Wahai pemandu wanita, sakit jantung kami (pemandu lelaki) dibuatnya!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 7, 2009 onlineSegar badan ini bila bangun dari tidur setelah pulang dari majlis perkahwinan sedara di Melaka semalam. Walaupun hujan renyai-renyai tetapi segala urusan dan acara yang berlangsung berjalan dengan lancar-tiada masalah.
Pukul 8.00 malam sampai di JB dan setelah mandi, sempat juga aku check email dan juga beberapa program blogging. Alhamdulillah… ada 5 job yang masuk dan puas aku belek-belek untuk mencari idea, ternyata idea tidak juga muncul dek kerana kepenatan. “Esok sahajalah aku siapkan order yang masuk nih… ”
Pagi ini, aku terus update apa-apa yang perlu tetapi fikiran ini masih lagi terbayang pada insiden di Lebuhraya Pagoh petang semalam. Insiden ini hampir membuatkan nyawa aku, emak dan 3 orang akak serta 2 anak kecil mereka hampir diuji. Tidak tahu apa yang membuatkan pemandu ini YAKIN dengan tindakan yang dilakukannya tetapi ianya cukup untuk membuatkan jantung aku ni bagai nak runtuh!

Sinopsis:
Aku sedang memandu laju di lorong kanan seperti biasa (kerana jalan di lorong kanan itu KOSONG) manakala di sebelah kiri nun jauh di hadapan sana pula ada kelihatan sebuah Proton Saga (model lama) yang di pandu perlahan membontoti 1-2 lori panjang yang berada di hadapannya.
Dengan konfiden`nya aku terus memandu di lorong kanan seperti biasa. Tapi apabila aku berada 15-20 meter di belakang kereta Proton Saga itu, TIBA-TIBA sahaja pemandunya dengan TIDAK MEMBERIKAN SIGNAL, terus keluar dari lorong kiri ke lorong kanan!!!
Kalau dia menukar laluan ke lorong kanan dengan laju, tidaklah menjadi masalah. Tapi dengan SELAMBA SIPUT dia keluar dengan lagak gaya SOPAN SANTUN SLOW MOTION sehingga hampir-hampir membuatkan bumper depan aku mencium bumper belakangnya.
Aduhai….. nasib baik MyVi full specs ini mempunya ABS, jadi brek yang ditekan tidak membuatkan kereta ini mengempar. Aku terus bersabar sehingga kereta Proton Saga itu melepas lori di sebelah kirinya. Niat di hati memang nak sangat tengok siapa yang memandu sebab kalau silap haribulan, memang setan naik kepala punya.
Tapi setelah aku memotong kereta Proton Saga itu, aku ternampak seorang wanita Melayu yang bertudung memandu dengan khusyuknya!
kak long wehhhh… kalau khusyuk pun, tengok-tengoklah cermin belakang dan cermin sisi kanan sebelum menukar haluan. Tindakan awak tu cukup membahayakan orang lain. Nak marah, nanti di cakapnya diskriminasi. Tak nak marah, sakit jantung dibuatnya.
Wahai pemandu wanita, kasihanilah kami si pemandu lelaki….!



sungguh bahaya..haha..klu bro dah xda
ramai blogger akan cari kak long tu sampai dapat..hahaha
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:38 pm
Mendalam maknanya tuh
kena banyak bersabar bila memandu ni!
Biasa-lah pemandu sekarang…
ikut suka dia je..
So, bukan kena berhati-hati…
Kena triple kali berhati-hati!
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:39 pm
Memang cuak betul aku semalam. Nasib baik takde keta kat belakang aku. Kalau ada.. buat naya jer.
alahai kak long…
kecut perut si ijad ni dibuatnya.
pcuserzs entri yang terkiniMyCause Photography Contest
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:40 pm
Tapi Kak Long tu selamba jer.. takde kekesalan langsung. Macam takde benda yang berlaku.
Women drivers… hmm.. can’t live with them .. can’t live without them
… especially Perodua, sbb byk Kancil / Kelisa / Viva / Myvi driver / ownernya perempuan
omecool20s entri yang terkiniUcapan Tahun Baru 2009 Mohd Nizam
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:40 pm
Hahahahahah
pergh. memang bahaya seh. teringat aku ada sorang kak long ni potong sebelah kiri masa kat selekoh. kita pula yang cuak.
kasihanilah kami! ohoho.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:42 pm
Maunya tidak. Cuma aku takleh terima dia tukar lorong SLOW sangat. Kalau bagi signal, oklah jugak sebab aku akan aware. Ini tak bagi signal pastu tetiba je.
pompuan memang cuai bawak keta! Aku dah kena macam tu. bukan sekali, byk kali gak…angin gak satu badan aku! Eirrrrrr….istighfar je la byk2.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:43 pm
Fuhhh… marah betul En Zuhairy kita ni. Ekekekeke
biasa la bro.aku selalu kena tu kak long.kalau mak long yang bawa lagi nanya…silap silap kita dah dekat dia boleh tekan brek tiba2 je tanpa sebab lagi sakit jantung..
