Ingin beriklan? Sila klik di sini


Emak aku dan aku anaknya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: May 14, 2009 online

Aku rasa ada satu peristiwa yang harus aku ingat dan bawa sehingga akhir hayat aku berkenaan kelahiran aku ke dunia ini. Terus terang aku katakan yang aku sesekali tidak berasa malu untuk menceritakannya kepada semua orang hatta kepada Perdana Menteri sekalipun.

Malah aku rasa Perdana Menteri pun tidak dapat merasai pengorbanan yang diberikan oleh emak dan ayah pada waktu aku dilahirkan!

Aku dilahirkan pada tanggal 2hb Mac 1979 pukul 3.00 pagi di kawasan perumahan setinggan. Iya… aku maksudkan benar-benar rumah setinggan zaman 70`an. Gambar rumah setinggan itu ada lagi dalam simpanan arkib keluarga.

Buat pengetahuan semua, aku dilahirkan dalam keadaan yang gelap iaitu tidak berlampu. Memang tiada lampu! SATU YANG PASTI ketika aku dilahirkan, ayah cuma ada 20 sen sahaja dalam tangannya !!!

Begitulah sesaknya kehidupan keluarga yang ayah cuba bina pada waktu itu. Aku juga diberitahu oleh emak dan ayah bahawa ketika mak bidan menyambut aku ke dunia ini, aku keluar dari rahim ibu dalam keadaan bersarung dan berselaput. Dalam banyak-banyak anak, memang aku seorang sahajalah yang dilahirkan dalam keadaan begitu. Agaknya dulu ayah suka tengok cerita Alien kot… maybe.

Ayah memang seorang HERO kerana dia sungguh GENTLEMAN sebab sudi mengambil emak menjadi isterinya yang ketika itu ditinggalkan dengan status JANDA beranak 3. Memang aku cukup respek dengan ayah.

Ermmm…. sekarang nyatakan berapa keratkah lelaki di dunia ini yang sanggup kahwin dengan janda beranak 3? Dahlah 3 orang anak, semuanya perempuan pulak tuh! Apa macam? Ada yang sanggup? Ada berani?

Tapi oleh kerana catatan hari ini ditulis khas untuk emak sempena Hari Ibu, maka aku akan ceritakan lebih sedikit mengenai emak. Sorrylah ayah… ayah punya giliran lain kali yek. Hahahahah

Baiklah.
Emak adalah seorang yang cool orangnya. Sampai sekarang aku masih lagi tidak dapat meneka sejauh mana tahap cool mak sebab aku sendiri pun kadang-kadang hangin satu badan. Emak juga memang handal memasak dan kalau ditanya di kejiranan aku ini, semuanya akan kata “air tangan” mak memang sedap.

Mana tidaknya, hampir 20 tahun masyarakat di sini membesar dengan sarapan, kuih muih serta nasi lemak yang emak ayah jual. Yang dahulunya kecil, sekarang telah besar panjang – dah kahwin dan telah beranak pinak pun. Semuanya membesar dengan makanan yang mak masak.

Tapi itu bukanlah sebab utama mengapa aku sayang mak. Sebenarnya, emak banyak menyimpan rahsia aku sewaktu sekolah dulu. Perkara paling best sekali bila keputusan peperiksan aku teruk kerana di sinilah bermulanya peranan emak yang sangat aku perlukan.

Kalau result baik, aku dengan selamba je memberikan report card itu pada ayah. Tapi kalau merah je memanjang, maka aku akan keluarkan report card itu pada waktu pagi sebelum pergi sekolah untuk diberikan pada mak supaya mak sign. Masa itu, memang ayah tak sempat punyalah nak belek report card aku tuh sebab kalau dibelek juga, memang alamat lambatlah aku ke sekolah!!! Kira lepaslah azab masa tu (itu semua skill….. hahahahah).

