duit-online.gif

Blogger adalah satu pekerjaan ataupun gelaran yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana ianya tidak memerlukan sebarang SIJIL ataupun KELULUSAN yang rasmi dari mana-mana organisasi.

Untuk menjadi seorang blogger bukanlah satu hal yang sukar kerana ia tidak tertakluk di bawah apa-apa akta. Ia BEBAS dari segala kekangan termasuklah dari segi agama dan juga undang-undang dunia.

Sama ada kita percaya atau tidak… blogging kini mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan sama ada kita sedari atau tidak, aktiviti blogging kini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti yang boleh memberikan keuntungan.

Menjadi seorang blogger sebenarnya dapat mendidik diri kita menjadi seorang yang tahu menilai erti masa. Tiada lagi masa terluang yang akan dibazirkan begitu sahaja.

Dengan adanya aktiviti blogging, kita juga akan menjadi seorang yang positif dari pelbagai sudut. Kalau dulu kita seorang yang malas membaca, apa yang akan terjadi sekarang adalah sebaliknya.

Kita akan mula rajin membaca atas sebab tidak mahu ketinggalan. Sifat ingin tahu sentiasa ada di dalam jiwa. Malah, kita juga dapat mendidik diri kita supaya berpengetahuan dalam apa yang kita lakukan.

Apabila tiba pada satu tahap, aktiviti blogging sebenarnya dapat memberikan satu lagi pulangan yang tidak pernah di impikan. Ini semua berlaku disebabkan peredaran masa dan juga pasaran yang tercipta dalam dunia internet itu sendiri.

Di sinilah lahirnya 2 jenis blogger iaitu mereka yang melihat blogging sebagai satu hobi dan mereka yang nampak kemampuan blogging sebagai satu medan PERNIAGAAN.

blog-income.gif

Hakikatnya, mereka yang nampak potensi blogging dalam menjana pendapatan adalah mereka yang mempunyai sifat seorang USAHAWAN. Mereka mempunyai 3 sifat yang selalu memotivasikan diri mereka sendiri:

1. Sifat ingin menjadikan impian sebagai satu kenyataan.
2. Keyakinan diri yang tinggi sehingga segala kata-kata negatif sekeliling dapat ditangkis dengan mudah.
3. Sentiasa melakukan kerja “EXTRA” berbanding orang lain. Di sinilah nilai seorang USAHAWAN itu terletak. Cuba bandingkan apakah maksud ORDINARY PERSON dan EXTRA ORDINARY PERSON.

Seorang usahawan bukanlah mereka yang cepat melatah. Mereka juga bukanlah orang yang suka pada jalan singkat. Mereka mahukan result yang lebih cool walaupun untuk jangka masa yang panjang. Dan terus terang, BLOGGER adalah individu yang cukup cool sifatnya kerana mereka lebih tahu apa yang dikehendaki oleh pembaca mereka.

Sungguhpun begitu, adalah menjadi satu KELEBIHAN jika mereka tahu bagaimana untuk menggunakan sifat cool mereka dalam menambah pendapatan melalui blog mereka sendiri. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai pendapatan tambahan.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana seorang blogger Melayu (budak kampung + buta IT suatu ketika dahulu) boleh menjana pendapatan melalui blognya di peringkat antarabangsa. Tetapi itulah yang dilakukan oleh pemilik blog ini.

Tiada apa yang mustahil kerana sifat PERCAYA itulah rahsianya dan di sinilah terletaknya permulaan bagi segala-gala. Jadi jika ada yang merasakan sudah sampai masanya untuk mereka bergerak setapak lagi, pemilik blog ini membuka lagi Personal Coaching untuk mereka yang berminat.

Sila rujuk pada info di bahagian kanan blog ini untuk maklumat lanjut.

p/s: Kita susah tiada siapa yang peduli. Jadi mengapa perlu lemah pada kata-kata orang yang ingin menjatuhkan semangat kita?


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 25 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. cookdong said:

    motivasi bertambah..oh, kalau ada yang bertanya camne blogger Melayu( bro lah) yang buta IT satu masa dulu kini boleh wat duit masyuk dengan blog, suruhla dia download majalah IM isu 13..haha

    Admin: Hahahahahah… memang benar dulu aku buta IT. Serious!

  2. zool said:

    aku tak dapat lagi feedback dari blogger utk melaka ni….

    Admin: :)

  3. Rosli said:

    Keep it up bro…. Setiap boost post … I x misss.

    Admin: Thanks geng!

  4. samdaddycool said:

    …Hidup Rohaizad! Hidup Rohaizad! Agi Idup, agi ngelaban!

    samdaddycools entri yang terkiniEbook FREE.. cepat wei download.. dapat duit plak tu

    Admin: Ni kadet tentera mana nih? Ko ni Sam, macam askar wataniah plak.

  5. Richie said:

    tabik spring boss! hehe.. blogger relax memang cool!
    tapi aku tak smpai kredibiliti mcm bro ijad..

    Admin: Boleh… kalau nengokkan skill blogging tuh, memang aku rasa ko dah sampai SERU. Tapi jualan ebook ko jer dah tinggi. Siap boleh tampung perbelanjaan raya tahun depan lagi. Macam goreng pisang panas.

  6. EP said:

    “Keyakinan diri yang tinggi sehingga segala kata-kata negatif sekeliling dapat ditangkis dengan mudah” mmg agak susah dicapai bukan sahaja kpd bakal usahawan tapi kebanyakkan org (termasuk aku).. tapi org berjaya kebanyakkan ada sifat tu..

