Keburukan subscribe email newsletter orang lain (tanpa perancangan).
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: June 9, 2009 online
Sebenarnya sudah lama aku ingin menerbitkan entri ini tetapi asyik terlupa je.
Entri ini amat bermakna bagi aku kerana ianya telahpun mengubah hala tuju aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang blogger.
Walaupun entri ini lebih bersifat peribadi, tetapi aku harap janganlah kamu menganggapnya sebagai satu entri WAJIB kerana ianya hanyalah sekadar perkongsian mengenai rutin yang aku lakukan setiap hari selama aku bergelar blogger.
Sepertimana yang kita ketahui, email newsletter adalah satu kemudahan yang disediakan untuk kita sebagai pengguna internet dalam memastikan info yang kita inginkan dapat dihantar dan dibaca pada kadar EFFICIENCY yang tinggi.
Dengan membenarkan email kita digunakan sebagai medium perantaraan, maka semuanya akan menjadi lebih mudah. Kita tidak perlu lagi kelam kabut dalam mendapatkan info-info penting kerana semuanya akan sampai ke dalam email kita secara automatik.
Duduk diam sahaja, info akan sampai.
Mudahkan?
Terdapat 2 sebab yang utama mengapa kita subscribe email newsletter orang lain iaitu:
1. Kita suka dan minat sangat dengan content dari blog si polan kerana boleh dimanfaatkan isi kandungannya. Sehinggakan kalau kita tidak subscribe, maka akan terasa rugi yang teramat sangat.
2. Kita inginkan FREE GIFT dan untuk mendapatkannya, kita akan cuba pastikan yang email kita ada pada tuan punya FREE GIFT itu dengan harapan jika selepas ini ada FREE GIFT lagi, maka kita adalah antara yang pertama yang akan mengetahuinya.
Dulu (5-6 tahun yang lepas) pada waktu aku mula-mula ingin mendalami dunia internet ini, aku cukup suka subscribe email newsletter orang lain yang sedang dan sudah menempa nama dalam dunia internet (semuanya tokoh internet di barat sana).
Dengan falsafah “tidak mahu ketinggalan”, maka segala macam info dari pelbagai jenis blog aku subscribe. Memang banyak info yang aku dapat sebab banyak yang aku baca.
Apa yang aku buat selepas itu?
Selepas itu dengan selambanya aku akan ulas semula newsletter tersebut dalam blog aku dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai satu entri PANAS.
Selain dari itu, ianya juga bertujuan untuk menunjukkan pada dunia bahawa aku juga salah seorang blogger yang AWARE dengan pencapaian ataupun berita terbaru dari tokoh internet itu. Kononnya`lah…
Tapi semuanya tidak ke mana sebab rupa-rupanya beribu lagi blogger membuat cerita yang sama. CLICHE. Akhirnya aku bertanya semula pada diri sendiri:
1. Sampai bilakah aku harus macam ni?
2. Di mana uniknya aku dan blog aku?
3. Bagaimana aku hendak menambah VALUE pada blog aku sendiri?
4. Bagaimana aku ingin OUTSTANDING dari berjuta blogger yang lainnya?
5. Apakah caranya untuk aku menjana income dari aktiviti blogging aku?
Tiba pada satu tahap, aku sedar yang selama ini aku hanyalah seorang “pembaca tegar”. Tidak lebih dari itu walhal niat asal aku untuk menjadi salah seorang dari mereka yang telah berjaya dalam dunia internet.
Semakin hari kegilaan subscribe newsletter dari mereka yang berjaya (IM dan Problogger di barat sana) bukannya MEMOTIVASIKAN diri aku malah hampir membuatkan aku tension, keliru, sebu, sengal, tiada fokus dan “hilang dalam terang”.
Mengapa ini berlaku?
Ini berlaku di sebabkan aku bukanlah hamba Allah yang boleh absorb semua perkara dalam satu. Aku lemah dalam hal sebegitu. Jadi apa yang terjadi pada waktu itu sebenarnya ialah INFORMATION OVERLOADED!
