Mari kita bersama-sama membantu Puan Nadzrah.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: May 20, 2009 online======================================================
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu tahniah di atas laman web saudara Rohaizad yg bg telah membuka hati ini untk bertanya dengan lebih lanjut lagi. Sebenarnya kakak nak meminta pandangan dan sekiranya ada cara untuk memulakan perniagaan secara online dalan mudah.com.my
Kakak ada melakukan perniagaan kecil-kecilan di rumah seperti produk Yusmira, One Drop Perfume, Tuala Wanita Anion, tikar dan beberapa brg lagi. Masaalah akak sekarang ini kakak tak dpt nak mempromosikan brg-brg tersebut hanya jiran-jiran sahaja yg mengetahuinya.
Nak keluar berniaga memang payah memandangkan suami akak kena buat hemodialisis 3 x seminggu di mana akak yg menghantar dan mengambilnya. Disamping itu juga akak jadi pengasuh. Jadi mungkin adik Rohaizad ada cadangan atau macam manakah caranya untk berniaga secara online?
Adakah brg-brg seperti di atas boleh diniagakan secara online? Perlukah yuran bulanan untuk pengiklanan itu dan apakah prosedurnya?
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
nadzrah75@yahoo.com
======================================================
Email ini aku terima 2 hari yang lepas dari Puan Nadzrah. Pada ketika aku membaca email ini, entah macam mana minda aku terus flashback pada saat aku jatuh bangun dahulu. Dipendekkan cerita, macam ada chemistry pulak dengan kehidupan aku.
Aku berniat untuk memberikan yang terbaik dari segi consultation tetapi aku juga sedar bahawa aku bukanlah orang yang sepertinya layak untuk memberikan khidmat rundingan sepenuhnya. Maklumlah… pengalaman aku tidaklah banyak, hanyalah sekelumit dari apa yang kalian ada.
Atas dasar itulah, aku telah meminta izin beliau untuk memaparkan kisahnya kerana aku PASTI ramai dari kalian yang mempunyai pengalaman hebat, pendapat dan juga pandangan yang bernas. Siapa tahu idea kalian semua boleh membantu beliau dalam menampung kehidupan beliau?
Baiklah.
Sebagai langkah permulaan, aku akan memberikan 2 langkah yang aku pernah lakukan sewaktu aku ingin mempromosikan perniagaan aku. Satu secara online (tidak memerlukan modal) dan satu lagi secara offline (bermodal sedikit).

1. Mudah.com.my – pengiklanan percuma
- Untuk Kak Nadzrah, saya pernah menggunakan khidmat Mudah.com.my ini dan memang terbukti berkesan (percuma pula tu). Dengan insiatif yang tidak berapa sukar, iklan kita boleh disampaikan pada kadar yang sungguh efektif sekali. Ini adalah kerana kemudahan yang disediakan oleh Mudah.com.my boleh menarik perhatian pembeli kerana sesiapa sahaja boleh menyertakan GAMBAR bagi tujuan promosi.
Selain dari itu, keupayaan server Mudah.com.my yang tidak terlalu perlahan juga boleh membantu kita dalam mempromosikan produk ataupun barangan yang kita jual dengan baik. Untuk rekod, saya senaraikan cara yang saya sendiri gunakan untuk menarik perhatian prospek:
i) Senaraikan barangan/perkhidmatan yang memang kita ada dengan jelas.
ii) Pilih gambar yang cantik dan jelas serta kecil saiz file`nya supaya mudah untuk loading.
iii) Pastikan NAMA, EMAIL dan NO HP disertakan dengan betul.
iv) Untuk hasil yang maksimum, pastikan iklan kita disubmit sebelum hari Sabtu. Ini adalah kerana prospek suka melayari Mudah.com.my pada weekend.
v) Pastikan ayat yang digunakan di dalam iklan itu “hidup” dan kena pada “sasaran pasaran”.
Saya juga pernah rekomen Mudah.com.my ini pada rakan blogger kita iaitu Megat dan Ezad. Dan hasilnya beliau berjaya mendapat satu panggilan dari sebuah syarikat Driving School untuk “revamp” semula website mereka.
Kemudian lahirlah sebuah syarikat baru milik mereka berdua iaitu MindaSolution.com. Oh yaa… jika ada di sini yang ingin memiliki custom theme WordPress untuk blog masing-masing, disarankan kamu supaya menghubungi Megat kerana beliau memang power giler dalam WordPress ini. Theme yang beliau buat semuanya ringan dan tidak peningkan kepala.
MindaSolution.com itu dibangunkan menggunakan platform WordPress … jangan tak percaya!!!
Cantik`kan?

2. Flyers- memanfaatkan sifat malas yang ada pada orang Malaysia.
Ini juga antara kaedah yang paling POWER sekali dalam dunia pengiklanan di Malaysia. Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia ini kurang membaca. Apabila kita berkata mengenai sifat malas membaca, apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka lebih suka info pembacaan itu sampai ke riba mereka berbanding mereka keluar mencari info yang mereka inginkan.
