Ingin beriklan? Sila klik di sini


Hari Bapa – jalan jalan isi perut.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: June 23, 2009 online

Ini adalah kesinambungan dari artikel yang pernah tersiar sempena Hari Bapa yang lepas. Sempena Hari Bapa tahun ni, aku, emak dan adik aku dah decide untuk bawak ayah aku pergi jalan-jalan cari makan.

Jalan-jalan cari makan ini tidak di taja oleh sesiapa pun termasuklah Maria Tunku Sabri dari TV3 tu. Ianya di taja sepenuhnya oleh aku dan adik aku. Adik beradik yang lain di rumah sibuk dengan plan yang lain. Aku tahu dalam usia ayah yang dah lanjut ini, dia memang suka pergi tempat orang sambil rasa masakan serta lauk pauk orang lain.

So lepas adik aku decide, dia kata nak drive terus ke penghujung PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas) di Gelang Patah sebab di sana ada satu perkampungan nelayan yang lauknya power. Aku tak banyak cakap, terus ON. Lagipun aku pun belum pernah makan di tempat yang dia cakap tu iaitu di Kampung Pendas, Gelang Patah.

Kalau dari rumah aku, memang cukup jauh ya amat. Siap masuk tol keluar tol, jumpa dusun orang, kebun, ladang, kampung dan macam-macam lagi. Ayah aku pulak memang cukup suka kalau pergi makan ke suatu tempat yang belum dia pergi.

So di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat aku amik dengan menggunakan henpon aku:

makan-1.gif Tempat makan ini terletak kat sebelah jeti Kampung Pendas. Memang suasana kat sini aman sekali. Tiada hiruk pikuk bunyi hon kereta atau bunyi “bandar”. Hanya bunyi dan bau air laut.
makan-2.gif Sekali imbas, macam kat Pulau Tioman tapi sebenarnya kat JB jer. Kalau nak tahu lagi, perjalanan bot dari sini ke Danga Bay tak sampai 10 minit pun. Dekat giler.
makan-3.gif Ini adalah operasi untuk mencari “tune” perut yang sedang berbunyi. Memang kita orang sengaja berlapar dan emak pun sengaja tak masak hari tu.

Kesian ayah… dia ingat hari tu emak memang sengaja masak lambat.

** pssst: Ayah dah macam Dato’ Seri Najib, rambut semua putih!

makan-4.gif Haaaa… inilah dia aksi yang begitu JUJUR. Tiada apa-apa yang disembunyikan sebab perut dan mengusai fikiran. Bau lauk dan bau air laut dah cukup untuk menggoncang iman.

Kalau Nora Danish lalu depan mata aku time ni pun, memang aku takkan layan punya… sorry laaa….

makan-5.gif Magic`kan?
Ketika ini mulut semua senyap… yang bergerak hanyalah tangan-tangan ajaib ni jer!!!
makan-6.gif Ikan wajib bila makan kat luar iaitu ikan siakap. Tapi ini sebagai lepas syarat jer sebab ayah suka ikan siakap ni.

Aku ngan emak aku bantai lauk lain. Kita orang bantai lauk kampung. Orang kampunglah katakan….

makan-7.gif Macam yang aku katakan tadi, kita orang prefer untuk melantak lauk kampung.
Dan seperti biasa sebagai orang Johor, asam pedalah yang kita orang kerjakan. Asam pedas Ikan Sembilang… fresh tuh!!!
Aku?
Apalagi… layan kepala laaa…!!! Pergghh…!!!!
makan-8.gif Kan dah cakap tadi?

Ini semua magic!

Sebentar tadi semuanya ada… ketam masak lemak, ikan siakap masak 3 rasa, ikan sembilang masak asam pedas, air limau tambah lagi 1 jug, nasi pulak tambah lagi satu round…..sekarang yang tinggal cuma pinggan kosong !!!

makan-9.gif Tengok tuh… dah makan semua buat derkkkk jer. Macam tiada apa-apa yang berlaku… cehhhh!!!

