Ingin beriklan? Sila klik di sini


hotel-seri-malaysia-melaka.JPG
Setelah dibelek dan diteliti jadual yang ada di dalam organizer ini, maka rasanya akan ada masa yang agak FREE pada bulan hadapan. Yup, bulan Julai adalah bulan yang sesuai untuk menganjurkan Bengkel + Seminar Buat Duit Melalui Blog di Melaka kerana pada bulan Ogos, mungkin aku akan berada di Perak (dijemput sebagai speaker seminar oleh team Green Element). September, kita sudahpun berpuasa… yaayyyy!

Buat pengetahuan semua, coaching kali ini akan di adakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh Melaka. Beberapa kemudahan telah di kenalpasti termasuklah WI-FI dan juga lokasi.

Hotel Seri Malaysia yang berdekatan dengan tol Ayer Keroh pasti akan memudahkan lagi urusan pergi dan balik untuk semua para peserta termasuklah mereka yang datang dari Pahang, Negeri Sembilan dan juga KL.

Sebenarnya coaching kali ini sama sahaja dengan yang coaching yang sebelumnya. Hanya namanya sahaja yang berbeza. Kalau dulu coaching di lakukan di cyber cafe atau di rumah peserta itu sendiri, tapi kali ini hotel pula menjadi pilihan.

Lagipun berdasarkan pada kemungkinan penyertaan yang lebih ramai (dijangkakan) tidak sesuailah pulak kalau diletakkan perkataan “personal” seperti mana yang pernah digunakan sebelum ini. So apa yang logik untuk diterima akal ialah nama “Seminar + Bengkel”.

Bengkel di sini bermaksud peserta bukan sahaja mendengar apa yang akan di terangkan, tapi peserta akan dapat melihat bagaimana proses “membuat duit melalui blog” secara terus menerus oleh aku sendiri. Aku tahu dan aku notis yang kalau setakat screenshot sahaja yang dipaparkan, pasti para peserta nanti tidak akan berasa puas. Betul kan? kan? kan? kan?

Bukan itu sahaja, ada sesuatu yang rasanya perlu diberitahu sebelum peserta membuat keputusan menyertai seminar + bengkel ini. Seperti yang semua telah sedia maklum, harga promosi coaching smart blogging (buat duit dari blog) ini (RM380) telahpun tamat. Bermakna harga asal coaching yang dahulunya iaitu RM450 akan bermula seperti biasa.

Sungguhpun begitu, untuk seminar + bengkel buat duit dari blog ini di Melaka ini… aku AKAN memberikan promosi yang lebih MENARIK!!!

Apakah promosi menarik tersebut?

1. Untuk 10 penyertaan terawal (early birds), mereka hanya perlu membayar RM300 sahaja !!!!!!! Giler lahh!
2. Untuk 10 penyertaan ke-2, potongan harga masih lagi diberikan. Para peserta hanya perlu membayar RM350 sahaja !!!!
3. Untuk 10 penyertaan ke-3, harga yang boleh di miliki adalah pada harga promosi iaitu RM380 (bukan RM450).

** Penyertaan seminar+bengkel buat duit dari blog di Melaka ini hanya TERHAD kepada 50 orang sahaja. Insya Allah akan dianjurkan pada hari Ahad 12hb Julai 2009.

Opss….breakfast, lunch dan minum petang seperti biasa. Orang dapur akan sediakan…. :)

Jadi bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian di ruangan yang telah disediakan. Tempahan akan dilakukan berdasarkan kepada first come, first serve. Tiada kroni ataupun “main cable” … hahahahaha

Kalau ada yang bertanya “confirm ke buat di Melaka?” maka inilah jawapan bagi soalan tersebut.
—-> Seminar + bengkel ini akan di anjurkan jika tempahan minimum sebanyak 25 peserta. Insya Allah.

Rasanya itu sahaja buat masa ini. Kalau ada yang perlu di update catatan ini, maka akan di update seperti biasa. Salam blogging semua dan berjumpa kita di Melaka!



Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 48 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zool said:

    aku adalah antara orang terawal yang akan meng’confirm’kan. apahal pun harap buat ari ahad ek.. kepada kawan-kawan semua jom.. sambil tu boleh lawat melaka… dan lepas coaching boleh gi taman buaya atau zoo.. nak tgk dari luar pejabat aku pun blh. he hee

    rohaizad Reply:

    Zool peserta nombor satu!!!
    Memang confirm dapat yuran RM300 tuhhh!!!

    Thanks :)

    abdfatah Reply:

    lepas nih mesti gempak sakan dengan payment proof dari zool…

    rohaizad Reply:

    Uiksss… takdelah secepat itu. Ambil masa sebab blogging memerlukan kesabaran. :)

  2. pcuserz said:

    chantek ni.
    tapi…
    ko plan nk buat berapa hari bulan?
    kalau silap hari bulan tak leh pegi la.

    rohaizad Reply:

    Tarikh telah di update. Sila periksa ye :)

  3. razak said:

    kalu datang penang aku gerenti sign up punya…takde plan datang utara ker..

    rohaizad Reply:

    Insya Allah.

