SenangHamil.com – rezeki anak dan menangi RM2000!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: May 18, 2009 online

senang-hamil.gifHaaaaa….. satu tajuk yang mungkin tidak akan dilupakan oleh semua pengunjung blog rohaizad dot com.

Dengan terletaknya tajuk yang sebegitu selamba, maka dengan rasminya hari ini satu lagi review akan dikongsikan bersama. Bagi kepuasan yang maksimum, bacalah review ini dengan hati yang tenang dah terbuka.

Secara peribadi ebook SenangHamil.com ini bagi aku memang boleh dikategorikan sebagai unik.

Ingin sekali aku kreditkan sekalung tahniah kepada semua krew yang terlibat dalam penerbitan ebook ini kerana punyalah lama industri internet di Malaysia ini bertapak, barulah ini kali pertama aku melihat ebook yang memilih niche sebegini untuk dikomersialkan.

Sebenarnya, niche kekeluargaan amatlah sukar untuk dijumpai di Malaysia ini. Jika ada pun, ianya tidaklah se-informatif seperti apa yang ada di dalam ebook ini. Aku berkata demikian kerana sangkaan aku sebelum dan selepas membaca ebook ini ternyata MELESET sama sekali!

Benar, ebook SenangHamil.com BERBALOI untuk semua dan bagi mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, aku sarankan untuk kamu membelinya kerana segala info yang diberikan sungguh jelas. Yang menariknya, banyak sebab-musabab yang selalu kita terlepas pandang ada dinyatakan di dalam ini.

Anak itu rezekilah hoiii..!!!
Kalau belum dapat anak, itu maknanya belum ada rezeki …!!!
Buat apa beli ebook-ebook macam ni?
Kalau beli pun belum tentu boleh dapat anak!!!

Aiseymen… sabar bang.. sabar akak.
Cool… memang rezeki dan anak itu atas ketentuan Allah tapi perlu diingat, kita juga disuruh untuk berusaha seberapa daya yang termampu kerana setiap dari kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jadi kalau selama ini kita telah berusaha dan berubat sampai beribu-ribu ringgit, mengapa tidak ilmu yang satu ini kita halusi dan renungkan bersama?

Tiada paksaan dalam membeli ebook ini tetapi aku suka jelaskan bahawa banyak info mengenai “ketidaksuburan” yang kita boleh belajar dalam ebook ini. Ini bukanlah EBOOK SAMPAH kerana info yang diberikan adalah bersandarkan kepada fakta sebenar yang ramai dari kita tidak pernah ada masa untuk mengkajinya.

Dan usaha pemilik ebook ini dan krew mereka yang turun naik hospital semata-mata untuk mendapatkan info yang ACTUAL harus diberikan pujian mereka mempunyai usaha dalam memberikan yang terbaik. Untuk rekod, di sini aku senaraikan 4 tajuk yang harus dibaca untuk pemahaman maksimum:

1. Kehamilan.
2. Masalah Ketika Hamil.
3. Cegah Hamil.
4. BONUS!

Bagi sesi Munakahat, gambarajah juga disediakan (tapi bukan gambar betul wehhh) supaya pemahaman untuk si suami dan isteri dapat disampaikan dengan lebih relevan. Senang cerita memang banyak info yang kita harus tahu kerana istilah MANDUL itu sendiri terlalu subjektif untuk diperkatakan.

Tetapi dalam pada kita memperkatakan mengenai “Rahsia Senang Hamil Terbongkar”, ebook ini juga masih bersifat seperti ebook lain yang ada di pasaran. Jika kamu sudah membelinya dan berpuas hati dengan ebook tersebut, maka kamu bolehlah kongsi pengalaman kamu itu dengan orang lain. Cuma bezanya, kamu berpeluang untuk menjana pendapatan dari recommendation kamu itu.

Maksud di sini ialah sesiapa sahaja boleh menjadi affiliate untuk penjualan ebook ini. Bagi setiap jualan yang terhasil, komisen yang diberikan adalah sebanyak RM15.00. Katakanlah kamu berjaya menarik 100 perhatian pembaca atau pengguna internet yang lain untuk membeli ebook ini, maka secara tidak langsung kamu sudahpun mendapat sebanyak RM1500.00!

