Hari Bapa – catatan untuk seorang lelaki yang bergelar ayah.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: June 18, 2009 onlineSaiful Mizan bin Sabtu…?
“Saya cikgu….”
Mahadzir Bin Isnin…?
“Saya cikgu…”
Rohaizad Bin Jum’at…?
“Saya cikgu….!”
Kedua-dua insan di atas adalah antara kawan-kawan sekolah yang mempunyai kes yang sama seperti aku iaitu nama ayah yang terdiri dari HARI yang wujud dalam seminggu.
Aku dan kawan aku itu tidak pernah menyesal dengan nama yang kadang-kadang di ejek oleh rakan sekolah yang lain kerana memang kita orang tidak pernah memikirkan hal itu secara mendalam. Biasalah budak.. apalah sangat yang difikirkan…
Ayah pun mempunyai pendirian yang sama.
Ayah selalu berpesan supaya “pedulikan dengan cakap orang”. Kalau kita susah bukannya ada yang nak tolong pun. Lagipun kalau asyik dengar cakap orang, sampai bila pun kita tidak akan ke mana. Hakikatnya sampai besar sehinggalah sekarang, aku masih pegang kata-kata ayah tu.
**Lagu Allahrayarham Sudirman ni memang sedap wooo….
JAS 5137.
Itulah nombor plat motor pertama yang ayah beli dari kawan ayah. Sampai sekarang aku masih hafal lagi kerana aku tahu motor Honda itu sebenarnya adalah motor yang paling bermakna bagi ayah kerana ia dibeli dari wang hasil ayah menjadi JAGA di kilang simen.
Dengan hanya gaji yang berjumlah RM180 sebulan, ayah masih mampu untuk membesarkan 5 orang anak. Benar, ianya adalah situasi yang cukup mencabar kredibiliti ayah sebagai seorang lelaki dan juga seorang suami.
Tapi aku tahu ayah bukanlah seorang yang cepat mengalah. Sehinggalah keluarga ayah menjadi lebih besar (7 orang). Ayah terpaksa bekerja lebih keras kerana ayah tiada pilihan lain. Hidup di kawasan setinggan saling tak tumpah seperti satu pertandingan. Mahu tak mahu, ayah kena menggunakan tulang empat keratnya demi sekolah anak-anak dan juga keluarga yang dijaganya.
Ayah membanting tulang sehingga ke tahap yang maksimum. Aku masih ingat lagi minggu lepas sewaktu berada di rumah kakak aku kat Pasir Gudang, kakak aku bercerita mengenai suaminya (abang ipar aku) yang terus tertidur di hadapan TV selepas pulang dari kerja sehinggakan tidak larat untuk ke bilik tidur walaupun sudah dikejut beberapa kali.
Semasa berbual itu jugalah, emak mengimbas kenangannya 20-30 tahun lalu. Emak mula bercerita mengenai suaminya (ayah) yang sejak dulu lagi teruk bekerja. Pernah ayah bekerja di sebuah kilang lain dan terpaksa berjalan selama 2 kilometer pergi dan 2 kilometer pulang. Sampai di rumah, ayah ibarat pengsan. Emak hanya mampu melihat.
Ayah juga pernah koma selama 3 bulan di hospital kerana terjatuh dari bumbung di tempatnya bekerja. Hidup emak pada waktu itu cukup gelap. Ayah menerima jahitan yang banyak di bahagian kepala dan mengikut apa yang emak beritahu, ayah ibarat mayat hidup kerana tidak mampu untuk buat apa-apa. Tapi kuasa Tuhan tidak boleh kita sangkal dan ayah kembali pulih. Syukur….
Aku tahu emak memang cukup sayangkan ayah.
Baginya tidak ada lelaki lain di dunia ini yang pernah dikagumi, dicintai dan disayangi selain ayah. Ayah adalah pendinding dan nyawa emak kerana lelaki itulah yang telah menyelamatkan hidup dan merubah nasibnya suatu ketika dahulu.