Selain dari perkara nakal itu semua, aku juga adalah seorang anak yang tidak kurang hebatnya. Hebat di sini bermaksud aku ni memang boleh tahan degilnya. Kalau nak diikutkan, memang dah banyak dah emak makan hati dengan perangai aku. Tapi itu semua pada ketika aku belum kenal makna seorang “anak lelaki”.

Di pendekkan cerita, pada ketika aku kecil dan tinggal bersama-sama dengan semua ahli keluarga yang lain, memang aku lihat dunia ini indah belaka. Pada ketika semua kakak aku belum berkahwin dan berkeluarga, semuanya aku balun. Erti “seorang anak lelaki” masih belum matang dalam hidup ini tetapi apabila kakak-kakak telah mempunyai keluarga sendiri, tanggungjawab itu semakin terasa di bahu.

Dan pada ketika inilah aku mula belajar dan mengerti jiwa seorang anak dan jiwa seorang emak. Tiada apa yang dapat aku lafazkan kecuali satu kehidupan yang jelas di hadapan mata ini. Kadang-kadang rasanya macam tak nak kahwin sebab nak bela emak dan ayah.

Lagipun, dah banyak kisah yang terjadi di hadapan mata aku ni. Bila dah kahwin, mak bapak terbiar. Kena pulak kalau bakal isteri itu orang jauh. Lemah betul bila tengok kejadian sebegini berlaku di hadapan mata.

Arghhh… pedulikan kerana itu semua hanyalah perasaan dan kata hati aku saja. Itu semua kisah di luar cerita.

Sekarang cerita yang aku nak sambung ini adalah kisah yang amat penting di dalam hidup aku dan ianya terjadi sekitar beberapa tahun lepas. Disebabkan kedegilan aku untuk berniaga dan menjual ikan bakar, emak telah dimasukkan ke wad kerana asap dari arang ikan bakar itu telah membuatkan paru-parunya berkuman.

Kalaulah pada malam kejadian itu aku tidak dengar emak batuk tanpa henti di dalam biliknya, aku tak tahulah apa yang akan terjadi. Hendak ditakdirkan, memang malam tu aku tak boleh tidur dan hanya menonton televisyen sampai pagi. Lebih kurang pukul 2.30 pagi, aku masih lagi mendengar emak aku batuk. Iya… batuk yang sayup-sayup kedengaran.

Sebenarnya, aku faham mengapa bunyi batuk itu kedengaran sebegitu sayup. Emak memang menahan batuknya supaya tidak mengejutkan anak lain yang sedang tidur. Dan lebih pilu lagi, emak SENGAJA menahan batuknya agar suaminya di sebelah iaitu ayah tidak terjaga dari tidurnya. Sungguh mulia hati emak.

Walaubagaimanapun, hati aku yang sungguh tidak sedap ini semakin risau kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi dan batuk mak masih belum berhenti. Dan dari perasaan itulah aku meluru masuk ke bilik emak.

Setelah dibuka pintu bilik emak, hati aku sungguh sebak!!!

Ya Allah….. sedihnya waktu itu apabila melihat emak memapah sambil memegang bucu katil semata-mata untuk melepaskan batuknya di hujung sana. Dalam waktu yang sama aku lihat ada satu baldi di tepinya tetapi apabila ditanya, emak hanya menjawap itu baldi untuk dia muntah jika perlu.

Aku tidak nampak muntah di dalam baldi itu kerana lampu dimmer yang dipakai agak gelap. Kemudian, aku terus duduk dan mengurut belakang emak agar batuknya reda dan nafasnya kembali normal. Hampir sejam aku mengurut belakang emak dan akhirnya, emak pun muntah di hadapan mata aku dan dalam kegelapan itu aku lihat muntahnya agak lain bentuknya!

Apalagi, aku pun terus buka lampu bilik mak dan kali ini ianya cukup untuk membuatkan aku menggigil sebab muntah emak berwarna merah seperti darah!

