Spam Folder Gmail gila, Google pun sama juga!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: June 4, 2009 online
Memang itulah yang berlaku. Dan akibat dari kegilaan yang melanda, aku telah mengalami kerugian hampir RM300 ringgit!
Sama ada ini berlaku pada aku sahaja, itu aku tidak pasti tetapi ianya memang berlaku. Tidak tahu apa sebabnya tetapi ianya cukup untuk membuatkan aku marah tahap dewa. Begini kisahnya.
Sejak akhir-akhir ini, aku dapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ramai kenalan blogger yang telefon bertanyakan mengapa MESEJ mereka tidak di balas. Ada juga yang sudah 3 kali menghantar MESEJ melalui Contact Form tetapi aku masih juga mengatakan perkara yang sama iaitu “MESEJ kamu tidak sampai lagi”. Sampai ada sesetengah dari mereka yang mengatakan aku “tidak sudi” untuk membalas MESEJ yang dihantar.
Kemuncak kes ini adalah semalam setelah aku mendapat panggilan dari bro Marzuki. Dia bertanyakan sama ada aku dah baca MESEJ yang dia hantar atau belum. Aku dengan selamba menjawab… ‘tiada satu MESEJ pun yang masuk’.
Sebelum itu pun aku mendapat SMS dari bro Wizurai bertanyakan perihal coaching melalui handphone (mungkin kerana tidak mendapat feedback dari MESEJ yang dihantar melalui email).
So setelah rasa ragu-ragu ini semakin tinggi, aku mula menyiasat dan akhirnya, aku dapat mengesan di manakah semua MESEJ mereka semua.
Hakikatnya, almost 90% mesej yang dihantar melalui Contact Form blog ini telah menjadi mangsa kegilaan Gmail. Semuanya telah dimasukkan ke dalam SPAM FOLDER…!!!
Kemudian, aku menghabiskan masa hampir SATU JAM LEBIH untuk meneliti semua MESEJ di dalam SPAM folder Gmail. Antara MESEJ dari rakan blogger yang telah dihumban ke dalam Spam Folder ialah mesej dari blogger Alone In Home, blogger Hizmi, blogger Salmi, blogger Hafiz, blogger Faisal, blogger Alan dan ramai lagi.
Sehinggalah aku perasan pada satu MESEJ di dalam Spam Folder yang dah berada hampir SEBULAN (tidak di jawab)!!!
Ya Tuhan, apalah agaknya perasaan penghantar email tu ye?
Silap haribulan kalau akulah orang itu, aku pun akan mengatakan rohaizad dot com sombong kerana tidak melayan MESEJ yang dihantar.
Terus terang rasa bersalah memang ada dalam hati kerana gagal mengesan perkara ini lebih awal. Dan di sini dengan rasa rendah diri, aku ingin menyusun SEPULUH JARI meminta maaf jika ada yang masih lagi tidak mendapat jawapan dari MESEJ yang mereka hantar.
Bukanlah niat aku untuk tidak membalas tetapi masalah Gmail ini telah memberikan kesan yang buruk di antara blog ini dan pembaca setianya. Sekali lagi aku memohon maaf.

Kalaulah selepas ini ada di antara kalian yang menghantar MESEJ melalui Contact Form tetapi tidak dibalas dalam masa 2-3 hari, silalah kirimkan SMS kepada aku di talian 013-788 4548 dan tinggalkan pesan supaya dapat aku memeriksa InBox dan juga Spam Folder. Jika inginkan cara yang lebih senang, silalah hantarkan terus MESEJ kamu melalui direct email di weirdoux@gmail.com
Tapi ada lagi kes yang menyedihkan.
Ada juga email yang dihantar ke weirdoux@gmail.com turut dihumban ke dalam Spam Folder. No wonderlah aku terlepas satu paid link berharga $100 dari seorang advertiser. Tengok punya tengok, periksa punya periksa…. rupa-rupanya dia dah setuju untuk membayarnya pada bulan lepas tapi final confirmation email untuk payment gagal masuk ke dalam InBox.
Huaaa.. huaaa… huaaa……!
Nak buat macam mana`kan, dah takde rezeki…. huhuhuhu.
Bercakap tentang rezeki, Google juga ada gilanya yang tersendiri. Setiap kali PR update, mesti ada orang yang akan demam. Mana tidaknya, blog yang mereka usahakan bagai nak rak tak naik-naik PR`nya. Blog yang sudah dilaburkan untuk projek backlinks pun semakin menurun PR`nya.
Tapi lain pula yang terjadi pada sesetengah pemilik domain/blog. Aku sendiri hampir nak TERBELIAK BIJI MATA bila melihat blogspot aku (blog pertama dalam hidup aku) yang sudah dipenalize selama 3 tahun kembali beraksi dengan PR1`nya.
Begitu juga dengan health blog aku yang sudah setahun di penalize, pun mendapat PR1. Yang peliknya, health blog tu memang aku “tidurkan” sejak tahun lepas. Maksud tidur di sini ialah aku tidak membuat apa apa link building terhadap blog itu, but still boleh dapat PR1.