Ayah cukup berhati-hati dalam menjaga keluarganya. Ayah tidak pernah mengemis kepada orang lain dalam membesarkan anak-anaknya. Ayah tidak pernah membazirkan duitnya walau seringgit. Ayah tidak pernah melakukan jalan singkat untuk mendapat kekayaan. Ayah tidak pernah meminjam-minjam pada orang lain. Jauh sekali untuk bermain nombor ekor dan perkara yang seumpamanya.
Ayah akan pastikan segalanya berbataskan agama. Ayah akan berbincang mengenai semuanya dengan emak. Bagi emak, apa yang baik disisi ayah, baiklah disisinya.
Sampailah pada satu saat yang ayah tidak mampu untuk menyara keluarga ang ada. Ayah dan emak mencapai kata sepakat untuk mula menjaja. Dan sekali lagi, ayah yang akan membanting tulang dan bergadai nyawa di atas jalan raya.
Bergadai nyawa di atas jalan raya?
Mengapa pula?
Kerana ayah sebenarnya menjaja kuih/nasi lemak dengan motor buruknya itu!
Kalau ayah bertugas jadi JAGA pada shift malam (10.00 malam – 8.00 pagi), maka keesokan harinya selepas sahaja balik dari kerja maka ayah akan terus menjaja kuih/nasi lemak dengan motor. Aku dan adik beradik yang lain pula akan membawa kuih/nasi lemak ke sekolah untuk berjualan… tolong sekadar yang termampu.
Yang merisaukan aku ialah tempat menjaja ayah itu terletak 6 kilometer dari rumah. Dengan keadaan yang mengantuk dan letih, ayah teruskan juga menjaja. Itu belum campur lagi dengan hari hujan.
Sekali pandang jalan raya itu macam neraka bagi ayah kerana pernah beberapa kali motor ayah terbalik dilanggar kenderaan lain. Habis terbalik semua kuih dan nasi lemak bertaburan di atas jalan.
Ada masanya, jualan semua laku dan ada masanya tak balik modal langsung terutamanya pada musim hujan. Bila jualan habis, emak dan ayah tersenyum tetapi bila tak laku, tabung akan dikoreknya.
Sebab itulah nilai sepuluh sen amat besar dalam hidup ayah. Jangan sesekali membawa proposal ataupun pembentangan mengenai apa-apa pelaburan ‘hebat’ pada ayah. Buang air liur je kerana tiada istilah jalan singkat dalam hidup ayah.
Sesekali apabila melihat kembali gambar-gambar lama dari album keluarga, terasa sayu yang amat sangat.
Nampak sangat perubahan dan kebajikan yang ayah dah bawa untuk keluarga ini. Dari rumah yang saling tak tumpah macam pondok, ayah habiskan semua simpanan untuk repair apa-apa yang patut untuk rumahnya.
Dapat duit lagi, ayah betulkan pula bumbungnya. Kemudian, ayah tambah lagi bahagian dapur untuk emak memasak. Tidak cukup dengan itu, ayah bekerja lagi mencari wang siang dan malam untuk membuat bilik yang lain supaya dapat di asingkan bilik anak perempuan dan anak lelakinya.
Semua itu ayah lakukan bukan kerana nama, bukan kerana harta atau bukan kerana sifat ingin menunjuk tapi ayah lakukannya kerana kasih sayang ayah terhadap keluarganya. Kemudian hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Rumah yang dahulunya seperti pondok kini sudah berubah. Lebih selesa dan lebih terjamin keselamatannya.
Doa ayah semuanya Tuhan makbulkan. Tidak ada seorang pun anaknya yang membuat perkara-perkara yang boleh menjatuhkan air mukanya. Semua hormat kepada ayah.
Ayah… 2 orang anak ayah sudahpun masuk ke Universiti dan sekarang bekerja di syarikat yang besar. Aku juga tumpang bangga kerana 2 orang adik aku berjaya mendapatkan kerja yang bagus setelah keluar ke dari Universiti.
Tapi gambar yang aku selalu aku tatap di dinding rumah ini kadang kala membuatkan hati aku sebak kerana ayah tidak lagi semuda dahulu.
Seluruh hidup ayah habis di abadikan untuk isteri dan anaknya. Ayah memang tidak mempunyai mempunyai sebarang harta pusaka, wang yang banyak di bank hatta tanah yang sekangkang kera.