Dan yang seronoknya, pemilik ebook ini telahpun bermurah hati untuk mengadakan satu CONTEST/PERTANDINGAN bagi semua affiliate mereka.Di bawah adalah info yang menarik tentang PERTANDINGAN yang akan berlangsung dari 18/05/09 sehingga 01/07/09 ini:
1. Untuk affliate yang mencecah 200 jualan akan menerima RM2000 (tidak termasuk komisen).
2. Untuk affiliate yang mencecah 150 jualan akan menerima RM1000 (tidak termasuk komisen).
3. Untuk affiliate yang mencecah 100 jualan akan menerima RM600 (tidak termasuk komisen).
4. Untuk affiliate yang mencecah 50 jualan akan menerima RM300 (tidak termasuk komisen).
5. Untuk affiliate yang mencecah 20 jualan akan menerima RM50 (tidak termasuk komisen).

Fuhhhh…. bukan sedikit wehhh!
Cuba bayangkan kalau kamu berjaya menjual 200 unit, bermakna RM1500 x 2 = RM3000. Kemudian kamu dapat lagi RM2000, tak pasal-pasal tahun ini kamu beraya sakan!! RM5000 tuhhh !!!!

Jadi jika ada sesiapa yang ingin mencari “DUIT RAYA”, maka ambillah kesempatan untuk menjadi affiliate penjualan ebook ini. Bukankah mudah bagi kita memilih peluang yang ada di hadapan mata?

Sekarang kita berbalik kepada pihak yang ingin mempromosikan ebook ini. Jika kamu adalah pasangan yang tidak menghadapai masalah dalam mendapatkan zuriat, itu tidak bermakna kamu tidak layak untuk membeli ataupun mempromosikan ebook ini. Sebab di dalam ebook ini juga telah disediakan topik untuk merancang kehamilan (cegah hamil). Bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ini “family planning”.

Bukan itu sahaja, jika kamu terus mempromosikan ebook tersebut, maka lebih banyaklah lagi pasangan di luar sana yang akan mendapat pendedahan dari ilmu yang telah disediakan dalam ebook ini sekaligus memberikan kamu pendapatan.

Untuk para blogger juga kamu digalakkan untuk menyertai affiliate dan contest ini kerana peluang sudah ada di hadapan mata. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu?

Bagi suami isteri yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak pula, janganlah malu dan segan untuk mempromosikan ebook ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya kamu bolehlah jadikan ebook SenangHamil.com ini sebagai satu lagi langkah musyawarah dalam mencapai hajat yang diingini. Di masa ada usaha, di situlah ada pengertian yang baru. Dan mungkin selepas ini, kamu akan dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang kamu tunggu sejak sekian lamanya.

Sambil-sambil buat anak, cubalah buat duit juga… huhuhuhu.

Manalah tau satu hari nanti usaha dan doa kamu dimakbulkan oleh Allah, semuanya akan terjadi tanpa disedari. Kun Fayakun…. dan satu hari bilamana kamu suami isteri pergi ke klinik untuk scan kandungan, maka pada waktu itu jugalah RM5000 itu tadi menjadi milik kamu. Haaaa… itu baru dinamakan rezeki anak`kan!!!!???

Dan jika masin mulut aku, aku sentiasa doakan kamu suami isteri agar mendapat anak yang sihat, seterusnya dapat lagi anak yang kedua selepas baby yang pertama itu tadi. Oh yaa… kalau anak lelaki, jangan lupa namakan anak itu dengan nama rohaizad nanti ya!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 12 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zakeri said:

    wahhhh….boleh la saya beli ebook ni…
    target raya ni org umah dah berisi anak ke2…heheheheh…

    p/s: bro ijad biler lagi nak mengahmilkan isteri??? :)

    Admin: Anak ke-2 ye? Wahhh… murah rezeki.
    p/s: Aku nak menghamilkan isteri? Macam mana tu ye.. dah isteri pun takde lagi… hahahahah

  2. azwan said:

    takde masalah lah kau nak dapat anak lepas dah kahwin nanti. dah pandai :)
    eh, kalau lelaki beli, bolehh hamil ke :) ha…ha..ha.

