20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri.
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: July 3, 2009 online
Setelah entri mengenai apakah perkara-perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya di siarkan semalam, berpuluh-puluh komen telah di terima. Ada komen yang membina dan ada tidak kurang juga komen yang lari dari tajuk asal.
Apa-pun aku ingin ucapkan terima kasih kepada kamu yang sudi menulis, idea, pendapat dan juga ulasan di dalam ruang komen yang telah disediakan. Kamu semua memang SPORTING habis!! Memang susah nak dapatkan pengunjung dan juga pembaca yang sempoi seperti kamu.
Jadi di bawah adalah antara 20 perkara menarik yang boleh dikongsi bersama (di ambil dari komen kamu juga!)
:
1. Blogger yang berblogging dari pengalaman sendiri.
2. Blogger yang berblogging dengan hasil karyanya yang unik.
3. Blogger yang pandai memanipulasi ruang dan tajuk artikelnya sendiri.
4. Blogger yang rajin membalas komen pembacanya.
5. Blogger yang up-to-date dengan cerita terkini.
6. Blogger yang tahu berkomunikasi dengan semua peringkat umur melalui blognya.
7. Blogger yang dapat membantu dan memberikan solution kepada masalah yang di alami oleh pembacanya (seperti masalah penggunaan WordPress).
8. Blogger yang pandai memasukkan unsur-unsur motivasi dalam tulisannya.
9. Blogger yang memiliki pengetahuan yang bagus terutama dalam niche yang tertentu.
10. Blogging yang sedar dan pandai menonjolkan kemahiran serta kebolehan mereka. Contohnya jika seorang blogger itu seorang peguam, mungkin nasihatnya dapat diguna pakai untuk kes-kes yang ringan.
11. Blogger yang mempunyai blog yang kemas, teratur dan “mesra alam”.
12. Blogger yang transparent. Janganlah sampai wajah sendiri pun disembunyikan.
13. Blogger yang mampu melayan peminat/pembaca tanpa jemu dan bosan.
14. Blogger itu berblogging bukan kerana glamour semata-mata, tetapi kerana minat dan komitmen.
15. Blogger yang selalu menunjukkan bukti tentang apa yang di tulisnya.
16. Blogger yang bijak menulis sehingga pembacanya ketagih untuk membacanya lagi.. dan lagi.. dan lagi.. dan lagi.
17. Sistematik dan teratur dalam blogging. Maknanya, persembahan artikelnya mesti tidak mengelirukan.
18. Blogger yang bukan menulis ikut mood.
19. Blogger yang faham dengan kehendak dan keperluan semasa pembacanya.
20. Kerana blogger itu sendiri di senangi dan di sukai oleh pembacanya!!!!
Haaa… semoga 20 perkara diatas dapat dijadikan sebagai kayu pengukur dalam memberikan yang terbaik kepada pembaca blog kita nanti.
“Cita-cita memerlukan azam…
Azam memerlukan usaha…
Usaha memerlukan pengorbanan…
Tapi apakah pengorbanan yang telah kita lakukan?”
Happy blogging semua
!!!!



[...] tepat dan menghampiri kepada jawapan yang di ingini, maka komen mereka akan di compilekan ke dalam entri baru. Oh yaa… kalau kamu ada lebih dari satu ulasan pun tidak mengapa. Asal bagus dan seronok [...]
Diulas pada July 3rd, 2009 at 3:28 pmmemang cayalah..rase2 rasenyer semua 20 perkara ade kat blog/tuan blog nie..en. ijad lah tu..sbb tuh..blog nie mmg dah jadik blog yg musti aku masuk setiap hari!! cayalah ijad!!moge kite semua trus berjaya..
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 5:14 pm
Thanks Hafiz.
Semoga kita semua akan terus maju dalam dunia berblogging.
* Slogan baru blog ini (akan datang):
Blogging Sampai Mati…
kirin Reply:
July 3rd, 2009 at 6:43 pm
salam semua..