Semua anaknya tahu akan hal itu tetapi tiada seorang pun yang persoalkannya kerana semua tahu harta ayah yang amat bernilai adalah anak dan cucu-cucunya.
Pengorbanan yang ayah lakukan selama ini sudah cukup untuk membuatkan kami tidak akan meminta apa-apa darinya lagi. Pernah pada satu tahap, satu mayam emas pun ayah tak dapat beli untuk emak. Ayah lebih berkira dalam menentukan KEPERLUAN dan KEINGINAN.
Sekarang ayah sudah lanjut usianya.
Ayah semakin tua.
Aku sedar, aku tahu dan aku nampak perubahan yang berlaku pada diri ayah.
Tapi aku tidak mampu buat apa-apa selain melihat apa yang berlaku. Aku tidak boleh menukar ayah menjadi muda. Tapi aku boleh membuatkan hatinya gembira. Aku tidak akan melarang ayah dari berhenti meniaga kerana itu dunianya dan aku mesti menyokong apa yang ayah lakukan.
Cuma aku berharap dan berdoa yang ayah akan sentiasa kekal sihat sentiasa. Walaupun ayah masih memakan ubat yang doktor beri, tapi aku benar-benar berharap yang aku dapat merealisasikan hajatnya yang satu lagi. Tidak perlulah diceritakan di sini kerana ianya terlalu peribadi.
Rakan blogger dan pembaca budiman sekalian,
Aku bukanlah seorang anak yang sempurna untuk bercerita mengenai ayah aku tetapi aku sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik. Aku pasti kamu juga begitu.
Aku juga belum bergelar seorang ayah tetapi sentiasalah melihat kebaikan ayah kita sendiri supaya kita dapat mewarisinya. Kita berjalan hari ini bukan kerana kaki kita tapi kerana kita di tatihkan oleh ayah kita sejak dari kecil. Jadi ke mana pun kita pergi di ceruk dunia ini, kita MEMBAWA sekali nama emak ayah kita.
Sebelum kita melangkah masuk ke sesuatu tempat, bertanyalah kepada diri sendiri “adakah bagus untuk aku membawa nama emak dan ayah aku ke tempat ini?” Kalau tempat itu boleh memakmurkan nama emak dan ayah kita, maka yakinlah dengan apa yang kita lakukan. Tetapi jika tempat itu seperti disko + maksiat, maka timbang-timbangkanlah.
Ayah….
Aku tahu yang catatan ini tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan ayah selama ini. Tapi jauh di dalam lubuk hati ini, aku cukup KAGUM dengan ayah. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku sayang pada ayah !!!
Dari anakmu,
rohaizad dot com.
p/s: Hendak juga membaca nukilan kamu semua. Jika kamu ada menulis sebarang catatan untuk bapa kamu, silalah beri link catatan kamu itu di ruangan komen ya…



ayah….aku juga sudah bergelar ayah….
berat tanggungjawab…InsyaAllah akan aku buat satu POST utk ayah aku nanti…
zakeris entri yang terkiniWanita Mesti ‘Keras Hati’
zakeri Reply:
June 18th, 2009 at 5:57 pm
nak tambah…soriii….
dapat lagi 200 drpd affiliate semalam ngan hari ni….weeeee…..bukan nak berlagak tapi nak bakar semangat…..bukan senang tapi taklah susah sangat…..
zakeris entri yang terkini2 photos after Collision n before Death….AIR FRANCE FLIGHT
teringat ayah… kak jie banyak mewarisi sikap ayah..itu pandangan org terdekat.
Ayah tak sekolah, yatim sejal lahir kerana ayahnya ( datuk kak jie ) di bawa jepun ke siam ( buruh paksa ).
walau ayah tak sekolah, ayah tidak buta huruf, dia belajar menulis dan membaca dari kawan2 dgn menulis di atas tanah.
skrg..dlm usia tuanya, lebih bahagia bukan dengan wang ringgit tetapi dgn anak2 dan cucu yang tidak memberi masalah besar pada ayah .
kujies entri yang terkiniMati katak di jalanraya, mati lalat ditangan presiden
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:47 pm
Haaa.. betul tu Kak Jie. Sebab itu dulu saya tolak satu job untuk jadi management team di satu resort. Resort tu pula terletak di sebuah pulau.