Contoh kes:
Bila newsletter mengenai pendapatan blogging dari problogger A masuk pada waktu pagi ke dalam kotak email, maka bersemangat gilerlah aku untuk meneruskan kehidupan pada hari tu. Maklumlah, cerita mengenai kejayaan ini cukup seronok untuk dijadikan sebagai pembakar semangat.
Tapi rupa-rupanya, lain pula yang terjadi pada waktu petang apabila email dari IM yang pakar dalam AFFILIATE menerjah masuk dalam kotak email !!!
Haaaa… bila dah “dibakar” dengan ayat ayat power dari pakar affiliate tu, mulalah hendak pasang angan-angan serta azam untuk jadi master affiliate pulak. Pagi nak jadi master ebay, tetiba petangnya nak jadi master AFFILIATE… gila apa? (tidak dapat dinafikan email newsletter memang berkesan untuk mempengaruhi minda kita).
Begitulah yang terjadi saban hari.
Sekejap nak jadi master eBay, sekejap nak jadi master Adsense, sekejap nak jadi master Kung Fu master SEO dan macam-macam lagi. Tak tentu arah!
Itulah keburukan jika subscribe newsletter orang lain tanpa perancangan yang teliti. Silap haribulan, kamu juga akan menjadi seperti aku dan apabila ianya berlaku, mulalah hati tak keruan kerana tidak tahu jalan mana yang harus dipilih dan dilalui.
Haloo…. masa semakin berjalan tik…. tok… tik… tok… tik… tok….. tapi apa yang telah kita lakukan selama ini?
Itu juga masalah aku dan aku kena selesaikannya. Sebagai langkah drastik, aku telah “restart” semula tabiat subscribe aku cuma kali ini dengan lebih sempoi dan seronok.
Aku berpendapat tibalah masanya untuk aku membandingkan 2 perkara iaitu KEPERLUAN dan KEINGINAN. Mulai detik itu, aku hanya akan subscribe newsletter mereka yang SELARI dengan keperluan aku.
Maknanya semua newsletter yang aku terima hanyalah mengenai BLOGGING sahaja.
Aku tidak subscribe lagi cerita-cerita dari niche newsletter lain kerana ianya tidak penting.
Sehinggakan aku tidak sedar rupa-rupanya telah banyak yang aku pelajari hasil subscribe newsletter yang sesuai itu tadi.
Tidak dapat dinafikan yang aku pernah berkata bahawa blogging tidak pernah menghalang kita untuk melakukan perkara yang pernah kita buat sebelum ini tetapi untuk kes aku yang masih di dalam proses “learning curve”, itu adalah 2 perkara yang berbeza.
Iya…. aku mula belajar erti fokus dalam mencari bahan bacaan yang sesuai. Dalam kes ini apabila cerita blogging sahaja yang aku beri penekanan, maka lama kelamaan semakin jelaslah apa yang aku perlukan selama ini.
Benar.
Jika kita hendak fokus pada sesuatu perkara, janganlah di campur adukkan dengan perkara yang lain. Katakanlah kita ingin menjadi master dalam eBay, apa yang perlu kita subscribe adalah newsletter dari mereka yang master dalam eBay juga.
Pergilah ke blog Sifu Lan ke, Noorizam ke, Matzis ke, ShahRaduan ke dan mereka yang arif dalam bidang itu supaya niat dan tujuan asal kita tidak lari. Sama halnya kalau hendak mendalami ilmu SEO.
Begitulah penangan dan kesan dari newsletter yang aku subscribe selama ini. Ada newsletter yang boleh membunuh fokus kita dan ada juga yang menjadikan diri kita semakin hebat. Simply said, newsletter yang sesuai dapat menbantu kita menjana pendapatan dengan lebih seronok.
Jadi buatlah langkah yang bijak kerana apabila kita tahu arah dan tujuan kita, maka pintu kejayaan akan sentiasa berada di hadapan.
Sasarkan DOLLAR yang pertama dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan $10 dollar yang pertama, selepas itu $100 dollar yang pertama sehinggalah ianya dapat dijadikan sebagai satu side income yang kita inginkan selama ini. Cepat atau lambat itu tidak penting. Yang penting kita tahu bagaimana untuk meneroka peluang yang ada.
