Feedburner tips – bagaimana untuk setting waktu serahan artikel.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: June 17, 2009 online
Masih ingat lagi pada catatan “Keburukan subscribe email newsletter orang lain” yang begitu mendapat perhatian sebelum ini?
Nahhh…. hari ini kita akan membincangkan sedikit lagi cerita mengenai Feedburner. Bagi yang sudah expert Feedburner, mungkin tips ini terlalu simple untuk dipelajari tetapi untuk yang masih lagi tercari-cari rahsia mengenainya, silalah baca catatan ini sampai habis.
Actually catatan ini ditulis special untuk Kak Jie. Tapi tidak bermakna pembaca lain diketepikan kerana apa yang penting di sini adalah info sharing. Mari kita sama-sama mengenal pasti permasalahan yang ada.
Di dalam komen beliau sebelum ini, Kak Jie ada menyatakan mengenai satu perkara yang aku sendiri pernah mengalaminya. Ingin tahu apa yang dinyatakan oleh Kak Jie?
Mari kita lihat screenshot komen dari Kak Jie:
Dalam kes di atas, Kak Jie adalah seorang subscriber (seperti kita juga).
Masalahnya, newsletter yang Kak Jie subscribe selalu lewat tiba. Sepatutnya, sebagai seorang subscriber biarlah cerita yang di subscribe itu sampai dulu ke kotak email.
Yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Maknanya Kak Jie dah baca dulu catatan terkini dari blog yang beliau subscribe, then baru catatan itu menyusul (4-5 jam selepas itu).
Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku?
Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi lagi?
Apakah Feedburner satu kemudahan yang hampeh?
Tidak… Feedburner bukanlah satu kemudahan yang hampeh. Malah Feedburner adalah satu IKON kepada kejayaan semua MAILING LIST SOFTWARE yang ada di dunia internet ini. Sebab itulah Google sanggup membeli Feedburner. Tapi bukan itu yang kita hendak bincangkan. Jadi mari kita balik kepada permasalahan yang sebenar.
Apa yang terjadi di sini ialah kurangnya pemahaman kita sebagai seorang pengguna Feedburner dalam meneroka semua features yang ada di dalam Feedburner itu sendiri. Seperti yang dikatakan di atas tadi, aku pernah mengalami masalah ini suatu ketika dahulu.
Malah lebih buruk lagi, masalah ini telah membuatkan SEMUA SUBSCRIBER blog rohaizad dot com ini naik MENYAMPAH kerana kebanyakan dari mereka menyangka aku ini saling tidak ubah seperti seorang SPAMMER kerana terus menghantar newsletter untuk catatan yang mereka sendiri telah baca!!!
Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah di sengajakan. Ini berlaku kerana kekurangan “trial-error” yang aku sendiri tidak sempat lakukan. So sekarang mari kita lihat bagaimana seorang blogger boleh menentukan waktu penghantaran untuk catatan/artikel yang mereka telah tulis ke semua subscribers mereka:
1. Login ke Feedburner dan pilih blog yang ingin di setting (jika lebih dari 1 blog):

2. Klik di menu PUBLICIZE.

3. Klik Email Subscriptions link di sidebar menu. Kemudian klik pada link Delivery Options:

4. Pastikan waktu yang dipilih adalah pada (GMT +8.00) Kuala Lumpur, Singapore.

5. Pilihlah waktu yang paling hampir dengan terbitan sesuatu catatan ataupun artikel.

Oh yaaa….
Pada ketika catatan ini hampir hendak diterbitkan, jam di dinding sudahpun menunjukkan pukul 2.45 petang. Maka waktu yang paling hampir sepertti yang telah ditetapkan oleh Feedburner ialah 3.00 pm (petang).
Hakikatnya kalau setting ini dapat dilakukan dengan sistematik, maka semua newsletter yang sampai pada subscribers kita selalunya akan “on-time”. Kalau lewat pun, hanyalah beberapa minit sahaja.
Agak leceh`kan?
Jadi siapa cakap jadi blogger ini kerjanya senang?
Hahahahah!
Memang ianya tidak semudah yang di sangka tapi jika semuanya dilakukan dengan relax, cool dan bersistematik.. maka ianya akan jadi alah bisa tegal biasa.
