Payu2Blog mengamuk !!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 28, 2009 onlineHari ini memang dalam sejarah kerana tidak pernah lagi dalam hidup aku, program Payu2Blog ‘mengamuk’ sehingga membuatkan diri ini tertanya-tanya. Dipendekkan cerita, pagi tadi terdapat ‘rusuhan” daripada advertiser yang telah memaksa Payu2Blog tidak boleh duduk diam.
Benar!
Assignments yang dihantar sungguh banyak dan untuk melihat jumlah assignment seperti itu dalam account Payu2Blog, memanglah JARANG sekali. Percaya atau tidak, Payu2Blog telah menghantar sebanyak 14 job pagi ini!!!!
Lihat screenshot di bawah:

14 assignments dengan setiap satu nilai assignment $5 bermakna RM245.00 dan bagi seorang blogger, ini adalah satu BONUS kerana kerja yang diterima semuanya dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin ada yang akan berkata ‘standard`lah USD70 dari Payu2Blog’ tapi bagi aku ianya adalah “tidak”.
Mengapa?
Sebab konsep Payu2Blog selalunya begini:
Dalam seminggu, kita selalunya akan diberi beberapa kali assignments. Dalam satu assignment itu pula, kita akan diberi beberapa job (4-5-6 job bernilai $5 setiap satu). Jadi untuk mendapatkan USD70 dalam seminggu sememangnya satu keadaan yang logik kerana mungkin assignmet yang dihantar untuk kali pertama bernilai $30 manakala assignment kedua mungkin bernilai $30 atau $40.
Cuma kali ini memang lain.
$70 atau 14 job dalam sehari sememangnya sungguh mencabar tetapi perlu diingat bahawa inilah peluang kita untuk membuktikan siapa kita sebagai publisher mereka. Dan jika kita boleh submit job yang diberikan dalam hari yang sama (a.s.a.p), maka nama kita akan di simpan sebagai antara blogger “wanted” mereka (Payu2blog).
Tapi adakah sesiapa perasan maksud keadaan yang sedang berlaku?
Atau apakah signal yang dapat difahami dari keadaan seperti ini?
Baiklah.
Sebenarnya jelas dapat dilihat bahawa dunia internet advertising semakin berkembang. Dengan perkembangan seperti ini, advertiser juga semakin ramai dan English blog tentunya menjadi pilihan mereka. Jadi jika ada yang belum membina atau mempunyai blog English, maka di sarankan untuk memulakannya.
*Tidak tahu English?
*Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri?
*Tidak pernah buat blog English?
Itu semua harus di atasi dan jika kamu adalah salah seorang peserta yang pergi ke Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog, Insya Allah akan ada teknik yang mungkin boleh kamu cuba dalam membina English blog.
Ingin membuat tempahan?
Sila membuat tempahan masing-masing di sini.








[...] rohaizad dot com » Payu2Blog mengamuk !!! [...]
Diulas pada June 28th, 2009 at 2:51 amcongrats, bro!
semoga dengan kejayaan ko ni lebih banyak di antara kita yang berminat nak menceburi bidang blogging nih =D
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 6:44 am
Dan salah satunya ialah orang yang baru sahaja beri komen nih….
td nmpk status ko kt ym. Dlm hati pehal plk payu2blog nk mngamuk..rupa2nye duit nk msuk masyuk..hahaha..payu ni ada syarat khas x utk join?
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 6:48 am
Syarat dia seperti yang telah di tulis di F.A.Q. Tapi boleh imbas kembali mengenai PayuBlog seperti yang telah ditulis di sini:
1. http://www.rohaizad.com/2009/03/09/menjana-pendapatan-dari-blog-payu2blog/
2. http://www.rohaizad.com/2009/06/11/payu2blog-dan-sponsoredreviews-wajah-dan-features-yang-baru/
3. http://www.rohaizad.com/2009/06/13/payu2blog-extra-assignment/
Tahniah bro…rezeki makin bertambah..bengkel kat johor jauh sangat la.online tak boleh ???
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 6:50 am
Bengkel kat Johor mungkin ramai kata jauh, tapi di Melaka InsyaAllah pada 12hb Julai.
siswaniaga Reply:
January 14th, 2010 at 11:46 am
salam. Bro bila pulak nak bengkel ni kat kedah ni.. jauh sangat kat johor tu.. tak pun kat kawasan utara…hehehe
Tahniah.. makin murah rezeki. Alhamdulillah, aku tumpang gembira!