Oh yaa…. aku juga tiada masalah jika ada yang cancel subscription email newsletter mereka dari blog rohaizad dot com ini. Itu adalah pilihan masing-masing tapi yang lebih penting, aku harus teruskan aktiviti blogging di sini.
Mengapa?
Sebab itulah satu-satunya tanda terima kasih yang termampu aku lakukan kepada mereka yang telah subscribe email newsletter blog ini. Good luck untuk semua



aku sangat setuju dengan artikel ini. nak subscribe pun mestilah ada niche juga. aku sekarang memang follow blog2 yg niche blogging especially blog ko ni.
bila subscribe newsletter, ada potensi untuk jadi pemberi komen terawal. lama kelamaan barulah nampak hasilnya di mana kita akan dikenali sebagai loyal reader oleh blogger tersebut.
ada blogger yang appreciative. mereka akan bagi free gift dalam bentuk backlink, review percuma untuk blog kita ataupun paypal!
nampak simple ja subscribe tapi untung tu!! =D
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 11:40 am
Yup, sebab itulah aku tidak akan buang Section Pengulas Terlampau sebab biarlah mereka yang rajin komen mendapat sedikit limpahan traffik serta sedikit exposure dari blog ini.
What you give, you get back. Aku percaya dengan kata azimat tu.
cookdong Reply:
June 9th, 2009 at 12:21 pm
malangnya saya xda blog lagi..coming2..erk..WAJID ka WAJIB?:) artikel ni dah menyedarkan saya..tq
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 12:55 pm
Baguslah tu.
samdaddycool Reply:
June 13th, 2009 at 8:05 pm
…. “Pengulas Terlampau”.. kikikiki… byk gak aku dpt trafik dari sini..
samdaddycools entri yang terkiniCara baru ransang anak belajar
huhuhu…baru lepas subscribe bro. Sebelum ni, tiap-tiap pagi mesti buka blog bro utk cari info terkini. keep up the good work!
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 11:48 am
Terima kasih
HA ha ha…
aku menghadapi masalah yang sama. information overloaded dan focus distraction. fokus amat sering terganggu. sekarang dalam proses untuk ber’fokus’.
1. bisuness insuran aku.
2. blogging aku.
dengan entri ni. aku akan unsubscribe semua entri yang tak perlu. thanks bro bagi tips yang amat berguna. maka aku akan mulakan tindakan sekarang.
domo arigato, tenkiu, tenkiu
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 11:49 am
Cuma bercakap dari pengalaman je. Kalau boleh dimanfaatkan, itu sudah bagus.
Nice article!
Saya pun pernah terkena INFORMATION OVERLOAD nih..my first step, saya unsubscribe dulu emel2 yang tak penting dan tak relevan dengan niche yang saya ceburi..walaupun nampak simple tapi teknik ini memang berkesan untuk memastikan fokus kita maintain hehe
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 11:52 am
That’s what I am talking about!
saya opt-in ni bukannya apa…
cuma nak dpt update je…
Setiap e-mail, ada niche tertentu!
Anda juga boleh belajar & “Copy” cara bagaimana mereka follow-up…
Jadi masih OK, lagi langgan byk opt-in.
Cuma terpulang kpd individu
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 5:42 pm
Betul setiap email ada niche tertentu. Bagi mereka yang boleh HANDLE pelbagai NICHE, silakan untuk teruskan perjuangan masing-masing.
Aku cuma share apa yang aku alami. Alan ni expert sebab itu dia boleh handle semuanya sekali. Jadi sesiapa yang nak jadi orang yang hebat seperti Alan ni, silalah tanya dia macammana dia handle.
* Bukan semua subscriber berminat menjadi AFFILIATE. Dan bukan semua interested pada apa yang kita lakukan.
memang berbaloi baloi bace blog bro
ni best sangat byk ilmu yg sy dapat
contohnye berkenaan facebook tu..
