Hari ini cuti umum bagi rakyat Johor. Ramai yang cuti dan ramai pula yang sambung cuti. Ada yang balik kampung dan ada yang dah takde kampung. Tapi cuti tetap cuti dan waktu beginilah sesuai untuk blogger-blogger selatan semua berjumpa.
Biasalah… apabila blogger dengan blogger bertemu, memang dah takde cerita yang lain hendak diceritakan. Semuanya berkisar tentang perihal blogging kerana masing-masing akan mengeluarkan pendapat. Kali ini kami (blogger Shaffik, blogger Zool -dari Kulai tuhhh- dan blogger Boy Reza) tidak berfikir panjang. Rancang pertemuan tengah hari dan petang terus berjumpa.
Blogger Zool sungguh sporting sebab sanggup drive dari Kulai untuk datang. Begitu juga dengan blogger Boy Reza yang sanggup meninggalkan restorannya semata-mata untuk melepaskan tension. Lagipun businessman macam dia memang sibuk tapi bila tiba waktu macam ni, seronok juga untuk “melarikan diri”… ekekekeke. Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Hari ini memang dalam sejarah kerana tidak pernah lagi dalam hidup aku, program Payu2Blog ‘mengamuk’ sehingga membuatkan diri ini tertanya-tanya. Dipendekkan cerita, pagi tadi terdapat ‘rusuhan” daripada advertiser yang telah memaksa Payu2Blog tidak boleh duduk diam.
Benar!
Assignments yang dihantar sungguh banyak dan untuk melihat jumlah assignment seperti itu dalam account Payu2Blog, memanglah JARANG sekali. Percaya atau tidak, Payu2Blog telah menghantar sebanyak 14 job pagi ini!!!!
Setelah dibelek dan diteliti jadual yang ada di dalam organizer ini, maka rasanya akan ada masa yang agak FREE pada bulan hadapan. Yup, bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk menganjurkan Bengkel + Seminar Buat Duit Melalui Blog di Melaka kerana pada bulan Ogos, mungkin aku akan berada di Perak (dijemput sebagai speaker seminar oleh team Green Element). September, kita sudahpun berpuasa… yaayyyy!
Buat pengetahuan semua, coaching kali ini akan di adakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Beberapa kemudahan telah di kenalpasti termasuklah WI-FI dan juga lokasi.
Hotel Seri Malaysia yang berdekatan dengan tol Ayer Keroh pasti akan memudahkan lagi urusan pergi dan balik untuk semua para peserta termasuklah mereka yang datang dari Pahang, Negeri Sembilan dan juga KL.
Sebenarnya coaching kali ini sama sahaja dengan yang coaching yang sebelumnya. Hanya namanya sahaja yang berbeza. Kalau dulu coaching di lakukan di cyber cafe atau di rumah peserta itu sendiri, tapi kali ini hotel pula menjadi pilihan. Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Setelah bangun subuh pagi tadi, aku telah mendapat satu lagi promo code pembelian domain di Godaddy.
Walaupun sebelum ini aku selalu memberikan info sebegini di dalam blog, tetapi kali ini aku telah mengambil keputusan untuk memberikannya secara eksklusif (PRIVATE) kepada semua subscribers dan peserta coaching sahaja (320 subscribers akan mendapat email ini).
Mengapa aku tidak menerbitkannya di dalam blog seperti biasa?
1. Ramai pembaca mengatakan mereka terlepas peluang untuk membeli domain murah ($1.99) kerana lambat membacanya di blog rohaizad dot com (sebab itulah aku terus menggunakan email).
2. Dalam usaha aku ingin menghantar email, tentulah aku memerlukan email ID. Jadi sesiapa yang subscribe blog ini adalah mereka yang sudah pasti bertuah kerana telah memberikan email mereka pada aku. Itulah untungnya menjadi subscriber blog rohaizad dot com.
3. Promosi sebegini selalunya berlangsung dalam beberapa jam atau mungkin hanya satu hari dan mungkin juga beberapa hari. Tiada siapa yang tahu. Aku sendiri pun tidak berani memberikan jaminan. Jadi, pemberitahuan melalui email adalah langkah yang paling pantas untuk menghebahkannya.
4. Mungkin ini adalah satu lagi cara untuk saya menghargai subscribers blog aku sendiri.
Promo code bagi promosi kali ini ialah *********. Dengan promo code ini, kamu layak untuk membeli sebarang domain DOT COM (dot com tuhhhh) pada harga $1.99 (dicampur dengan ICAAN fees = $2.19).
Untuk membelinya, Godaddy hanya membenarkan pembayaran melalui Credit Card. Jika tiada Credit Card, kamu bolehlah menggunakan DEBIT CARD. Aku sendiri membeli domain baru tadi dengan Al Rajhi Debit Card.
Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan promo items, silalah isikan email kamu di dalam kotak yang telah disediakan di bahagian kanan blog ini. Dan jika kamu memberikan email yang tidak wujud, maka itu sudah pasti di luar kemampuan aku juga.
Tapi bagi yang “baru” subscribe dan inginkan promo code ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Selepas kamu subscribe, sila pergi ke ruangan Hubungi.
2. Di bawah perkara “Subscribe”, sila kirimkan email yang kamu gunakan untuk subscribe tadi supaya dapat aku hantar promo code ini. Aku tidak mahu kirimkan email yang sapa pada subscriber yang sebelumnya.
2. Aku akan kirimkan sebelum pukul 12.00 tengah hari (minta-mintak promo code ini bertahan sampai tengah hari -terpaksa keluar berjumpa client sebentar lagi).
Happy domaining!!!
p/s: Michael Jackson dan meninggal. Siapakah pengganti beliau? Adakah ini FOUNDER breakdance yang baru?
Farah Fawcett (trio Charlie Angels) juga dah meninggal… mesti gempar blog NICHE ENTERTAINMENT hari nih!!!!
Haaaa… kan dah cakap dulu… Google memang giler!
Baru awal bulan hari tu dia update pagerank, dan sekarang dia update lagi. Kalau katakan pagerank proses tak habis lagi, memang tak logik sebab selalunya pagerank update cuma mengambil masa seminggu jer…
Arghhhhhh……!!!
Aku tau itulah perkataan yang akan muncul dari mulut kamu sebentar lagi. Hahahahah!
Tak percaya….?
Jika kamu tidak percaya, cubalah check pagerank kamu tu sekarang!!!
p/s: kalau pagerank kamu itu di tulis sebagai “unknown”, bersabar sajalah… Google sedang update PR untuk blog kamu. Damnn!!!
Adakah kamu masih lagi tercari-cari pekerjaan?
Atau sudah mencari tetapi masih lagi gagal?
Atau risau kerana sudah menganggur terlalu lama?
Jika semua jawapan bagi soalan di atas ialah YA, then ini adalah satu BERITA GEMBIRA yang mungkin akan merubah kehidupan kamu. Silalah baca pengumuman di bawah: Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Ini adalah kesinambungan dari artikel yang pernah tersiar sempena Hari Bapa yang lepas. Sempena Hari Bapa tahun ni, aku, emak dan adik aku dah decide untuk bawak ayah aku pergi jalan-jalan cari makan.
Jalan-jalan cari makan ini tidak di taja oleh sesiapa pun termasuklah Maria Tunku Sabri dari TV3 tu. Ianya di taja sepenuhnya oleh aku dan adik aku. Adik beradik yang lain di rumah sibuk dengan plan yang lain. Aku tahu dalam usia ayah yang dah lanjut ini, dia memang suka pergi tempat orang sambil rasa masakan serta lauk pauk orang lain.
So lepas adik aku decide, dia kata nak drive terus ke penghujung PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) di Gelang Patah sebab di sana ada satu perkampungan nelayan yang lauknya power. Aku tak banyak cakap, terus ON. Lagipun aku pun belum pernah makan di tempat yang dia cakap tu iaitu di Kampung Pendas, Gelang Patah. Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Microsoft sejak dari dahulu lagi berusaha untuk mengatasi Google dalam apa jua hal termasuklah dalam hal “search” ataupun enjin carian ini.
Dan sekarang iaitu pada tahun 2009, Microsoft sudah pun “menyerang” dunia internet dengan enjin cariannya yang dinamakan BING. BING telah menjadi pertaruhan terbesar untuk Microsoft dalam menarik perhatian pengguna internet. Bukan itu sahaja, BING juga telah dijadikan sebagai satu wadah pengiklanan terbaik untuk Microsoft “mengacau daun” Google selaku otai dalam internet advertising.
Kalau di ikutkan dari sejarah Google, memang banyak syarikat ataupun organisasi yang ingin mencuba nasib dalam menarik perhatian pengguna internet. Masing-masing come up dengan enjin carian yang pelbagai gaya dan rupa. Ada yang meletakkan harapan menggunung pada enjin carian mereka dan ada pula yang hanya sekadar suka-suki sahaja. Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Seorang blogger biasa yang sentiasa berminat mendalami dunia blogging.
Obses menjana pendapatan dari blogging telah menjadi penyemarak untuk menukar profesion dari part time blogger kepada full time blogger. Ingin membaca dengan lebih lanjut, sila klik di sini.
Tetapi jika anda berminat untuk menjadi rakan beliau di Facebook, klik sahaja banner di bawah:
Ulasan Terkini
samdaddycool: Kena bagi aku sikit komisen tu bro.. (belanje nasi ayam penyet).. hik.. hik..
Aqif: Tahniah bro Ijad! P.S: Pasal Lisa Hilmi tu x settle lagi ek? pergh..lama gila kes ni berlarutan.