Ingin beriklan? Sila klik di sini

Blogging: Advertiser + Keyword + SEO = $$$.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 31, 2009 online

faisal.JPG

titan.JPG

Jika kita hendak beraksi (berblogging) di arena antarabangsa, kita perlulah faham kehendak dan juga keperluan advertiser. Kehendak dan keperluan advertiser di peringkat advertiser agak berlainan dengan advertiser tempatan.

Terdapat beberapa persoalan untuk direnungkan:

Adakah kehendak advertiser tempatan di Malaysia masih lagi rendah?
Adakah advertiser tempatan masih skeptikal dengan pemasaran melalui blog?
Mungkinkah tahap penggunaan IT ataupun internet rakyat Malaysia masih lagi rendah?
Adakah masanya belum lagi tiba bagi mereka untuk “boost” produk/perkhidmatan melalui internet?

Hari ini kita akan berkongsi sedikit info yang mungkin boleh dijadian sebagai bacaan santai di hujung minggu. Info ini tidaklah tepat 100% kerana ianya sekadar pemahaman aku sahaja. Jika ada yang ingin menambah, silakanlah berbuat demikian di ruangan komen. Sharing is caring…
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

duit-online.gif

Blogger adalah satu pekerjaan ataupun gelaran yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ianya tidak memerlukan sebarang SIJIL ataupun KELULUSAN yang rasmi dari mana-mana organisasi.

Untuk menjadi seorang blogger bukanlah satu hal yang sukar kerana ia tidak tertakluk di bawah apa-apa akta. Ia BEBAS dari segala kekangan termasuklah dari segi agama dan juga undang-undang dunia.

Sama ada kita percaya atau tidak… blogging kini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan sama ada kita sedari atau tidak, aktiviti blogging kini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang boleh memberikan keuntungan.

Menjadi seorang blogger sebenarnya dapat mendidik diri kita menjadi seorang yang tahu menilai erti masa. Tiada lagi masa terluang yang akan dibazirkan begitu sahaja.

Dengan adanya aktiviti blogging, kita juga akan menjadi seorang yang positif dari pelbagai sudut. Kalau dulu kita seorang yang malas membaca, apa yang akan terjadi sekarang adalah sebaliknya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

PayPerPost kembali lagi !!! Mari kita buat duit !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 28, 2009 online

payperpost-v4.JPG

Seperti yang kita sudah sedia maklum, salah satu cara bagi seorang blogger menambah pendapatannya adalah melalui sponsored post. Ini adalah cara yang lazim untuk seorang blogger dalam “mencari makan” melalui blognya sendiri. Cuma ramai di kalangan blogger MALAYSIA yang masih lagi kurang jelas dengan bisnes sponsored post ini.

Jika ada yang “takut” untuk membuat sponsored post, maka ini bukanlah catatan yang sesuai untuk mereka baca kerana sponsored post sebenarnya adalah satu KAEDAH yang amat penting bagi pengiklan untuk memberikan pendedahan terhadap barangan/perkhidmatan mereka sendiri.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Realiti dan Fantasi.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: May 26, 2009 online

Asyik bekerja jer… sekali sekala kena dapatkan hiburan jugakan?
1. Jangan kutuk aku.
2. Jangan tanya kenapa lagu ini dipilih.
3. Jangan dipersoal kaitan lagu ini dengan hidup aku.
4. Ini hanyalah sekadar hiburan sahaja.
5. Entri ini tidak memerlukan sebarang komen… (tak payahlah komen yea… :D )

Layan… layan… layan…!!!

p/s: busy… busy… busy… ini sahaja yang terlarat untuk di update.

“I believe I can fly…”

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: May 21, 2009 online

blogging-top.gif

Saya sudah bosan dengan blogging.
Saya sudah jemu kerana tidak dapat melihat “pendapatan” melalui blogging.
Saya rasa semua orang yang menjana pendapatan dengan blogging sebenarnya tidak tetap pendapatannya.
Saya rasa blogging ini bukanlah satu pilihan kerana banyak yang berjaya dalam dunia internet adalah mereka yang menjual ebook dan juga yang membuat affiliate marketing.

