admin: That’s good geng!
haha….aku nak join club neh..but still far from you all..almaklumlah..newbie…
xpe2..kita tunggu dan lihat..
Azries entri yang terkiniFather want to sell his own child to highest bidder
Admin: Takdak hal.. pelan pelan kayuh.. tapi jangan pakai GEAR rendah.. pakai GEAR 5 atau 6.
Bila matlamat tercapai kepuasannya memang tak terkata.. syukur.. tahniah Jad.
Admin: Betul tu Dhiaqis.
hoho. memang blogging ni satu bidang yang menarik. selain tambah ilmu, tambah pendapatan.
tahniah bro atas kejayaan ko. memang inspirational =)
Admin: Terima kasih…
..klu sy plak yang tanya bro tentang dunia blog ok x?hehe..alfun mabruk atas kejayaan bro
Admin: Tanya je, takdak hal.
sebenarnya dah makin ramai rakyat malaysia yang jadikan blogging sebagai salah satu sumber pendapatan….
Admin: That’s right.
ko kan ada perniagaan berdaftar…
jadi apakata kau bukak current account untuk perniagaan ko tu…
setiap duit keluar masuk, guna current account tu, dan bagi statement dia cantik (ada byk transaksi keluar masuk)…
of kos, kalau nak buat loan bank, kau kena bagi income tax punya statement (sebab kerja sendiri)…
ala, declare la tax sikit, baru bank percaya pernigaan ko ni buat untung….
WIZURAI – Yup, itulah yang aku lakukan sejurus lepas aku dapat email dari LiewCf. Dan sekarang setelah 2 tahun, transaksi aku cukup cantik.
Yang bestnya, buku cek Maybank aku bukanlah yang nipis tu… dia kasi yang tebal giler… cek untuk Corporat Account Holder.. nah.. hambik kau.
heheheehehe. nostalgia tahun 2007. hehe. current account tu kalau nak buka kena ada introducer kan?
Admin: Yup. kena ada introducer. Tapi kalau EON bank tak payah introducer kot.
aku masih tidak berpeluang menjadi full time blogger..mungkin kalau income aku melalui internet ni kencang macam ko, aku akan pertimbangkna..
Admin: Kalau fokus, mungkin proses itu dapat dipercepatkan.
entri yg sgt menarik. aku teringin nak jadi fulltime blogger. tp, taktau nak kata. teringin je kot. kesungguhan masih kurang. mungkin sbb tak nmpk dan xde orang nk tunjuk ajar.
Admin: Bukan kerana TIADA orang yang tunjuk ajar, tapi sebab KITA yang TIDAK mencari orang yang boleh memberi tunjuk ajar.
salam.
syabas. mcm mana nk joint club tu? bla nk buat personal coaching lg dan berapa bayaran? Teringin juga jadi full time blogger ni.
Admin: Kelab itu bukan bermaksud kelab yang REAL. Tapi dunia blogging yang harus difahami konsepnya.
hurmm..
bila dh jadi satu cabang perniagaan, duit kuar masuk kena amik kira kan?
aku rasa perlu ada satu pelan rancangan lah kan.
buat ebook pun ok gak nih..
Admin: Ebook? Sebenarnya semua dah ada dalam Personal Coaching
Pergh..such an inspiration bro..huhu
Admin: Sama-samalah kita ye
Semakin lama semakin laris blog ko ngan naik lagi ranking cik alexa bagi. Goreng pun sodap. muahahaha! Apa tujuan ko suruh kami masuk kelab ko? Ada tak kad club member? Murah tak yuran tahunan? hahahaha! aku gurau je jad.
Ko memang sumber inspirasi aku untuk mengikut jejak ko. Tanpa kehadiran blog sensasi ni aku tak tau info untuk meluaskan cabang onlime income. Thanks jad. Aku hargai sumbangan ko memberi info kepada kita. Semoga rezeki ko,aku dan lain-lain bertambah lagi dalam dunia blogging.
Admin: Wahhh.. kembang setaman aku bila baca komen ko ni. Tapi apa pun, aku anggap komen ko ni sebagai penyemarak dalam industri blogging tanah air.
aku pon teringin jugak join the club tapi belum lagi mendapatkan landasan yang betul…nanti sem depan aku dapatkan ko punye coaching
Admin: InsyaAllah.