PayPerPost kembali lagi !!! Mari kita buat duit !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 28, 2009 online

payperpost-v4.JPG

Seperti yang kita sudah sedia maklum, salah satu cara bagi seorang blogger menambah pendapatannya adalah melalui sponsored post. Ini adalah cara yang lazim untuk seorang blogger dalam “mencari makan” melalui blognya sendiri. Cuma ramai di kalangan blogger MALAYSIA yang masih lagi kurang jelas dengan bisnes sponsored post ini.

Jika ada yang “takut” untuk membuat sponsored post, maka ini bukanlah catatan yang sesuai untuk mereka baca kerana sponsored post sebenarnya adalah satu KAEDAH yang amat penting bagi pengiklan untuk memberikan pendedahan terhadap barangan/perkhidmatan mereka sendiri.


PayPerPost versi 1,2 dan 3

Kalau hendak diceritakan mengenai program Payperpost versi terdahulu, aku agak bernasib baik kerana sempat menjana lebih dari RM18,000.00 dari program tersebut (blogger lain dapat lagi banyak, tak percaya pergilah tanya Chanlilian).

Pada waktu itu iaitu sekitar tahun 2005-2006, dunia blogging memang meletup dengan screenshot para blogger yang bangga dengan bayaran yang diterima dari program ini termasuklah aku.

ppp-income.JPG

Tetapi sejak Payperpost membuat perubahan mengarut dengan menerima offer serendah $0.50 untuk satu artikel, maka aku pun mula berhenti dalam menjana pendapatan dengan PayPerPost. Apa yang ada dalam fikiran aku ialah mungkin ini satu “permainan” yang mereka lakukan dalam mencari “tune” baru untuk menarik perhatian advertiser dan juga publisher mereka. Kemudian muncul pula program Social Spark mereka sehinggalah ke hari ini.

Mempersembahkan PayPerPost v4.0!!

payperpost.png

Tadaaa…..!
Baru-baru ini, Izea telahpun melancarkan program terbaru mereka iaitu Payperpost V4. Program ini sungguh berlainan sekali dengan program Payperpost versi 1,2 dan 3 mereka sebelum ini. Walaupun program ini masih lagi di peringkat Alpha, tapi pasti ia akan membuat para blogger berasa lega kerana ada 2 jenis income yang boleh kita dapat dalam satu job yang diberi!!!

Apa yang menarik mengenai PayPerPost Version 4 ini?

Program ini akan membayar kita untuk “price per link” and “price per word”. Bermakna, kita akan dibayar mengikut jumlah perkataan dan juga jumlah link yang diletakkan dalam artikel tersebut.

Harga minimum per link: $0.50 – maksimum bergantung pada advertiser (mungkin $5.00, mungkin $10.00?)
Harga minimum per word: $0.03

Nampak nilai di atas macam kecil bukan?
Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh buat duit!

Sekarang katakanlah artikel itu mempunyai 200 patah perkataan, maknanya kita akan dibayar sebanyak $6.00 (200 x $0.03). Kemudian ditambah pula dengan bayaran untuk price per link sebanyak $5.00 (bergantung), jadi jumlah yang akan kita dapat ialah $11.00 (RM37.00).

Kalau dalam sebulan kita mendapat 10 job bernilai sebegitu, bermakna adalah wang saku tambahan dalam kocek kita. Lagipun, siapa nak kasi kita RM350.00 di hujung bulan`kan?

Oh ya, dengan program yang baru ini, kita boleh setkan harga untuk per word dan per link yang kita mahu. Dengan kata lain, lebih banyak cerita yang kita tulis mengenai barangan/perkhidmatan advertiser kita, lebih banyaklah yang kita boleh jana. Bagi yang merasakan bayaran sebegini sungguh ciput untuk mereka, sila abaikan peluang ini.

Ada soalan?
Kalau ada, silalah membacanya dengan lebih lanjut di sini.

p/s: Hahahahahah…. PR dah update!!!
Silalah check pagerank blog masing-masing!!!

Tapi kalau PR kamu tiada perubahan ataupun menurun, jangan risau sebab selalunya PR update mengambil masa dalam seminggu. Jangan lupa kongsikan perkembangan PR blog kamu di sini nanti ya :D


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 37 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. Shaffik said:

    Akan aku cube bendar cam nie….Skang jugak aku register…:)

    Shaffiks entri yang terkiniDilema Seorang Suami (Bahagian 2)

    Admin: Daftar… jangan tak daftar. Lepas tu, sila update berita yang menarik nanti.

  2. cookdong said:

    gi exam dulu pastu baru register..haha..leh plak nampak menda masyuk ni..isk..syukran bro

    Admin: Teruskan usaha.