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 12:59 pm
Sabor je`lah kan…
* kesian kak long ngan mak long kat luar sana tu ha.
haha..pasni kuar paper, kak long dan mak long istilah untuk akak dan makcik driver gila..
ahlong pun takut ngn kak long
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 1:45 pm
Huissshhh… ganaz sungguh perkataan “makcik driver gila” tu cookdong. Tak sesuai.
Ko ni biar betul… dia manusia macam kita gak.
* bak ko mintak maaf pada diaorang.
cookdong Reply:
June 7th, 2009 at 3:20 pm
mintak maaf mak long. saya tarik balik statement
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 4:58 pm
Cookdong, ko memang professional !
p/s: mesti kak long tu terima maaaf ko nih.
bro…
saya pun banyak kali gak kena camtu.
klu ngan saya,
memang siap kena HON bertalu2 dah tu.
yang tak tahannya…
kita hon kat dia…
dia hon kat kita balik tu…huhu
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 4:58 pm
Hahahahaha… sebenarnya dia cakap macam ni dalam hati dia ” Weyyy….. aku pun ada hon laaa…”
Tragedi di waktu malam tu….. memang menguji kesabaran tu…..
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 4:59 pm
Nasib baik terkena waktu petang.
Saper2x yang terkena camtu tu…. sure takleh tido semalaman punyelah….
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 5:03 pm
Huhuhuhuhu
Macam tu lah… uncle pun dah naik semput sekarang ni kalau memandu . kalau berek terkejut kat bandar tu especially kat Larkin Perdana, tekaan selalu betul… mesti perempuan punya. Dia pulak boleh marah kita. hai…. duia sekarang….
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:37 pm
Larkin Perdana?
Kat area/bahagian mana tu?
Azhar Reply:
June 8th, 2009 at 6:25 pm
kat area restoran Yusal. Uncle keja kat situ.
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 9:33 pm
Oooo…. keje kat restoran tu rupanya
Sekampung… ekekekeke
Azhar Reply:
June 9th, 2009 at 9:48 am
dak ei…. oklah, uncle keja kat area situ . lebih kurang 10 pintu dari situ. eh.eh…..
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 10:22 am
Ooo… ok.
Sabor je la bro. Tak semua perempuan mcm tu. Ada juga yg mengalahkan lelaki. hoho.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 6:44 pm
Betul tu Rina.
Memang hanya segelintir je tapi apalah agaknya yang sedang difikirkan kak long tu sampai tak bagi signal ye? Then siap memotong lori dalam keadaan yang sungguh slow motion …
Risau … risau…
Aku dah agak. Ni mesti pmpuan. Haha. Selalu experience cmni. Kalau ade je kete yang pelik2 cara pemanduan die, tak orang tua, mesti orang pmpuan yang bawak. keke.
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:15 pm
Wahhh… sound direct nampak…. kikikiki.
selalu sangat aku kene. aku drive gi lipis. lalu highway lagi tu. camtu gak la. pempuan. bawak slow. kekadang laju. kekadang brek mengejut. ikut hati, mau aku tahan keta tu. tapi bila potong, mak budak tengah drive..terus hilang selera aku nk marah..haha..
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:16 pm
Cehhh… kalau awek, lagilah tak marah`kan? wahahahah
titan Reply:
June 7th, 2009 at 9:24 pm
awek? erk..banyak kali. aku marah gak. tapi dalam hati la. sebab ada sekali aku tahan keta awek tu. awek tu tak nak kuar keta plak. Last2..aku sepak keta dia aje. pastu, blah macam tu..orang lain semua tengok bodo camtu aje..
haha. tapi serius, cuak gak mana tahu ada orang nk back up awek tu. nasib lawa. haha..
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 11:23 am
Kira ko bernasib baik ler. Kalau abang dia datang, tak dapek den nak nolong dah.
Fuh! Aku pon selalu terkena mcm ni..rasa nak tekan hon jerk kuat2! Tapi bila dipikirkan balik..nanti terkezut gozilla pulak kak long tu lagi naya sure dia akan panik! Masalahnya kalau kita brek mengejut..kang kereta kat belakang pulak melanggar bontot kereta kita! Kereta kak long terlepas..kita pulak ditimpa musibah. Hmm..golongan kak long (kekadang abang long pun sama) jangan drebar tu ikut syok sendiri jerk! Kena ingat nyawa org lain..tahniah pasal ‘tanduk syaitan’ tak naik
rohaizad Reply:
June 7th, 2009 at 8:26 pm
Haaa…. tang “kalau kereta belakang tak hentam kereta keta” pun satu contoh yang baik. Kita yang sibuk nak elakkan dia dari kena langgar dari kita, kita pula yang dilanggar orang lain.