Dengan tidak membuang masa, aku terus kejutkan ayah dan ambil kunci kereta untuk ke hospital. Sampai di hospital dan lebih kurang sejam selepas itu, aku nampak ayah keluar dari wad Emergency tu. Ingatkan dah boleh pulang tapi alangkah terperanjatnya bila di belakang ayah kelihatan emak sudah terlantar di atas stretcher!

Tidak sampai seminit, satu ambulance pun sampai untuk bawa emak ke wad yang lain!

Aku sempat melihat dada emak ditebuk (ada tiub) dan muka emak ditekap dengan oksigen mask, dan bermacam-macam lagi benda tergantung di sekeliling stretchernya tu. Apa yang sedang berlaku ini? Mengapa boleh jadi begini?

Takkan sampai begitu teruk sekali batuk emak?
Ya Allah… aku tak sanggup untuk melihat segala yang ada di hadapan mata dan aku tahu emak terlalu lemah untuk menghadapi semua ini !!!

Rupanya sakit emak sudah sampai ke tahap kronik dan keputusan aku menghantar emak memang tepat kerana jika tidak, lagi teruk paru-paru emak dijangkiti kuman kerana ianya boleh merebak. Selama ini andaian emak yang menyangka batuknya adalah batuk biasa rupanya salah sama sekali. Dan kami tahu selama ini emak merahsiakan sakitnya kerana batuk itu memang menyakitkan dadanya!

Esoknya, aku diberitahu oleh doktor yang memang benar paru-paru emak sudah dijangkiti kuman. Itu dah cukup untuk membuatkan aku rasa bersalah sebab aku tahu semua ini berpunca dari asap ikan bakar yang aku jual. Carbon dari kayu arang yang kotor itu memang telah menyerang paru-paru emak. Even doktor pun suspect emak kuat merokok sebelum mengetahui perkara sebenar.

Agak lama emak ditahan di hospital dan selama waktu itu, aku sudahpun mengambil keputusan untuk berhenti berniaga. Sejak peristiwa itulah aku telah menanam tekad untuk memberikan yang terbaik untuk emak. Mulai hari itu jugalah aku berazam untuk merubah nasib aku sendiri.

Sebab apa?
Sebab aku tidak sanggup melihat ayah murung memikirkan isterinya yang sedang sakit itu. Ayah menjadi semakin pendiam selama emak di hospital. Aku lihat ayah seperti dah berubah walaupun aku tahu hati ayah cukup tabah.

Dan buat bertahun-tahun lamanya dari aku kecil sehinggalah aku berusia 25 tahun, aku dan ayah tidur bersama di ruang tamu. Syahdu sekali rasanya bila tidur dengan ayah setelah bertahun tidur asing di bilik sendiri. Terbayang pula masa zaman kecil aku di dodoikan oleh ayah … arghhh… sebak…. sebakkk…!

Kenyataannya, ayah tidak sanggup tidur di dalam bilik seorang diri sedangkan isterinya masih terlantar di hospital. Kakak yang lain semua di hospital menjaga emak. Nasib baik ada kakak sebab anak lelaki tidak dibenarkan duduk di samping emak kerana itu wad perempuan.

Walaupun aku anak yang ke-5 dari 7 adik beradik dalam keluarga, tetapi aku adalah anak lelaki yang pertama. Jadi dalam apa-apa hal, memang anak lelaki yang harus ke depan.

Anak lelaki`lah yang harus menjadi benteng keluarganya. Jika anak lelaki itu sudah berkahwin, isteri dan anaknyalah yang akan dipertahankan. Jika dia belum berkahwin, nama emak dan ayahnya yang wajib ditatangkan.

Aku harus menjadi benteng kepada semua yang berlaku dalam keluarga ini sebab emak dan ayah sudah seharusnya berehat di waktu hidupnya dimamah usia.

Mungkin inilah yang aku cari selama ini iaitu kerjaya sebagai seorang full time blogger. Aku sentiasa berada di rumah untuk melihat dan menjaga emak ayah. Emak sekarang semakin sebati dengan apa yang aku lakukan.