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 12:50 pm
Shah – Ko ni antara pembaca setia blog ini, memang aku tahu. Terima kasih daun keladi
YEZZER! Akhirnya aku dah jumpa jawapan yang sangat mengelirukan aku selama ini. Kemana arah tujuan aku sebenarnya? Di mana fokus aku dlm berblog ni? Terima kasih bro ijad entri kali ini betul2 menusuk jiwa aku
hehehehe..! Berkenaan subscribe newsletter IM international tu..terlalu banyak membuang masa aku selama ini. Mana taknya newsletter masuk ke dlm inbox setiap hari beratus aku terima..belum dicampur newsletter IM local lagi..dan masa utk membuka atau membaca jer pon dah berjam-jam aku bazirkan gitu jer! Apa yg aku dapat??? Hanya information overload..aku keliru & semakin keliru apa sebenarnya aku nak???? Aku sangat berterima kasih di atas soalan2 yang dilemparkan bro ni..
1. Sampai bilakah aku harus macam ni?
2. Di mana uniknya aku dan blog aku?
3. Bagaimana aku hendak menambah VALUE pada blog aku sendiri?
4. Bagaimana aku ingin OUTSTANDING dari berjuta blogger yang lainnya?
5. Apakah caranya untuk aku menjana income dari aktiviti blogging aku?
Langkah pertama aku kena unsubscribe semua newsletter yg kurang & tak penting..kekalkan yg ada kena mengena dgn fokus yg aku nak buat. Langkah kedua..mulai hari ini aku kena mencari jawapan terhadap 5 soalan di atas
hehehehe..langkah seterusnya sentiasa berkunjung di Rohaizad dot Com!!! Thank you very very very..much brother
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 2:03 pm
Sama-sama… bukannya apa bro Zol, just bercerita melalui pengalaman sahaja
wahh…. inbox emel saya penuh dngn mcm2 newsletter.. saya rase saya dh terkena penyakit information overloaded nih…
nmpk nye mcm kena restart balik je.. aduhhh….
thanks bro jad sbb buat entry nih..
saddams entri yang terkinipromosi nokia e75 telah ditamatkan….
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 2:05 pm
Saddam – cerita di atas cuma perkongsian saja. Kalau perlu di manfaat, cubalah maksimumkan idea yang ada. Tapi janganlah lepas ni semuanya terus unsubscribe tak tentu pasal plak ye
yess…. just suscribe blog yang kita fokus sahaja…. senang tumpukan perhatian
hazman aka species1980s entri yang terkiniSiri TIPS panduan SENANG HAMIL
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 2:06 pm
Itu betul tapi ada juga yang boleh absorb banyak perkara dalam satu masa. Cuma aku ni lemah sedikit. Takleh fokus pada banyak perkara dalam satu satu masa.
Thanks bro,info anda meyedarkan aku,memang benar
inbox aku pun penuh dengan pelbagai newsletter.
galuts entri yang terkiniPeluang biz dari Mastereload
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 2:07 pm
Galut- kalau boleh handle semua newsletter tu, tak mengapa. Tapi aku takleh buat macam tu. ekekekeke
kes infomation overloaded sering terjadi kepada individu yang baru nak mengenali dunia internet….
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 2:10 pm
Ye ke?
Huhuhuhuhu… kadang kadang ada juga orang lama yang mengalami situasi macam tu termasuklah aku.
Aku masih ingat lagi masa zaman AGLOCO dulu, habis dengan aku aku sekali collapsed. John Chow punya pasallah… hahahahah
sebenarnya anda tak perlu nak subcribe melalui email..pakailah mana2 feed reader je..ada masa baca..hehe..
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 5:35 pm
Amir – Sebab itulah aku beri penekanan mengenai email newsletter untuk entri kali ini.
Kalau RSS, semua org dah tahu akan hal itu
aduh…setiap pengalaman yang dicatatkan,
sebijon kena atas batang hidungku.
information overload,
tak fokus,
memang inilah masalah aku,
dari dulu, kini dan….
pastinya tidak selama2nya insyaAllah.
sekarang juga, akan ku ‘unsubscribe’ kan
semua newsletter yang tak berkenaan.
tenkiu atas perkongsian pengalaman ini.
setidak2nya ia menyedarkan aku kembali…huhu
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 5:36 pm
Syukri – Uikss… janganlah sampai un-subscribe semuanya. kang marah pulak IM yang lain. huhuhuhuhu
aku masih subscribe kepada newletter yang memberi value. yang asyik letak affiliate links atau nak jual produks aje, semua dah di buang. Tenang lah sikit. kalau tak tu, satu hari tak bukak pun beratus.
anyway, kalau dah jadi blogger tegar ni, kena ada jadual. dan walau apa pun terjadi, stick to jadual. baru lah aman sikit hidup. of course, jadual tu pun boleh lah adjust +- 10% mana perlu.