Tapi kalau katakanlah berdentum keta aku ngan dia, memang aku saman dia sebab tak pakai signal.
tapi bro akak aku kalau dapat keta aku pun kecut perut dibuatnya, bukan apa laju sangat.
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 3:29 am
Aziz – Laju sangat pun merbahaya jugak. Tapi apa pun, at least bagilah signal. Takleh hangin kita di belakang mereka.
nak buat camner….nama pun pompuan….kalau bawak keter….SLOW + POYO…..
zakeris entri yang terkiniWhy do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word?
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 11:24 am
Amboii…. sedih kak long tu dengar bila orang kata dia poyo tau.
Bukan setakat kak long – kak chik, kak ngah, kak mek, kak uda, kak dik, dan kebanyakkan segala species kakak suka menggugat kesabaran aku di jalan raya ….
samdaddycools entri yang terkiniBlogging, ebay, lelong, youtube, affiliate + RAJIN = duit
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 11:24 am
Hahahahahah….. sabor incik… aku pun bersabar semalam.
Haa..ambo sendiri pun memang sakit hati jugak ngan sesetengah pemandu dari kaum ambo ni. Kelakuan yang sebegini yang buat persepsi tak elok kepada pemandu wanita. Ambo pulak jenuh ikut peraturan..bukannya apa..memang tak mau sangat ada masalah kat jalan raya espcially bila ada kemalangan…dah byk contoh tak elok berlaku depan mata. ngeriii..en. rohaizad bersabor la ye..
Sharifahs entri yang terkiniBunga Dulang Dip lagi…
rohaizad Reply:
June 8th, 2009 at 8:10 pm
Harap selepas ini kak long semua janganlah terlalu memikirkan pasalah semasa driving kereta ye. Silap haribulan, membahayakan nyawa.
Pengalaman ngeri aku dgn kaum ini juga bnyak jugak, kes masuk lorong tak tgk kiri kanan, kaki dok atas brek je manjang. adui
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 7:11 am
Sabar Nep.. sabar…. hahahahah
kebiasaannya wanita memang memandu begitu.
ps.: sexist kah aku?
pcuserzs entri yang terkiniMyCause Photography Contest
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 7:12 am
Apo nak buek kan?
Sabar je la. Dah kebiasaannya wanita memang begitu.
Kalau lain macam tu .. sah pengkid kot
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 7:13 am
Pulakkk…
org lelaki marah2 org pompuan tapi cant live without them….:)
Janes entri yang terkiniCORPORATE CONSULTANT APPLICATION FOR MALAYSIA MY SECOND HOME PROGRAMME
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 11:00 am
Betul tu… siapalah lelaki tanpa wanita.
Kadang-kadang sakit jiwa di buatnya dengan pemandu wanita. Kalau masuk simpang tu..lambat jer….nak buat macam mane…naluri seorang wanita
Shaffiks entri yang terkiniDara Yang Bernilai
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 11:01 am
Tapi walau macam mana pun, kena bagi signal kalau nak tukar lorong… bahaya wooo…
isk3..nsib baikla x jdik pe2 yg xbaik..syukur pd Allah..mmg gitula driver kt Malaysia tercinte nie..penat jer org buat kete tuh pasang signal..tp x jugak digune..kang suruh gune lampu suluh buat jdik signal baru tau..tahniah sbb dpt kawal amarah..satu kejayaan tuh..
hafizs entri yang terkiniStadium Sultan Mizan Runtuh
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 11:01 am
Itulah berkat kesabaran… kan?
ish2 x semua pemandu wanita mcm tu…ada juga pemandu lelaki yg kurang memikirkan keselamatan orang lain….nak masuk simpang kadang2 x bagi signal atau last minit baru nak bagi signal…jgn la salahkan kaum wanita je…
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 7:52 pm
Tuh dia…. Cik Khu dah datang…
Tapikan Cik Khu, saya saya selalu terkena dengan pemandu wanita yang selalu membuatkan jantung saya nak jatuh sebab “coooooooool`nya” mereka di jalan raya. Alahai…
mijie Reply:
April 18th, 2010 at 11:25 am
banyak pengalaman yg aku dah dpt dgn sikap pemandu wanita ni, dulu pernah eksiden habis bahagian depan kete kancil yg aku bawa..
sbb nya, kakak tu dia buat emergency brek tetiba di tengah jalan dan terus berhenti, aku dari jauh dah brek…tp kete kancil je kan, menggelunsur dan bammm terus ke bumper proton saga dia
pas keluar gi jumpa dia, terus dia minta maaf, dia ckp dia terkejut sbb igtkan keter dari depan terus nak masuk simpang…padahal keter tu terus berhenti…,hohoho
habis duit aku nak merepairnya