Kalau dulu dia sentiasa mendengar orang mengata anak lelakinya ini tidak berguna sebab duduk di rumah sepanjang masa, tetapi kini hanya emaklah yang paling memahami kerjaya aku.

Ayah pula sekarang semakin fasih menyebut perkataan blogger dan blogging. Dah pandai dah….. bukan main lagi dia bila ada cerita mengenai blogger di suratkhabar… cehhh. Maklumlah, anaknya juga seorang blogger .. hnss…hnnss…hnnsss… :D

Bukan itu sahaja, jika emak boring dan emak ingin pergi berjalan, aku hanya perlu padamkan laptop dan terus start enjin kereta. Aku akan bawa emak ke mana sahaja yang dia suka. Kalau dia kata esok dia nak ke Melaka lawat kubur arwah nenek, aku cuma cakap OK. Kalau esok dia kata dia nak pergi Penang ke rumah anaknya yang satu lagi, aku cakap SET! Takde hal!

Ada ketika, aku bawa emak dan ayah pergi menonton wayang. Apa barang beb kalau berani bawak awek tapi malu bawak mak bapak tengok wayang`kan?

Aku tidak malu untuk memegang tangan emak ketika kami berjalan-jalan. Hanya itulah yang aku mampu buat untuk tunjukkan yang aku masih lagi mempunyai emak dan ayah. Biarlah orang kata aku ni manja atau anak emak, aku tidak peduli.

Pada aku senang sahaja, jangan sampai bila emak dah tiada barulah kita rindu untuk melakukan perkara-perkara itu semua. Jangan bila ayah kita dah tiada, barulah kita sedar yang banyak perkara sebenarnya kita boleh lakukan bersama ayah ketika beliau masih hidup!

Bila itu semua terjadi, ianya sudahpun terlambat sebab tiada makna lagi walaupun menangis air mata darah. Hakikatnya, kita hanya ada seoarang ayah dan seorang sahaja emak.

Aku sayang ayah dan emak aku!
Selamat hari Ibu mak!!!!

Dari anakmu yang degil,
rohaizad dot com


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 39 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Pn Lisa said:

    dan balasannya Tuhan sentiasa murahkan rezeki anda :)

    Pn Lisas entri yang terkiniDi mana saya sekarang?

    Admin: Sama-samalah kita ye :)

  2. Shaffik said:

    Memang bro..jasa ibu tak boleh dibalas lagi..banyak jasanya kepada kita semua…tapi pandai eh ko cover bab peperiksaan tu..baik punyer cilok…

    Selamat hari ibu…

    Shaffiks entri yang terkiniWabak Meningitis Amat Merbahaya.

    Admin: Itu tu kira okay lagi. Yang tiru tandatangan emak aku, lain plak ceritanya. ekekekeke

  3. ajie said:

    sedihnya ijad baca cerita hidup ko…
    aku pun macam ko..membesar dlm keadaan yg biasa2….
    tak mewah…tp cukuplah ada kebahgian…
    dan aku teramat respek pd abah dan emak aku yg berkorban apa sj demi anak2…bila dah kerja ni..timenila kita balas jasa mereka…kalo bukan dgn wang, cukuplah dengan perhatian pada mereka…doakan kesejahteraan mereka…aku akan ingat pada doa sorang anak yang soleh dan taat kepada ibubapanya membantu ibubapanya diakhirat kelak..itulah amalan yg takkan putus2…Insya Allah

    selagi mereka ada di dunia ni..jagalah mereka sebaik2nya…tiada harta yg lebih bernilai selain kasih sayang mak bapak…

    Selamat sejahtera atas kedua Ibu Bapa kita…amin

    Admin: Yup, masa diaorang hiduplah kita dapat tunjukkan kasih kita. Kalau dah tiada, dah takde apa yang nak dicakap lagi dah… setakat doa dan doa.

