Pendapatan dari blogging – tiba masa menuai hasil.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 8, 2009 online
Let’s face the fact!
Tanpa usaha yang berterusan, apa yang kita lakukan pasti tidak akan menjadi. Tidak kiralah sama ada kita menceburi perniagaan offline mahupun online… usaha mesti diteruskan. Sebagai seorang full time blogger yang memanjang mencari lubang income di internet, usaha mestilah diiringi dengan semangat.
Semangat itulah nanti yang akan bertindak sebagai tulang belakang dan inilah yang memotivasikan diri aku sebagai seorang blogger selama ini. Untungnya menjadi seorang blogger adalah masa yang agak fleksible termasuklah mereka yang menjadikan blogging itu sebagai salah satu punca rezeki (part-time blogger).
Siapa di antara kalian di sini adalah seorang part-time blogger?
Jika ada, maka entri ini sememangnya KHAS untuk kamu!

Baiklah, hari ini aku ingin mengulas mengenai bagaimana kita sebagai seorang part-time blogger mampu mencari pendapatan tambahan tanpa sebarang tekanan. Benar, jika kita tahu “cara dan jalan” yang sesuai, maka di situlah kita akan dapat lihat dunianya yang sebenar.
Mungkin topik ini agak kelakar tetapi inilah yang terjadi pada aku sewaktu terumbang-ambing dalam dunia blogging. Bagi mereka yang masih lagi tercari-cari jawapan bagaimanakah seorang part-time blogger boleh menjana pendapatan, maka cubalah mengintai di ruangan Personal Coaching.
Jika kamu tergolong di dalam golongan part-time blogger yang memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam ruangan itu, maka aku dengan berbesar hati akan menunjukkan bagaimanakah seorang part-time blogger boleh menjana pendapatan tambahan melalui Personal Coaching aku nanti.
Benar, aku SAMA SEKALI tidak akan mengajar kamu untuk menjadi seorang full time blogger kerana itu tidak akan membawa kamu ke mana-mana. Kamu sudahpun mempunyai pekerjaan tetap bukan?
Ramai yang menghantar email bertanyakan apakah method yang diajar di dalam Personal Coaching. Sejujurnya, tiada apa yang di ajar kerana aku bukanlah seorang cikgu yang mengajar di dalam kelasnya.
Jadi kandungan sebenar Personal Coaching ini adalah RAHSIA bagaimana blogger bernama rohaizad menjana pendapatan dari blog-blog yang dia miliki. Terus terang, ianya lebih kepada advertising tetapi BUKAN ADSENSE.
Larat dan tak larat sahajalah kamu untuk menerima semua info yang dikongsikan nanti kerana aku akan tunjukkan 2 jalan iaitu JALAN SUSAH dan JALAN MUDAH.
Satu yang pasti, jika kamu memenuhi semua syarat-syarat yang telah diberikan… InsyaAllah kamu akan nampak betapa seronoknya dunia blogging ini.
Bercerita tentang keseronokan, ianya memang akan dirasai oleh seorang part-time blogger terutamanya apabila bayaran yang diterima dari advertiser di barat sana bertukar menjadi Ringgit Malaysia.

Di sinilah semangat semakin berkobar-kobar untuk menambahkan jumlah niche blog di dalam network kita. Walaupun pendapatan seorang part-time blogger tidak tinggi seperti eBayer, Adsense Master mahupun Affiliate Master, tetapi bagi aku itu semua adalah rezeki.
Walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk seorang part-time blogger tidak boleh menambah cabang pendapatannya. Aku sendiri pun pernah mencuba bidang affiliate Clickbank dan sekarang aku sedang dalam perjalanan untuk menceburi bidang eBay. Jadi aku perlulah membuat persiapan untuk belajar selok belok eBay pula nanti. Namun blogging tetap blogging. Simple`kan?
Setiap titik peluh, tenaga dan kudrat yang telah diberikan sentiasa mengajar aku supaya bersyukur selalu.

(Semua gambar di atas adalah payment yang baru diterima dari para advertiser. Dan aku baru sahaja keluarkannya dari Alrajhi Bank 2 hari lepas. Hari ini 8hb May, so there’s 22 days to go!!!)
*** Personal Coaching.
Memandangkan sesi free preview telah dimansuhkan (sila lihat diruangan berwarna jingga), mungkin aku terpaksa memperkenalkan satu lagi servis iaitu Mobile Personal Coaching kerana sudah ramai yang bertanyakan mengapa Personal Coaching hanya diadakan JB? Mengapa tidak di Melaka? Mengapa tidak di Negeri Sembilan?
Haaa… saper nak jawab tuh?
===> Insya Allah… tapi kalau aku nak ke tempat kamu, biarlah grouping kamu ada dalam 7-8 orang ye. Pakai laptop aku yang satu tu pun dah memadai. Yang penting, kamu dan group kamu telah memenuhi syarat-syarat yang diperlukan.