  3. kechik said:

    huhu..mnarik…artikel dlm bhs mlayu pon bley ke??

    Admin: Semua blog ataupun artikel Melayu tidak akan dipandang langsung oleh advertiser walaupun sebelah mata. jadi binalah blog bahasa Inggeris kalau hendak bermain di arena antarabangsa.

  4. zakeri said:

    hahahahahahahahhahaha….biler aku boleh terbang ni??? adoi…

    p/s : broadband dah apply. dalam masa 24 jam dah boleh surf internet…..hohohoohohohoo….akan ku UP kan blog niche aku ASAP..

    tak tahan kener kutuk ngan tok guru :)

    zakeris entri yang terkiniHalal – Haram, Satu penjelasan saintifik yang menarik

    Admin: Hahahahah… mana ada aku kutuk ko… cuma perli tahap gaban jer…

  5. nuaeman said:

    yeah PR dah update.. buat aku kembali tersenyum.. dan harap-harap ada rezeki di payperpost.

    Admin: Cuba.. jangan tak cuba..!

  6. yess…blog saya dah naik rank akhirnya…..

    hazmanfadzil aka species1980s entri yang terkini12 Gambar Kenangan TELUK CEMPEDAK -part 1

    Admin: Sukanya dia… :D

  7. kisahsensasi said:

    Sungguh tak disangka walaupun 2 bulan blog dibina dapat la page rank 1 …hehehe….

    Admin: Bagus.. bagus.. tahniah.

  8. exinco said:

    username dan password lama boleh guna tak? atau kena register baru punya

    Admin: Cubalah login dengan yang lama punya dulu ye…. barulah kita tahu :D

  9. blog aku ada satu naik PR2…yang lain maintain PR 2 n PR3..ok la tuh…

    Admin: Boleh tahan…

  10. azwan said:

    nampaknya login id/password lama masih boleh guna lagi. tapi so far tak ada offer pun. kau dah start terima?

    Admin: Belum ada offer sebab diaorang masih lagi filter advertiser. So rajin-rajinlah login untuk check advertiser baru ye.

  11. haritz said:

    best mmg best

    Admin: Harapnya begitulah.

  12. alone said:

    Yuhu. Alhamdulillah =)

    Admin: :)

  13. titan said:

    hehe. cam biasa. henjut aje.. :)

    Admin: Hahahahahahah

  14. aku baru berkecimpung dlm dunia blog ni, ada sesiapa boleh cerita lebih lanjut lagi tentang payperpost ni

    ahmad husairis entri yang terkiniKOMPONEN KECERGASAN BERLANDASKAN LAKUAN MOTOR: Imbangan

    Admin: Just Google dan pergi ke page F.A.Q mereka. Mudah je. Dah nama pun Pay Per Post (Post Yang Dibayar), kan?

  15. pcuserz said:

    rezeki jangan ditolak.
    mesti cuba!

    pcuserzs entri yang terkiniKokokaina a.k.a Zee Avi Malaysian Independent Artist Featured in Youtube

    Admin: Yang penting, submit dulu semua blog yang ada.

  16. Wizurai said:

    mau cuba… saya mesti piley!

    Admin: Piley? Apa tu?

  17. aidilx said:

    PR aku jatuh satu anak tangga bulan ni..adehla!

    Admin: Takper… next PR update, pastikan naik balik.

  18. zuhairy said:

    teknik ada diajar dlm coaching gak ke?

    zuhairys entri yang terkiniONCE UPON A TIME IN CHINA

    Admin: Yang ini tak di ajar dalam coaching pun satu dunia dah tahu… huhuhuhu.

  19. abgzol said:

    Terima kasih bro :) sbg newbie berblog ini adalah info yg sgt berguna utk saya..

    Admin: Marilah kita mencuba ye :)

  20. lisa said:

    wau!nice info..terima kasih..tp syg skali..blog aku dalam BM..hohohoh

    lisas entri yang terkiniMalam Pertama

    Admin: Buatlah blog English.

  21. nikillas said:

    dah mencuba..!! tengok la camne nanti.. dapat ke tak opportunity.. hurmm..

    btw.. PR masih menten 3.. huhuu..

    nikillass entri yang terkiniMichael Jackson Map

    Admin: jangan lupa untuk login setiap hari. Sebab once advertiser dah masuk nanti, berebut orang nak buat duit!

  22. zool said:

    nak layan pun susah PR aku masih 0..
    kena penalized kot.. lama tak ganjak..

    Admin: Mungkin tidak dibuat link building. Sebab itu PR tak naik.