Merenung masa depanlah tu kononnya… walhal memang dah tak boleh berjalan… perut dah penuh!

makan-10.gif Bergambar kenangan di pintu masuk kedai makan. Maaf yea.. perut semuanya dah mula “maintain”.

Bukan pasal buncit sebab kekenyangan, tapi kita mesti POSITIF dalam mengikut seruan kerajaan iaitu MESTI MAJU KE DEPAN! hahahahah

Okay… dengan terbitnya entri ini, maka aku secara tidak langsung sudahpun menyokong kerajaan negeri Johor dalam mempromosikan pelancongan domestik.

Jadi bagi sesiapa yang belum melancong ke Johor dan ingin pekena asam pedas kepala ikan sembilang, maka bolehlah datang ke Kampung Pendas, Gelang Patah…. semuanya ada di Malaysia… pergilah melancong!!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 36 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. samdaddycool said:

    … Wahhhhh… ko menyebabkan aku merasa ‘kebuloq’ tengah malam yang sunyi.. Syok giler makan kat situ (mengikut firasat aku yang memang suka makan kat kawasan digenangani air)…
    best.. memang best…

    rohaizad Reply:

    Memang relax datang sini Sam. Layannnn….

  2. alone said:

    aiseh. siakap faveret aku. yg last makan kat tanjung dawai.

    terliur seh. terliur!

    ** semua negeri dalam Malaysia dah pegi termasuk borneo kecuali Johor. aiseh.

    rohaizad Reply:

    Johor belum lagi… rugi wehhhh…. cuti-cuti Malaysia…

  3. hizmi said:

    aiseyman..pagi-pagi post pasal makan tak pasal-pasal kena cari maggi la pasni..memang best makan kat tempat camtu.teringat kat abah aku masa makan ikan siakap stim kat bangi bersama2 dulu…

    rohaizad Reply:

    Dia punya ketak KETAM masak lemak cili api… terangkat siot!

    ezad Reply:

    “Ketak” ape? rambut abg Nas Melodi ketak2 ke per..haha

    Wo belakang rumah aku jek ni wei, nnti boleh survey.

  4. izzat said:

    lapar pulak rasanya…hehe, lama dah tak gi Johor, dulu selalu gak sebab ada sedara kat sana..

    rohaizad Reply:

    Ooooo… ada sedara kat JB rupanya.

  5. kisahsensasi said:

    Ikan sembilang masak asam pedas yee…. tak pernah rasa lagi nie…. sesungguhnya kepala ikan memang sedap untuk diratah…

    rohaizad Reply:

    Tak pernah rasa ????
    Adehhh… memang rugi wehhh… ini makanan ruji aku sebenarnya sebab dulu masa berniaga pun, memang aku masak sembilang asam pedas.

  6. fazreen said:

    aiyaa..aku baru bgun tido trus bca entry ni..mmg mncabar perut aku yg tgh lapaq ni..

    rohaizad Reply:

    Hahahahahah…. merayau ler nampaknya lepas ni cari makan ye?

  7. pcuserz said:

    pergh…
    makan2 malaysia ni.
    terliur beb..

    rohaizad Reply:

    Yang best tu lepas makan, petang tu aku pergi bantai makan durian… menangis malam nak tidur… giler laaa..

    rohaizad Reply:

    Untuk Hadzman dan Alan, komen kamu berdua tadi telah menjadi mangsa Akismet.

    Entah macam mana masa hendak delete SPAM comment, aku tak sempat nak selamatkan komen tu. Itu yang terdelet semua sekali termasuklah komen kamu.

    Minta maaf yea.. silalah hantar komen lagi. Jangan marah :D

  8. Jie said:

    Gelang belum patah lah..heheh

    Kak Jie pernah sampai kat Tanjung Langsat…seronok juga..tengok kapalterbang mendarat kat S’poe…hehehe

    rohaizad Reply:

    Tanjung Langsat?
    Oooo.. itu kat area Pasir Gudang. Betul-betul satu kat Timur, satu kat Barat.