Benar.
Rezeki dari blogging memang lain corak dan bentuknya kerana jalan yang dilalui berlainan dari mereka yang menjual ebook. Telah berkali dikongsikan yang dunia blogging ini lain dengan mereka yang menjual produk di internet.

Bagi mereka yang telah menghantar email dan agak “ragu-ragu” tentang dunia blogging ini, di bawah ini adalah antara entri yang mungkin boleh membantu:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Perhatian !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: May 21, 2009 online

Ini adalah satu berita yang mungkin sudah diketahui ramai dan mungkin juga ramai yang masih tidak perasan. Berita ini sebenarnya berkait rapat dengan tawaran yang pernah dibuat oleh rohaizad dot com untuk semua pembaca/pengunjung beberapa bulan lepas.

Sila flashback semuanya di sini dan juga di sini.

Sebenarnya, agak berat untuk hati ini menulis (macam drama swasta pulak ayat aku wehhh) akan perkara ini tetapi mahu tak mahu, ianya harus diberitahu kerana ianya melibatkan blog kita semua. Maknanya, bagi sesiapa yang telah hostkan domain/blog mereka di Cencero.com, ini adalah satu perkara yang harus di ambil perhatian.

Dahulu pada waktu aku mengambil keputusan untuk memberikan tawaran hosting $1.95 (untuk tempoh 12 bulan) kepada semua pembaca blog ini, aku telahpun berurusan dengan pemilik hosting ini (KIRSTY) yang beribu pejabat di London. Di bawah adalah screenshot email antara aku dengan Kirsty pada 24 Feb 2009:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Mari kita bersama-sama membantu Puan Nadzrah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: May 20, 2009 online

======================================================

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu tahniah di atas laman web saudara Rohaizad yg bg telah membuka hati ini untk bertanya dengan lebih lanjut lagi. Sebenarnya kakak nak meminta pandangan dan sekiranya ada cara untuk memulakan perniagaan secara online dalan mudah.com.my

Kakak ada melakukan perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti produk Yusmira, One Drop Perfume, Tuala Wanita Anion, tikar dan beberapa brg lagi. Masaalah akak sekarang ini kakak tak dpt nak mempromosikan brg-brg tersebut hanya jiran-jiran sahaja yg mengetahuinya.

Nak keluar berniaga memang payah memandangkan suami akak kena buat hemodialisis 3 x seminggu di mana akak yg menghantar dan mengambilnya. Disamping itu juga akak jadi pengasuh. Jadi mungkin adik Rohaizad ada cadangan atau macam manakah caranya untk berniaga secara online?

Adakah brg-brg seperti di atas boleh diniagakan secara online? Perlukah yuran bulanan untuk pengiklanan itu dan apakah prosedurnya?

Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
nadzrah75@yahoo.com

======================================================

Email ini aku terima 2 hari yang lepas dari Puan Nadzrah. Pada ketika aku membaca email ini, entah macam mana minda aku terus flashback pada saat aku jatuh bangun dahulu. Dipendekkan cerita, macam ada chemistry pulak dengan kehidupan aku.

Aku berniat untuk memberikan yang terbaik dari segi consultation tetapi aku juga sedar bahawa aku bukanlah orang yang sepertinya layak untuk memberikan khidmat rundingan sepenuhnya. Maklumlah… pengalaman aku tidaklah banyak, hanyalah sekelumit dari apa yang kalian ada.

Atas dasar itulah, aku telah meminta izin beliau untuk memaparkan kisahnya kerana aku PASTI ramai dari kalian yang mempunyai pengalaman hebat, pendapat dan juga pandangan yang bernas. Siapa tahu idea kalian semua boleh membantu beliau dalam menampung kehidupan beliau?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Virus Spam Yahoo Messenger…!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: May 19, 2009 online

Aku, Nikillas, Odin, Ahmad Ridzuan dan ramai lagi dalam list Yahoo Messenger dah terkena.. ARGGHHHHHHHHHHHHH……..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

virus.gif

Saperlah punya kerja nihhh!!!
Mangkuk betullll!!!!
Dah takder kerja lain agaknya….

Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

 

p/s: Tolonglah sebarkan perkara ini ya!!!
Kalau tidak, lebih ramai yang akan menjadi mangsa!!!

← Catatan sebelumnya