Sekarang ini saya rasa keputusan yang saya buat itu tepat. Jadi blogger lagi best, tiap hari boleh tengok dan jaga orang tua.
Subhanallah..
mulianya seorang insan bergelar ayah..
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:48 pm
Tidak dapat dinafikan.
sangat sedih..sbb rapat ngn ayah..klu sy ada blog pun, kosong xterkata..
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:45 pm
Doa dalam hati pun dah kira ok dah… jangan lupa orang tua, sudahlah.
aku …..aku…..rasa bersalah….aku terfikir adakah aku telah menjadi seorang anak yang baik? adakah aku telah menjadi insan yang diinigini?
aku ………….
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:44 pm
Samalah kita. Kita tak boleh menjadi anak yang sempurna tetapi untuk menjadi yang terbaik di mata orang tua, itu sememangnya boleh dilakukan.
Lagipun, tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka SEMPURNA selalu kerana apa yang mereka inginkan hanyalah tanggungjawab anak mereka terhadap diri mereka yang sudah tua.
Aku telah kehilangan ayah yang tersayang. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah..amin
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:44 pm
Amin…
aku x bley wat enti camni…
touching beb…
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:42 pm
Touching tak touching. Kita mesti berbangga dengan ayah sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi kan? kan? kan?
touching sungguh.teringat ayah aku kat kampung..
sekarang aku pun dah jadi ayah..bukan sng berat n banyak tangungjawab
lankapos entri yang terkiniMake Money Online with Streamyx
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:41 pm
Huhuhuhuhu… selamat menyambut Hari Bapa geng!
aku doakan kau akan berjaya merealisasikan hajat ayah kau yang satu lagi tu
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 7:39 pm
Insya Allah.
Ayah ko memang hero! Salute aku pada dia. Memang dia cool.
Ayah aku pula jenis pendiam, tak byk bercakap kat umah. ‘Ego’ dia lain sikit, tapi aku tau dia sayang anak-anak dia. kalau tak, masakan ketika aku belajar dulu, dia tetap hantar duit kalau aku dah pokai tahap cipan , walaupun duit pencen dia tak byk.
Aku juga doakan diri aku untuk menjadi bapa yang mithali.Selamat Hari Bapa…..
samdaddycools entri yang terkiniAPA PUNCA ANAK DERHAKA
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 8:59 pm
Biasalah… orang lelaki ni dia tak pandai tunjuk kasih sayang dia. Aku sendiri pun tak pandai nak tunjukkan betapa aku sayang dengan ayah aku.
Untuk orang pompuan kat luar sana tu, kita orang lelaki ni caring wooo…
titan Reply:
June 19th, 2009 at 9:30 pm
haha. ni aku setuju. Haha..
rohaizad Reply:
June 20th, 2009 at 10:06 am
Hahahahah.. dasar jantan… ahahahaha
azwan Reply:
June 20th, 2009 at 11:35 am
kalau part ni .. aku nak tumpang sokong
samdaddycool Reply:
June 20th, 2009 at 3:19 pm
ye la tuu.. DASAR lelaki..
samdaddycools entri yang terkiniAPA PUNCA ANAK DERHAKA
Baguslah, begitu hendaknaya jadi seorang anak.Jadi anak yang soleh itu lebih berkat.Tengok raut wajah anda baik orangnya.Tentu kat sek dulu hormat guru.
Rohaizad Bin Jum’at…?
“Saya cikgu….!”
bibs entri yang terkiniAmega Magnets
rohaizad Reply:
June 18th, 2009 at 11:59 pm
Kadang-kadang muka yang nampak baik ni lagi bahaya Kak Bib. Cikgu pun mudah tertipu dengan taktik yang nampak okay… padahal tak okay pun.
Ekekekekeke
Hurmm..sayu baca entri nih..huhu.. Baru beberapa hari muhasabah diri pasal benda macam ni, pasal ayah… Ayah bukan seorang yg suka marah2 tak tentu pasal, dia seorang yang baik. Dia akan buat apa yg dia mampu.
