Cek Clickbank yang ke-3 dari PakejVideo.com – tips?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 11, 2009 online

cek-clickbank.gifInilah cek ke-3 dari ClickBank yang aku baru terima semalam. Dan yang anehnya, cek ini juga sampai pada hari Jumaat (sama seperti cek-cek sebelum ini!!)

Aku tidak tahu sama ada ini adalah kebetulan (walaupun sudah 3 kali!) ataupun dirancang (wahahahah) tapi ianya cukup pelik bin hairan. Mungkin inilah yang dikatakan kelebihan hari Jumaat… ekekekeke.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pagerank dan Penalize – antara fakta yang perlu kita tahu.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh diterbitkan: April 9, 2009 online

google-pagerank.gifKita semua tahu bahawa Google telahpun selesai update semua PR di blog masing-masing. Dan kita juga tahu bahawa di kalangan kita ADA yang pageranknya di penalize.

Tetapi itu tidak bermakna blog kita juga di penalize. Dalam waktu yang sama, itu juga tidak bermakna pintu rezeki sudah tertutup kerana masih banyak lagi yang boleh kita lakukan.

Kita kena faham bahawa penalize pagerank dan penalize blog adalah 2 perkara yang berbeza. Jika pagerank kita di penalize, kita hanya kehilangan PAGERANK sahaja. Bermakna traffik dan semua keyword kita masih lagi berfungsi seperti biasa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

personal-coaching.gif

Beberapa minggu lepas sebelum aku pergi ke Penang, aku ada memberitahu kepada saudara Nasrun kita yang jadual untuk sesi Personal Coaching tutoral blogging terpaksa ditunda sehinggalah ke tarikh yang ditentukan.

Dan hari ini setelah jadual yang baru telah diaturkan, aku dengan rasminya ingin mengumumkan bahawa sesi Personal Coaching untuk tutorial blogging akan dibuka semula untuk pendaftaran. Bermakna satu lagi sesi akan diadakan di Johor Bahru untuk 5 orang sahaja.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan: Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Akismet mengganas lagi!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: April 8, 2009 online

Dahulu, Plugin Akismet telah melakukan tugasnya dengan “baik sekali“.

Dan baru sebentar tadi (setelah menerima email dari Firman), aku menyedari bahawa Akismet telah menjadikan beberapa orang lagi pembaca blog ini dan juga komen yang mereka hantar sebagai “mangsa” (komen mereka telah dimasukkan ke dalam SPAM FOLDER).

Ini adalah email yang telah dihantar rakan blogger kita dari Indonesia. Firman Zulhamsyah namanya dan beliau sememangnya adalah antara pengunjung yang kerap singgah di blog ini.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tawaran hosting dari WpWebHost.com datang lagi – 30% diskaun!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: April 7, 2009 online

wpwebhost.gif

Iya… kali ini bukan main-main. Jika ada yang inginkan diskaun untuk pakej hosting dari mereka, silalah contact aku supaya dapat aku berikan kupon diskaun itu. Kupon ini akan melayakkan kamu untuk mendapat diskaun SEBANYAK 30%!!! bagi tahun pertama. At least, berbaloi juga dari membayar pada harga penuh.

Bukan tidak mahu letak kupon kod pakej hosting itu di sini, tapi adalah lebih baik jika diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kisah seorang budak pencuci pinggan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: April 7, 2009 online

kisah-seorang-pencuci-pinggan.gifAku pernah melakukan pelbagai kerja sebelum ini. Bagi mereka yang sudah mengenali aku, maka sudah tentulah catatan ini ada kena-mengena dengan diri mereka kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

Tetapi bagi mereka yang belum lagi mengenali aku, maka mungkin ini boleh membuatkan kamu mengenali keperibadian aku dengan lebih dekat lagi.

Aku pernah menjadi salesman di Carrefour, menjual terminal credit card (GHL company), salesman credit card (UOB bank), sales ambassador untuk timeshare company, salesman jual buku, pemotong ikan, MLM Shaklee, Zhulian, Revell, Luxor, Jusco dan macam-macam lagi. Tapi kisah yang satu ini iaitu “Kisah Seorang Budak Pencuci Pinggan” cukup meninggalkan kesan dan aku harap pembaca setia blog ini juga akan dapat mesej yang aku ingin sampaikan bersama.

Sebenarnya, kisah yang aku ingin sampaikan ini bukanlah cerita dongeng atau kisah Jula Juli yang hidup di atas kayangan. Kisah ini adalah satu kisah BENAR yang cukup MEMBAKAR HATI dan SEMANGAT aku sejak pulang dari Penang 2 hari lepas. Pada saat aku sedang menulis catatan ini, fikiran aku masih lagi terbayang pada seorang hamba Allah yang datang bertandang ke rumah aku semalam (sehari selepas pulang dari Penang).
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Make money from blog – I’m back !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: April 6, 2009 online

focus-on-money.gifHampir seminggu aku “berhibernasi” di Kepala Batas dan malam semalam, aku telahpun selamat pulang ke Johor Bahru.

Walaupun kereta aku telah ditimpa kemalangan on the way balik di lebuhraya PLUS Seremban tapi semua perkara yang penting di Kepala Batas telah diselesaikan.

Dan untuk hari-hari yang mendatang, aku kini sudahpun bersedia untuk mencari rezeki dari aktiviti blogging aku seperti biasa.

Nak diceritakan terlalu panjang tetapi seminggu di Kepala Batas seolah-olah menjadi waktu bertenang ataupun “cooling of period” bagi aku serta dunia blogging aku.

Walaupun income masih lagi masyuk, tetapi agak banyak juga “kerugian” yang telah ditafsirkan selama aku tidak online di Kepala Batas. Kalau aku online pun, aku akan bersifat selective kepada sesetengah program. Order/job biasa terpaksa aku tolak semata-mata untuk memberikan fokus kepada order/job yang “berprofile tinggi”.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Update terkini: tapi bukan Twitter.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: April 1, 2009 online

penangbridgean3.jpg

Sudah 4 hari aku di Kepala Batas dan baru hari ini aku dapat online. Dan yang pasti, aku cukup terkejut apabila melihat jumlah email yang ada di dalam inbox. Fuhhhh.. punyalah banyak giler email yang perlu di baca dan yang perlu dibalas. Tapi yang seronoknya bila terima email mengenai sales ataupun jualan affiliate… huhuhuhu.

Apa-apapun, ini adalah sedikit info yang aku harus coretkan buat masa ini:

1. Assalammualaikum Saudara Rohaizad. Bagaimana cara saya nak download pakej. Saya sudah cuba tapi tak boleh lah… “dari Puan Ieda”
Untuk Puan Ieda, harap dapat dirujuk terus kepada Puan Lisa. Jika tidak, sila periksa sekali lagi link download yang telah diberi melalui email. Sememangnya semua orang akan mendapat link download itu melalui email.

2. Aku akan berada di Kepala Batas mungkin sampai hari Sabtu. Jadi jika ada sebarang soalan, kemungkinan aku akan menjawabnya lambat sedikit. Harap maklum.

* Aku tiada masa langsung untuk April Fool (seperti yang aku pernah buat satu ketika dahulu)
* Banyaknya blogpost order aku yang tertangguh…
* Adsense makin meningkat kliknya. Tak tahu kenapa.
* 2 lagi sales dari Clickbank masuk.
* Satu lagi sale untuk CPA Wealth Blueprint masuk.
* Sehari tak online boleh buat aku naik gila. Kalau 4 hari?
* Oh Penang… awek di sini memang cukup menawan kalbuuu…..

Catatan baru →