  23. AmirMohamad said:

    Dahulunya gua pernah jugaklah layan payperpost..tapi sekarang dah kurang takot kene panalized..tapi bro rohaizad boleh bagi tips2 tak nak kurangkan risiko dari kene panalize untuk program sponsored post ni..errrmm..lagi satu untuk pppv4 nih..ada tak keburukan dia untuk PR kita nanti?

    Admin: Nak kurangkan risiko?
    Ini tipsnya:

    1. Jangan sesekali beritahu blog English kita pada orang lain.
    2. Jangan sesekali PING paid post ke dalam social bookmark.
    3. Jangan sesekali meletakkan perkataan SPONSORED POST/ARTICLE di mana-mana bahagian dalam blog kita.

  24. hizmi said:

    nampak best peluang ni boleh try mana la tau masuk sekupang dua.lepas bayar broadband…ni nak kena beli kamus la plak lepas ni.ha ha ha

    hizmis entri yang terkinijhonson matthey platinum

    Admin: Usaha.. teruskan usaha.

  25. Wizurai said:

    bley kena penalize ke?

    Admin: Sebab itu asingkan personal blog dengan niche blog. Barulah tidak pening kepala.

  26. yazidyahaya said:

    banyak bro dapat duit ni iye…hehehehe. bro… best la naik keeta yang dibawa dulu … nanti ingat nak angkut satu la.. tapi sekrang itu bukan keperluan, masih belajar dan duk kolej, lepas belajar maybe angkat rasanya…

    Admin: Wehhh… sempat citer pasal keta aku plak tuh…. projek dah start ke belum? Kalau dah, bak sini semua niche blog tu aku nak monitor.

  27. Wizurai said:

    bila nak bwk aku naik keta pusing JB lak?

    Admin: Datanglah JB…. :)

  28. samdaddycool said:

    PR aku 2 blog maintain.. 2 blog naik PR 1.. PPPv4 … menarik utk cuba balik.. dulu apply lepas tu hilang fokus… information overloaded..

    samdaddycools entri yang terkiniEbook FREE.. cepat wei download.. dapat duit plak tu

    Admin: Takper, step by step. Lama-lama boleh berlari.

  29. safwanhussin said:

    Kalau dulu senang-senang je nak dapat PR3. Sekarang nak dapat PR2 pun susah..

    Admin: Dulu lain, sekarang lain … huhuhuhu

  30. aidilx said:

    bro, masih kurang jelas ngan payperpost ni.once kita regis, dorang akan bagi task untuk kita ke kita berblogging macam biasa, pastu setiap entri kita publish itu akan dibayar?

    Admin: Kita kena rebut task tu. Then buat assignment yang diberi. Lepas tu kalau advertiser approved, baru kita akan dibayar.

  31. aidilx said:

    owh camtu konsepnya! baru paham.thanks, bro!

    baru setup blog english just nak cuba payperpost ni.hehehe

    Admin: Hehehehe…. silakan…. silakan.

  32. ferdy said:

    nice entry.. keep it up bro!

    ferdys entri yang terkiniKamus Mandarin dan Kantonis Percuma

    Admin: Iya… iya.

  33. Bro.. mmg betul ke leh wat duit nih ??
    mcm best la benda nih.. nak join camner arr ?

    web melayu bolehs entri yang terkiniSudirman – legendry Melayu Boleh artist

    Admin: Nak join kena mendaftar. Itu saja, senang`kan?

  34. faisalhanim said:

    bg sesapa yg pakai blog BM, alternatif yg korang ada ialah buat sendiri tawaran advertorial kat blog korang.

    tapi susah la nak kaya…hee…org Malaysia kedekut kot bab iklan mengiklan nie..hee..

    wallahualam..

    faisalhanims entri yang terkiniGuru dan Pelajar: Apa Kenangan Indah Anda?

    Admin: Bukan kedekut, tapi keperluan untuk menggunakan blog marketing belum wujud sepenuhnya.

  35. pedagangIT said:

    ok bro…
    soal PR nie saya tak perlu risau la… dah memang PR2 dan PR3 dah stanby blog…

    sekarang ini artikel kalu upah orang buat …pastu paste kat blog…

    boleh buat ke bisness nie… bukan apa…dah mula pakai sistem leverage… jimat masa…

    tunggu jawapan bro :)

    pedagangITs entri yang terkinipralaunching teknik strategi twitter pedagangIT

  36. saddam said:

    aiisshh kan best kalo blog BM pon boleh join skali… :)

    saddams entri yang terkiniPROMOSI HANDPHONE!!!

  37. sunglasses said:

    kena daftar ni
    PR 2 okla kan