  4. fadil said:

    wakakaka! kejap aku baca sedih kejap kelakar. Memang ko ni sama ngan aku la branak kat setinggan. Hidup setinggarden. muhahaha! anyway aku terharu ngan cerita ko. sama-samalah kita jaga ibu bapa selagi mereka masih hidup. Tapi yang last paragraph tu teruja skit. “Aku sayang ayah dan aku sayang emak aku!” Bile ko kawin jad? huhuhu.
    Anyway “Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu si luar sana”. :)

    Admin: Aiseymen, salah taip laa… saya= sayang. Apa pun, hidup mesti diteruskan

  5. Hisam said:

    Bro…

    ko dah buat aku nangis,
    aku belom dapat balas jasa mak aku,
    aku belom puas melihat mak aku ketawa,
    aku belom puas unagkap kata2 asyang kat mak aku,
    aku belom jadi anak yang berjasa pada orang tuanya,

    terima kasih atas peringatan ini.

    Thanks Bro, Thanks.

    Admin: Aku pun belum puas nak gembirakan hati mak aku. Mungkin dia lebih gembira bila aku kahwin kot… hahahahah

  6. titan said:

    haha. aku pun laki sulung maa..aku faham apa yang ko rasa..hehe :)

    Admin: Haaa…. tau takper… memang kena jadi hero beb. Kalau tak, tak guna dapat title anak lelaki sulung tuh.

  7. samdaddycool said:

    ..Pertamanya, aku suka cara ko bercerita tanpa segan silu menceritakan kesusahandan kepayahan hidup setinggan. Bukan macam tipikalcerita melayu dalam drama tv, hidup dlm mewah, kereta tak ingat besar, bini besar, skandal sana sini (cukup kot aku membebel)..

    Kedua, aku terharu dgn kesanggupan ko utk cuba menjadi anak yang soleh, mecari yg terbaik utk ibu ko.

    Ketiga, sama-sama kita berdoa untuk menjadi anak yang soleh, menjadi bekalan kepada kedua orang tua di alam kubur.. amin.

    samdaddycools entri yang terkiniVoucher Seng Heng Percuma RM500

    Admin: Perghh.. Sam, ko ni buat aku rasa macam dalam kelas Ustaz Razif laa… (Ustaz Razif ni memang akan buatkan aku cuak kalau duduk dalam kelas dia masa kat sekolah agama dulu).

  8. Nuar said:

    Oit Jad! Dalam banyak2 post ko, aku rasa post ni la yang buatkan aku rasa nak balik kampung malam ni gak! Rindu dgn orang tua aku tetap ada, walaupun dah beristeri.

    Apa pun, selamat hari ibu buat ibu aku dan semua ibu2 yang ada di luar sana.

    Admin: Cehhh.. bukan jauh pun Negeri Sembilan. Baliklah wehhh… aku tau ko kalau drive dari Negeri Sembilan ke JB ni satu jam je! Giler rempit betul. :D

  9. alang said:

    Hidup dgn restu mak ayah ni, lain rasanya, Kadang2 tu, walaupun duit tak banyak, tapi hati rasa tenang jer. Dah tu, macam Pn Lisa cakap, rezeki memang murah.

    Saya pun macam rohaizad, asal dari keluarga susah. Dan walaupun sekarang saya tinggal jauh dari mak ayah saya, tapi saya tak lupa diorang. Saya belikan rumah yg lebih selesa utk diorang tinggal, dan hantar duit utk belanja tiap2 bulan, walaupun saya sendiri kadang2 tak cukup duit.

    Admin: Dah memang adat anak lelaki… tapi pengorbanan itulah yang terdaya kita lakukan untuk mereka yang dah melahirkan kita. Yang seronoknya, doa mereka itu selalunya dimakbulkan Allah. Itulah pintu rezeki kita… semakin luas gamaknya.

  10. adclie said:

    (UTK PEMBACA dr golongan ibu..SELAMAT HARI IBU..)