Jadi di sinilah fungsi flyers itu bermula.
Cuba bayangkan satu keadaan ini yang berlaku di satu hujung minggu yang aman dan damai. Si ibu duduk berkemas dan berkebun di halaman rumah… si ayah pula seronok menonton tv bersama anak-anak…. tapi tiba-tiba je ada segulung iklan flyers Giant, Tesco dan bermacam lagi yang diikat bersama menerjah ke ruang tamu (setelah dibaling oleh mat motor yang edarkan flyers tersebut).
Si ayah dapat, si ibu di luar pun dapat flyers itu.
Kemudian, kedua-dua mereka pun melihat promosi yang ada di dalam flyers tersebut sambil duduk minum di hadapan tv. Wahhhh…. bukankah itu yang mereka mahukan? Semuanya tersedia dan terhidang di hadapan mata?
Jadi untuk Kak Nadzrah, saya sarankan supaya Kak Nadzrah menggunakan khidmat flyers ini sebab ianya lebih TEPAT, CEPAT dan BERPOTENSI TINGGI untuk mendapat prospek. Bukan itu sahaja, di JB ni dah jadi satu trend untuk menyelitkan flyers kita itu di dalam akhbar-akhbar.


Terus terang saya belum pernah menggunakan khidmat kedua-dua jenis kaedah ini (FLYERS yang diselitkan di dalam iklan Giant, Tesco dan etc serta FLYERS yang diselitkan di dalam akhabar) tetapi saya pernah menyebarkan BERATUS-RATUS flyers secara manual (di peti surat rumah orang) semata-mata untuk mencuba market dan keberkesanannya. Memang berkesan tapi lepak/penat giler…! Lepas satu taman perumahan, saya pergi pula ke taman perumahan yang lain. Sampai kelengkang seluar ini basah lencun berpeluh….!!!
Tapi saya tidak syorkan akak untuk berjalan kaki sebagaimana yang saya lakukan. Cukuplah sekadar akak menggunakan khidmat flyers “terbang” itu ataupun sistem “2 in 1″ yang diselitkan di dalam akhbar. Lebih mudah dan tidak peningkan kepala. Menganai cost pula, saya rasa akak cubalah bertanya kepada syarikat yang menawarkan servis flyers tersebut.
Bagaimana untuk contact mereka?
Mudah sahaja.
Kalau akak terserempak dengan budak yang menghantar flyers tu, teruslah bertanya pada mereka. Kalau tidak, cubalah tanyakan pada budak-budak MLM… saya gerenti diaorang tahu sebab flyers ini dah jadi sebahagian dari aktiviti routine untuk mereka mencari downline.
======================================================
Itu sahajalah yang dapat aku kongsikan bersama untuk Puan Nadzrah. Untuk pengunjung blog ini, jika kamu mempunyai cara lain yang sesuai untuk dilakukan oleh Kak Nadzrah TERUTAMANYA dari segi ONLINE, aku amat HARGAI dan BERTERIMA KASIH sekali. Dengan keadaan suami Puan Nadzrah yang tidak berapa sihat, sememangnya perniagaan secara online adalah lebih sesuai.
Hanya tuliskan sahaja idea dan pendapat kamu yang BRILLIANT itu di dalam kotak komen di bawah sana. Puan Nadzrah akan membacanya dari masa ke semasa.
Atau jika ada yang ingin menerangkan dengan panjang lebar lagi, silalah luahkan kaedah yang mungkin boleh membantu Puan Nadzrah di dalam blog masing-masing. Kemudian, sila berikan link kamu itu kerana aku akan meletakkannya di dalam artikel ini sebagai “Rujukan Tambahan”. Ikhlas.
Atau jika ada yang ingin menghubungi beliau secara private, silalah menghubungi beliau di email yang telah diberikan di atas. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas usaha murni kalian semua. Insya Allah








kak nadzrah boleh dapat satu website di http://cart4family.com
kami menyediakan ruang & membina laman web perniagaan terutamaanya barangan keluarga. http://nadzrah.cart4family.com mungkin?
pelanggan yang berminat untuk membeli produk kak nadzrah cuma buat bayaran, isi borang & pesanan akan sampai terus ke email kak nadzrah.
kami cuma perlukan info & gambar produk. yg slebihnya termasuk promosi akan kami uruskan.
hanya rm20 untuk setahun.