Itu belum di campur lagi dengan travel blog aku yang lagi uzur… PUN GOOGLE beri PR1 jugak!
Mungkin itulah bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku hilang $100 tetapi digantikan dengan PR pada blog-blog yang hampir uzur. Yang pasti, peluang untuk menjana wang dari blog yang uzur itu sudahpun kembali bersinar.
Memang Google gila….kan?
Naaaahhhh….. siapa kata Google betul all the time?
hahahahahah



Bro apa2 lepas ni kene rajin2 tengok email spam. Saya sudah dengar temu bual bro dengan majalah IM memang best.
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 4:36 pm
Itulah pasal Maizul. Selama ini okay jer Gmail, tapi sejak sebulan 2 bulan kebelakangan nih dia kiok sket.
Anyway Maizul, thanks sudi berkunjung ke blog ni
btul 2 bro aku setuju sgt..
aku dh dkt 2 bln xupdate blog..maklumla lps exam trus blik kg internet connection xde..
tp bru td cek PR blog dpt PR2..konfius aku..
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 4:38 pm
Itu konpius VERSION gembira… tapi ada jugak yang konpius VERSION sedih duka lara… ekekekekeke
Ntah beraper banyak la blog yg dipunyai oleh tok guru aku ni…pasl PR ni kawan akan teruskan usaha…bukannya susah nak dapat PR ni! tul tak tok guru??
p/s: Semalam pukul 3 pagi dapat income RM100 drpd affiliate…hujung bulan ni duit masuk maybank, terus buat post Tajuk: Duit pertama sertai affiliate! weeeeee
zakeris entri yang terkiniKod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 5:18 pm
Tuh diaaa…..!
Bau-bau duit dah mula meresap ke dalam lubang hidung… dasat betul. Orang kul 3 pagi dah tidur dia boleh buat duit lagi… ekekekekeke.
zakeri Reply:
June 5th, 2009 at 12:38 pm
RM100 tuh datang drpd aktiviti berforum. Hebat tul kuas forum ni
p/s: kerja esoknyer kawan senoneng kepala…tidur a.k.a mengular kat surau 2 jam….hhuhuhu
zakeris entri yang terkiniSEBAB UTAMA STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH !
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 9:06 am
Takper, lagi bagus buat duit di rumah dari buat maksiat di hotel.
hehe. itula. aku ingatkan mesej aku memang xakan dibalas. ko memang cool, bro. respect untuk kamu! =)
betul tu, setiap yg terjadi ada hikmahnya tapi perbuatan Google ‘menyepam’ mail yang xsepatutnya mesti dijadikan panduan untuk lebih berhati2 di masa depan. uhuhu.
tahniah untuk blog2 bro yang kembali hidup itu. cayalah!
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 5:28 pm
Terima kasih.. apapun, maaflah sebab lambat reply mesej tu ye
haha. blog2 lama yg aku tak sentuh pun leh naik PR1. aku pun tak tau pesal. sah google giler..
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 5:29 pm
Haaa.. kan kan?
Nampak sangat Google Algorithm diaorang dah tak betul. Hahahahah
sebelum memang aku delete aje … tapi pernah sekali direct offer dari sponsoredreview masuk ke sana. nasib baik perasan. sejak dari itu, kena cek juga dari siapa email tu walaupun di spam folder.
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 5:30 pm
Nasib baik daaa… kalau tak, hancus semua duit … huhuhuhuhu
penat nak tgk email spam satu persatu.. tambah2 lagi kalau di tambah dengan spam email yang berlambak2.. berpinau biji mate nak sorting satu persatu..
nikillass entri yang terkiniLa La Song
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 10:59 pm
Betul tu… tapi syukur dapat juga detect email yang hilang tu.
“bila satu pintu tertutup,
satu lagi pintu terbuka”
rezeki pasti ada.
pcuserzs entri yang terkiniMyCause Photography Contest
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:00 pm
Setuju sangat. Bumi Allah ini luas untuk diteroka.
bro..gambar peta minda belum di hantar,,heheeheh,,ingat tidak sudi untuk menghantar,,
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:00 pm
Dah hantar… sila check email ye
bro…pasal personal coaching tu…
saya ada hantar email kepada bro wizurai
melalui contact form di blog nya…
tapi tiada balasan hingga kini…
mungkinkah email saya pun dah termasuk dalam
SPAM FOLDER nyaa…??
hmmm…ada hp number dia tak?
saya nak kontek dia terus…
tanya tentang personal coaching 14 jun ni…
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:09 pm
Semuanya sudah di uruskan. Welcome to Johor Bahru Syukri!!!