..
saya pun dah melekat ngan blog ni..aduih saleha…sebenarnya saya plg suka yang no.20 tuh
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 6:49 pm
Wahhh…. mesti ramai pembaca Kirin yang suka pada Kirin kan? kan? kan?
kirin Reply:
July 4th, 2009 at 2:51 pm
heh..no.20 tu saya sebenarnya memang tujukan khas untuk tuan tanah blog ni he he…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:50 am
Hnss…hnnss….hnnnnsss…. terima kasih Kirin
hafiz Reply:
July 6th, 2009 at 11:33 am
kombang kempis tuan tanah jadiknyer..hehe..ijad..dahsyat slogan baru tuh..mmg cayelah..;p
summary yang bagus!
satu open discussion yang sangat membina.
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 6:12 pm
Semua boleh guna… jadi manfaatkan bersama-sama.
wah.. kena buat checklist dan amalkan ni! =D
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 6:13 pm
Itulah yang dinamakan “outstanding” blogger kan?
hehe….perbincangan sebegini mungkin boleh jugak diadakan untuk post entri yang mendatang…..boleh dapat banyak idea yang bernas…..
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 6:14 pm
Yup, betul tu. En HAzman kita ni mesti banyak idea yang hendak dikongsi kan?
Mari ramai-ramai kita ke blog En Hazman!!
Salam
Blogger akan mati, Ilmu Kebloggeran mungkin tidak akan mati….
Terima Kasih
rohaizad Reply:
July 3rd, 2009 at 6:16 pm
“Ilmu Kebloggeran” …. fuhhh.. satu perkataan baru yang mungkin akan glamer suatu hari nanti!
p/s: dahsyat juga perkataan tuh
alone Reply:
July 3rd, 2009 at 10:12 pm
pergh. disiplin ilmu baru nih =)
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:49 am
Ada makna tuhhh
wah! susah juga eh nk jd blogger ni.
rohaizad Reply:
July 4th, 2009 at 12:27 am
Rina,
Nak jadi blogger taklah susah. Kalau ada ‘sense of blogging, semuanya akan jadi senang.
walaupun saya seorang yang buta blogger, namun sesungguhnya 20 ilmu yang diberikan itu menjadi semangat untuk terbang lebih jauh! Memang best la bang ijat kita. Bleh naik helikopter sesama satu ari nanti…
rohaizad Reply:
July 4th, 2009 at 12:29 am
Yup… sponsor ler 2-3 bijik ke.. boleh aku promote sekali.. sebab nanti aku akan review semua mengenai kebolehan heli kamu.
Aku masih belum menajadi pro blogger.. Bukan senang nak jadi ‘outstanding blogger’ ni… Setakat jadi blogger cap ayam, ramai boleh jadi.
p/s- aku blogger cap kaki tiga.. erk..
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:49 am
Takper… memang kena jadi blogger dahulu. Outstanding blogger tidak akan terlahir begitu sahaja. Dia juga perlu bertatih dan merangkak.
Cuma perlu kekalkan gaya penulisan tersendiri untuk mencipta identiti yang lain dari blogger lain.
hmmmmm….jauh lagi perjalananku…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:48 am
Siapa kata jauh?
Tak jauhlah…
Sebab apabla langkah pertama yelah dibuat, cuma perlukan langkah biasa yang seterusnya. Itu lebih baik dari tidak membuat langkah pertama langsung.
p/s: Congrats kerana telah membuat langkah pertama dan semakin sebati dengan dunia blogging
pelan2 kayuh..adeiii
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:46 am
Amir… kayuh pelan-pelan.. tapi mesti menggunakan GEAR yang tinggi !!!!
Point2 yg bagus. Tak sempat nak komen hari tu, tambah satu lagi buleh x Rohaizad?
Perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri – jika blogger tu mampu menarik silent reader memberi komen (yang ni memang kagum la, thumbs up buat tuan punya blog)
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:45 am
Terima kasih Kakeru… tapi tuan punya blog ini akan “mati” di medan blogging jika tiada pembaca dan pengunjung setia seperti kamu. Itu sudah pasti!
awat aku tak ketagih…
orang nk bagi duit pon rohaizad kata mengamuk…
mcm pelik..tp bila masok dan masok lg, rupanya2 baru aku paham maksudnya yang sebenar,
so xleh jadi…aku tgk lg…dan lagi…dan lagi..
lagi satu tang feed dia….bt aku jadi tergantung…aku tak puas hati, aku baca lagi, dan lagi….best…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:44 am
Mesti fee ini dimaksudkan dengan sistem feedburner yang dihantar ke dalam kotak email… ekekekekeke.
Anyway, terima kasih Adib kerana terus memberikan sokongan kepada blog ini.
p/s: Skill tentang feed itu sememangnya harus digunakan untuk menarik minat pembaca. Sila rujuk Tips No 3!
marvelesssss punya kesimpulan
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:42 am
Marvelesssss punya komen!!!
blogger yang mampu update post entri setiap hari pun saya anggap outstanding gak sebab komitmen yang diberikannya…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:42 am
Betul tu tapi ada juga blogger yang sekadar “update” tetapi bukan dari isi yang original. Ia diceduk dari tempat lain dan di’paste’ ke dalam blognya.
Itulah perbezaan blogger biasa dengan blogger outstanding.
Wahhhhh…. 20 tips yg amat berguna…
Baru ku tau kelemahan dlm bidang blogging ni…masih byk lg yg perlu diperbaiki…
TQ bro…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:40 am
Yup… disebabkan semua tips ini telah diberi oleh pembaca setia blog ni, pasti ia adalah satu idea yang amat berguna untuk kita.
wah, tak sangka hasil dari catatan perbincangan yang lalu menghasilkan keputusan seperti ini. banyak tu!
cun bro!
megat Reply:
July 4th, 2009 at 11:52 pm
(tambah skit) aku suka point 12! tahniah bro!
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:39 am
Sama-samalah kita ye
bro,aku setuju kesemuanya
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:39 am
Kredit untuk semua pembaca setia blog ini yang telah mencurahkan semua idea mereka.
Yup, kesemua 20 tips di atas sebenarnya datang dari pengalaman mereka
Saalam semua,
Saya first time komen kat blog ni….Byk sgt input berguna kat sini..Thanks ijad … Lpas ni InsyaAllah saya rajin komen sini…
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:38 am
Terima kasih Sain. Rajin-rajinlah menjenguk ke blog ini ye
Kalau jadi subscribers pun best sebab ada PRIVATE TIPS yang akan di hantar secara underground.
Assalamualaikum. Point no 16 dilihat seolah “pati” kepada point2 lain, memandangkan Setiap post yang terhasil itu sebenarnya adalah hasil olahan perasaan,pengalaman serta maksud2 yang tersurat dan tersirat sang penulisnya. Sudah tentu memerlukan kebijaksanaan untuk mengolah semua itu menjadi “ramuan” yang akan membuat pembacanya “ketagih”..untuk membaca lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi…
Psss…mungkin saudara Rohaizad boleh postkan tajuk di bawak pula: “20 perkara yang membuat ‘komen’ outstanding dikalangan pembacanya sendiri”
rohaizad Reply:
July 5th, 2009 at 11:36 am
Insya Allah satu lagi entri akan diterbitkan untuk outstanding komen.
Nampaknya masih banyak ku perlu pertingkatkan dalam blogging ni…
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 4:22 pm
Kalau kita mengikut rentak yang betul, kita tidak akan sedar bahwa banyak yang kita dah pelajari sebenarnya.
12. Blogger yang transparent. Janganlah sampai wajah sendiri pun disembunyikan
aku minat yg ni….tak paham gak kadang2 kenapa nak sorok muka….
nak kata xhensem…macam la orang lain blogger lain hensem sangat kan….hahaha
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 4:25 pm
Hahahahahah…. ada makna tuh…
Aku outstanding tak???
ntahlah.. janji blogging dengan happy
rohaizad Reply:
July 6th, 2009 at 4:27 pm
Ermmm… susah juga ye nak cakap sebab yang boleh menentukan outstanding ini ialah pembaca sendiri.
Tapi satu yang pasti, semua blogger boleh menjadi outstanding kepada pembacanya jika dia tahu kehendak dan needs pembacanya itu.
Selamat berblogging!
salam,
hmmm…menepati sasaran kami,terlewat saya nak komen dalam post sebelumnya.
perkongsian yg bermakna!
p/s: sy amat suka yang ‘sebab’ sitemap
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:06 pm
Terima kasih raziz. Moga dapat membantu dalam menjadi menjadi seorang blogger yang bagus.
Semalam aku baru start nak bukak blog aku sendiri.Aku harap banyak lagi tips aku dapat dari korang semua.Bantulah aku yg masih jahil ni.huhuhuhu
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:08 pm
Boleh apa salahnya… kalau banyak membaca, mesti banyak ilmu yang boleh di timba
abg ijad….
nak tanya la kan…
kalo gune web blogging cam blogspot tu, bleh x earn money by advertising website?
p/s:sori la kalo soalan x brapa cerdik..tp baru start nk blajar blogging..hehehe..
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:09 pm
Blogspot?
Boleh tapi mesti banyak traffic dan bagus is kandungannya.
Contoh blogspot yang bagus: http://labnol.blogspot.com
=) Saffa juga nak jadi outstanding!
rohaizad Reply:
July 13th, 2009 at 11:09 pm
Saffa dah memang outstanding pun
Blog Saffa best!
Saya selalu bertandang ke sini tapi jarang komen. La ni nak komen……. betapa kerdilnya aku…….sob, sob…mampu ke aku…..
rohaizad Reply:
August 2nd, 2009 at 7:28 am
Boleh tapi setiap blogger kena transparent. Jangan sampai nak letak muka sendiri di blog pun takut.
fuhh, ni memang great tips!
rohaizad Reply:
October 29th, 2009 at 6:04 pm
Thanks Naz.
[...] jauh lagi dengan harapan untuk menjadi lain dari yang lain. Kamu ingin menjadi seorang yang “outstanding” … barangkali? Tiba-tiba pada suatu hari kamu bertanya pada diri [...]
Diulas pada December 6th, 2009 at 11:24 pmcool list..
learning to make an interesting blog is not easy..
but once one is god at it, it’ll be beneficial.. =)
rohaizad Reply:
December 7th, 2009 at 12:56 pm
Yup, agree with you. The money will come later
[...] caranya ya? Baiklah. Dahulu, blog ini pernah compilekan semua komen pembacanya mengenai 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri. Dan sekali lagi, teknik dan kaedah yang sama akan di gunapakai untuk topik yang [...]
Diulas pada December 25th, 2009 at 10:30 am[...] Percubaan pertama melalui artikel ini: i) Apa yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri? Respons: Sangat menggalakkan! (komen yang banyak) Bukti: 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri. [...]
Diulas pada January 15th, 2010 at 7:55 pmsalam. membaca artikel ni menambah lagi outstanding aku sebagai sebagai blogger.
” mesra alam ” ermmm. nak tergelak pun ada…Kih kih kih..
ayat kesimpulan macam bermadah jer… berrangkai pulak tu.. hehehe
[...] Percubaan pertama melalui artikel ini: i) Apa yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri? Respons: Sangat menggalakkan! (komen yang banyak) Bukti: 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri. [...]
Diulas pada January 20th, 2010 at 5:37 pm[...] Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Ramai yang cepat dan mudah putus asa kerana apa yang diingini tidak dapat dicapai. Heyyy… blogging is not about WHO want to be a hero. Blogging is about HOW to be a hero…. hero di hati pembacanya sendiri. [...]
Diulas pada May 24th, 2010 at 9:49 am[...] jawapannya ya, maka kita perlu buat sesuatu. Yang paling utama sekali ialah untuk menjadikan blog itu sebagai satu platform yang boleh [...]
Diulas pada June 2nd, 2010 at 11:47 pm