Perhatian !!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hosting - Tarikh diterbitkan: May 21, 2009 onlineIni adalah satu berita yang mungkin sudah diketahui ramai dan mungkin juga ramai yang masih tidak perasan. Berita ini sebenarnya berkait rapat dengan tawaran yang pernah dibuat oleh rohaizad dot com untuk semua pembaca/pengunjung beberapa bulan lepas.
Sila flashback semuanya di sini dan juga di sini.
Sebenarnya, agak berat untuk hati ini menulis (macam drama swasta pulak ayat aku wehhh) akan perkara ini tetapi mahu tak mahu, ianya harus diberitahu kerana ianya melibatkan blog kita semua. Maknanya, bagi sesiapa yang telah hostkan domain/blog mereka di Cencero.com, ini adalah satu perkara yang harus di ambil perhatian.
Dahulu pada waktu aku mengambil keputusan untuk memberikan tawaran hosting $1.95 (untuk tempoh 12 bulan) kepada semua pembaca blog ini, aku telahpun berurusan dengan pemilik hosting ini (KIRSTY) yang beribu pejabat di London. Di bawah adalah screenshot email antara aku dengan Kirsty pada 24 Feb 2009:
Memang niat aku untuk berkongsikan peluang yang “tak masuk akal” ini ($1.95 untuk setahun!!!) kepada semua terutamanya mereka yang belum pernah ada blog berhostingkan domain sendiri, tetapi berita pengambil-alihan syarikat Cencero ini agak mendukacitakan. Saudara Nikillas kita pernah cuba untuk menghubungi mereka dan memang sah ianya telah dijual kepada pemilik yang baru.
Malah kalau ditaip www.CENCERO.com sekarang, ianya sudah tidak lagi menunjukkan laman web asal. Sungguhpun begitu, kita masih boleh access ke dalam CPANEL masing-masing. Cuma apa yang perlu kita buat sekarang ialah PLEASE BUAT BACK UP! Sekali lagi, tolong buat BACK UP!
Aku tidak kata Cencero akan ditutup tetapi sebagai langkah pencegahan, adalah lebih baik jika kita buat back up kerana kalau apa-apa terjadi, kita boleh migrate ke hosting yang lain (yang baru). Nak kata hosting ini bermasalah, tidak juga sebab sepertimana yang kita lihat, semua blog kita 24 hours 365/days berada pada tahap EXCELLENT. Site up time dia memang 99%!!!
Bukan itu sahaja, tidak keterlaluan jika aku katakan ini adalah antara hosting provider yang bagus pernah aku gunakan. Benar, server mereka memang dahsyat dan untuk USD1.95 bagi tempoh setahun? Pheeewww…. lebih murah dari sekotak rokok Dunhill !!!! Memang berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harga hosting lain.
Tetapi inilah yang dikatakan “unexpected”. Aku betul-betul minta maaf kalau ini membuatkan kamu hampa. Aku telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.
Cuma satu sahaja harapan aku iaitu jika ada yang telah berjaya mempunyai blog yang dihostkan di hosting Cencero ini, aku harap dapatlah ianya dijadikan sebagai satu kenangan manis. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini kamu hanya memakai BLOGSPOT untuk aktiviti blogging.
Kalau katakanlah esok hosting ini ditutup (please buat BACK UP)… setidak-tidaknya kamu dah tahu bagaimana nikmatnya blogging dengan menggunakan domain sendiri dan WordPress sebagai penemannya. Apa-apa pun, selama beberapa bulan kamu menggunakan hosting ini, aku harap nilai $1.95 itu tidaklah membebankan ya.
Sekali lagi, sepuluh jari di susun sebagai tanda maaf kerana kerana ini memang di luar bidang kuasa aku. Diharapkan selepas aku dapat menghubungi pemilik baru syarikat Cencero ini, mungkin akan ada berita gembira mengenai status server mereka. Insya Allah.







Aku akan mula membuat backup nanti jad. Fuh Jenuh kalau tetibe out..