Selalunya, ayah la yg dtg melawat time dok asrama dulu. Hantar milo, biskut. Tak harap sgt, tp bila ayah yg dtg, seronok rasanya. Selalu pow ayah time kira bajet harian yg tak cukup nak wat beli gula2..huhu..
Cuma saya masih tak mampu penuhkan hajat ayah lagi… Hopefully selepas ini hajat itu tersampai, cuma harap2 usianya lambat berlalu. Amin.
p/s: Thanks Rohaizad krn saling mengingatkan tugas saya sbg seorg anak…
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 10:45 am
Yup, seorang ayah memang tidak akan marah tidak tentu pasal melainkan jika dia seorang kaki mabuk, kaki joli dan lupa daratan serta tidak mengambil tahu tentang bahtera perkahwinan yang di nakhodanya.
terkesan aku membaca catatan. diselang pula dgn lagu dari arwah sudirman. mengalir air mata.
aku sudah menjadi seorang ayah, walaupun anak masih kecil tetapi sudah terasa akan tanggungjawabnya. beberapa kali terfikir berapa besar pengorbanan orang tua pula.
megats entri yang terkiniMegat.net, Kembali Menulis
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 10:46 am
Kata-kata yang sungguh mendalam… terima kasih Megat.
Seperti kebanyakan kaum bapa….ayahku juga tak banyak cakap tapi dia cuba penuhi permintaan anak2xnya….setiap anak pastinya KAGUM dengan ayah mereka….
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 10:47 am
Yup betul tu. Sebab itulah apa-apa yang kita hendak buat, janganlah sampai menconteng arang ke muka mereka.
Diri ini pasti terharu biler lagu AYAH dan IBU berkumandang….huhuhu…
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 10:47 am
Memang lagu tu power giler.. touching.
Tahu tak cara ayah saya berkomunikasi dengan saya dengan selalu minta duit. Kalau diikut2kan memang pening. Tapi saya bagi je baper dia nak. Kalau itu yang buat dia gembira ..saya pun gembira..sampai adik beradik lain cakap banyak nye bagi abah .. he he ..kalau bagi mak kene sorok2..nanti abah jeles…ha ha..Kalau diikutkan dengan keje makan gaji ni baper sangat lah boleh nak bagi..tapi selama bagi duit kat mak ayah la..tak pernah lagi rezeki tu makin kurang..
ijad..respek la dapat duduk ngan mak ngan ayah dan jaga diorang… saya betul2 salute sebenarnya..
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 12:18 pm
Yup, kita TIDAK akan terus MISKIN bila memberi lebih pada orang tua dan KITA tidak pula MENJADI JUTAWAN kalau kita berkira dengan mereka.
Renung-renungkanlah….
thanks rohaizad..terkesan aku bace bingkisan kali nie..menitis air mate teringat segala pengorbanan ayah..perit jerih..doa ayah membuke pintu langit dng lbih luas..terima kasih ayah..aku pun nk tulis gak kt blog aku nnt..tunggula..
hafizs entri yang terkiniTemuduga – Kenapa Gagal?
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 2:13 pm
Tulislah… boleh kita orang baca kisah ayah kamu pula.
Dari bercerita mengenai gossip, cerai berai artis, baik kita luahkan kekaguman dan penghargaan kita pada ayah sendiri.
Tak gitu? “)
huhu syahdu giler bila baca artikal awak ni… terima kasih mengingatkan kami semua…
ernies entri yang terkiniMatematik
rohaizad Reply:
June 19th, 2009 at 7:03 pm
Syahdu ker… alamak… cerita biasa je… satu saat dalam kehidupan.
Dua sms yang aku terima …….mengingatkan aku pada hari bapa. Maklumlah aku sudah tidak berbapa lagi hanya ada ibu kini.Satu ditulis “selamat hari bapa.Moga panjang umur dan murah rezeki..buat ayahku yg tercinta.. Ilove you so much. Ayh mithali in the world”.
Satu sms lagi ditulis…”Tahniah krn berjaya mmbesarkan anak2 ayh dgn berjaya dlm hidup masing2.
