RahsiaBlog.com – Panduan Asas Blogger.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: May 15, 2009 online

rahsiablog.gifDari respons yang telah diberikan mengenai catatan blog PR0 pun masih boleh buat duit, aku dapati ramai yang happy sakan apabila mengetahui masih ada lagi program paid post yang menerima blog PR0.

Ini adalah satu petanda baik kerana dalam kita sibuk mengejar PR untuk blog, kita juga boleh mencuba untuk mencari sedikit wang tambahan yang boleh dijadikan sebagai “modal” untuk membeli domain dan hosting.

Aku cukup suka apabila kita boleh membuat income dengan kadar yang minima (tak taulah plak kalau ada yang tidak suka) kerana ini akan membuatkan hati kita lebih tenang dan tenteram.

Bagi mereka yang baru hendak memulakan langkah pertama, mempunyai blog adalah satu kemestian. Jika tiada blog, maka tiadalah peluang untuk membuat program paid post.

Tapi bagaimana jika kita ZERO dan masih lagi tercari-cari guide yang sesuai untuk memulakan langkah pertama dalam membuat blog?

Ermmm….. aku faham situasi “modal dan wang” seringkali bermain di fikiran. Walaupun telah di beritahu berkali-kali “hendak berjaya kena ada modal” tetapi masih ada lagi yang “agak goyang” dek kerana pernah ditipu oleh pelbagai pihak sebelum ini terutamanya dalam pembelian ebook.

Jadi hari ini aku akan review mengenai ebook RahsiaBlog.com yang mana aku rasa boleh digunakan oleh mereka yang terlalu mentah dalam dunia blogging. Ebook ini sebenarnya mengandungi banyak step yang boleh membuatkan mereka yang tidak tahu bagaimana hendak bermula DAPAT melakukan langkah pertama.

SOUND DIRECT!

Untuk mereka yang dah ada blog, tak payahlah beli ebook ni. Nanti kalau kamu dah beli ebook yang sememangnya kamu sudah tahu isi kandungannya, kamu akan rasa membazir pula.

Itu kira okay lagi, silap haribulan nanti akan ada pulak cakap belakang mengatakan ebook ini tak berguna. Walhal sudah diberitahu ebook ini untuk asas blog. Jangan marah ye, senyumlah sedikit :D

Sesuai dengan tagline yang dipakai iaitu “Panduan Asas Blogger”, ebook ini lebih menumpukan perhatian untuk mereka yang tidak tahu mengenai blog dan juga memang sesuai bagi mereka yang tidak mahu menempuh situasi “trial-error” di peringkat awal.

Jika selama ini kamu bertindak sebagai pembaca setia atau “silent reader” dek kerana tidak mempunyai blog, maka ebook ini bolehlah kamu miliki kerana segala yang kamu mahukan ada diberikan secara step by step.

Adakah kamu perlu mengeluarkan modal di peringkat awal?
Jawapannya adalah TIDAK kerana panduan yang diberikan lebih tertumpu kepada bagaimana kamu boleh membuat blog berplatformkan BLOGGER.com iaitu kamu akan mendapat satu blog seperti ini : http:// -namablogkamu – blogspot.com. Mudah bukan?

Bukan itu sahaja, oleh kerana Blogger.com sendiri sudah mempunyai version yang baru, maka segala cara untuk menggunakan widget di bahagian sidebar/header/footer juga ada ditunjukkan. Aku pasti bagi mereka yang “hidup pada zaman sekarang”, kamu tiada pilihan lain untuk tidak menggunakannya kerana semua blog di bawah Blogger.com telah menggunakan version baru ini. Jadi sekali lagi, ianya ada ditunjukkan secara satu persatu bagaimana untuk menggunakannya. Don’t worry.

Itu mengenai Blogspot.
Tapi ada lagi yang kamu perlu tahu mengenai ebook RahsiaBlog.com ini sebelum kamu membelinya. Kalau kamu semua nak tahu, ebook ini juga menyertakan sekali guide dan tutorial bagaimana untuk menggunakan WordPress.com sebagai landasan untuk kamu memulakan aktiviti blogging.

Ini bukanlah satu BONUS tetapi memang ada di dalam ebook ini untuk kamu mencubanya satu persatu. Kemudian, terpulanglah kepada kamu hendak menggunakan platform Blogspot ataupun WordPress. Gunalah mana yang kena dengan jiwa kerana dua-duanya FREE atau PERCUMA. So tiada modal untuk kamu keluarkan dari poket kamu.

Yang penting jika kamu telah faham mengenai kedua-dua platform ini, maka aku yakin kamu tidak akan rasa “terasing” lagi dengan blogger yang lain. Sebab apa? Sebab lepas ini kamu sudahpun berada SEBARIS dengan blogger yang lain. Yup, kamu sudah boleh “berentap” dengan mereka. Yang membezakan kamu nanti ialah pembawaan kamu terhadap blog kamu itu.

Kenyataannya, tidak kiralah siapa blogger baru ataupun blogger lama…. asal siapa yang mempunyai cerita yang sedap untuk dibaca, content yang sesuai untuk tatapan minda dan blog yang meriah sifatnya, maka dialah yang akan berjaya menawan hati para pembaca. Itu sahaja.

Bermula dari sinilah kamu sudah boleh berkira-kira untuk pergi dengan lebih jauh lagi. Mungkin kalau sekarang blog kamu dalam bahasa Melayu tetapi bagi mereka yang ingin mempunyai blog bahasa Inggeris, maka dunia internet advertising sentiasa terbuka luas dan tersedia untuk kamu terokainya. Dan itu semua adalah DUIT!

Mungkin juga masanya nanti akan tiba bila kamu ingin menambahkan blog yang telah sedia ada. Kamu sudah mula yakin dengan aktiviti blogging dan apabila kamu sudah mempunyai blog yang banyak, di situlah nanti kamu akan dapat merasakan income dari aktiviti blogging. Lebih-lebih lagi bila kamu sudah mempunyai domain dan hosting sendiri.

Bercakap mengenai platform WordPress.com ini, ebook ini juga ada menyediakan cara-cara set up secara manual blog yang ingin menggunakan hosting dan domain sendiri. Walaupun ada yang masih belum bersedia untuk ke peringkat domain sendiri, jadi anggap sahajalah guide yang diberi di dalam bab Pemasangan Manual sebagai bonus yang mungkin boleh kamu gunakan di masa akan datang.

Adakah guide Pemasangan Manual ini lengkap 100%?
Bohonglah kalau aku katakan lengkap 100% sebab aku pernah jumpa ebook yang lebih lengkap mengenai Pemasangan Manual sebegitu sebelum ini.

Tetapi seperti yang aku katakan tadi, apabila kamu faham dengan betul perbezaan mengenai Blogspot dan WordPress, maka aku berani katakan kamu akan dapat meneroka dunia dot com kamu sendiri. Cuma yang perlu kamu tahu selepas ini ialah penggunaan FTP dan juga CPANEL.

Untuk penulis ebook ini, aku cuma boleh rekomenkan satu sahaja. Oleh kerana kamu telah memberikan jalan kepada mereka yang baru dalam bidang blog ini, maka aku suggestkan kamu releasekan ebook yang kedua. Di dalamnya nanti kamu mestilah menunjukkan cara-cara menggunakan FTP dan CPANEL dengan tersusun supaya nampak ada “continuity” di antara ebook ini dan ebook tersebut.

Jelas sekali bila semua ini dilakukan dengan sempurna, pembeli ebook ini akan dapat menikmati benefit dari pembelian ebook ini. Mudah, dipercayai dan boleh menolong lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu blogging di peringkat asas. Oh ya…. masih banyak lagi BONUS untuk pembeli ebook ini. Kamu bolehlah melihatnya sendiri di sales page RahsiaBlog.com ini.

Untuk mereka yang ingin membeli ebook ini, janganlah kamu berasa “terlalu rendah diri” kerana walaupun ebook ini hanya bertindak sebagai “Panduan Asas Blogger“, tetapi asas yang kukuh itulah yang akan menjamin pemahaman kamu di dalam dunia blog.


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 22 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. yazidyahaya said:

    asas yang kukuh menjamin krebiliti pada masa hadapan,terima kasih rohaizad kerana buat review ini

    Admin: Sama-sama :D

  2. alone said:

    bagusla bila ada produk macam ni. tak perlu lagi mereka yang nak mula berblog tercari-cari maklumat kerana ianya sudah disediakan dalam satu pakej.

    ada je kawan tanya, aku bagitau terusla produk ni. uhuhu.

    Admin: Haaa.. support…support!

    terkapai Reply:

    Saya telah mendapatkan buku panduan ini.
    Betul apa yang dikatakan admin guide pemasangan masih tak lengkap dan keterangan terlalu ringkas.
    Bagi saya personally ianya masih tak sesuai untuk orang orang yang baru nak buat. kenapa? kalau orang yang tak tahu apa-apa tentang nak buat blog n follow step panduan ini satu persatu saya percaya ia akan tersangkut. last-last kena refer panduan lain juga. maaf ini pendapat peribadi dan tidak berniat nak menjatuhkan mana-mana pihak.

    rohaizad Reply:

    Yup, betul apa yang di katakan. Sebab itu semuanya telah di terangkan dalam review di atas. Terima kasih di atas komen yang honest! :D

  3. produk yang dapat membantu sesiapa yang nak mulakan diri dalam dunia blogging sebagai mukadimah penglibatan….

    hazman aka species1980s entri yang terkiniAnda Beremosi Semasa Sesi TEMUDUGA ?

    Admin: Tidak syak lagi.

  4. pcuserz said:

    panduan yang baik buat mereka yang mula nak berjinak2 dengan dunia blogging.
    tapi mereka kene berani mencuba dan tidak takut untuk gagal.

    Admin: Kalau ikut step yang diberikan, memang tidak akan gagal punya. At the end of the day, mesti akan jadi satu blog yang sempurna!