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 6:51 am
Kalau Seminar + Bengkel di Melaka mendapat penyertaan minimum, kita akan berjumpa di Melaka ye Sam
samdaddycool Reply:
June 30th, 2009 at 12:10 am
Insyaallah.. Doakan semuanya menjadi seperti yang dirancang
rohaizad Reply:
June 30th, 2009 at 12:17 am
Insya Allah
wah, ini mcm kena blajau bahase inggeris lebih skit.. nak try buat blog bi… rugy rasenye tak blajau bi betul2 kat skolah
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 6:53 am
Itu mungkin boleh dimulakan beberapa pendedahan mengenai English blog di dalam Seminar + Bengkel di Melaka nanti.
Rugi ye kalau tak belajar pasal Payu2Blog ni
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 4:25 pm
Masalahnya ramai blogger Malaysia yang sudah apply tapi tak approve lagi.
alantanblog Reply:
June 28th, 2009 at 10:18 pm
Sebab blog apply tu letak Adsense?
rohaizad Reply:
June 29th, 2009 at 9:57 am
Tak jugak Alan sebab ianya tidak kena mengena. tapi satu yang pasti, Payu2Blog lebih suka kalau blgo kita “blog lama”.
masyuk…tertarik menarik….
bro,tak de coaching thru YM ker?..ebook ker?buat ler satu ebook pasal smart blogging nih…mesti letop nyer..
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 4:28 pm
Rasanya ini kali ke 1000 soalan mengenai perkara ini di tanya, dan ini adalah jawapan yang ke 1000 untuk di jawab
Ini di akui sendiri oleh peserta sebelum ini yang dahulunya menganggap coaching blogging boleh dilakukan dengan YM. Hakikatnya, mereka sendiri rasa kalau mereka bayar untuk coaching thru YM, memang mereka akan rasa membazir.
Antara sebab saya mereka mengatakan begitu ialah:
1. Mereka boleh melihat saya melakukan transaction secara LIVE apabila coaching face to face.
2. Mereka tahu yang mereka tidak akan dapat peluang untuk melihat info yang cukup SULIT untuk di paparkan melalui YM. Saya sendiri pun tidak akan menunjukkan apa-apa yang terlalu HIGH CONFIDENTIAL di YM. Merbahaya terutamanya apabila tiba bab payment. Lainlah jika peserta berada di hadapan saya.
3. Masa coaching, peserta akan dapat menilai saya dengan lebih telus. Transparent. Saya lebih suka jika semua soalan dapat dikeluarkan di hadapan saya. Peserta pun lebih puas dan itulah yang mereka dapat selepas kelas.
Hakikatnya, semua peserta coaching memang pulang dengan hati yang puas kerana apa yang mereka hendak sewaktu mula keluar dari rumah mereka dapat dengan maksimum.
tahniah tahniah tahniah. masyukkk. Selamat berblogging.
rohaizad Reply:
June 28th, 2009 at 4:29 pm
Dah kerjanya pun blogging… kalau tak kerja, miss soru pula nanti..
kerja dengan blogging… kalo takder kerja memang selalu laa miss soruuu…
rohaizad Reply:
June 29th, 2009 at 9:57 am
Ekekekekeke
hohoho, dah 1000 kali orang tanya ke soalan aku tuh,hehehe…demand melebihi supply nih..
rohaizad Reply:
June 29th, 2009 at 9:59 am
No problem Yasir… aku akan tetap menjawabnya demi pembaca setia blog ni
Alhamdulillah…rezeki…rezeki…
bos, biasanya beraper lama masa diberi utk siapkan assignment tu?
rohaizad Reply:
June 29th, 2009 at 10:01 am
Selalunya di beri masa satu minggu. Tapi kerjanya mudah sangat. 60 patah perkataan je untuk satu job. So better buat sepantas yang mungkin.
Lagi cepat submit job, lebih bagus untuk rekod, maknanya lagi banyak job yang akan kita dapat.
mazuki selangor2u Reply:
June 29th, 2009 at 11:34 am
60 patah jer?? erm…menarik betul nie
rohaizad Reply:
June 29th, 2009 at 11:39 am
Yup… 60 patah perkataan je dah dapat RM16.00.
alantanblog Reply:
June 29th, 2009 at 11:41 pm
Saya mesti nak belajar rahsia ni
rohaizad Reply:
June 30th, 2009 at 10:27 am
Kalau dapat approve dari Payu2Blog, itu dah lepas syarat. Lepas tu, tinggal nak buat duit je…
hehe..best la ko..
rohaizad Reply:
June 30th, 2009 at 10:25 am
Inilah kerja seorang blogger, kerja apabila ada order.
Bro kena bwat
road tour cmni
byk sgt permintaan
pastu tempah pulak PR
baru ada gaya
hoho..sudah mengamuokk..
[...] dulu Payu2blog pernah memberikan job yang banyak dalam masa satu hari… hari ini Payu2blog telah hampir membuatkan aku hampir terkena serangan [...]
Diulas pada January 14th, 2010 at 10:54 am