USD100 tuhhh….kalau la leh tepon Google,marah kaw2x punya macam marah customer srvs broadband,kekkeeke…
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:10 pm
Maunya tidak… RM300 boleh buat belanja dapur apa… fuhhh… rezeki.. rezeki…
Nasib baik la saya tak de kasi mesej kat contact form….so no problem….anyway nasib baik bro perasan pasal benda nie…. dapat la solution nya…
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:19 pm
Yup, ini satu perkara yang paling penting yang bagi bulan JUN 2009.
sabar ye.. layarilah website saya utk barang percuma
payen83s entri yang terkiniAlbum Coldplay: Tanda Penghargaan buat Peminat
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:10 pm
Sila… sila…
patut la xreply mesej aku…
marah ni… marah…
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:12 pm
Jangan marah bang… nanti lekas tua… ekekekeke
pasal tu aku mmg tengok dulu spam folder sebelum delete all…hoho
rohaizad Reply:
June 4th, 2009 at 11:12 pm
Rizal… aku pun akan double check macam ko jugak selepas ini. Bahaya… bahaya…
Hmm..macam tu ka kegilaan google skang..? Tak tahulah pulak, biasa guna mail kat yahoo je
rohaizad Reply:
June 5th, 2009 at 6:58 am
Yup, itulah yang terjadi sebenarnya.
ini sume kesilapan teknikal,dont wori,kitaorang tak salahkan ko,kitaorang tau rohaizad tatak sombong lo..joho mali lo..
i-charges entri yang terkiniMinyak naik balik
rohaizad Reply:
June 5th, 2009 at 6:58 am
Terima kasih…
emel duit tu…
kalau mmg emel spam takpe la..
pcuserzs entri yang terkiniMyCause Photography Contest
Salam Bro Rohaizad, memang begitulah kenyataannya, bukan nak memburukkan gmail, kadang-kadang paparan(laman) email juga jadi bercelaru. Sebab itulah sekarang saya menggunakan email daripada Global Domain. Serba salah tapi biarlah kalau orang nak kata promote pun biarlah sebab selama saya menggunakan services daripada email tersebut tiada masalah. Jika bro Rohaizad atau rakan-rakan yang lain berminat tentang email yang saya maksudkan ni harapnya sudi bertandang ke laman blog yang tak seberapa ni http://www.khairesource.com/2009/04/07/set-up-gdi-email.htm
rohaizad Reply:
June 5th, 2009 at 12:03 pm
Thanks Khairul.
Fuh! $100 tu banyak beb..terutamanya utk org baru mcm aku ni. MYR300..melayang gitu jerk dek karenah pakcik googlemail. Aku biasanya..klik gak folder SPAM tu baik gmail atau yahoo!mail & scan sekali imbas kot2 ada email penting tersesat kat situ..selalunya memang ada ler! Harap lepas ni bro ijad pon rajin2 ler scan folder spam tu..
rohaizad Reply:
June 5th, 2009 at 2:33 pm
Haa.. betul betul. Skang ni dah jadi satu routine untuk cek semua SPAM folder. ekekekeke.
saya nasihatkan kalau tulis email add di website tu gantikan @ dengan [at] ke ..saya rasa mungkin ade script/software email yang akan tarik email kita tu dalam list spam mereka..mungkin la…sebab email paypal saya telah penuh dengan spam bila saya letak sebagai signature di forum …
rohaizad Reply:
June 5th, 2009 at 2:34 pm
Wahhhh… logik juga tu. Sebab sebelum ini tak pernah kena macam ni. Thanks ye Kirin.
biasala tu dugaan namanya bro..bila kita busy memang susah nak perasan benda yang remah camni…
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:57 am
Haaa.. betul betul. That’s the point!
Setakat ni contact form masih sampai..
er bro baru dpt 2 org.. tak berani aku nak meng’confirm’ lagi.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:59 am
Zool, kalau dapat dalam 5 orang insya Allah akan pertimbangkan. Kita jumpa di sana nanti ye.
salam bro rohaizad…ye..masalah yang jadi pada gmail tue memang kadang2 boleh mengundang kerugian yang macam bro kene tue..pe pon bersyukur la coz bro da tersedar pada peringkat awal…kalo tak mesti lagi byk rugi tue….huhu…
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:59 am
ALhamdulillah.. dapat take action lebih awal ye
tu la…
lain kali box spam tu kene check betul2 dulu…
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 9:01 am
Baik bos.
Saya tak pernah lagi jadi macam tu. Kena check balik ni takut-takut ada masalah.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 9:02 am
Ada baiknya kalau dapat check SPAM folder tiap hari. Google not perfect.
Aku pun dah lama merajuk dengan yahoo….
skang nie banyak guna gmail aja…
tapi tula…yahoo..sng sket nak detct spam..
kalau gmail
mcm sama aja msg spam dgn yang len
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 9:03 am
Apa nak buatkan. Cuma satu je yang aku suka padal Gmail ni. Easy loading dan banyak features.
yup..betul tuh bro..gmail nie best gak pkai..cume kalo yang poblom skit tue no hal la rase sal semua tuk jadi atas kecuaian kite gak..harap lepas nie x jadi da erk bro….belajar dari kesilapan adalah baik dari belajar dari kebetulan…thanx bro coz sudi kongsi info cam nie…ramai lagi yang tak tau n tak tersedar nie..
Iqone_Dinies entri yang terkiniJadi Jutawan Atau Jadi Kaya Pilihan Anda???
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 8:13 pm
No problem.
Walaupun ini dikategorikan sebagai kesalahan teknikal, tapi boleh memberikan kesan yang besar pada kita sebagai seorang blogger.