Wahai pemandu wanita, sakit jantung kami (pemandu lelaki) dibuatnya!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: June 7, 2009 online

Segar badan ini bila bangun dari tidur setelah pulang dari majlis perkahwinan sedara di Melaka semalam. Walaupun hujan renyai-renyai tetapi segala urusan dan acara yang berlangsung berjalan dengan lancar-tiada masalah.

Pukul 8.00 malam sampai di JB dan setelah mandi, sempat juga aku check email dan juga beberapa program blogging. Alhamdulillah… ada 5 job yang masuk dan puas aku belek-belek untuk mencari idea, ternyata idea tidak juga muncul dek kerana kepenatan. “Esok sahajalah aku siapkan order yang masuk nih… ”

Pagi ini, aku terus update apa-apa yang perlu tetapi fikiran ini masih lagi terbayang pada insiden di Lebuhraya Pagoh petang semalam. Insiden ini hampir membuatkan nyawa aku, emak dan 3 orang akak serta 2 anak kecil mereka hampir diuji. Tidak tahu apa yang membuatkan pemandu ini YAKIN dengan tindakan yang dilakukannya tetapi ianya cukup untuk membuatkan jantung aku ni bagai nak runtuh!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Spam Folder Gmail gila, Google pun sama juga!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh diterbitkan: June 4, 2009 online

google-gila.png

Memang itulah yang berlaku. Dan akibat dari kegilaan yang melanda, aku telah mengalami kerugian hampir RM300 ringgit!

Sama ada ini berlaku pada aku sahaja, itu aku tidak pasti tetapi ianya memang berlaku. Tidak tahu apa sebabnya tetapi ianya cukup untuk membuatkan aku marah tahap dewa. Begini kisahnya.

Sejak akhir-akhir ini, aku dapati ada sesuatu yang tidak kena apabila ramai kenalan blogger yang telefon bertanyakan mengapa MESEJ mereka tidak di balas. Ada juga yang sudah 3 kali menghantar MESEJ melalui Contact Form tetapi aku masih juga mengatakan perkara yang sama iaitu “MESEJ kamu tidak sampai lagi”. Sampai ada sesetengah dari mereka yang mengatakan aku “tidak sudi” untuk membalas MESEJ yang dihantar.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Cek ClickBank + inLinks (TLA) + Al- Rajhi = $$$.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 3, 2009 online

cb-2.JPG

Kali ini, cek ClickBank tiba pada hari Selasa. Suatu perkara yang luar biasa kerana sebelum ini, SEMUA cek ClickBank mesti tiba di peti surat pada hari Jumaat.

Walau apapun, kehadiran cek Clickbank ini sudah cukup untuk membuatkan mood blogging hari ini happy dan seronok. Bukannya apa, sebagai seorang manusia.. apa sahaja result yang kita dapat setelah berusaha harus diraikan walaupun secara diam (di dalam hati).

Oh yaa… blogger juga seorang manusia :)punya hati dan perasaan… (ayat dalam drama`lah pulak).
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

It’s payment day!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 2, 2009 online

gaji-internet.gif

Aku baru pulang dari Melaka kerana ada urusan kematian (saudara) siang hari tadi. Alhamdulillah, semua perkara dapat diselesaikan dengan sempurna dan semoga roh arwah dirahmati Allah. Petangnya aku bertolak pulang ke JB pada pukul 5.00 petang dan sampai sahaja di rumah selepas Maghrib, seperti biasa aku mengemaskinikan apa yang patut untuk blog-blog yang ada.

Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti teruskan hidup. Rasanya hari ini adalah hari yang agak panjang dalam hidup aku. Walaupun begitu, menjawab semua komen yang telah diberikan oleh pembaca sporting seperti kamu semua sambil melihat cerita super hero Bio-Nik di TV3 sememangnya dapat menghilangkan keletihan yang ada (aku dambakan watak seperti itu sejak dari kecil lagi! ) hahahahah

Dalam pada aku sibuk menjawab komen komen itu semua, rupa-rupanya ada lagi berita yang boleh menjadikan hari yang panjang ini berlalu begitu sahaja. Yup… today is a PAYMENT DAY!!!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →