Asia Ceramic Sdn Bhd diserbu Bank Negara Malaysia !!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: July 23, 2009 online
Haaaa… hari ni satu lagi syarikat diserbu oleh Bank Negara Malaysia iaitu Asia Ceramic Sdn Bhd !!!!
Link: Bank Negara Malaysia
Buat masa sekarang semua aset pemilik dan juga aset ahli yang ada di dalam syarikat tersebut akan dibekukan. Kalau sesiapa yang tengok berita tengah hari tadi, memang betul pegawai BNM datang. Dan mengikut apa yang dilaporkan, BNM melakukan siasatan kerana terdapat komplen dari orang ramai.
Komplen apa?
Entah… aku pun tak tahu sebab aku bukan ahli dalam Asia Ceramic. Tapi kalau ikut apa yang dikongsikan di blog-blog kat Malaysia ni, semua ahlinya mendapat bayaran. Even kat blog Topo pun ada satu perasan ada satu banner kecil kat bawah sebelah kanan mengenai syarikat ni.
Kalau mendapat bayaran, komplen apa pula yang diterima?
Ada ahli yang tak mendapat bayaran ke?
Mungkin mereka yang telah menjadi ahli macam AkTechPage boleh memberikan ulasan. Kasilah komen sket sebab hujan takde, angin takde… tup tup je kena serbu. Sebijik macam kes BuluhMas, Jazmeen dan Eastana hari tu. Pelik betul aku.
Lagipun salah seorang kawan aku di Skudai kata, program ni MELETUP gila H1N1 kat UTM Skudai. So kalau betul, apa akan terjadi pada mereka yang baru melabur? Adakah mereka akan mendapat semula wang yang telah dilaburkan?
Kalau siasatan ini berlanjutan sampai berbulan lamanya seperti BuluhMas, rasanya aku dah boleh agak dah apa yang akan terjadi pada semua pelaburan yang telah dilaburkan. Member aku kata… “kalau BNM dah serbu, paham-paham sajalah…”
Aku no komen pasal perkara ni sebab aku tak ambik port sangat bisnes sebegini. Tapi satu yang pasti, ayat paling skema sekali yang akan kita dengari selepas ini “masih didalam siasatan”. Kalau tak percaya, tengok jelah…. yang penting, boleh beroperasi semula.

Masih ingat lagi dengan salah satu artikel yang paling panas di Malaysia sedikit masa dulu?
Setelah mendapat feedback yang baik ketika berseminar di Melaka, rasanya sudah tiba masanya aku naik ke KL kerana ramai yang mengatakan lebih mudah jika di buat di sana.