    Orang kata aku lahir dari perut mak..
    (bukan org kata…memang betul)

    Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
    Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak
    Bila bangun tidur, aku cari…. mak
    Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
    Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak
    Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
    Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
    Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak
    Aku selalu teringatkan …. mak
    Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
    Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
    Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
    Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak
    Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
    Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
    Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
    Yang selalu berleter kat aku… mak
    Yang selalu puji aku…. mak
    Yang selalu nasihat aku…. mak
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

    Aku ada pasangan hidup sendiri….

    Bila seronok, aku cari….pasanganku
    Bila sedih, aku cari…. mak

    Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
    Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

    Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat…. emakku

    Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

    Selalu.. aku ingat pasanganku
    Selalu.. mak ingat kat aku

    Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
    Entah bila… aku nak talipon mak

    Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

    Renungkan:
    “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
    mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
    Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

    Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
    MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
    berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
    berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
    berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
    berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
    berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
    dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……
    Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

    1) Tolong pergi kedai : RM4.00
    2) Tolong jaga adik : RM4..00
    3) Tolong buang sampah : RM1.00
    4) Tolong kemas bilik : RM2.00
    5) Tolong siram bunga : RM3.00
    6) Tolong sapu sampah : RM3.00
    Jumlah : RM17.00

    Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
    1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
    2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
    3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
    4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
    5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
    Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

    Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
    “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

    Admin: Haaaa.. baca.. baca jangan tak baca… :D

  11. Itulah kehidupan … aku pn anak sulong.4 beradik semua lelaki.Hu3x

    Terima kasih atas peringatan yang tidak ternilai bro … xmampu kita nak membalas jasa Ibu dan Ayah.

    Admin: Betul tuh.. betul…

  12. pcuserz said:

    huh… tersentuh baca kisah hidup ko jad.
    semoga ko jadi anak yang soleh.
    dapat isteri yang solehah. (amin…)
    “kasih ibu membawa ke syurga,
    kasihnya ayah berkorban harta.”
    bila da ada anak sendiri,
    nnt ko tahu macamana perasaan jadi ibu bapa.
    segala2nya ko usahakan utk anak2.
    kepentingan diri diketepikan utk anak2.
    nnt ko tahu apa ertinya “bagai menatang minyak yang penuh”
    Selamat Hari Ibu!

    pcuserzs entri yang terkiniMother’s Day : Google Doodle

    Admin: Fuhhh… mendalam sungguh ayat-ayat ko nih…

  13. samdaddycool said:

    kalau ko jumpa Ustaz Razif, kirim salam kat dia.. :P

    samdaddycools entri yang terkiniVoucher Seng Heng Percuma RM500

    Admin: Boleh.. boleh… tapi kalau boleh tak nak terserempak… kena khutbah aku nanti. Hahahahah

  14. bedot said:

    1st komen setelah beberapa lama polo blog ni..
    mmg haru.. meremang + genangan
    aku pun nak jd cam ko le bro..

    bedots entri yang terkiniMembuat Teks dan Banner (Marquee)

    Admin: Uiksss… takyah ler wehhh… jadi diri sendiri lebih bagus dan lebih best! :D

  15. Nuar said:

    Heheh aku baru perasan, ni lagu yang ko selalu nyanyi kalo gi karaoke selain lagu Putra tu…hahah

    Admin: Bukan daaa… yang aku menyanyi melalak tu lagu kumpulan BAJI …

  16. kakeru said:

    Salam Rohaizad,
    Kisah benar yg mengharukan sempena Mother’s Day.
    Selamat Hari Ibu buat emak dan semua ibu2 di dunia ni :)

    Admin: Ye ke mengharukan? Adehh… tak sangka pulak kisah silam macam gini boleh memberikan kesan. Kesian mak masa dia sakit. Jadi bagi anak-anak yang dah puas merantau tu, baliklah ke kampung halaman ataupun rumah orang tua. Jangan sampai tak “sempat”…

  17. twenty-six said:

    terharu aku baca mengenai keadaan ko dahulu…tapi lebih hebat kerana kau tak lupa untuk membalas semua jasa emak kau dengan menyenangkan hatinya..kasih ibu membawa ke syurga..

