Ingin beriklan? Sila klik di sini


Hari ini cuti umum bagi rakyat Johor. Ramai yang cuti dan ramai pula yang sambung cuti. Ada yang balik kampung dan ada yang dah takde kampung. Tapi cuti tetap cuti dan waktu beginilah sesuai untuk blogger-blogger selatan semua berjumpa.

Biasalah… apabila blogger dengan blogger bertemu, memang dah takde cerita yang lain hendak diceritakan. Semuanya berkisar tentang perihal blogging kerana masing-masing akan mengeluarkan pendapat. Kali ini kami (blogger Shaffik, blogger Zool -dari Kulai tuhhh- dan blogger Boy Reza) tidak berfikir panjang. Rancang pertemuan tengah hari dan petang terus berjumpa.

gathering-blogger-jb-29hb-jun-2009.jpg

Blogger Zool sungguh sporting sebab sanggup drive dari Kulai untuk datang. Begitu juga dengan blogger Boy Reza yang sanggup meninggalkan restorannya semata-mata untuk melepaskan tension. Lagipun businessman macam dia memang sibuk tapi bila tiba waktu macam ni, seronok juga untuk “melarikan diri”… ekekekeke.

Perjumpaan kali ini lebih tertumpu kepada perbincangan mengenai BACKLINKS. Dan hari ini blogger Shaffik telah mengeluarkan banyak betul idea dan ternyata, ianya amat membantu. Blogger Zool pula sibuk “upload” semua topik yang diperkatakan dan aku percaya balik rumah nanti, pasti dia akan “download”nya semula.

Blogger Boy Reza ni bukanlah seperti yang disangka oleh blogger lain. Dalam diam ligat kepala otaknya. Mana tidak, terperanjat juga apabila melihat niche blognya semakin bertambah. Dalam kesibukan berniaga sempat pulak tuh update dan meneruskan aktiviti bloggging. Pheeewwww…

Cuma yang seronoknya apabila tiba bab bercerita tentang pengalaman ketika semuanya belum “pecah telur” (beginner). Maksud di sini ialah bagaimana blogger Shaffik membuka cerita tentang pengalamannya sewaktu dia mula-mula ingin menubuhkan niche blog networknya. Hakikatnya, memang dulu tak nampak duit dari blogging tapi sekarang setakat USD100 sebulan, Insya Allah dalam tangan.

Kalau sebulan USD100, bermakna setahun USD1000. USD1000 sama nilainya dengan RM3500. Bayangkan kalau blogging secara sambilan boleh menjana lebih kurang RM3500 setiap tahun. Bukankah itu satu perkara yang manis?

Lagipun, dengan wang blogging inilah kita boleh membeli baju raya dan barang persekolahan anak. Pendek kata, kalau dulu semuanya “TAWAR”….. tapi sekarang tidak lagi.

Opsss…. sebenarnya inilah yang sedang di lalui oleh blogger Zool dan blogger Boy Reza. Kedua mereka telah berjaya “memecah telur”. Dengan hanya blog baru yang masih mempunyai PR0, berpuluh dollar telah berjaya di jana. Dan kini, usaha untuk menambahkan backlinks dan meningkatkan Pagerank pula akan diberi fokus.

Harapan aku agar semua peserta yang pernah mengikuti coaching sebelum ini dapat menjana wang seperti yang diidamkan. *Sila rujuk pada email yang telah dihantar pagi tadi.

Dan untuk blogger Menj (gambar di bawah), selamat pengantin baru dan rumah kamu yang hendak di beli di Taman Seri Tebrau itu memang strategik sungguh. Lepas kahwin nanti, jadi orang Johor lah nampaknya yaaa….!

discussion-dengan-menj.jpg

Happy Blogging semua !!!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 46 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. yazidyahaya said:

    adoi..dengan aku tak nak cakap nak jumpa..kalau tak boleh berborak sesame..heehehe,,macam-macam la korang ni..

    rohaizad Reply:

    Yazid… aku cekik ko nanti…. :D

    Macamlah rumah ko kat Segamat tu belakang rumah aku. Cehhh… minggu depan maybe ada gathering lagi. Ko tak datang, aku sunat ko sekali lagi.

    yazidyahaya Reply:

    hehehe,ala segamat ke JB dekat je..alahai..tengok tu,time ajak aku mesti je aku takleh..aku dah kat perlis,3hbln naik keretapi..sampai perlis 4hbln…sambung belajar..

    rohaizad Reply:

    Ala… orang dah tak sudi datang JB, sampai lari ke Perlis membawa diri… hahahahah

    yazidyahaya Reply:

    wei,aku duk belajar la..hahaha,habis belajar,aku nak jumpe ko balik..hehehehe

    rohaizad Reply:

    Hahahahah

    yazidyahaya Reply:

    ade dapat mesej aku tak?

    zakeri Reply:

    nama yazid yahya cam kenai jer…
    yg berjv ngan tuan jamal rahsia kerajaan ker ni?

    rohaizad Reply:

    Yup, Yazid Yahya itu ler. Dia juga tokeh RahsiaBlog.com. Cuma antara ko dengan dia, batch ko lebih senior. Maknanya ko datang coaching dulu, baru Yazid. :D

    yazidyahaya Reply:

    terkenal jugak aku ni ye..kui..kui..

    zakeri Reply:

    oooo…tul lah…yazid yahya tuh…
    kem salam kat en jamal… :)

  2. pcuserz said:

    bile blogger jumpe blogger,
    macam2 topik kuar tu.
    tapi tak lari dari buat duit.
    patut acara macam ni kene buat selalu

    rohaizad Reply:

    Memang pun… tapi semuanya bergantung pada masa.