  5. samdaddycool said:

    Thanks bro atas review yang telus dan ikhlas. ‘straight to the point’.

    samdaddycools entri yang terkiniVoucher Seng Heng Percuma RM500

    Admin: Sama-sama… kita berjumpa Sam kat Personal Coaching di Melaka nanti!

  6. titan said:

    hoho. ronaldo, ronaldinho, bebeto, romario, dollah salleh, nicol ann david, foo kok keong dan banyak lagi. Semuanya dari asas. Kalau asas tak mantap, memang boleh blah la jawabnya..

    So, asas kene kuat. Tak kiralah asas nk wat duit, nak tulis blog, nak itu ini. Pokok pangkalnya, asas kene kuat.

    Admin: Aku ingat Hasbullah Awang tadi yang bagi komen, tapi si dak Titan rupanya…. hahahahah. Tapi kejayaan tokoh yang ko sebut tu bagus untuk dijadikan sebagai pemahaman. Yea…. KLCC takkan TEGUH berdiri menjunjung langit kalau asas yang dibuat di atas Bukit Nenas itu tidak KUAT!

  7. i-charge said:

    aku baru je dapat buat blog,itupun aku belajar dari seorang guru yang uku baru kenal..

    Admin: Baguslah kalau macam tu.

  8. Sapikk said:

    ebook asas.. tpi nk x nak kene jumpe yg asas dulu.. bru yg advance.. hehe.. peace!

    Admin: Betul.. betul…

  9. abgzol said:

    saya pun dah beli ebook ni pada masa mula2 dilancarkan. ebook ni memang direkomenkan untuk mereka yang tak tau langsung cara bina blog sama ada yg free atau dot com. tetapi sangat tidak sesuai utk yg dah ada asas bina blog..

    abgzols entri yang terkiniIstimewanya Kau May..

  10. arm89 said:

    macam mna gak mau wat duit dr blog ne?..

    Admin: Fuhhhh… banyak cara untuk membuat duit dari blog ini. Hendak dimulakan di mana ya?

  11. arm89 said:

    saya dah buat blog,bljr sndri je. sya ne zero dlm hal2 blog ne. jd lps buat blog ape yg ptt sya lakukan?…

    Admin: Lepas buat blog, kenalah berblogging. Berbloging adalah satu perkara yang subjektif.

  12. yazidyahaya said:

    Bukan MUdah untuk kita menjana pendapatan daripada blog,Bagi orang yanng bersabar dan tekun serta bertawakal akan tahu bahawa blog ini sememangnya boleh manjana pandapatan,tak gitu admin?

    Admin: Haa… ye.. ye… macam tau tau je… mentang-mentang dah attend follow Personal Coaching semalam… dah mulalah nampak duit ye? ekekekekeke :D

    p/s: Apa pun, kalau ada usaha… adalah result. Berjumpa kita di puncak kejayaan!

  13. yazidyahaya said:

    hehehee..thank you sifu..banyak yang ilmu saya dapat semasa dalam choaching tersebut… memang berpuas hati, tidak seperti seminar yang saya telah pergi..tidak berbaloi. Tetapi choaching ni memang berbaloi.. maybe boleh naikkan harga pada masa depan!

    Admin: Alhamdulillah jika apa yang dibayar dapat memenuhi kehendak asal. Aku akan teruskan Personal Coaching ini untuk mereka yang memerlukan. :D

  14. Shaffik said:

    Bukan mudah meraih wang dari internet. Asas tu yang kena tau dulu. Kalau tak nak menempuh aper2 bidang pun susah..

    Shaffiks entri yang terkiniDuit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

    Admin: Tu dia… bercakap dari pengalaman tuh!

  15. j_hafiz said:

    newbie sahaja… tp klo skdar nk semak, kut ade skill2 yg ttgal xsalah… jgn rasa nyesal dh la klu smua bab dh reti,dh name pon asas blogger.he3

  16. yazidyahaya said:

    asas tetap asas,setelah berjaya membuat blog dengan ebook saya ini ,maka anda semua boleh la beralih arah kepada pro blogger atau cara kita membuat duit di internet!mane nak belajar?kat choaching si rohaizad ni la..jadi,dapatkan panduan asas ni dulu sebelum belajar buat duit di internet,kang marah si bro rohaizad sebelum belajar asas dah mengada nak jadi pro.hehehehe

  17. yazidyahaya said:

    asas itu penting,sebelum jadi pro,asas paling penting,kalau tak caya tanya bro rohaizad,dia akan marah bagi sesiapa yang memasuki choching beliau tapi asas tarak!tak gitu admin? so kukuhkan asas anda!

  18. [...] berbaloi. Tetapi coaching ni memang berbaloi… maybe boleh naikkan harga pada masa depan! Yazid Yahya – Penulis buku Buat Duit Dengan Blog dan warga Wang [...]

  19. [...] Teknik Pemasaran. – Pakej Lumayan. – RM-Saver Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review MasterKit. – [...]

  20. [...] Yazid Yahya – Penulis buku Buat Duit Dengan Blog dan warga Wang Cyber. __________________________________________________________ [...]