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 5:37 pm
Itu terpulang sebab macam yang aku cakap tadi, ada orang boleh handle, ada orang tidak boleh handle. Dan ternyata ramai yang tidak boleh handle.
thanx bro ijad bg info. huhu sy salah seorg yg mcm tu. semua sy subscribe. Last2 overload xtahu nk pilih.
rinas entri yang terkiniSyarat Wajib Untuk Memulakan Perniagaan Internet!
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 5:38 pm
Kena filter semula mana yang perlu. Tapi ikut kesesuaian masing-masing ye
betullah bro. uncle pun banyak subscribe newsletter. pantang ada yang offer, masuk aje. ialah nak cari ilmu. sudahnya tak keruan (ingat lagu indon tu…)sekejap nak buat ebaylah… sekejap nak buat ebook lah…. apa apa pun nak blogging. Uncle dah signup dengan NetKL. Sekarang tengak nak buat ikut smartusaha Blogger Kit tu… Nama domain ialh http://www.uncleazhar.com, okay tak… Tapi tak tahu nak buat apa. so… for a start tulis lah ape aje… ni ha..macam panjang aje pulak nulis ni. macam orang tu celoteh… betul lah kata bloggers, bila dah mula mengtype ni, tak boleh berhenti… he. he.. he.. dah dapat ke uncle keja kat mane…
rohaizad Reply:
June 9th, 2009 at 6:46 pm
Hahahahah… takper, nak taip panjang panjang pun takper. Dah namanya blogger`kan?
Kalau nanti dah siap blog, rajin-rajinlah posting dan submit ke Negaraku.net ataupun laman social bookmark yang lain. Biar ramai org tahu kewujudan blog UNCLEAZHAR.com tu ye
Azhar Reply:
June 9th, 2009 at 7:04 pm
terima kasihhhhh….. (kata david alleycats)
rohaizad Reply:
June 11th, 2009 at 1:26 am
Sama-sama… (versi Upin dan Ipin)
dengan blog kiter boleh buat semua…
tak salah kalau subscribe banyak-banyak newsletter…YG PENTING KO MESTI FOKUS!!!!
tetapkan apa sebenarnya yg ko nak buat….
p/s: Minggu ni kawan banyak masalah….la ni pun tengah demam……hukhukhuk….
zakeris entri yang terkiniWhy do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word?
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 10:53 am
Baik BOS!
Saya pun tak cakap subscribe banyak banyak tu salah BOS. Saya cuma lemah untuk handle banyak newsletter bos. Sori ye BOS.
zakeri Reply:
June 11th, 2009 at 1:26 pm
Pulak…..sapa bos ni….
Ntah…kawan suker subscribe newsletter ni utk dapat freebies jer….buat koleksi…lepas dah download, unsubcribe terusss…..KEJAM tak teknik ni??? huhuhuhuhuh
zakeris entri yang terkiniKesan kemelesetan ekonomi turut dirasai oleh semua.
banyak aku paham selepas bace artikel ni. inbox pn skrg penuh ngn emel2 dari IM2. tiap2 ari 5-6 masuk. dhla byk gle aku subscribe
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 10:54 am
Kalau boleh fokus seperti apa yang Zakeri komen kat atas tu, tak payahlah risau untuk subscribe banyak-banyak newsletter.
hanya subscribe 2 blog, tp masalahnya entri terbarunya hanya masuk ke kotak email 4-5 jam selepas entri tersebut di post ke blog…kenapa ye?
selalunya pergi ke blog tersebut lebih dulu dari info yg tiba di email.
kujies entri yang terkiniBertujuan, bermusim atau pun sepanjang hayat
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 12:03 pm
Kak Jie, ini satu soalan yang bagus. Kalau Kak Jie subscribe email newsletter kedua-dua blog itu pakai FeedBurner, maknanya saya tahu di mana masalahnya.