Apa-pun harus diingat bahawa jika kamu adalah seorang blogger yang tegar, maka setting ini harus di lakukan pada SETIAP KALI kamu selesai menulis untuk sesuatu artikel.
Kalau kita ingin subscriber kita seronok dengan cara kita ‘melayan’ mereka, cubalah pilih masa yang paling hampir dengan waktu kita publishkan (terbitkan) artikel kita itu.
MALAS untuk membuat setting ini dengan KERAP, itu akan memboringkan subscriber kita. So kita haruslah BERDISIPLIN dalam menerbitkan (publish) catatan/artikel kita itu.
Katakanlah kita telah tetapkan pukul 11.00 pagi untuk newsletter sampai ke kotak email subscribers kita, PLEASE MAKE SURE SEMUA catatan/artikel kita itu diterbitkan (publish) sebelum pukul 11.00 pagi.
Jika tidak, subscriber kita akan menghadapi masalah seperti apa yang Kak Jie hadapi. Subscriber kita akan lambat dapat newsletter kita. Pendek kata, kalau kita LEWAT publish (selepas pukul 11.00 pagi) catatan/artikel kita itu tadi, memang SAH newsletter itu akan sampai KEESOKAN HARI`nya pukul 11.00 pagi !!!
*Terlepas dan terlewat publish catatan/artikel dengan masa yang KITA SENDIRI tetapkan, tiada pilihan lain yang kita ada melainkan berdepan dengan realiti. Feedburner akan terus menundanya PADA KEESOKAN hari di waktu yang sama (11.00 pagi). Please be alert!
Apabila ini berlaku pada subscriber blog kita, pasti ia akan mengundang rasa mual kerana “berita yang basi (semalam)” telah di hantar kepada mereka lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi. Silap-silap orang lain dah komen di catatan itu terlebih dahulu, barulah kita hendak komen…. pheeeewwww….
Contoh timing yang baik untuk BLOGGER terbitkan (publishkan) catatan/artikel:
* Adalah lebih bagus jika kita publishkan catatan/artikel kita pada pukul 2.45 petang DARI pukul 1.15 tengah hari kerana pukul 3.00 petang adalah waktu untuk Feedburner mula menghantar catatan/artikel kamu itu. Lebih hampir dengan WAKTU yang telah ditetapkan, adalah lebih baik!!!
Inilah antara perkara yang kita tidak perasan dalam menggunakan Feedburner. Lebih malang lagi, akibatnya cukup untuk membuatkan subscriber kita bengang dan benci dengan kealpaan kita.
Harap catatan ini dapat membantu.
Sayangilah subsciber anda!!
Ekekekeke (tanpa mereka, siapalah kita).
p/s: Thanks Kak Jie kerana come up dengan cerita Feedburner nih







aku pnh setting bnda ni tp bru arini aku tau betapa pentingnya setting time tuk newsletter..thanks bro
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 3:23 pm
You are welcome.
satu info yang bagus bro…tak tahu la pula kena setting time sampai camtu dulu.thank..
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 3:23 pm
Dah lumrah dan asam garam seorang blogger, ini semua perlu di ambil perhatian
aku tgh busy sekarang ni…boss nak mcm-macam report pulak….nanti biler tak busy, aku akan baca lagi….
p/s: banyak nak tanya, tapi masa sangat mencemburui.
zakeris entri yang terkiniKonsep Barakah dan Perniagaan Internet
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 3:24 pm
Hahahahaah…. janganlah kelam kabut bang. Slow and steady.
woho. baru tau. uhu (-_-)
terima kasih, bro. nampak sangat aku malas explore benda2 penting sebegini.
selalunya bila aku dapat emel dari ‘rohaizad dot com’ aku terus buka dan bila aku buka blog ini aku dapati komen2 dari pembaca telahpun seguni! huhu. memang hebat dan syabas =D
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 4:07 pm
Malas explore?
Sama lebih kurang macam aku jugak ler tuh. Tapi aku harap entri ni dapat membantu ye
Pasal komen seguni tu, kadang-kadang memang aku terperanjat gak. Tak sampai seminit aku tekan publish, terus komen dari BLOGGER TEGAR terjah….
