RM-Saver PLUS – ini baru jimat minyak!!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: May 8, 2009 online

Masih ingat lagi dengan salah satu CATATAN PALING PANAS di blog ini mengenai minyak sawit sebagai pengganti minyak hitam kereta sedikit masa dahulu?

Baiklah, baru-baru ini aku ada menerima komen dari saudara Kazman. Di dalam komen itu, beliau telah berkongsikan pengalaman beliau sendiri dalam menggunakan minyak masak sawit sebagai minyak hitam kereta (sila scroll down ke bawah untuk membaca testimonial yang diletakkan di dalam komen). Satu sahaja perkataan yang aku boleh ucapkan untuk beliau ialah aku cukup RESPEK pada R&D yang beliau sendiri buat. Terima kasih kepada saudara Kazman dan diharapkan adalah pihak yang sudi tampil ke hadapan nanti untuk mengkajinya dengan lebih mendalam akan kelebihan minyak sawit kita ini.

rm-saver-plus.gif

Itu cerita pasal minyak hitam.
Hari ini, aku ingin bercerita satu lagi topik mengenai bagaimana kita boleh menjimatkan minyak petrol dan diesel pula. Walaupun petrol sekarang berada di dalam paras kemampuan (harga petrol rendah) tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berjimat. Lebih banyak penjimatan yang kita lakukan, lebih banyaklah wang yang kita dapat simpan.

Iya benar… memang harga minyak petrol rendah tapi ekonomi kita masih lagi terumbang ambing. Dan atas sebab itulah kita harus berjimat sebanyak yang mungkin. Dan produk yang satu ini MEMANG boleh membantu kita dalam menjimatkan kos penggunaan petrol yang kita gunakan setiap hari.

RM-Saver PLUS adalah produk ‘HIJAU’ berasaskan 70% minyak Kelapa Sawit dan 30% bahan aditif. Jika ada yang belum pernah dengar ataupun dengar sambil lewa tetapi masih berminat untuk mengetahuinya, maka itu adalah satu langkah yang bijak kerana TV3 dan TV1 pernah membuat liputan mengenai produk ini. Mari kita tonton liputan mengenai produk ini sebentar:

RM-Saver PLUS adalah satu produk yang sememangnya mempunyai JAMINAN yang tinggi. Jika tidak, AIG (American Insurance Company) tidak akan sanggup untuk mengiinsurankannya sehingga RM 2.5 JUTA!

Ibarat Tongkat Ali bagi enjin motor dan kereta kita, produk ini juga boleh menjadi “Tongkat Ali” untuk poket kita. Mana tidaknya, selain dari kita dapat menjimatkan kos petrol dan diesel, kita juga berpeluang untuk menjadi usahawan sekaligus menambahkan pendapatan kerana mereka telah menyediakan satu pelan pemasaran yang sungguh berbaloi untuk dicuba.

Aku sudahpun melihat pelan pemasarannya dan yang pasti, pendekatan yang syarikat ini guna bertepatan sekali dengan keperluan rakyat Malaysia yang sudah menjadikan internet sebagai satu medium untuk menjana pendapatan. Bagi mereka yang mempunyai blog, inilah masanya untuk menjana income secara sampingan. Berbanggalah dengan produk kelapa sawit yang dibangunkan sendiri oleh rakyat Malaysia.

Oh ya, aku lihat di dalam web mereka bahawa Plan VIP sudahpun dilancarkan pada 10 April 2009 yang lepas. Semua ahli lama perlu mendaftar semula untuk menyertai program ini dan jika ada yang bertanyakan bagaimana pelan pemasaran mereka, mereka bolehlah melihatnya sendiri di RebetMinyak.com/jjs.

Produk ini MENGARUT!!!!!!!!!!
Makin menjahanamkan kereta aku nanti adalah!!!!

Sabar bang…. sabar kak.. sabar pakcik.. sabar pakcik… rileklas sedikit. Ini bukan produk “cap ayam”. Kalaupun tidak tahu mengenai produk ini, jangan terus berkata begitu. Sebab orang di barat sana pun dah mengakui akan kehebatan produk ini.