jika berminat, sila hubungi saya di http://pakarbisnes.com/hubungi/ atau terus ke email saya impiana23[at]yahoo.com
terima kasih =)
Cadangan sy….daftar syarikat sendiri kat SSM, supaya nmpak kita ada kesungguhan nak meniaga…
pastu buat shopping online
pd msa yang sama
pembagai alternatif untuk tarik trafik seperti yang bro izad cakapkan nie……..jadikan ia long term investment…..lama2 akan dapat pulangannya kelak
all the best
sedang imporve. kebetulan pula bro siarkan kisah puan nadzrah ni
sedih baca kisah kakak tu…tapi bersemangat jadi bila hayati kisah dia…walaupun mcm masalah tapi masih ingin berniaga
Memang menyentuh perasaan saya biler baca citer akak tu… actually apa yang boleh saya offer just sekadar letak post kat blog saya je laaa….itu je la termampu setakat nie…. dan saya akan sebarkan word of mouth pasal akak nie kat opis saya….yang pasti usaha yang sedikit tapi berterusan…..
semoga kakak tu tabah dalam mengharungi kehidupan ini
ernies entri yang terkiniMeja
ehm..tulis blog. Mungkin akan ada sesuatu terhasil. Dulu aku tulis blog saja-saja. Sekali bila dapat 1 dollar pertama. Aku tak toleh belakang. Henjut sampai sekarang..
Untuk kak Nadzrah,saya mempunyai pengalaman dalam ebay.co.uk semenjak tahun 2002. Lelong.com.my & ebay.com.my pula, pengalaman selama 1 tahun ++
kalau akak berminat nak tanya saya soalan, silakan emel pada saya samdaddycool@gmail.com .
samdaddycools entri yang terkiniFREE Voucher SengHeng RM500 & RM750
Tahniah la buat akak tu sebab masih bersemangat waja.. tp dia sepatutnye lebih tahu dan perlu banyak ilmu jika nak buat bisnes online, lebih2 lagi mengkaji pasaran produk. Jika produk yang nak dijual ada permintaan tinggi, insyaallah blh menghasilkan jualan.. Dan perlu ada blog serta asas seo utk beat google.. ni salah satu cth org yg baut bisnes online, jual kristal dan mutiara di http://kristal-mutiara.via.my/
Untuk akak, hidup mesti diteruskan, dan cabaran mesti ditempuhi, good luck.. Dan yg penting, cari lah bisnes yg kita suka untuk buat.
Melayu Bolehs entri yang terkiniPerdana Menteri Malaysia Pertama
Akak,
Kalau akak perlukan bab design ke iklan ke ape kat web atau mane mane, inform saya ye. Saya berniat untuk membantu. Silalah lawat portfolio saya kak di sini: http://www.ZeppDesign.com.
… Jad, aku mana terkenal kat UK.. tapi menyemak kat pejabat pos tu biasa la…
samdaddycools entri yang terkiniFREE Voucher SengHeng RM500 & RM750
Aku pun cadangkan kat akak tu mcm yg ko cadangkan kat aku jad..Buat online portfolio..Biar orang kenal nama kita,then baru kita kumpul network..Buat website sendiri dulu..even minisite pun xpe…janji orang tahu ape produk kita..
Selamat datang kepada puan nadzrah untuk menyertai bersama-sama kami dalam bisnes online ni…saya juga penah merasai keperitan memasarkan produk seperti yang puan hadapi skarang ini…saya memasarkan produk berasaskan kristal,mutiara dan produk kraftangan dan beberapa produk lain…apa yang puan nadzrah perlukan sekarang ini adalah sebuah shopping cart yang dapat memudahkan urusan jual beli puan..cth shopping cart yang saya gunakan ialah http://www.yuricollection.com…dan seperti kata Melayu Boleh diatas puan juga memerlukan sebuah blog yang SEO nya kuat untuk menyokong shopping cart puan supaya dikenali dan di ketahui umum..seperti http://kristal-mutiara.via.my ini adalah perkara penting dalam online bisnes…harap membantu….
pembetulan link…. http://www.yuricollection.com
kuat semangat akak ni.semoga berjaya kak.saya je x de apa-apa kepakaran utk bantu akak.Apa-apa pun saya doakan kesihantan suami akak supaya akan sihat.
Hmm..memang bagus kalau kita cuba cara en. rohaizad ni
http://xcallibur.blogspot.com
hadieys entri yang terkiniUrgent Announcement!!!!!!!!!
aaa…luper plak…salah satu lagi kat lonia village..kat situ pon leh promo barang2 puan nadzrah nih…
Azries entri yang terkiniTomok…Juara One In A Million???
bleh lakukan outsource atau kalo dah ada websitenya bleh nolong promotekan… hehehe
Assalamualaikum,emmm apa dah jadi dengan kakak ni sekarang.Ada perkembangan terkini ke ?Kalau dah tau duduk dan letaknya cerita terkini baru tau macam mana nak bagi support..
rohaizad Reply:
August 20th, 2009 at 11:34 am
Untuk menghubungi Puan Nadzrah, email beliau ada disertakan di permulaan catatan ini. Harap maklum.