Alert betullah diaorang nih.. pheewwww..
Opsss… thanks jugak pada yang alert tu
p/s: Gilerlaaaahhhh…!!!!
samdaddycool Reply:
June 18th, 2009 at 1:50 am
Kadang-kadang, aku on laptop je, Rohaizad.com antara yang terawal aku surf… cuma semenjak dua menjak ni aku sibuk banget dgn projek underground neh!..
samdaddycools entri yang terkiniAPA PUNCA ANAK DERHAKA
salam bro rohaizad..
saya org baru disini..entry mengenai feedburner ni sangat membantu, sebab selalu lepas pandang tak amik perhatian sangat..terima kasih bnyk2
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 6:29 pm
Sama-sama. Selamat datang ke rohaizad dot com
p/s: suka kalau catatan yang dibuat dapat di manfaatkan oleh pembaca sendiri
HUrm, actually, banyak agi aku tak tahu sal feedburner. Thanks ijad.
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 6:30 pm
Sama-samalah kita ya …
mau tak alert memang kalo sekali bro izad buat post mesti de yang penting dan berguna.takkan de yang merapunya….ekekeke:)
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 6:31 pm
info bagus bro! perkara yg sama pernah berlaku ke atas aku.
megats entri yang terkiniMegat.net, Kembali Menulis
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 6:31 pm
Tuh diaa… En Megat dah kembali!
Salam..
x sangka ye kene setting utk feedburner
thanks bro
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 6:49 pm
Kalau tak nak setting setiap hari pun takper, tapi kena pastikan waktu yang kita setting itu sesuai dengan routine blogging kita.
Aku mushkil, benarkah ada org langgan guna emel?
Hasbullah Pits entri yang terkiniSudah boleh cakap pasal Kerajaan perpaduan atau belum?
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 7:02 pm
Uiksss…? Biar benar En Sebol… takkan tak pernah guna kot?
Memang orang langgan guna email. Tapi ada juga yang guna RSS
kalau kita set feedburner jam 3 petang, then semua posting kita pun kena schedule ke beberapa minit sebelumnya walaupun kita tulis benda tu malam tadi. baru lah post keluar dan selang beberapa minit, feedburner hantar.
anyway, aku akan hanya datang ke sini (atau ke mana blog yang aku subscribe) bila ada masuk email bertajuk ‘rohaizad dot com’ .. kalau tak aku tak masuk, so takde lah terasa pelik.
rohaizad Reply:
June 17th, 2009 at 7:10 pm
Yup, kalau kita publishkan cepat sangat, itu yang jadi macam apa terjadi pad Kak Jie.
Tapi kalau nak lagi senang, set kan balik ke masa yang paling hampir. Katakanlah kalau kita tulis malam tadi, so pilihlah waktu yang hampir pada waktu malam.
Feedburner akan ikut arahan kita.
cayalah rohaizad!
dapat satu ilmu aku hari neh. aku dah change accordingly. hehe
KNizams entri yang terkiniGoogle Doodle Today – Selamat Hari Jadi Enche Igor Stravinsky
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 12:23 am
kalu scheduled waktu awal sebelum waktu kita post macam mana?
marzukis entri yang terkiniMemasang Recent Post With Thumbnail + Comment Count
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 12:24 am
Tak kisah. Janji kita terbitkan (publishkan) sebelum waktu yang kita set (skala 1-2 jam)
.. Thanks bro. Satu ilmu baru juga aku dapat di malam yang hening ini…
samdaddycools entri yang terkiniAPA PUNCA ANAK DERHAKA
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 2:39 am
Sama-sama
ilmu baru ni bro,aku ingat benda2 ni tak berapa penting,thanks bro…
janajutawansibers entri yang terkiniMinyak naik balik
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 2:40 am
Kalau tak pakai Feedburner, takde hal. Tapi kalau yang pakai Feedburner, memang ini perlu diambil tahu.
hmm…. skang baru saya tahu kenapa slalu dapat entri yang lambat pada blog yang saya suscribe…time setting adalah puncannya…
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 8:55 am
Yup, dan tangungjawab ini terletak pada OWNER blog yang kita subscribe. Jadi jika perlu, bolehlah beritahu terus pada OWNER blog tersebut akan perkara itu.