    Maksudnya, Tanjung Langsat kat Pasir Gudang dan Tanjung Kupang kat Gelang Patah. Saya semalam menghala ke arah Tanjung Kupang.

    Tapi betul Kak Jie, memang dah dekat sangat dengan Singapore. Berenang je dah boleh sampai… ekekekeke

    uncleazhar Reply:

    Wow bestnya…. tempat tu memang best. Tapi sekarang nak pergi agak susah sikit sebab ada anak kecil… nanti dia terjun pulak. Jadi nak makan seafood, makan kat Pontian ajele…

    kak Jie.. pergilah ke Gelang Patah pulak. Pasti syok punye…

    Bro. dah masuk avatar. macamana nak letak gambar tepi ni…

    rohaizad Reply:

    Bang, sila check email :)

  9. yasir said:

    bestnyaaa….

    rohaizad Reply:

    Memang best… Ais limau dia memang kaw kaw…!!

  10. milsum said:

    mak ai…
    tempat ni sebijik sma ngn satu restoren yg ade kt tmpat aku..
    nk kena g check ni ade tak lauk yg same cm ko mkan tu..hehe..

    jad,kena prepare bape hinggit nak mkan mcm tu??
    huhuu…

    rohaizad Reply:

    Macam yang dah tertulis kat catatan ini, RM75 jer. Kalau kat bandar JB … jgn harap ler…

  11. hafiz said:

    adus..senak perut aku tgk lauk2 tuh..masyuk ar..tp bile dah tgk gmbr semua pinggan licin..ni mmg sedap giler ar nie..perutku berbunyi..

    rohaizad Reply:

    Hahahahahah….

  12. megat said:

    makanan kat tempat memang sedap pun! pernah pegi sekali, itupun gathering komuniti internet juga.

    seronok kan dapat bersama keluarga, walaupun tak mampu untuk membalas budi baik mereka membesarkan kita.

    dah lama tak pegi makan-makan macam ni. insya allah suatu hari nanti.

    rohaizad Reply:

    Aku pun tak selalu makan macam ni Megat sebab lebih suka makan masakan sendiri. Tapi sesekali pegi apa salahnya kan?

  13. abgzol said:

    Aiseyman..secara jujurnya aku ‘tertelan’ air lior tgk gambar lauk-pauk tu..giler sedaaaap! Tgk gambar pon dah sedap..ini kan pulak orang yang sedang makan tu :) tahniah bro..atas usaha mengembirakan bapak & mak tu makan kat tempat best!

    rohaizad Reply:

    Bab-bab makan ni memang tak tolak punya… hahahahah!

  14. fadil said:

    Selamat hari bapa. Wah! Macam ni destinasi pelancongan aku seterusya boleh lah singgah kat sana. Geramnya masak ikan asam pedas tu! :)

    rohaizad Reply:

    Boleh… cuti-cuti Malaysia… :)

  15. cya said:

    Salam Bro,

    Boleh lukis map tak nak ke kampung pendas tu?

    rohaizad Reply:

    Aiseymen…
    RAsanya tak ingat ler jalan ke sana… jauh bebenor ke dalam..

    Takper akan di usahakan… Insya Allah :)

    zamrin Reply:

    emm..disebbkan aku keje kat area PTP..pada aku..dah dekat je la..dulu..sebut nama Gelang Patah je..lemah lutut..sekarang..2-3 kali ke jb pun..selamba je..

  16. [...] semua restoran ataupun kedai makan di JB ni pernah dicuba. Wa’emah yang di hujung dunia kat Gelang Patah sana tu pun pernah diredah. Mana yang sedap, memang sampailah aku ke tempat tu jika ada masa [...]