Dan dengan bangganya aku sebagai anak tempatan, ingin sekali aku berkongsi info yang boleh membuatkan semua pihak berasa lega. Tahukah kita bahawa produk ini sudah mendapat pengitarafan EURO 4, yang mana kajian telah dilakukan setiap kenderaan yang mengunakan RM Saver akan bertahan jangka hayatnya sehingga 30 tahun tanpa overhaul Enjin!!!???

Don’t play-play haaa.. produk ini sudah dibangunkan R&D nya selama 7 tahun sebelum menembusi pasaran Thailand, Filipina dan juga yang paling penting, Singapura!

Haaa… kalau tak percaya, pergilah survey, try, test, tengok dan apa-apa jelah dari laman web rasmi mereka. Kalau tidak percaya lagi, pergilah ke kilang mereka. Kalau tidak percaya lagi, tanyalah pada SIRIM sebab memang produk ini dah mendapat kelulusan dari mereka.

Okay sekarang berbalik kepada blogger yang memang business minded. Mengapa tidak mahu mengambil kesempatan ini untuk menjadi seorang usahawan kerana semua MARKETING TOOLS sudahpun disediakan? Siap dengan pendedahan dari TV3 dan TV1 lagi! Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah MEMPERKENAL dan MENJUAL`nya sahaja.

Berminat?
Lawat je web diaorang kat RebetMinyak.com/jjs. Apa barang asyik tengok kejayaan orang lain? Biarlah orang lain pulak yang tengok kejayaan kita.

Opsss… sebarang soalah bolehlah ditujukan khas kepada En Hafeez di talian 0166228401.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 10 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. titan said:

    hoho. kene try nih. haha. dia leh terima motor tak?

    Admin: Boleh… boleh…!
    http://www.rebetminyak.com/product-cara-guna.asp

  2. cookdong said:

    baca artikel ni dengan testimonial2 yang tak hype kat rebatminyak.com, boleh percaya :)

    Admin: Bangga betul aku dengan produk ni sebab buatan anak tempatan.

  3. samdaddycool said:

    ….. betul juga, lagi bagus kalau petrol yang murah dapat dijimatkan. kalau tak, masa petrol naik dulu sahaja orang sibuk cari alat penjimat minyak. Selagi boleh berjimat, kenapa tak nak guna kan? Duit yang jimat tu, boleh buat beli pisang goreng petang-petang kan.. :P

    samdaddycools entri yang terkiniLada dan tomato : serius aku nak jual

    Admin: Lagi banyak jimat, lagi banyak saving kita.

  4. shah said:

    kebetulan lagi!!
    sy br je beli produk ni ahad lepas dan
    terus mencubanya pd van ayah sy
    hasilnyaa?wow!!
    mantop!!!
    recommend!

    Admin: Wahhhh!!! Dah gunakan rupanya.. cayalah!

  5. taukey said:

    hehehehe. Kita lancarkan kempen Jom Jimat Minyak…

    Admin: Boleh takdak hal.

  6. yasir said:

    uish…betul ke leh jimat sampai 80%?tinggi giler….
    p/s : ni review berbayar ke bro?huhuhu….

    Admin: Antara 50% hinggga 80%.

  7. taukey said:

    mmg leh jimat nyer. sebab dia ubah molekul molekul dalam minyak petrol tu. jadi secara tak lansung pembakaran berkesan, enjin power, jimat minyak

    Admin: Haaa…. macam mana aku tak review macam apa yang tulis nih? Bagus betul ko ni Taukey. Ni mesti dah pernah jual produk ni kan? :) huhuhuhu

  8. BAGAk said:

    Terkesima membaca produk review. Bravo

    Kejap lagi kita daftar

    Admin: Terkesima? Lama benor aku tak guna perkataan tuh… :D

  9. chan said:

    salams..chan here…syiok bborak..
    nampak cam bagus je barang nie..nk cr kt pasr raya tarak..macam mau try je..

    tp kna tgu kerete kuau dari bengkel..tak sabau mau try..

  10. [...] Teknik Pemasaran. – Pakej Lumayan. – RM-Saver Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review [...]