Dua sms ini diutus oleh anak-anakku yg seorg sdg menuntut ilmu… manakala yg seorg lagi merentas lautan dgn kapalnya . Terima kasih atas ingatan ini semua.Untuk anda yg masih ada ayah @bapa @walid jangan lupa titik peluhnya dalam membesarkan anda semua.
abu muazs entri yang terkiniAku juga inginkan Perdana Menteri seperti dia …….
rohaizad Reply:
June 20th, 2009 at 10:06 am
Terima kasih bro Abu Muaz atas kisah yang cukup memotivasikan ini.
Harap mana yang dah lama “terlupa” ibu bapa mereka tu, pulanglah dan kembali pada keluarga yang dulunya pernah membahagiakan mereka.
abu muaz Reply:
June 22nd, 2009 at 10:42 am
Catatan ini untuk aku kenangkan betapa disiplinnya ayahku walaupun dia hanyalah seorang pemandu disebuah jabatan kerajaan ketika itu.
Tiap kali keputusan peperiksaan penggal sekolah aku wajib menyerahkan kad keputusan peperiksaan padanya untuk dilihat dan ditandatangan.
Tapi ketika aku berada ditingkatan satu ayah telah menjalani pembedahan mata. Waktu itu keputusan periksaan penggal pertama dikeluarkan.Keputusan aku sangat teruk. Lalu aku mengambil tindakan sendiri menandatangani sendiri rekod kemajuan aku.Selepas ayah keluar dari hospital dia mengunjungi aku diasrama.Soalan pertama ialah mana keputusan peperiksaan aku, apalagi aku tak berdaya nak berbohong. Aku diajak bertemu warden asrama dan ayah bertindak mengeluarkan aku dari asrama untuk tinggal dirumah sahaja. Dari saat itu aku tidak pernah lagi untuk tidak menunjukkan rekod kemajuan pelajaran aku padanya.Sudahlah begitu 3 rotan yang hinggap dibadan ku kerana kesalahan tersebut sentiasa segar dalam ingatan…..
rohaizad Reply:
June 22nd, 2009 at 11:00 am
Sebab dia sayang kitalah dia buat macam tu
satu pengalaman hidup bro sure takde kat org lain.. bila fikirkan balik, adakah pengalaman tu pahit atau manis? mungkin pahit masa melaluinya tapi manis bila dikenang.. apapun satu je yang aku boleh cakap “Ayahnya cukup bertanggungjawab dan Anaknya cukup memahami”
-Selamat Hari Bapa untuk mereka yang bergelar Bapa!
rohaizad Reply:
June 22nd, 2009 at 11:01 am
Betul.. pengalaman memang satu pembelajaran yang paling mahal.
[...] adalah kesinambungan dari artikel yang pernah tersiar sempena Hari Bapa yang lepas. Sempena Hari Bapa tahun ni, aku, emak dan adik aku dah decide untuk bawak ayah aku [...]
Diulas pada June 23rd, 2009 at 12:46 amWah! Panjang betul entri Ijad kali ni..tapi aku seronok membacanya sehingga ke noktah. Ya..ayah adalah insan yang sepatutnya dimuliakan & diutamakan! Respek betul ayah bro..dapat membesarkan anak-anak dgn gaji asas RM180 sebulan & berpenat menjaja kuih-muih demi memastikan keluarganya bahagia. Tahniah utk ayah bro ijad! Semoga beliau dipanjangkan umur..dan syabas kepada bro kerana membuat keputusan yg tepat bekerja sendiri hanya dari rumah agar dapat sentisa bersama orang tua
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 7:47 pm
Marilah kita cari duit online yea
tak terlambat rasanya nak ucapkan “selamat hari bapa” buat kaum bapa sumer…
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 7:48 pm
Nak jugak baca kisah hari bapa blogger lain. Tapi semua senyap jer.
Sapa yang tak terkesan dan insaf baca entri ni memang dia tak de hati.
Baca entri ini sambil dengar lagu Billie Jean pun aku aku terkesima perasaan sebak.
Mungkin boleh buat cerpen atau “vote” entry of the year.
rohaizad Reply:
June 30th, 2009 at 10:24 am
Wahhhh.. ye ker?
Terima kasihlah Syed. Kiranya ada juga orang yang hargai kisah seorang ayah ye