  4. Fazreen said:

    Bape aribulan? takut clash dgn program lain plk ni

    rohaizad Reply:

    Sila periksa (12hb Julai 2009)

  5. alantanblog said:

    menarik ni :D

    rohaizad Reply:

    Menarik tertarik da bomb… ekekekeke

  6. alhamdulillah….ade gak bro buat untuk bulan depan….kejap lagi saya register….

    rohaizad Reply:

    Terima kasih Hazman.

    hazman aka species1980 Reply:

    nampak kuota untuk early birds nie dah penuh ye….takpe nanti saya promote lagi …..

    rohaizad Reply:

    Thanks Hazman :)

  7. kisahsensasi said:

    waah…. kali nie buat kat hotel la pulak…. bagus jugak tu…. tempat selesa skit….offer pun bagus nie…. MESTI REGISTER…

    rohaizad Reply:

    Kita berjumpa di sana nanti ye.

  8. Aqif said:

    Salam,
    wah, semakin murah rezeki saudara rohaizad.
    Tempat pon makin lame makin dengan ngan KL nie
    :)
    kalau ada kesempatan saya akan pergi seminar nie
    insyaallah
    :)

    rohaizad Reply:

    Insya Allah kita akan berjumpa :)

  9. EP said:

    Nak join tapi kalau 19hb boleh lah..huhu

    rohaizad Reply:

    Seminar akan di adakan pada 12hb (jika penyertaan 25 orang).

  10. samdaddycool said:

    ..Harap-harap tiada aral melintang buat aku.. nanti aku akan bagi kata putus dalam minggu depan….

    rohaizad Reply:

    Insya Allah Sam. Bolehlah aku berjumpa dengan otai eBay dari Muar nih…

    samdaddycool Reply:

    Malu ler ko panggil aku otai..

    rohaizad Reply:

    Dah memang otai eBay… kenalah akui … :)

  11. erm…xsempat lagi nampaknya…

    rohaizad Reply:

    Sempat…. :)

  12. fathuri said:

    Assalamualaikum. Seronok baca posting dan progress saudara…jadi inspirasi pada saya untuk lebih tekun mengejar impian to be “Trading for a living”

    rohaizad Reply:

    Terima kasih Fathuri. Apa pun, selamat datang ke blog rohaizad dot com :)

  13. myarsenal said:

    salam bro,

    2nd. time singgah coz member just inform me bout ur blog, still searching and reading ur blog… nice… want 2 know bout ur coaching in JB,is it still available and want to know when? let me know k.. thks

    rohaizad Reply:

    Yup, please send the details as per request here:
    http://www.rohaizad.com/hubungi/

    Thanks :)

    myarsenal Reply:

    send already.. very fast respond.. tabik sama lu bro

  14. yusz said:

    Pergh!!!bestnyer…kalau dapat pergi mesti lg canteQ nih….

    rohaizad Reply:

    Insya Allah kita akan berjumpa nanti ye :)

  15. eyeman said:

    aku keje time tu. Tak dapat turun melaka. Aku pernah gi hotel tu. Internet memang ok. Wifi pun ok. Jangan time tu wat hal sudah la..

    rohaizad Reply:

    Takper… aku pakai Broadband. Satu laptop pun dah cukup. Ada projektor.

  16. rohaizad….aku nak book satu tempat….

    rohaizad Reply:

    Boleh Pak… bisa di atur… :)

  17. [...] pengetahuan member sumer….bro rohaizad – seorang problogger sepenuh masa yang sering membuat personal coaching dengan berbesar hati [...]

  18. kirin said:

    insyaallah..target lepas 3 bulan rasa leh balik modal kalau gi bengkel ini. Lepas tu kira kutip untung he he…InsyaAllah ..insyaAllah…

    rohaizad Reply:

    Kalau rajin, semua boleh Kirin :)

  19. [...] aku agar semua peserta coaching selepas ini dapat menjana wang seperti yang [...]

  20. [...] lama nak pergi rohaizad punye kelas blogging tapi disebabkan praktikal aku belum abih lagi ni terpaksa la menangguh lagi nak [...]

  21. imzan said:

    Bila pulak nak buat seminar di Pantai Timur, Pahang, Terenggau atau Kelantan? lagi cepat lagi bagus.

    rohaizad Reply:

    InsyaAllah. Kalau ada yang sanggup tolong carikan tempat dan perkara-perkara lain, itu semua bisa di atur pak. :D

    mazuki 2u2c Reply:

    leh la bawak aku skali dari jb balik ganu…hahahaha

  22. LnddMiles said:

    Pretty cool post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
    that I have really liked reading your blog posts. Anyway
    I’ll be subscribing to your blog and I hope you post again soon!