INFO: Personal Coaching.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Personal Coaching/Seminar Smart Blogging - Tarikh diterbitkan: May 5, 2009 online
Alhamdulillah… Personal Coaching yang telah dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas berlangsung dengan jayanya. Cuma untuk sesi kali ini, ada tetamu undangan yang sungguh segak dan selamba iaitu En Shaffik!
Iya… dengan rendah dirinya, aku telah menjemput blogger Shaffik Dot Com untuk berkongsi pendapat dan pengalaman beliau selama beliau bergiat dalam dunia niche blog network. Aku masih ingat lagi bagaimana beliau datang ke Personal Coaching pada bulan November tahun lepas. Dari kaca mata aku ini, memang semuanya agak “mustahil” kerana beliau tidak pernah mempunyai blog English sebelum ini.
Tapi oleh kerana semangat dan PERCAYA bahawa semuanya boleh dilakukan, maka beliau bermula dari ZERO! Dan semakin hari, hasil yang diperolehi semakin jelas. Lihatlah bagaimana selambanya beliau berkongsi sesuatu yang pada mulanya “mustahil” untuk dilakukan. Gambar di atas menunjukkan segala-galanya!
Baiklah.
Rasanya sudah tiba masanya untuk aku menerangkan dengan lebih terperinci mengenai Personal Coaching yang aku anjurkan. Kalau dahulu Personal Coaching ini dibuat lebih berbentuk “underground”, tapi sekarang beberapa maklumat akan dipinda supaya info yang lebih jelas dapat diberikan.
| Sepertimana yang telah aku katakan sebelum ini, aku akan memberi FREE PREVIEW kepada bakal peserta sebelum sebarang Personal Coaching di jalankan. Tujuan free preview ini diadakan adalah untuk menerangkan modul ataupun method yang akan diberikan sebelum apa-apa pembayaran di lakukan.Tetapi terdapat satu hal yang mungkin melambatkan semua perkara iaitu MASA. Ramai yang berkata mereka mempunyai masa untuk Personal Coaching tetapi mereka tidak ada masa untuk sesi free preview.Jadi untuk mengatasi hal ini, semua yang aku bincangkan di dalam FREE PREVIEW SESSION itu telah aku transformkan menjadi SYARAT-SYARAT. Lebih mudah untuk difahami dan mungkin selepas ini sesi FREE PREVIEW tidak perlu dianjurkan lagi. |
Selain daripada itu, aku juga menerima banyak email yang meminta supaya Personal Coaching ini dijalankan melalui Yahoo! Messenger:
Message:
saya berminat dengan coaching en rohaizad tapi on sesetengah topic saja, untuk pengetahuan en rohaizad saya start blogging tahun 2006 tapi sampai sekarang masih takda income stabil dari blogging.
saya kat selangor, boleh ke kalau en rohaizad buat coaching melalui ym ke? harap dapat membantu.thanks
Message:
salam saya berminat dengan personal coacing saudara izad
tapi boleh bwat guna YM. Sb sy dok jauh. kedah tu…kalau belajar guna teamviewers. Ok x???
Sebenarnya, bukan aku tidak mahu terima kaedah Personal Coaching melalui YM atau sebagainya tetapi ianya memang MUSTAHIL untuk di lakukan. Aku perlukan peserta berada di hadapan mata aku untuk kepuasan mereka sendiri. Bukan tidak pernah di lakukan sebelum ini, tetapi at the end of the day… nama aku juga yang kadang kala menjadi mangsa.
Menjadi mangsa?
Iya… sebab mereka tidak “nampak” apa yang ingin aku sampaikan (walaupun menggunakan teamviewer). Bertolak dari situ, akan timbullah suara-suara sebegini:
“tak berbaloi aku bayar course ini!’ … “satu benda pun aku tidak faham”.
Jadi aku berharap sangat yang kamu semua faham situasi sebenar. Kalau hendak diikutkan, memang aku akan terima sebarang bentuk Personal Coaching termasuklah YM sebab semuanya itu adalah DUIT. Tapi aku ini orang meniaga dan aku selalunya berniaga for a long term purpose.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, kamu boleh bertanya kepada mereka yang pernah mengikuti Personal Coaching sebelum ini. Aku pasti jawapannya adalah SAMA iaitu “tidak boleh” kerana ada sesetengah perkara yang aku akan tunjukkan secara LIVE dan ini amatlah SULIT. Apabila dikatakan SULIT, maka penggunaan teamviewer adalah sesuatu yang boleh aku katakan sebagai “tidak sesuai”.
Sila rujuk maklumat terbaru di bahagian Personal Coaching.
