Program Penempatan Pekerjaan 27hb dan 28hb Jun 2009.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 23, 2009 online
Adakah kamu masih lagi tercari-cari pekerjaan?
Atau sudah mencari tetapi masih lagi gagal?
Atau risau kerana sudah menganggur terlalu lama?
Jika semua jawapan bagi soalan di atas ialah YA, then ini adalah satu BERITA GEMBIRA yang mungkin akan merubah kehidupan kamu. Silalah baca pengumuman di bawah:
Selepas berjaya mengumpul bilangan pengunjung yang ramai dan di luar jangkaan di Tangkak pada bula lepas, kini Jabatan Tenaga Kerja Johor bersama JB Succes Managment (JBSM) kembali membawakan Program Penempatan Pekerjaan 2009.
Kini tiba pula giliran Bandaraya Johor menjadi tuan rumah. Kalau di Tangkak dulu, kehadiran pencari kerja diluar jangkaan, kini di JB juga harapan yang sama disandarkan memandangkan lebih daripada 100 majikan pelbagai sektor telah menyatakan persetujuan untuk mengambil bahagian.
Menariknya program ini bakal diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 27 dan 28 June 2009 ini bertempat di tingkat 4, Pusat membeli belah Danga City Mall (dulu dikenali sebagai BestWorld) yang kini berwajah baru.
Jadi kepada anda yang sedang mencari kerja, baru diberhentikan kerja, atau memang telah lama tiada kerja, inilah peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan begitu saja.
Datanglah bertemu majikan, siapa tahu ada rezeki dan anda bakal ditawarkan pekerjaan yang sesuai.
Jumpa anda di sana nanti kerana Radio Internet FuhyooFM.com juga akan bersiaran langsung dari lokasi. Sekali lagi jangan sampai terlupa, lihat perincian berikut:
Nama Program : Program Penempatan Pekerjaan 2009
Tempat : Tingkat 4, Danga City Mall (dulu BestWorld)
Tarikh : 27 dan 28 June 2009 (Hari Sabtu & Ahad)
Masa : 08:00pg hingga 5 ptg








baguslah program camni. memudahkan mereka yang tercari2 pekerjaan. ada dengar kat radio mana ntah tadi.
rohaizad Reply:
June 23rd, 2009 at 11:28 pm
Aku mungkin ada kat sana selama 2 hari tu. Ada apa?
Ada projek sket…
p/s: cari makanlah katakan…
Fatin Pauzi Reply:
June 24th, 2009 at 12:03 am
Macam tau projek ape.hehe
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:48 am
Uiksss?
Macam mana boleh tau ye?
samdaddycool Reply:
June 24th, 2009 at 8:11 am
wahhh… Rohaizad dot com menawarkan peluang pekerjaan???
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:41 am
Takdelah… just melawat jer.
Tksih bg info ni. Ada mse nak juga pergi. Dpt jmpa bro ijad.
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:41 am
Insya Allah.
hoho..aku tengah pening nih. Dapat lagi satu tawaran kerja tetap dari government. Tak tau nak gi ke tak temuduga..
Keje sekarang lagi. Keje online lagi. Keje offline. Aku dah pening. Kene kawin nih rasanya. Haha..
samdaddycool Reply:
June 24th, 2009 at 8:12 am
Kawen!!! Ok tu..
p/s – dah sampai serukah?
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:47 am
Apa kaitan tawaran kerja dengan kahwin? Hahahahahah
titan Reply:
June 24th, 2009 at 2:57 pm
haha..mungkin kot. Sebab hidup memang terabur sket. Asal balik rumah. Mesti kene bambu dengan mak punye. Balik kampung, nenek punye turn plak. Adehhh..
tawaran kerja banyak. tapi tak tau nak pilih mana. Yg online dan offline pun satu. Takut tak terjaga aje. Tu pasal kene kawin. Rasa macam teratur sket kot nanti. Hehe..antara kita bertiga. Samdaddycool, rohaizad dan titan. Sape kahwin dulu? Haha..
samdaddycool Reply:
June 27th, 2009 at 2:39 am
aku dah kawen dah… tinggal korang berdua
hehehehe. jalan jalan cari kerja. boleh la tu titan. kawen jer. hahaha
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:42 am
Itu yang pelik tu… mula-mula cerita pasal kerja, tapi ending dia pasal kahwin plak… hahahahah
titan Reply:
June 24th, 2009 at 2:58 pm
aku rasa pun begitu. Haha..restuilah aku sahabat.
sememangnya masih banyak lagi peluang pekerjaan di malaysia nie…. kena rajin usaha mencari….
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 10:44 am
Yup betul tu. So bagi sesiapa yang mahu kerja, datanglah.
Pretty good post. I just came across your blog and wanted to say
that I have really enjoyed reading your posts. Any way
I’ll be subscribing to your blog and I hope you post again soon!
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 7:43 pm
Lacy, I know that this is a auto comment. But I really enjoy when you put that gravatar. That’s why I publish your comment … hahahahah!
betul.
peluang tu memmang byk.
terpulang kat kite je.
kalau terlalu memilih pon susah gak.
tau yang jadi lambakkan pekerja2 asing.
sbb org tempatan tak keje.
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 7:44 pm
Wahhh…. betul-betul punya nasihat tuh.
Memang rugi ler kalau sesiapa yg tak merebut peluang tu..uisk! itu pun masih ramai yang merungut susah nak dapat kerja..kenapa yek? Agak2nya kerja tu tak sesyuaaaaaaaaaai kot dengan ‘degree’ yg mereka dapat kat ‘u’..hmm
rohaizad Reply:
June 24th, 2009 at 7:45 pm
Wahhh… ini komen yang selalu di pertikaikan… tapi mungkin benar apa yang dikatakan tuh.
Jangan tak pergi!..
Jengok2 mungkin ada rezki…..
bro… coaching tu ada lg ker??
kwn nk try gak ler… ada diskaun lg ker..hik3