saya di mesir. leh datang?
gurau je..pas exam ni insyaAllah akan bmula karier sbg blogger dot com
amin
fuh, jauh tu Mesir…
bagi cukup korum pasti bro kita ni datang…
hoho…
fuh. makin berkobar2 semangat bila baca entri nih.
xdinafikan.. blogging memang masyuk!!! Alhamdulillah =D
Personal coaching kat Melaka ek. nanti aku cari orang lagi.
Salam bro, kalau sekitar bandar baru bangi boleh ?
omecool20s entri yang terkiniUcapan Tahun Baru 2009 Mohd Nizam
hohoho en zool nk tarik personal coaching dtg Melaka ke? bagus2.. nanti kalau berkemampuan nnt boleh join sekali.. tapi sekarang ni tgah krisis kewangan kaw2 la.. ohohoho
Satu persoalan yang sering bermain-main di pikiran seorang newbie “aku tak terror bahasa inggeris..boleh ke aku buat duit dengan blog?”. So, apa pandangan bro Ijad? Ye la kan kalau nak buat duit di luar neagara kena teror tulis omputeh..pasal dah tentu blognya content bahasa omputeh tu! Semoga pandangan bro Ijad akan menjadi panduan untuk newbie yang tak teror BI mengikuti jejak langkah kejayaan bro Ijad gak..
hoho. mobile la plak. hehe. Aku baru je withdraw sket. Nak beli sesuatu..
xde angan2 nak wat kat area KL ke? jauh sgt nk gi ke jb tu.alangkah bgusnya klu diadakan masa aku di utm dulu, huhuhu
zuhairys entri yang terkiniBACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN….
mobile coaching… bagus juga bagi yang terlalu jauh, apatah lagi kat Mesir tuuu.
Melaka personal coaching.. lagi senang aku nak turun.
Latest income.. aku ucapkan tahniah!
samdaddycools entri yang terkiniOne In the Million : Tomok tidak layak menang
Banyaknya duit bro rohaizad..hehhehe,kalau nak belajar ebay,boleh je belajar dengan saya,free of cas,hehehe,pernah gak dah ribu-ribu dengan ebay pada seketika dulu..
Kemudian berenti akibat kesibukkan..kalau nak belajar dengan saya,saya boleh ajar,free je..hhehehe,perkara dalam ebay benda paling penting adalah bagaimana nak tarik orang datang ke stor kita(macamananak buat?
adala… dan cara bagaimana untuk tarik traffik yang amai datang ke stor dengan cara yang mantap..hehehe,,tu je yang saya mampu katakan..
tapi tak layak lagi la nak jadi sifu..ramai lagi otai ebay kat luar sana yang power..kalau nak belajar boleh je,,tapi taknak kenekan bayaran dulu(sekarang duk sibuk sikit)…
melaka? kira ok la tu.
bile? keep me posted!
pcuserzs entri yang terkiniXS.MY : tinyURL and pinURL Alternative
..dah baca temubual dari Majalah IM, siap print lagi
dan pasal bahasa inggeris tu saya suka kata motivasi yang bro Ijad sampaikan “..buang pemikiran tentang wajib tahu bahasa inggeris untuk berurusan di peringkat antarabangsa. Minda sebeginilah yang membantutkan kemajuan diri kita. Apa yang penting, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih!” Thank’s bro!
salam,
ko hebat master
semoga lebih berjaya slps nie
shams entri yang terkiniHarimau Sumatera vs manusia
Mobile coaching sudah ada….hmmmm…menarik….bole mai turun kelate ko???…heheheh
Seronoknya wang bro ini.
Hihi…….
Bila saya dapat begitu.
Haha…..
wah..ada mobile coaching..menarik..boleh dicuba..huhu
amans entri yang terkiniNizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter
tahniah…bau pizza lah..hehe..
nanti2 bila aku dok dekat2, boleh la aku join. hehe
Uiii banyaknye duit..aku pun sedang tunggu transaction aku clear dari paypal…heehehehhe. Aku pun sama, sekarang dalam usaha membuahkan hasil dari blogging…itulah dunia baru aku..
takde ke sapa2 yang duk area KL nak arrange wat coaching ni kat sana?huhuhu
zuhairys entri yang terkiniNIZAR vs ZAMBRY…Pemenangnya ialah….
aik, mcm ada ilang posting jek..
kabur dah mata aku tgk duit.sat nak lap speck.huhuhu…kene join coaching nie
Eh aku baru baca.. Ramai gak orang nak buat kat Melaka ek… Aku rasa nak buat bulan 6 atau 7.. Kita buat area AYer Keroh.. Tapi apahal pun sesiapa yang nak buat kat Melaka try emel aku zzarizi[at]gmail.com gantikan [at] dengan @..
Kena confirmation …
salam bro…blehka trn dkt kuching serawak?..
saya pun nk jdkan kerjaya blogger ne sbg part tm…msh stdent lg…blhka cfu??…
[...] Sama ada kita percaya atau tidak… blogging kini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan sama ada kita sedari atau tidak, aktiviti blogging kini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang boleh memberikan keuntungan. [...]
Diulas pada May 29th, 2009 at 9:13 pm[...] US dollar dengan menggunakan Public Bank Debit Card, caranya sama. Jika ada yang menggunakan Al Rajhi Visa Debit Card… caranya pun sama [...]
Diulas pada August 6th, 2009 at 12:54 pm[...] yang tahu LINKBAIT tetapi “malas” untuk melakukannya. Sila lihat contoh di sini: – Artikel yang menggunakan kaedah LINKBAIT. (Asal artikel ini adalah artikel mengenai blogging, tetapi di pertengahannya… ada diselitkan [...]
Diulas pada November 10th, 2009 at 7:18 pm