Saya rasa saya akan buat satu tutorial khas untuk soalan ini. Nantikan ye Kak Jie!
ehm. aku cuma akan subribe blog yang akan bagi manfaat kat aku. Kalau blog yg malas update, memang aku takkan subsribe.
Yup. Sama cam aku. Banyak blog yg aku subribe berkaitan dengan blogging, make money dan affiliate. Selain dari itu, aku tak subscribe. Buang masa aku aje. Sebab aku tak nak buang masa kat benda yg aku tak mahir.
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 7:53 pm
Tuh diaa…. En Titan kita dah bagitau petua dia.
Klo subscribe feed saje ok la kan.. tpi klo jnis yg gune form buatan sendiri, x psl2, die gunekan email kite utk tujuan promosi.. da la x dek link unsubscribe.. huh
Da ade 1 kes ni.. sye komen blog die.. then die gune email mase nk bg komen utk tujuan promosi produk2 die.. aiya.. x psl2 subscibe free jerr.. huhu
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 7:54 pm
Aku pun dah terkena. Mana punya hamba Allah entah… satu hari dekat 5-6 kali dia cuba hantar.
Apalagi, dengan segala hormatnya ke dalam SPAM FOLDER la aku humbankan ia.
Tips yang bagus ni, setakat ni aku subcribe newsletter Dr IK je, itu pun guna emel company, bukan ape klo dah boring buat keje, lepas baca emel Dr IK, naik la skit semangat..hehe
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 7:54 pm
Haaaa… menarik tu.
menarik sangat info yang bro bagi… thank’s…
wawans entri yang terkiniLebah Imut Penghasil Madu
rohaizad Reply:
June 10th, 2009 at 11:41 pm
Sama-sama.
Makasih ya di atas kesanggupan kamu untuk bertandang ke sini. Kirim salam juga kepada blogger-blogger Indonesia di sana
Makasih banget!
Satu panduan yang bagus.. untuk mengelakkan keadaan sebegini saya biasanya jarang subscribe newsletter. Apa yang saya biasa buat adalah dengan menggunakan fungsi favourite/bookmark di blog. 2,3 Blog yang dah subscribe, saya letakkan folder email khas untuk setiap blog/kategori blog.
zulss entri yang terkiniReview eBuku Kuasa Pemasaran Email
rohaizad Reply:
August 11th, 2009 at 6:22 pm
Cun!
itu yang terjadi kat diri aku,hu..hu..suscribe banyak2..pastu pening nak baca he..he..
janajutawansibers entri yang terkiniMinyak naik balik
rohaizad Reply:
August 11th, 2009 at 6:27 pm
Huhuhuhuhu
[...] ingat lagi pada catatan “Keburukan subscribe email newsletter orang lain” yang begitu mendapat perhatian sebelum [...]
Diulas pada June 17th, 2009 at 2:50 pm[...] Klik sini untuk membaca artikel mengenai keburukan subscribe newsletter oleh Rohaizad. [...]
Diulas pada July 23rd, 2009 at 2:49 pmaaaaa
tima kasih sangat.Artikel ni bagus betul dan amat membantu
rohaizad Reply:
August 11th, 2009 at 6:15 pm
Thanks Reez!
bg saya bergantung kepada pengurusan seseorang. ada orang yg ada niche sendiri tapi masih nak tahu perkembangan niche-niche yg lain. dalam hal ni saya tekankan hanya nak ambil tahu. bukannya nak ceburi. tapi sekali lagi saya tekankan ianya bergantung kepada pengurusan diri sendiri. pendapat rohaizad saya setuju. tumpu pada satu niche saja.
rohaizad Reply:
August 20th, 2009 at 8:58 am
Yup, itu terpulang sebenarnya. Tapi kalau tak tak pening, baik subscribe yang perlu sahaja. Yang lain, bookmark!
Salam bri Ijad. Sy suka saaangat baca artikel kat atas. Sy pon subscribe banyak newsletter. Skrg dah sedar apa step lepas nh kena buat. Thanx banyak2 bro.
slm bro..aku stuju…smpai satu tahap..brlaku INFORMATION OVERLOADED!…..tak tau mana satu nak capai…