    Admin: Aku hebat? Tidaklah… tapi aku nak jadi HERO macam ayah aku. Kalau dia tak mengambil keputusan untuk berkahwin dengan mak aku yang janda beranak 3 tu, maka aku tidaklah lahir ke dunia ini… Terima kasih ayah!!! (Jangan ada sesiapa yang menghina emak ayah aku, kalau ada akulah orang pertama yang akan sekolahkan orang tu!)

  18. abgzol said:

    ..seronok, sedih & tersedar bila baca post bro kali ini. Ingat lagi masa kecik2 dulu saya pernah kena sebat oleh mak dengan tali pinggang & getah hos paip kerana terlalu nakal. Tapi kerana sebatan itu ler saya menjadi ‘manusia yg tau diri’. terima kasih mak. tapi rasa2nya zaman sekrg kalau ada anak yg kena sebat oleh mak..alamatnya ‘report balai’ ler! Nasib baik dah takder talian ‘teledera’..manja sungguh anak2 sekrg..kena cubit guru pon nak buat report polis!!! Selamat Hari Guru 16hb Mei..ingat lagi saya pada pertanyaan seorg kawan “zolkie..rasa2nya berapa lama lagi mak & bapak ko berpeluang bersama ko? apa yg dah ko buat utk membahagiakan mereka?” uisk..tersentak beb dengan soalan simple tu! Pikirkan ler..

    abgzols entri yang terkiniIstimewanya Kau May..

    Admin: Dulu saya kena sebat dengan “batang kayu ubi” kat tepi rumah…! Pheewww.. berbilai-bilai sampai betis dengan paha ini dah macam funfair… berbelang warna merah. Tapi sebatan kayu ubi itulah yang membuatkan saya sedar yang saya ada seorang ayah yang bertanggungjawab. Ayah saya seorang HERO!! hahahahah

  19. Huhuhuhu…. sedihnya baca post yg ni….bergenang sedikit air mata ku…

    Tp yg sama aku dgn penulis blog ni, ialah semasa tunjuk kad repot..sama je taktik… tunjuk di awal pagi….heheheh

    Admin: Ramai juga yang terkesan dengan entri ini rupanya. Tapi tadi aku baca lagi sekali, rupanya air mata aku mengalir jugak. Adehhh…. sebak!

    Apalah aku nih, sendiri taip, sendiri sedih…

  20. ubey said:

    ades.. huhu. sedihnya. mmm. byk bnd2 silam mengajar kita. masa zmn kecik aku. lawan cakap mak. hehe. pahtu kene padah x setimpal. terbaring kt spital 3 minggu

    Admin: Hohohohoho…. itu daulat namanya. Tapi anak lelaki ini memang gitu caranya. Accident motor lah tuh… kan?

  21. milsum said:

    ape ni jad…!

    ko dh buat aku nangis….sob sob sob!

    hmmmmmak..!

    ps : aku anak lelaki sulong gak..

  22. Pokjat said:

    Cerita sedih betuila..adeh2..

  23. ernie said:

    syahdunya bila baca kisah awak

    ernies entri yang terkiniMeja

  24. kirin said:

    ijad…jika tak silap saya anak lelaki kalau dah berkahwin pun tanggungjawabnya tetap pada ibunya. Anak perempuan kalau dah berkahwin kene ikut cakap suaminya. Cuba tanya ustaz semula. wallauallam…

  25. siti said:

    walaupn sy lambat komen kt entri abg ijad ni sy xpeduli sbb sy bru je tbaca, tp mmg sedih gilalh, kau mmbt air mataku menitis, waaaaa, tharunyer, pengorbanan seorang ibu, n btauhnya seorang ibu y mpunyai anak sepertimu….ijad…sy begitu bbangga (smpi idung kembang) even sy xmengenali abg ijad dgn lbh dkt tp kte ni sma2 anak jati johor, pdk kata, sy begitu bbangga dpt mengenal penulis blog ni. Kau telah myadarkn diriku untuk mhargailh seorang ibu dan ayah selama mana hayat mereka kerana kita tidak tahu selama mana kita dapat bersama2 dengan mereka….mak, abah…aku syg padamu….thnks a lot abg ijad…wa caya sama lulh bro….