Boleh juga jemput OWNER blog tersebut supaya membaca artikel ini. Bukannya apa, untuk subscriber dia juga kan? kan? kan?
Saya nie tak tahu la camner nak setting feedburner kat blog saya….boleh tak bro tolong tunjukkan caranya….
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 8:59 am
Boleh takde hal. Tapi untuk pemahaman asas, mungkin ini boleh membantu:
Video 1
Video 2
Video 3
Additional
wah.. best punya tips… sangat berharga. uncle baru nak leaf through buku dah jumpa yang ini. tulah… tengok…. comment dah belubur banyak seh…
eh… zad, macamana nak masukkan foto uncle kat komen ni ye…macam geng geng yang lain….
chow chin chow…..
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 9:02 am
Mudah sahaja tapi cuba dulu yang ini:
Dapatkan Gravatar
Kalau ada masalah, sila refer semula. Rohaizad Dot Com akan lihat di mana permasalahan yang ada. Cewahhh… cakap macam YB sehhh.
Maaf ye encik..lewat sampai sebab dlm 2-3 hari dok main cat kat blog
dah faham dah…lupa setting time zone.
hehehe…terimakasih kerana sudi buat satu entri khas mcm gini.
Kak Jies entri yang terkiniHilang fokus tanpa hijau
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 9:04 am
Sama-sama Kak Jie.
Tapi perlu diingat yang hal-hal setting ini semua MESTI dilakukan oleh OWNER blog yang kita subscribe itu.
Kita tidak boleh buat apa-apa… hanya menunggu je melalui kotak email. huhuhuhuhu
tq bro. uhuhu. byk ilmu ley dimanfaat. bru la paham asal kdg2 org komplen lmbt gle emel masuk. kne tggu sari. tq byk2
rohaizad Reply:
June 20th, 2009 at 10:07 am
Sama-sama… harap semua dapatlah berbuat sesuatu untuk subscribers mereka.
aku tak kesah sangat pasal masa nih. Janji artikel tu tak mengarut cukuplah. Haha..
rohaizad Reply:
June 20th, 2009 at 10:08 am
Tapi ramai yang kisah sebenarnya. Dan mereka yang kisah itu adalah SUBSCRIBERS yang aku cukup hargai.
aku pun selalu dapat lewat yang ko punya ..selalunya…aku baca dalam blog ko dulu baru newletter sampai..maybe aku lamat buka email kot
rohaizad Reply:
June 20th, 2009 at 1:55 pm
Itu kes lambat bukak email rasanya sebab sekarang memang aku setting Feeedburner setiap kali sebelum aku publishkan artikel.
Sblm ni memang aku setting gak feedburner..cuma aku tak ambik peduli tang setting shedule email delivery tu! Terima kasih bro..ini ILMU yg sangat bermanfaat utk semua blogger!
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 9:14 pm
Sama-sama… semoga perkongsian ini akan dapat membahagiakan subscriber blgo kita sendiri
Baru tahu rahsia setting tu. Sebelum ni x prnh belek pun benda alah tu.
rohaizad Reply:
July 23rd, 2009 at 3:40 pm
Ye ker?
Baguslah kalau dapat tahu. Boleh dipraktikkan nanti.
mmg seorang problogger yg tegar. semua benda di explore. saya baru je setup utk buat newsletter by email tu. bila baca info ni baru tau ada time setting rupanya. patutlah bila subscribe ke email sendiri pun tak keluar lepas update blog. tq very much bro. very usefull info.
rohaizad Reply:
August 20th, 2009 at 8:58 am
Fazli – Sama-sama
[...] menggapai lebih banyak pengunjung. Masa aku agak terhad, jadi aku memang selesa untuk menggunakan Feedburner. Selain itu, aku juga menggunakan Facebook dan PING untuk blog [...]
Diulas pada January 27th, 2010 at 10:42 am[...] di blog (seperti yang disediakan di blog ini pada bahagian kanan sidebar), pastikan anda tahu bila dan bagaimana untuk [...]
Diulas pada March 21st, 2010 at 2:09 pm