*** Untuk blogger baru ataupun beginner blogger, di sarankan untuk kamu supaya memperkuat asas blogging terlebih dahulu. Bukan memandang rendah, tetapi aku PERCAYA jika asas kita kuat… lebih mudah untuk kita buat apa sahaja. Insya Allah.








Insyaallah aku pergi juga next class kalau dah dijanjikan rezeki aku… wish me luck
samdaddycools entri yang terkiniBeruk, Ayam dan Babi
btol tuh…kalau ada rezeki n panjang umur..maybe aku pon akan terpacul sama di sana…aku menunggu rahsia TLA nii..hehe
Kat na buat Personal Coaching ni…
pergh…gambar kawan boleh kuar pulak dalam blog ni…hehehehhe…
err…kalau agak2 video conference bley ka?
syabas buat rohaizad dan shaffik kerana sudi berkongsi ilmu anda bersama.
“ape yang penting? KERJASAMA!”
pcuserzs entri yang terkiniJugra Paragliding Accuracy World Cup 2009
Kuar pulak gambar aku…hehehehhee…anyways..good luck guy..semangat dan kesabaran itu yang penting..
hahahahaha. aku tunggu tony fernandes sponsor tiket air asia kat aku. hahahahaha.
p/s : Aku pun Arsenal. hahaha. Ko tak leh benci Arsenal bro. Sebab Arsenal yang akan memungkinkan Liverpool menang EPL nanti. Ha Ha Ha
memang nampak sempoi tunjuk ajar dari bro..taniah bro!
Macam biasa nampak pulak mamat kat dalm gambar tuh.. huh!
p/s: Arsenal ngan Liverpool sama-sama gigit jari tahun nih.. kuburkan jee laa angan-angan tuh.. ( Ayat-ayat membakar nih..heh)
nuaemans entri yang terkiniBukan senang nak senang – (Bahagian satu)
aku setuju. Jika asas kuat. Memang boleh pergi jauh dalam blogging nih.
Saya kena tingkatkan kefahaman mengenai satu dua perkara tentang SYARAT ASAS untuk join personal coaching nie ….kena cepat nie…
muda remaja berkongsi ilmu tu…bagus2…
Kujies entri yang terkiniGoogle Authority Listing : kujie
blog dan hosting sendiri dah ada… hahahaa. cukup syarat dah. bleh try coaching neh tahun 2020. hehehehe
Arsenal Kalah Lawan MU. Sedih Sedih. hahahahah
taukeys entri yang terkiniPelik Seram Dan Benar
[...] Personal Coaching. Memandangkan sesi free preview telah dimansuhkan (sila lihat diruangan berwarna jingga), mungkin aku terpaksa memperkenalkan satu lagi servis iaitu Mobile Personal Coaching kerana sudah [...]
Diulas pada May 9th, 2009 at 12:03 amBila tarikhnya personal coaching ni?
Akan diberitahu di dalam ruangan Personal Coaching nanti.
sempoi & selamba je PC tu..(‘”,)
rohaizad Reply:
October 8th, 2009 at 8:36 pm
Yup, memang selamba jer
No stress!
bagusla en rohaizad mempunyai personal coaching.. saya akan bercita2 seperti bro rohaizad untuk mengadakan personal coaching tu sendiri.. saya akan buat yang terbaik!
ajid87s entri yang terkiniCara Mudah Promosi Produk/Blog di Internet
rohaizad Reply:
October 8th, 2009 at 8:33 pm
Bagus tu
Bro, next punya biler lak? Sesungguhnyer aku x dpt pi x nie, sengkek giler. Nak mkn pun ikat prt nie. Kalau bln dpn buat lain bole? Kat maner pun x kisah.
rohaizad Reply:
October 8th, 2009 at 8:33 pm
Next punya seminar pada 18hb Oktober 2009 ini di UTM Skudai. Maklumat lanjut boleh di dapati di http://www.SeminarBlogging.com.
Thanks
Yg 18 nie mmg aku x dpt nak pi rasanyer. Br brenti keje maa… duit brenti pun lmbt lg kot nak dpt, tensen tahap gaban dah nie. Tergantung semua plan aku…
salam bro,
kalau aku saja2 nak join personal coaching leh tak..aku minat tapi zero dalam blogger ni…
rohaizad Reply:
April 28th, 2010 at 6:57 am
Saja-saja?
Hurrmm… kalau datang dengan niat untuk saja-saja dan bukan untuk belajar selok belok dunia niche blogging, buat rugi duit RM400 je Ryu.
Kan?