  26. fadzlihani said:

    Nampaknya sayalah orang paling lambat membaca entry ini. Cukup terkesan di hati dan membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk mejadi FULL TIME IM!

  27. syikin said:

    meleleh2 air mata aku..
    aku baru je jadik ibu 3 bulan..
    hmmmmmm…masih panjang lagi cerita kisah aku sbg ibu di masa depan nti..
    doakan aku jadi ibu yang terbaik eks..

    aku; johorean gaks =)

  28. syikin said:

    aku x der blog..coz aku mmg x terrer bab IT ni..
    tapi hubby aku tgh berhempas pulas wat wesite dia..dia pun nak jadi blogger/ IM..aku doakan je supaya dia berjaya mengejar impian dan cita2nya..

    dulu aku kenal cuma dr irfan je..skrg ni aku dah kenal la jgak IM lain..cam rohaizad nih, zamrin etc..tu pun sbb aku curi2 tgok laptop dia, time dia x guna..

  29. EvaRieNa Hawa D'Hearty said:

    (T_T)X~~~~

    nmpknye.. sy la org paling lambat baca entry nih..

    huhu.. tacing la bro.. mnangis ku dbuatnya.. uhuksss~

    hurmm btapa besar kasih sayang & pgorbanan ibu & ayah pada anak2 nye kan..
    uhuksss~ tbuku la hati ni bila baca entry nih.. rasa mcm nak gak buat camni.. tp x rasa la leh buat2 ayat karangan panjang2 camni.. uhukssss…

    papepon.. conrats bro.. eva doakan smoga bro dan keluarga sentiasa dilindungi dan dberkati Allah SWT sentiasa.. Amin…

    rohaizad Reply:

    Sama-samalah kita ya :) Emak cuma ada seorang jer, tapi boyfriend dan girlfriend bila-bila masa boleh di cari.

    EvaRieNa Hawa D'Hearty Reply:

    hurmmm.. sangat betul dan sangat setuju…

    beruntung bro dapat family mcm tu.. :)

    rohaizad Reply:

    Ermmm…rasanya sama je kot… semua orang ada keluarga, walaupun keluarga angkat. Yang penting, tanggungjawab di bahu yang harus di galas. :)

    EvaRieNa Hawa D'Hearty Reply:

    hurmmm~ yup..
    tanggungjawab… walaupun… hurm~

    rohaizad Reply:

    Telan je “hurm” tu… ke depan, belakang, kiri dan kanan.. mereka tetap ibu dan ayah… “hurm”…

    kan? kan? kan?

    EvaRieNa Hawa D'Hearty Reply:

    uhuksss~~~
    hurmmm.. ye btol tu abg rohaizad… huhu~ telan la nih… hurmm~ mau x mau.. suka x auka.. mrk tetap ibu dan ayah…

  30. Fiza Samz said:

    sedey nyer bace entri nih…

    leleh jap!

  31. ellos pal said:

    nice~
    i miz my mum…die da xde..but thx 4this note..
    arap dpt bls sume kt abah…

  32. [...] Peristiwa hitam yang terjadi pada emak aku suatu ketika dahulu cukup untuk membuatkan aku serik untuk bekerja jauh dari rumah. Kalaulah aku tiada pada jam 3.00 pagi itu, entah apalah yang mungkin terjadi pada emak aku… [...]

  33. [...] menarik sekali ialah pada fungsi DIRECT PRINT . So jika ada di antara kalian yang berkenan atau terlalu touching dengan entri yang ditulis sera ingin print entri tersebut … silakan klik sahaja ikon print di [...]