  3. Jie said:

    dah pecah telur, buat telur dadar je lah…sedap juga hiris bawang dgn cili.

    hehehe…slmt pengantin baru juga utk boss PPS

    rohaizad Reply:

    Ekekekeke… tapi mereka semua tak nak buat telur dadar.

    Semuanya nak beli telur dengan lebih banyak lagi supaya lebih banyak income yang dapat di jana nanti.

  4. Ijad yg sempoi pun pecah banyak gak tips. memang puah hati petang tadi bertukar-tukar pandangan yang sangat buat kan aku teruja. Sampai sejuk tangan ni punye excited :) KIhKIhKIh

    rohaizad Reply:

    Itu tangan sejuk bukan sebab apa pun, cuma tangan tu nak menerima lebih banyak duit… hahahahah

  5. memang sungguh menyeronokkan biler ader gathering yang sebegini…..tambah2x dengan member yang samer kategori – BLOGGER….

  6. azwan said:

    ha..ha.. aku ingat pecah telur apa tadi :)

    rohaizad Reply:

    Ekekekeke… dapat sales pertama.. itu kira pecah telur …

  7. alantanblog said:

    Bestnya ada gathering! :D

    Bagus jugak boleh tukar pendapat & kenali satu sama lain secara lebih dekat…

    rohaizad Reply:

    Betul tu Alan. Tapi namanya satu Johor, nak jumpa pun bukannya senang… alahai….

  8. alone said:

    ukukuku.. klu macam ni kena pecah telur ramai2 la =D

  9. samdaddycool said:

    ..apsal blogger jantan je semua.. :P

    yazidyahaya Reply:

    tak berani jumpe bro rohaizad,,kang bro rohaizad jadikan bini..kui..kui..

    rohaizad Reply:

    Cehhh… tak hingin akulah wehhh… Aku masih setia dengan Nora Danish. :D

    rohaizad Reply:

    Sebab JB kekurangan blogger bunga. Adehhh

    yazidyahaya Reply:

    hehheheh..tu la pasal..ape la,aku pun nak car blogger wanita ni..tak jumpe lagi yang cute miute

    samdaddycool Reply:

    .. aku cuma bagi sokongan moral je.. utk sessi bersama blogger bunga.. (dah takde chance.. :P )

    rohaizad Reply:

    Cehhh…. ko nak tidur luar tia-tiap malam? Naya jer…

    rohaizad Reply:

    Lerrrr… nak cair pasangan jugak ke? Belajarlah dulu sampai habis… huhuuhuhu

  10. Shaffik said:

    jat kalau ader blogger bunga yang berminat…inform2 yer…sajer jer nak kenal2…

    rohaizad Reply:

    Haaaaaa… dah namanya jantankan, jantan ler jugak. Ingat bini kat rumah woiii…. ekekekeke

  11. eyeman said:

    dah namapun blogger. takkan jumpa cite pasal pokok rambutan plak. Haha..

    rohaizad Reply:

    Hahahahahah…. tapi kalau dah musim buah-buahan, layan jugakkk

  12. zakeri said:

    adoiyai….kawan kerja semalam…kalau tak mau jugak join…

    rohaizad Reply:

    Biasalah… kan ker ko orang kuat pasaraya Giant?

    zakeri Reply:

    taklah kuat sangat… :) kuat mengular jer… huhuhuhuh :)

    rohaizad Reply:

    Hahahahah… yelah tu.

  13. PakarHowTo said:

    waaa….jeles aku ngan korang.
    kalau aku kat area johor..
    sure aku pun ikut join sama.

    pasal telur…
    skang aku ada 3 biji telur
    (tak termasuk yang 2 tu yer..hehe…)
    dan kesemua telur aku tu belum menetas lagi…
    baru tengah mengeram kot…
    InsyaAllah, sebulan 2 lagi…
    harap2 keluar la anak2 USD dari telur tu…amin

    rohaizad Reply:

    Tak lama lagi.. menetaslah tuh…

  14. aku pon baru je pecah telur..pecah telur tuk duit adsense la…yg len2 pernah la jugak merasa….

    aku harap balik jb nanti boleh la jugak join korang melepak…

    rohaizad Reply:

    Insya Alla… apa salahnya.

  15. spatt said:

    mari memecahkan telur beramai2! :P

    KampungBoy Reply:

    sape nak pecah telur sape nie
    haha
    Ooops!!

  16. imzan said:

    BACKILINK tuu apa ye? (sorry baru nak belajor)