Aku baru je nak upload.. (tak pernah guna lagi sejak beli hari tu).. tup .. tup. berita kurang enak didengar. Apa2 pun, harganya tidak mendukacitakan jika servis ditamatkan terus.
samdaddycools entri yang terkiniFREE Voucher SengHeng RM500 & RM750
dah agak pun. tak wat apa-apa pun. Hehe..
nak wat camana. langit tak selalunya cerah..
hmmm….nampaknya sesuatu di luar jangkaan telah berlaku…. maybe ade rezeki untung hosting yang lain…
Pada saya….Kalau kita guna hosting apapun plan BACKUP mesti kena ada….ingat sebelum terkena…
hmm….baru je nak merasa guna hosting ekonomi yang mantop….tak kesampaian…takpelah next time sure ade peluang lain…
Adoi mak..aku dah la banyak assign blog ke cencero ni wwuwuwuwu
bukan hosting jer kena bekap beb..hard disk sendiri pon kena backup gak..hehe
pergh…
ini serius ni.
lantas dengan pantas aku mem”backup”.
pcuserzs entri yang terkiniHubble’s final servicing mission
backup…jgn tak backup….huihhhhh….
kalau la aku ader hosting company sendiri…:)
zakeris entri yang terkiniAkhirnya Berjaya…bermula sebuah episod baru ..SAMBUNGAN
betul.. sudah lama saya bertanyakan mengenai masalah itu kepada cencero.. ternyata mmg pemiliknya telah bertukar..
back up pun sudah dilakukan.. dan sekarang masa untuk mecari hosting baru jika hosting cencero ini mengalami masalah..
p/s : bro rohaizad.. saya tidak ada domain [dot]com.. domain [dot]co[dot]cc ada la.. huhuhu..
nikillass entri yang terkiniVirus Spam Haram Jadah..!!
masa mula2 tukar owner dulu, Nikki (owner baru) jadikan Cencero.com sebagai webmaster forum dan dari situ boleh dapat hosting percuma daripada cencero.
Lagi satu, cencero dan declair untuk beri hosting percuma for lifetime untuk semua cencero user selepas Nikki ambik alih. Tapi sekarang cencero dah xder. Forum pun dah xder, tak tahu kenapa Nikki delete. Tapi cencero dah pernah kena hack sebelum ni. Hoho..
Dari segi uptime, hosting ni memang tersangat memuaskan. 0% downtime. Sebabnya saya pakai web monitoring service dan belum pernah terima email lagi pasal hosting ni down sebagainya. Memang superb walaupun hosting dah jadi hosting percuma.
Sekarang ni, macam berbelah bagi la plak. Ada plan nak wat website baru untuk host kat sana. Tapi bila melihat keadaan ni, rasanya pindah hosting kat Malaysia jugak la nampaknya. Hosting dari cencero ni buat backup aje la..huhu
p/s:xper bro, maaf diterima.hehehe biasa la tu.. USD1.95 pun berbaloi dah dengan apa yang dapat sekarang neh.
alangkah sedihnya, perkara ini berlaku…
.. Takpe.. aku tak kisah… nilai tu takde la mahal gila. Lagipun bukan salah ko
samdaddycools entri yang terkiniFREE Voucher SengHeng RM500 & RM750
ermm… aku terDETECT masalah bila tetiba aku kena caj USD1.95 utk bulan ke 2..aik? pelik la gak, aku terus kontek bro ijad, tapi mcm tade follow up pun, so aku pun biarkan jek.. masuk bulan ke 3, aku kene lagik sekali caj USD1.95… aik? kene lagik… padahal mmg konpom aku register hari tu guna kupon yg bro ijad bagi….
dengan selambanya aku unsubscribe jek…
dan mmg takde letak apa2 pun dalam host tuh..
ps: tak marah… cume pelik jek…
blog aku da takleh access la.
ade sape2 yang jadi macam ni tak?
tapi cpanel boleh access.
tolong…!
Aku nampak semua blog menghadapi masalah yang sama!!!
Nasib baik korang semua dah buat BACK UP`kan?
Mungkin server sedang di upgrade ataupun server Cencero dah collapsed?
ya
aku pon sama da xboleh access.Br bgn tdo nk buat backup.Tapi aku rasakan macam da terlambat…hurmm
nasib baik aku backup da petang tadi.
sbb baru je takleh access.
elok je aku access blog aku jam 8 td.
8.30 da kaput.
kalau upgrade takpe, jgn collapse da.
ape2 pon kite tgk kejap2 lagi atau esok.
sabo je la.
pcuserzs entri yang terkiniHubble’s final servicing mission
latest access: 09:58pm – da ok balik da.
all system go!
pcuserzs entri yang terkiniHubble’s final servicing mission
sumpah aku backup 10 kali
FULL BACKUP DONE!
pheww!!~
nampaknya tak lingkup aku rasa…cuba check