    Admin: Apabila percaya pada diri sendiri, kita dah jadi alah bisa tegal biasa. Itu semua masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nanti bila dah success, orang itulah yang akan paling sibuk sekali memuji kita. MAcam ada udang di sebalik batu je. Percayalah cakap aku… dunia.. dunia…

  7. abgzol said:

    ..setiap kali ada rasa malas nak menulis diblog..saya akan berkunjung di Rohaizad dot Com & kembali bersemangat -:) ntah ada ‘jin’ apa di sini..inspirasi saya pasti akan kembali membuak2 utk terus berblog meskipun setakat ni hanya sekadar suka2..suatu hari nanti pasti ia menjadi sumber pendapatan lumayan spt bro ijad gak..hehehehe ;)

    Admin: Sebenarnya kalau mengikut pemerhatian patik yang ala kadar ini, tuan hamba telahpun layak untuk menerokai niche blog network dan menjana pendapatan daripadanya. Hanya menunggu “hari” yang tuan hamba sendiri tetapkan. :)

    p/s: Tapi tuan hamba, patik tidak pernah menggunakan khidmat jin untuk menulis di dalam blog ini. Kalau setakat memakai seluar jeans sahaja, adalah! hahahahah

  8. zakeri said:

    activiti blogging ni boleh buat kita kembali sukakan tabiat membaca…bagus tuh…pengetahuan bertambah…duit pun tambah….

    Admin: Memang… itu yang sampai rabun mata nih.

  9. Fatin Pauzi said:

    Aku setuju. Blogging memupuk si nakal menjadi lebih berdisiplin. :D Macam aku. hihi

    Admin: Ko nakal ke Fatin? Aku suka dengan orang nakal-nakal ni… ekekekeke

  10. zuhairy said:

    lagi satu, blog mengajar kita bagaimana menghormati pendapat orang lain wlaupun kita tak bersetuju..

    zuhairys entri yang terkiniONCE UPON A TIME IN CHINA

    Admin: Fair and square… betul tak?

  11. titan said:

    hoho..no komen sangat. benda ni atas diri sendiri sebenarnya. Kalau kita malas dan takde hala tuju. Paham2 sendirila. Lu pikir sendiri la..haha..

    Ps: Malas. No income. Simple.

    Admin: Hahahahaha… betul tuh

    !

  12. Wizurai said:

    wowowowowwwww…. coaching dtg lagi!

    Admin: Dah tak banyak lagi kelas aku buat sebab lagi 2 bulan dah puasa. huhuhuhuhu

  13. milsum said:

    emm…masih banyak yang perlu diteroka…
    betapa kerdilnya diriku..huhuhu…

    Admin: Aiseymen… jangan cakap macam tuh. Semua orang mempunyai peluang untuk memperbaiki diri. Cuma perlukan keyakinan diri jer.

  14. kalau nak ikutkan saya nie dah cukup syarat untuk personal coaching….kena korban masa dan cuti untuk blajar nie..

    Admin: Betul tuh. Bila diri sudah bersedia, maka segala apa yang ingin dilakukan akan nampak lebih mudah :)

  15. kisahsensasi said:

    ish2x nak kena cepat nie….sebelum bulan puasa menjelma…..

    Admin: Bulan puasa, kita kena fokus untuk lebih banyak job. So kerja yang bercakap sepanjang hari macam Pesonal Coaching akan dikurangkan. Haussss…..!

  16. yasir said:

    aku rasa bro Ijad ni mesti dah 5 angka kan tulis blog ni….
    A

    dmin: Amin….. :D

  17. fadil said:

    Aku suka P/S terakhir ko tu jad. Memang kena ngan aku. Semangat kental kena ade beb dalam diri seseorang termasuk aku + tawakal + usaha nak berjaya dlm blogging spt ko walaupun “kita susah tak sape yang peduli”. :)

    Admin: “Cuma bercakap dari pengalaman yang lepas…”

  18. yazidyahaya said:

    yang aku tahu ,untuk membuat blog,kita juga memerlukan komitment dan disiplin diri,,kalau tidak camne nak update jika tiada disiplin diri..macam kita buat kerja juga..kalau kita tak buat kerja offline,,mana dapat gaji,,jadi same je,jangan ingat nak buat duit dengan blog ini tidak memerlukan usaha,apa jua kerja perlukan benda atau perkataan yang dikatakan usaha…

    Admin: Satu statement yang simple untuk di fahami. Bagus tu Ajids.

  19. Aqif said:

    Salam bro ijad,
    mmg best btol post bro. (bak kata rohaizad, blogger lebih tahu apa yang dikehendaki oleh pembaca mereka.)

    :)

    Tapi untuk mereka yang ingin mencari pendapatan melalui blogging, dinasihatkan jangan putus asa. Terapkan nilai-nilai keusahawanan seperti yang tertera di post bro ijad.

    Insyaallah anda boleh. :)

    rohaizad Reply:

    Ini satu komen yang positif. BEST!

  20. KNizam said:

    aku suka gambar tuh
    membuatkan aku nak pergi perhentian dan buat live blogging dari sana. hehe :)

    KNizams entri yang terkiniBob.my Kembali dengan LamanBlog.com – Satu Lagi Direktori Laman-Laman Blog Tempatan !

    rohaizad Reply:

    Aku dah agak dah.. mesti ko suka punya ngan gambar tuh… hahahahah.

  21. [...] May 2009. 4. Gambar dan ulasan Personal Coaching. 6. Personal Coaching 23hb-24hb May 2009. 7. Catatan mengenai Personal Coaching. 8. Personal Coaching 14hb Jun [...]

  22. BAGAk said:

    memang bila kurang semangat menulis, blog ini dijadikan pembakar idea menulis blog saya

    rohaizad Reply:

    Terima kasih. Tanpa pembaca yang sporting, blog ini juga tidak akan ke mana! :D