    Admin: Lelaki hamil? Boleh… apa plak takleh… tapi hamil orang lelaki bukan 9 bulan. 9 tahun pun belum tentu susut hamil-boroi-buncit nya!

  3. Hisam said:

    Thanks bro.
    Akan aku apply apa yang ada kat buku dan bakalaku kongsi dengan ko.
    Dah setahun nih bloh ada baby lagi. hheheh

    Admin: Haaa… cubalah fahamkan teori dan teknik serta praktikal yang ditunjukkan dalam ebook ni. Mudah-mudahan….

  4. aziz said:

    Ini sudah bagus, bagi bakal pengantin mahupun yang dah kawin tapi belum ada anak mesti dapatkan satu,yalah anak tu datangnya dari tuhan tapi kalau tak berusha mana nak jadi yang berusha pun belum tentu jadi. Macam saya syukur dah ada 3 orang anak,2 laki 1 pumpuan istri masih 1.

    Admin: Wahhh… sempat mention “isteri masih 1″ wehh… ada hajat nak tambah isteri satu lagi ke aper? hahahahah

  5. ebook nie boleh la dijadikan panduan untuk golongan remaja,bakal pengantin atau ibubapa mahupun mertua kepada menantunya….

    p/s : boleh la explore untuk buat ebook niche mengenai masalah yang berkaitan kekeluargaan nie…takdelah teringat ngan niche duit je

  6. alone said:

    wah. ini bagus! (seronok lebih pulak, macamla aku da kawen)

    org nak anak, kita boleh dapat duit. okeh. trimas bro for info =)

    Semoga bro rohaizad pun dapatlah faedah dari panduan ni. Amin =D

  7. wanmus said:

    wah..dah keluar ebook ni..kepada yg dah kawen n nk kawen tu bagus bebenor baca ebook ni.. yg bestnya, ada banyak rahsia..sy dh review beberapa bab, ada tu rahsia ubat batuk..haaaa, kalau nk tahu kenalah beli ebook ni..hehe

  8. samdaddycool said:

    .. bila ko nak mengandung?? erk

    samdaddycools entri yang terkini1 juta poskad mansuhkan PPSMI : aku tengok A. Samad Said LIVE

  9. Aqif said:

    Salam bro rohaizad,
    First of all, thanks pasal review ebook ni
    saya pun baru perasaan niche ebook camni dalam pasaran Malaysia.

    Makin maju nampaknya ;) .
    Peraduan affilite pon gempak giler nih. Siap ada hadiah wang tunai.

    (P.S: Bro, bile mau dapat anak? Oops, x kahwin lagi. :P , Gurau2 aja)

  10. abgzol said:

    Memang betul kata bro ijad tu jgn berserah kepada takdir semata-mata. rezeki anak memang kurniaan Illahi, sama juga rezeki makan-minum kita adalah ketentuan-Nya jua..tetapi kalau takdek usaha mana nak dapatnya. Allah SWT pun benci mereka yg tak nak berusaha! cthnya saya sendiri..dok risau juga dulu tak dpt anak & jeles tgk baby kawan2. tetapi bak kata pepatah, di mana ada usaha di situ ada kejayaan..dan Alhamdulillah la ni dah nak masuk 2nd baby :) so, kpd pasangan yg lama dah kepingin tu..sangat direkomenkan beli ebook tu sbg panduan & usaha :) salam suksess buat anak..

  11. ohmelayu said:

    erk. nama anak rohaizad? Aku ada cikgu. Nama dia pun rohaizad. Tapi dia pempuan..camana tu?? hehe..

    Admin: Cehhhh… mana ader wehhhh! Kalau perempuan dia rohaizat, lelaki dia rohaizad. Berbeza sebenarnya… huruf ‘dal” dan juga “ta marbutah”.

  12. [...] Teknik Pemasaran. – Pakej Lumayan. – RM-Saver Plus. – Rahsia Blog. – Senang Hamil. – Review Pengurusan Kewangan. – Pakej Video Blog Alang. – Review [...]